BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PROGRAM PERMATA KEMBALI DISERANG OLEH PUAK-PUAK RASIS !!! APA CERITA NI ??? ADA BUKTI KERR ???

Posted: 25 Sep 2013 08:30 AM PDT


Anggota parlimen Kapar,G Manivannan semalam mendesak supaya peruntukan khas kepada Program Permata Negara yang diusahakan oleh isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor dihentikan.Desakan Manivanna ini boleh penulis sifatkan sebagai satu saranan yang berbaur perkauman.Mungkin Manivannan tak mengkaji terlebih dahulu sejarah dan tujuan pembentukan Program Permata Negara itu sebelum membuat saranan itu.G Manivannan seharusnya sedar majoriti kanak-kanak yang berada dalam Program Permata Negara adalah di kalangan mereka yang mempunyai potensi luar biasa untuk dikembangkan dan majoriti daripada mereka adalah dari kalangan kaum Melayu dan Bumiputera.

Malay Rights berpendapat saranan ahli parlimen Kapar itu bersifat anti Melayu dan sifat yang ada pada diri mereka ini akan memastikan apa sahaja bentuk dan gerak kerja dari pihak kerajaan buat Melayu dan Bumiputera akan ditentang dengan pelbagai cara.Permainan sesetengah pihak yang anti Melayu ini cukup halus,dengan pelbagai cubaan supaya orang-orang Melayu sendiri sangsi terhadap penubuhan PERMATA.Akhir sekali penulis blog Malay Right juga menyarankan supaya sekolah Cna dan sekolah Cina ditutup sekiranya mereka mahu PERMATA ini ditamatkan.Cakap-cakap negatif berkenaan program PERMATA sebenarnya datang dari ahli-ahli politik dan mereka yang banyak berkecimpung dalam politik.Pelbagai persepsi cuba ditimbulkan.Hakikatnya ibu bapa yang luar dari 'circle' politik ini sangat menghargai usaha yang dilakukan ini.

Malah dari tinjauan penulis sendiri,ramai sebenarnya yansg mahu menghantar anak-anak mereka menjalani pembelajaran di PERMATA walaupun tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.Persoalan mengapa KEMAS di bawah Program PERMATA adalah cubaan mengelirukan ahli parlimen Kapar itu terhadap program ini.Bagi penulis tak salah sekiranya KEMAS diletakkan dibawah seliaan Program PERMATA kerana bakat-bakat yang diserapkan kedalam program PERMATA ada diantaranya diperoleh dari pusat-pusat KEMAS itu sendiri.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

kalau dah kepala fikir pasal politik dan tak fikir pasal masa depan anak-anak muda,inilah jadinya.tak fikir kerr apa yang PERMATA dah lakukan wahai ahli parlimen kapar ??? dah tengok ker belum ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! TITIK HITAM DAP DAN DINASTI LIM YANG MEMBAWA KEPADA MALAPETAKA SERTA KEMUSNAHAN DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Sep 2013 05:00 AM PDT


Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP.Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim,Anthony Loke dan Tony Pua.Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012.Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel.Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu,calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI.Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi.Bukan hanya itu sahaja,kesilapan bukan setakat Vincent Wu,malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. 

Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi.Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ??? Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP.Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. 

Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga".Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar.Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa,akhirnya Lim Guan Eng,Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut.Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP ,di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu.Apakah kebinasaan yang jauh lebih besar ???

ANDA NAK TAHU ???


UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PUSAT LATIHAN REFORMASI PKR !!! SATU LAGI PENIPUAN ANWAR IBRAHIM UNTUK BELIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 25 Sep 2013 01:30 AM PDT


Pada 20hb September yang lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan sebuah institusi yang diberi nama "Pusat Latihan Reformasi" bertempat di Damansara.Majlis perlancaran ini dijalankan secara tertutup dan hanya mereka yang dijemput melalui email akan dibenarkan untuk hadir.Dikatakan bahawa pusat latihan ini diwujudkan untuk memperingti kesungguhan Anwar Ibrahim di dalam perjuangan beliau menuntut "Reformasi" dalam kerajaan Malaysia.Apa yang boleh diambil dari penubuhan institusi ini adalah,PKR semakin terdesak dalam menarik perhatian orang muda Malaysia.Ini jelas apabila,pusat ini mensasarkan latihan dan pendidikan terhadap ideologi Anwar Ibrahim yang semakin lama semakin tua dan tidak relevan di kalangan masyarakat belia Malaysia.

Ia juga secara jelas ditubuhkan untuk menanam kebencian yang mendalam terhadap kerajaan Malaysia kerana golongan muda semakin lama semakin muak dengan retorik dan cerita-cerita bohong oleh PKR terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sendiri.Untuk makluman pembaca Badut Rakyat,sebelum penubuhan institusi ini,terdapat banyak institusi yang telah dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR di dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi Anwar Ibrahim disamping menaik taraf faham anarki yang dianuti oleh mereka.Institusi seperti "sekolah politik" dan Institut Kajian Dasar yang dijadikan platform untuk mereka menyebarkan pengaruh mereka dikalangan rakyat Malaysia.Boleh dikatakan Pusat Latihan Reformasi ini adalah satu teknik rebranding oleh para pemimpin PKR agar perjuangan mereka tampak lebih relevan di mata orang muda.Namun begitu selepas penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semakin terserlah di mata rakyat Malaysia,adakah relevan lagi PKR untuk melatih dan membimbing anak muda untuk menyertai mereka ???

Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa akan janji-janji yang ditabur oleh beliau contohnya seperti janji 16 September yang sampai sekarang tidak kunjung tiba Pusat latihan ini kemungkinan hanya akan menjadi wadah penipuan seorang bekas pemimpin UMNO yang telah tersalah langkah di dalam karier politiknya.Ya,ramai dikalangan anak muda sekarang sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim merupakan pejuang UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dahulu.Jikalau Anwar mengatakan bahawa UMNO itu jahat dan zalim,maka beliau juga adalah sebahagian daripada kezaliman tersebut,ini jelas kerana Anwar Ibrahim bukannya lari dari UMNO atau ter "sedar" dari kesilapan dan keluar dari UMNO.Beliau dibuang dari UMNO !!! Dihalau keluar kerana terlibat dengan penyelewengan !!! Penipuan Anwar Ibrahim jelas,kini ramai anak muda sudah sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan kerana menurut kehendak hawa nafsu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.Lantas mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam melibatkan diri dalam politik. Sebahagian besar anak muda kini mengambil langkah untuk tunggu dan lihat, pihak mana yang boleh membela nasib mereka dengan lebih baik.Mungkin kata-kata bait lagu Bunkface yang berjudul "Kita Perang Kita Menang" menceritakan tentang kekesalan anak muda Malaysia terhadap penipuan yang telah lama disedari oleh generasi baru Malaysia. 

 "Apa lagi kau mahu Pantang dicabar Engkau sebar Cerita disongsangkan Kau kan jatuh Mana mereka Yang dulu engkau percaya Semua telah pun berubah Makin ku tentang Makin ku rasakan Kemahuan mu dalam diam" -Bunkface (Kita Perang Kita Menang)-

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! TAHALUF SIYASI PAS AKAN MEMBAWA KERETAKAN DALAM PEMBANGKANG !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Sep 2013 10:00 PM PDT


Polemik tahaluf siyasi yang membelenggu Pas kebelakangan ini semakin panas san menandakan parti itu akan melalui tempoh yang bergelora dalam masa terdekat.Tahaluf siyasi atau kerjasama politik adalah pendekatan pas menjalinkan ikatan politik bersama PKR dan Dap pasca Pilihan Raya Umum 2008 di dalam gabungan PR.Kerjasama politik itu dimantapkan lagi setelah pakatan pembangkang berjaya mengurangkan kerusi yang diperolehi Barisan Nasional daripada 148 pada PRU12 kepada 133 pada PRU lalu.Kalau dahulunya Pas,PKR dan Dap berjaya menafikan BN majoriti dua pertiganya di dalam Dewan Rakyat apabila merangkul 82 kerusi kini pembangkang menambah jumlah kerusi Parlimen kepada 89.Daripada jumlah ini Dap mendapat habuan terbesar dengan 38 kerusi manakala Pas dan PKR masing-masing 21 dan 30.Dalam PRU13 lalu,Dap bertanding 53 kerusi Parlimen,sementara Pas pula bertanding di 73 kawasan dan PKR di 99 kawasan.Daripada statistik ini boleh dirumuskan Dap memenamgi majoriti kerusi yang ditandinginya berbanding Pas dan PKR.

Ini bermakna kerjasama antara ketiga parti dalam pakatan pembangkang lebih menguntungkan Dap yang berjaya mendapat undi Melayu daripada Pas dan PKR.Pas dan PKR pula tidak berjaya mengatasi jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi berbanding Dap kerana majoriti pengunbdi Melayu masih menyokong dan mempunyai keyakinan terhadap BN.Ini juga bermakna pihak yang rugi di dalam gabungan pembangkang adalah Pas dan PKR. Mungkin inilah sebabnya Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib mengesyorkan supaya pendekatan tahaluf siyasi ang digunapakai parti itu dikaji semula.Pelbagai pandangan sama ada pro atau kontra di lontarkan oleh pimpinan Pas berhubung isu ini.Apa pun jelas polar atau trend penghujahan sama ada daripada pihak yang menyokong kaedah politik ini atau sebaliknya,memperlihatkan kewujudan dua kem yang ketara di dalam parti itu.

Sekiranya Pas tidak berjaya mengawal atau pimpinannya tidak mampu menghalusi keberkesanan dan impak tahaluf siyasi ke atas prestasi parti di masa depan, ia akan memberi kesan kepada polar pemilihan pada Muktamar Pas ke 59 bermula 22 November depan.Kalau dulu pertelagahan dan percanggahan pendapat antara kumpulan ulama yang diketuai oleh pemimpin seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Harun,serta Datuk Dr Harun Din dan kumpulan Erdogan atau Anwarinas berputar disekeliling isu kerajaan perpaduan, kini polemik antara kedua kem sudah merebak kepada isu sama ada Pas kekal di dalam PR atau tidak.Setakat ini Abdul Hadi berkata Pas akan kekal bersama PKR dan Dap dan ini disokong oleh Mursidul Am,Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan lain.

Kem Anwarinas juga memberikan hujah bahawa tahaluf siyasi telah menguntungkan Pas di Selangor.Hujah ini kurang tepat kerana Pas dan Dap masing-masing merangkul 15 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 14 bagi PKR.Oleh kerana jawatan Menteri Besar sepatutnya diisi oleh calon Melayu, maka Pas lah yang selayaknya mendapat jawatan tersebut kerana jumlah kerusi DUN yang lebih besar. Bagaimana sebaliknya yang berlaku di mana Menteri Besar terus disandang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim daripada PKR. Jawatan kanan seperti Speaker di berikan kepada Dap pula PKR mengisi Timbalan Speaker. Sebenarnya Pas telah dipermainkan oleh Dap dan PKR di Selangor dan ini telah menimbulkan rasa tidak puas di kalangan ahli di peringkat akar umbi.Selain isu tahaluf siyasi yang semakin bercelaru,kem ulama dan juga Anwarinas berentap mengenai calon timbalan presiden.

Abdul Hadi mahukan calon daripada kumpulan ulama manakala kem liberal di dalam Pas mahukan calon daripada kalangan mereka. Sesetengah pemerhati dan para analisis politik berpendapat Pas akan berdepan dengan risiko perpecahan di masa terdekat kerana gelombang untuk membawa parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat semakin kuat. Pas dilihat akan menjadi bertambah berpengaruh dan mengembalikan kekuatan politiknya sekiranya bersendirian dan menjalin tahaluf siyasi dengan UMNO pula.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! RAFIZI LEMBU MENIPU PASAL MINYAK 20 SEN !!! APA CERITA NI ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 24 Sep 2013 07:00 PM PDT


Lu celita tulun halga minyak sulah lama lor Lu celita itu, lu celita ini.Olang lamai bukan bolo ma.Olang boleh kaji ma.Lu celita mau amik sana punya wang sini punya wang.Lu ingat itu lu punya pak punya wang ka suka-suka ambik sana.Sana sulah ala kontlek ma. Lu amik sana punya wang macam mana lia mahu cover lia punya halga pulaknya adoi.Lu celita mahu amik sana IPP punya subsidi.Itu IPP bg halga mulah pada TNB ma.Supaya TNB boleh kawal halga tak tinggi ma.Lu ambik sana subsidi TNB mau cover halga macam mana ma..? Lu ciakap nampak macam celdik.Tapi olang yang kaji tau betul punya celita,nampak lu manyak bolo ma.Baik le belenti cakap la sinang. - Sebastian Phiu

LIHAT VIDEO DIBAWAH


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PEMILIHAN UMNO 2013 !!! MAMPUKAH DATUK MAZNAH TUMBANGKAN DS SHAHRIZAT ???

Posted: 24 Sep 2013 05:00 PM PDT


Pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO semakin menarik dengan pengumuman Senator Datuk Maznah Mazlan untuk turut merebut jawatan itu,selain Raihan Suleiman Palestin.Ini menyebabkan para pemerhati melihat bahawa Datuk Seri Shahrizat kini berdepan dengan segala kemungkinan memandangkan kedua-dua lawannya mempunyai kelebihan tersendiri.Raihan membawa kekuatan nama bapanya dan harapan rakyat kepadanya ialah agar beliau turut mewarisi prinsip dan ketegasan tokoh tersebut.Selain itu,Raihan turut dilihat sebagai watak yang tepat untuk bersemuka dengan pembangkang memandangkan beliau adalah sepupu kepada Ketua Pembangkang dan banyak menyimpan cerita silam manusia 'Anugerah Tuhan' itu.Namun,Raihan,nampaknya bukan merupakan isu utama kepada penyandang.Tetapi,saya tidak dapat mengelak dari mengesan sedikit kebimbangan di pihak DatukSeri Shahrizat terhadap Datuk Maznah.Kenyataan Datuk Seri Shahrizat yang memberi peringatan agar tiada siapa yang bertanding sebagai proksi,cukup menarik untuk diteliti.

Datuk Maznah diketahui mempunyai hubungan akrab Datuk Seri Rafidah Aziz,maka mungkin kerana itulah beliau digambarkan oleh Datuk Seri Shahrizat sebagai bertanding sebagai proksi kepada wanita hebat itu.Datuk Maznah bagaimanapun menafikan yang beliau menjadi proksi sesiapa.Dari segi pengalaman,Datuk Maznah sudah cukup membuktikan kewibawaannya melalui jawatan Exco Wanita yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah selama lima penggal.Beliau telah terlibat dengan pergerakan Wanita Umno sejak 1970-an dan memegang pelbagai jawatan,termasuk Ketua Wanita Bahagian Rompin dan Ketua Wanita Umno Pahang,Secara dasarnya,Datuk Maznah tidaklah ketinggalan jauh di belakang Datuk Seri Shahrizat memandangkan beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (April 2008-April 2009),sebelum dipindahkan ke Kementerian Sumber Manusia selama empat tahun sejak April 2009 hingga April tahun ini. 

Beliau juga pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri Pahang dengan jawatan terakhir ialah mengurus Jawatankuasa Wanita,Keluarga dan Pembangunan Masyarakat,Kesenian dan Warisan.Selain pengalaman yang luas dan kredibiliti yang telah terbukti,Datuk Maznah juga mempunyai rekod yang bersih dalam politik.Sepanjang perkhidmatannya,beliau belum pernah dikaitkan dengan apa-apa isu kontroversi.Melihat dari fakta di atas,maka kita faham akan kebimbangan Datuk Seri Shahrizat.Bagaimanapun,politik bukanlah sesuatu yang dapat dijangka dan kita harus bersedia dengan sebarang kejutan.Tidak mustahil Raihan yang dipandang sebagai 'underdog' mampu mengatasi kedua-dua lawannya.kepada Datuk Seri Shahrizat,anda adalah wanita yang hebat.teruskan perjuangan.apapun hati-hati dengan penyokong 2 wanita ini.semuanya boleh berlaku.terima kasih kerana mempertahankan hak wanita selama ini.jawapannya saya rasa susah untuk mereka menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat kerana wanita masih menyayangi Beliau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...