BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! CEC DAP !!! DAP TAK PERCAYA KAT AMBIGA DAN #BERSIH !!! AMIK UBAT !!!
- HOT NEWS !!! KULIAH SYIAH AKAN BERADA DI GOMBAK !!! KEPADA JAIS TOLONG AMBIL TINDAKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO !!! APA PERBEZAAN ANTARA @KHAIRYKJ DAN AKRAMSYAH ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! BOS @TV3MALAYSIA TIDUR KER ??? KENAPA NURUL IZZAH DAPAT TEMUBUAL EKSKLUSIF ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! @YUKSTESVIJAY MEMBELASAH PENCACAI ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! ZULKIFLI DESAK LANTIK PENGERUSI DAP MELAYU !!! ADA BERANI KERR DAP ??? VIDEO INSIDE !!!
| KANTOI !!! CEC DAP !!! DAP TAK PERCAYA KAT AMBIGA DAN #BERSIH !!! AMIK UBAT !!! Posted: 26 Sep 2013 08:30 AM PDT Pemilihan CEC DAP yang penuh dengan kontroversi menyebabkan kredibiliti parti itu hancur sama sekali.Kini,ahli-ahlinya menumpukan sepenuh perhatian kepada pemilihan semula yang bakal diadakan pada 29 September ini.Bagaimanapun,umum terus merasa ragu-ragu yang pemilihan semula tersebut akan berjalan dengan telus.Keraguan ini adalah berpunca dari perkembangan semasa yang menyaksikan tindakan pemimpin DAP yang agak meragukan.Kesangsian semakin meningkat apabila beberapa perwakilan mendedahkan bahawa mereka telah dipinggirkan dari perjumpaan khas yang khabarnya diadakan sempena pemilihan semula.Perjumpaan seperti ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan memandangkan pemimpin DAP hanya memilih orang tertentu untuk ditemui,benar-benar mencabar kesabaran yang lain.Apa yang menghairankan ialah walaupun setelah isu ini menjadi besar sehingga memaksa DAP mengadakan pemilihan semula, parti itu langsung tidak melakukan siasatan dalaman tentang kenapa 753 perwakilan tidak menerima notis mesyuarat sebelum ini. Malah,pemimpin DAP terus mencari jalan untuk menjustifikasi peminggiran 753 perwakilan dalam pemilihan awal.Dalam kata lain,pemimpin DAP tidak mengaku salah.Tetapi,mereka cuba menipu dengan membuat kenyataan kononnya 500 dari perwakilan tersebut telah menghantar surat pemberitahuan bahawa mereka tidak dapat hadir ke mesyuarat pemilihan tersebut.saya menyatakan ini satu penipuan kerana DAP tidak dapat mengemukakan surat-surat tersebut sehingga ke hari ini.Oleh kerana tidak berpuas hati dengan sikap dan penjelasan pemimpin DAP,Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi,David Dass,telah memohon injunksi mahkamah agar menghalang mesyuarat pemilihan semula diadakan semula.Jelas di sini,bahawa ahli-ahli DAP tidak lagi percaya yang DAP mampu menjalankan pemilihan secara adil.Justeru,ramai yang mencadangkan agar DAP mengambil khidmat BERSIH untuk memantau pemilihan kali ini.Ambiga Sreevanesan yang 'obses' dengan pilihanraya bersih tentunya bersedia untuk mengetuai unit pemantauan, apatah lagi dengan hakikat majoriti para perwakilan yang terpinggir atau didiskriminasi adalah dari kaumnya sendiri, iaitu India. Maka,sewajarnyalah Ambiga prihatin dalam hal ini bagi memastikan tiada unsur-unsur rasis dalam proses pemilihan semula CEC DAP.Namun,mungkin atas dasar 'rasis' juga,maka DAP tidak berani menaruh kepercayaan kepada Ambiga.Untuk itu,DAP sanggup mengupah sebuah syarikat audit antarabangsa iaitu PKF Accountants and Business Advisers untuk memantau pemilihan semula CEC.Syarikat tersebut bertanggungjawab memastikan ketepatan kiraan keputusan undian oleh 2,576 perwakilan yang layak mengundi.Kiraan akan dibuat melalui dua cara iaitu manual dan juga semakan silang melalui komputer.Tindakan menggunakan syarikat audit merupakan satu langkah drastik yang mungkin mampu mengembalikan keyakinan ahli-ahli kepada kepimpinan.Bagaimanapun,ia dilihat sebagai langkah terdesak dan amat memalukan sekali gus membuktikan betapa kredibiliti DAP sudah hancur sama sekali.Bayangkan,untuk mengira 2,576 undi sahaja,parti DAP perlu dipantau oleh syarikat audit antarabangsa.Itupun masih tidak malu menuduh pilihanraya Malaysia sebagai tidak adil dan lebih ironi lagi,pemimpin DAP juga tidak percaya kepada badan yang dijulangnya untuk memantau pilihanraya Malaysia iaitu BERSIH.Nampaknya,sesama sendiri juga sudah saling tidak mempercayai walaupun sering bekerjasama dan senada.Maka,benarlah kata orang iaitu penipu lebih kenal siapa penipu dan tidak mungkin mengambil khidmat si penipu. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KULIAH SYIAH AKAN BERADA DI GOMBAK !!! KEPADA JAIS TOLONG AMBIL TINDAKAN !!! Posted: 26 Sep 2013 05:00 AM PDT |
| Posted: 26 Sep 2013 01:30 AM PDT Seperti yang diketahui umum,jawatan Ketua Pemuda UMNO kini ditandingi dari 5 penjuru.Penyandang,iaitu Khairy Jamaluddin akan dicabar oleh Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi,Syed Rosli Syed Harman,Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar.Walaupun begitu,sentimen akar umbi lebih cenderung menganggap pertandingan ini sebagai 2 penjuru iaitu antara penyandang,Khairy dengan Akramsyah.Sukar untuk ditafsirkan kenapa di kalangan rakyat,meragui tiga calon lain sebagai sekadar perancangan untuk memecah undi sahaja.Namun,suka atau tidak,itulah hakikatnya persepsi ramai mengenai pertandingan ini.Jelas,rakyat sudah terlalu masak dengan selok-belok politik UMNO dan memerhatikan segala-galanya dengan penuh sinis serta kritikal. Khairy Jamaluddin menempa nama dalam politik Malaysia dengan penuh kontroversi.Mungkin ada yang enggan 'mengungkit cerita lama' tentang kumpulan tingkat 4,Khazanah,ECM Libra,MV Agusta dan lain-lain lagi.Namun,ada pula yang berkata bahawa cerita tersebut bukannya cerita lama,tetapi cerita semasa,kerana ia masih belum selesai.Kemenangan Khairy yang disambut dengan laungan 'rasuah' juga menjadi sejarah yang paling sukar untuk ditafsirkan bagi UMNO.Bagaimanapun,Khairy terus meningkat dalam politik dan kini bergelar Menteri.Beliau dikatakan mempunyai karisma dan mampu membawa Pemuda UMNO ke era baru dengan penuh gaya dan stamina.Penilaian ini adalah berdasarkan 'persembahannya' dalam sessi-sessi perbahasan dan kenyataan-kenyataan media. Tidak dinafikan bahawa beliau bijak mendekatkan diri dengan golongan muda melalui media baru dan cukup aktif dalam media sosial.Aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda juga menerima sambutan hangat dari kalangan belia. Pengkritik Khairy bagaimanapun terus mempersoalkan hasil kerjanya.Hujah mereka,walaupun Khairy mampu mendekatkan diri dengan anak muda tetapi beliau tidak mampu menarik mereka menjadi ahli UMNO.Buktinya,Pemuda UMNO tidak mampu menambah bilangan ahli dengan jumlah yang signifikan di bawah pimpinannya.Malah,menjelang pilihanraya yang lepas juga,Khairy masih tidak berusaha meningkatkan jumlah ahli tetapi sibuk mempromosi diri untuk menjadi Menteri.Namun,kritikan yang paling hebat yang mampu memberi kesan kepada akar umbi dan seterusnya sentimen rakyat terhadap UMNO ialah prinsip Khairy yang dikhuatiri membelakangkan roh perjuangan UMNO yang asal iaitu untuk agama bangsa dan negara.Khairy sendiri nampaknya begitu selesa dan yakin melaungkan prinsipnya yang terbuka di mana beliau lebih gemar menjadi Ketua Pemuda BN daripada Ketua Pemuda UMNO. Kenyataan ini seolah-olah mengiakan bahawa UMNO itu rasis sekali gus membuka peluang kepada pembangkang untuk menyerang.Dalam kenyataan rasmi di blognya mengenai pertandingan ini,Khairy berkata, "(Jawatan) ini memerlukan kesinambungan dan saya sudah meletakkan satu perancangan bermula daripada empat tahun yang lepas supaya Pemuda Umno dan BN menjadi lebih relevan kepada generasi muda dan citarasa mereka.Dengan pendekatan dan program yang kita jalankan lebih melambangkan keterbukaan dan membawa semangat kenegaraan yang dibawa oleh Perdana Menteri kita.Dua ayat ini disambut dengan penuh prejudis oleh pengkritiknya di mana ayat pertama membawa kepada persoalan mengenai apakah 'rancangannya yang memerlukan kesinambungan itu' ??? Dan ayat kedua pula mengesahkan bahawa Khairy sememangnya ingin membawa pendekatan 'terbuka' dan tidak begitu gemar memperkatakan tentang Melayu.Semua ini dilihat sebagai ancaman oleh pengkritik beliau dan juga sebahagian besar umat Melayu yang menyokong UMNO. Justeru,tidak hairanlah apabila Akramsyah,anak kepada tokoh politik yang cukup disegani iaitu Tan Sri Sanusi Junid yang terkenal dengan prinsip yang kuat,telah bangun mencabar Khairy bagi jawatan Ketua Pemuda.Tidak hairan juga apabila Akram membawa slogan 'Hidup Melayu' dalam menghadapi Khairy.Dalam kenyataan rasminya,Akram menyentuh soal kurangnya sentuhan peribadi Pemuda UMNO dengan masyarakat Melayu akhir-akhir ini.Pemuda dikatakan tidak mampu menjadi pendesak kepada agenda Melayu,malah dalam beberapa hal seolah-olah menjadi penentang kepada agenda tersebut dengan membawa slogan BN dan bukan UMNO.Akram turut memberi penekanan terhadap kebimbangan masyarakat Melayu mengenai 'keterbukaan' dalam menguruskan GLC-GLC.Beliau juga bercadang untuk merancang program yang lebih praktikal bagi memastikan DEB berjaya mencapai sasaran dan bukan menjadi sasaran kritikan.Apa yang menarik ialah,Akram dan Khairy kedua-duanya menuntut di luar negara.Kedua-duanya juga dari latarbelakang keluarga atasan dan ternama. Khairy adalah graduan bidang Falsafah,Politik dan Ekonomi manakala Akramsyah berkelulusan bidang Kejuruteraan. Kelebihan Khairy mungkin dari segi 'nama' pusat pengajiannya yang terkenal manakala kelebihan Akram pula adalah dari segi bidang pengkhususan yang lebih sukar dan dipandang tinggi.Nama Khairy pertama kali didengar melalui tulisannya di majalah berprestij antarabangsa iaitu The Economist.Walaubagaimanapun,tulisan Khairy dikritik hebat kerana tidak menepati fakta sebenar,serta memaparkan kecetekan pengetahuan mengenai ekonomi.Selain menulis,Khairy berpengalaman menjadi Pengacara TV sebelum 'melompat' terus ke dalam politik dengan menjadi Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap menantu beliau.Akram pula mempunyai pengalaman yang luas dalam menghadapi cabaran hidup sama seperti kumpulan menengah lain di Malaysia.Akram mempunyai 16 tahun pengalaman menjadi Jurutera sehinggalah ke Pengurus Besar serta Konsultan di beberapa syarikat antarabangsa termasuk di luar negara.Pengalaman ini memberi beliau gambaran jelas tentang cara hidup rakyat biasa dari golongan bawahan sehingga ke peringkat atasan.Dengan sentuhan langsung dengan dunia sebenar yang penuh persaingan,kebolehan Akram untuk memahami, mengurus dan mengendalikan permasalahan rakyat tidak perlu dipersoalkan lagi. Justeru,walaupun Khairy mempunyai kelebihan di dalam politik dan cukup arif akan selok belok politik dari peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat tertinggi,namun cabaran Akram tidak harus dipandang remeh.Namun,dari sudut lain pula,buat masa ini,satu kekurangan Akram berbanding Khairy merupakan faktor yang mungkin menjadi penentu segala-galanya,iaitu sentuhan politik secara peribadi di peringkat cawangan dan bahagian UMNO,yang mana Akram hampir tiada langsung.Perlu diingatkan bahawa Pemilihan UMNO bukanlah kemuncak bagi sesuatu perlawanan dalam politik kerana perlawanan sebenar adalah Pilihanraya.Untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan kemuncak itu, UMNO perlu membuat pilihan yang menepati kehendak rakyat dan bukan sekadar pihak yang berkepentingan di dalam parti sahaja.Apapun,perbezaan pendekatan kedua-dua calon membuktikan yang UMNO cukup terbuka kepada sebarang idea dan perubahan.Sekali gus,UMNO juga memperlihatkan kematangan dengan membuka ruang pertandingan bagi jawatan yang begitu penting tanpa perlu bimbangkan soal perpecahan. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 25 Sep 2013 10:00 PM PDT kelmarin,saya dah dedahkan kisah nurul izzah yang dapat masuk rancangan TV3.dulu.bukan main lagi menghentam TV3.Seperti yang anda tahu,apabila seseorang ahli politik dijemput ke program televisyen,biar apa pun programnya dan topik perbincangannya,ia secara automatik memberi publisiti atau keuntungan politik kepadanya.Apatah lagi apabila program itu merupakan temubual santai lagi mesra dengan pengacara memuji dan menyanjungnya,maka semakin tinggilah 'saham' ahli politik tersebut dan inilah yang berlaku dalam program 3R itu di mana pengacara menjulang dan memuji-muji Nurul Izzah,termasuklah ibunya,Wan Azizah,sebagai tokoh yang dipandang tinggi oleh 'rakyat Malaysia'.Tidak kira apa alasan penerbit program ini,objektifnya adalah jelas iaitu untuk memberi publisiti kepada pemimpin pembangkang dan parti pembangkang sekali gus.Mungkin ada yang ingin berhujah bahawa tindakan TV3 adalah wajar bagi menepati prinsip keterbukaan dan kebebasan media.Namun,inilah diingatkan bahawa TV3 adalah media arus perdana dan bertanggungjawab membawa aspirasi kerajaan. UNTUK SELANJUTNYA Oleh itu,TV3 tidak boleh sewenang-wenang memberi ruang publisiti kepada pihak yang menentang kerajaan.Alasan kebebasan dan keterbukaan tidak boleh diterima sama sekali kerana mana mungkin media yang menjadi lidah kerajaan mempromosi kehebatan musuh ??? contohnya,apakah tidak salah jika TV3 mempromosi dan menonjolkan Sultan Sulu yang ingin menceroboh negara sebagai baik,atas alasan kebebasan dan keterbukaan.tentu saja ini tidak boleh diterima sama sekali.Kegagalan TV3 untuk memikul tanggungjawab sebagai media arus perdana membuktikan sikap tidak professional,kalau pun bukan pengkhianatan,stesyen televisyen itu.Dengan itu,saya ingin bertanya,apakah prosedur untuk menjemput dan meluluskan satu-satu personaliti untuk muncul dalam mana-mana program di dalam TV3 ??? Apakah tiada pemantauan ??? Apakah seseorang Penerbit diberi kebebasan penuh untuk menjemput siapa saja mengikut suka hatinya termasuk personaliti yang mampu membawa kontroversi ??? Setakat ini saya tidak pasti sama ada rakaman tersebut telah tersiar di televisyen,tetapi hakikat bahawa ia telah tersebar di youtube sudah cukup untuk kita mempersoalkan niat dan prinsip TV3.Tidak mungkin TV3 melakukannya atas dasar 'naif'.Jika benar naïf dan jujur,kenapa tidak diberi ruang terlebih dahulu kepada Datin Seri Rosmah untuk mempertahankan dirinya di sebalik segala fitnah pembangkang ??? Kenapa mesti diberi ruang kepada anak seorang peliwat yang saban hari memburukkan Malaysia kepada dunia luar ??? Apakah pemimpin begini dianggap contoh yang baik kepada anak muda Malaysia ??? Jangan lupa bahawa bapa Nurul Izzah telah pun disabitkan kesalahan dan hanya dibebaskan atas dasar teknikal dan bukan kerana tidak bersalah.Justeru,Nurul Izzah adalah seorang penipu dengan mempertahankan bahawa bapanya sebagai tidak bersalah.Lebih dari itu,boleh dikatakakan seluruh keluarga Nurul Izzah kerjanya adalah memburukkan dan cuba menghuru-harakan negara.Nurul Izzah sendiri telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bodoh seperti menyangka pasukan Cawangan Khas hanya bertanggungjawab mencari orang hilang serta tidak tahu menahu sejarah dan susunatur pasukan keselamatan negara.Walaupun berpenampilan bertudung,Nurul Izzah juga yang meletakkan murtad sebagai hak asasi dan bukan rahsia lagi bahawa Nurul Izzah turut 'mesra' dengan idea-idea mengenai hak LGBT berdasarkan penglibatan partinya dan juga 'rangkaian-rangkaian' agen mereka yang berselindung di bawah nama NGO bagi hak asasi. Sebagai seorang Ahli Parlimen,Nurul Izzah telah gagal.Beliau tidak pernah dikenali kerana jasanya di kawasannya.Malah,beliau lebih banyak merupakan 'masalah' dan bukan penyelesai masalah rakyat,sepertimana yang berlaku dalam kes rumah pangsa di Kampung Kerinchi.Oleh itu,jika pemimpin beginilah yang dianggap contoh oleh 3R,maka janganlah kita terkejut jika anak-anak muda hari ini tidak lagi patriotik,bermasalah moral serta hipokrit. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! @YUKSTESVIJAY MEMBELASAH PENCACAI ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!! Posted: 25 Sep 2013 07:00 PM PDT tu dia,lihat gambar di atas.amik ubatt !!! 2 printscreen yang membuktikan yuktesvijay membelasah pencacai anwar ibrahim di facebook beliau.Bila lihat komen pencacai,seperti biasa tidak ada lain yang keluar selain makian.Berlainan dengan Yuktes Vijay yang mengeluarkan fakta Pun begitu pencacai-pencacai Anwar Ibrahim masih susah nak terima Mungkin mereka mengambil masa untuk terima. ANDA LIHAT PERBINCANGAN MEREKA ??? UNTUK SELANJUTNYA APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ZULKIFLI DESAK LANTIK PENGERUSI DAP MELAYU !!! ADA BERANI KERR DAP ??? VIDEO INSIDE !!! Posted: 25 Sep 2013 05:00 PM PDT Zulkifli Mohd Noor desak lantik Pengerusi DAP Melayu jika beliau terpilih.Olang Cina dalam DAP boleh terima kah ??? Lim Kit Siang ada belani kah ??? Lim Guan eng apa macam ??? Si tua Karpal Singh boleh telima kah ??? Jangan cakap talak selupa bikin ma.. Olang semua tunggu ma.. - Sebastian Phiu LIHAT VIDEO DI BAWAH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment