BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


BONGKAR !!! AKHBAR MILIK MCA PROMOSI DAP TERANG-TERANGAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 12 Sep 2013 08:30 AM PDT


Kata orang, jika kita tidak belajar dari kesilapan maka kita akan dihukum mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali.Jika kesilapan pertama menjadikan rumah kita retak,kesilapan seterusnya pasti akan membuatkan rumah kita runtuh.Jika rumah kita retak kerana kontraktor tidak punya kredibiliti,apakah kita akan menyuruh kontraktor yang sama juga memperbaiki keretakan itu ??? Kata orang bijaksana pula,perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah 'kematangan' dan perkara utama yang tidak harus ada pada seorang ahli politik ialah sifat 'naif'.Sedar atau tidak,sifat naif pemimpin yang tidak menyedari keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung menaruh kepercayaan kepada pihak yang licik,merupakan bibit-bibit awal yang membawa kepada terjadinya 13 Mei 1969. 

Kata orang berpengalaman,dalam menangani kelicikan musuh dalam selimut,kita tidak seharusnya mengambil sikap 'apologetik'.Dalam konteks politik Barisan Nasional,musuh dalam selimut itu, tidak lain tidak bukan ialah MCA.Ini terbukti pada PRU-13 yang lalu apabila 97% orang-orang Cina menolak BN.Kita dapat melihat sendiri bagaimana sepanjang penggal lalu,MCA tidak begitu berminat untuk menambah ahli tetapi menumpukan sepenuh tenaga untuk mempopularkan Perdana Menteri,iaitu taktik yang pasti akan memakan diri apabila dilakukan keterlaluan.Tidak mustahil taktik ini sebenarnya adalah satu bentuk sabotaj yang licik sekali.MCA semestinya menyangka bahawa orang-orang Cina pasti berjaya menawan Malaysia untuk kesekian kalinya dalam PRU-13 dengan membiarkan Pakatan Rakyat menang di mana DAP mendahului jumlah kerusi.Namun,dengan kuasa Allah SWT,perancangan mereka tidak berjaya dan mereka terpaksa terus bersama BN walaupun sebahagian besar dari mereka telah mengundi DAP pada PRU lalu dan kemungkinan besarnya pada PRU akan datang juga.Lalu,kepada BN,MCA mengaku bersalah,meminta maaf dan bersedia memikul tanggungjawab dengan menolak sebarang jawatan kabinet. 

Namun,di masa yang sama,MCA meneruskan agenda Ketuanan Cina mereka melalui akhbar milik mereka iaitu The Star.Lenguh sudah tangan-tangan blogger mendedahkan kelicikan MCA sebagai amaran kepada kepimpinan BN,namun sehingga kini BN masih mengambil sikap menutup mata terhadap permainan MCA melalui The Star.Tiada amaran,tiada kenyataan tegas dari kepimpinan BN dan jauh sekali tindakan terhadap kebiadapan MCA dan hari ini,The Star mempromosi DAP lagi melalui laporan Mid Autumn Festival yang memaparkan gambar peniaga dengan maskot DAP.Seperti biasa juga pemimpin BN melihatnya sebagai satu perkara kecil.The Star membawa suara DAP bukan lagi satu rahsia, dan semua orang tahu mengenainya.Selain akhbar,MCA juga mengeluarkan produk pro-DAP melalui Universiti miliknya iaitu UTAR dan Kolej TAR.Jelas bahawa MCA dan DAP mempunyai hala tuju yang sama tetapi berjuang melalui platform yang berlainan bagi memastikan penguasaan yang lebih meluas dan bermakna iaitu dengan menguasai kedua-dua belah pihak. 

Sedangkan, UMNO hanya melihat kemenangan dari segi undi terhadap BN,bukan penguasaan yang sebenar.Mungkin kerana itu,UMNO berpura-pura tidak merasa tikaman MCA di belakang.UMNO juga pura-pura tidak mendengar gelak tawa MCA terhadap kenaifan atau mungkin juga 'ketamakan' atau 'kebebalan' mereka.Hakikat bahawa MCA tidak lagi membawa aspirasi BN atau semangat setiakawan yang termeterai melalui kontrak sosial, langsung tidak menggusarkan BN.Sedangkan,dalam keadaan yang begitu rapuh,BN tidak boleh memilih untuk berdiri atas kekuatan musuh.Apatah lagi kini apabila telah terbukti bahawa UMNO boleh berdiri sendiri atas sokongan padu orang-orang Melayu jika kena strateginya dan strategi menyimpan musuh dalam selimut bukanlah strategi yang tepat.Sudah sampai masanya UMNO mendesak MCA meletakkan garis yang jelas dalam perjuangan mereka. Paksa MCA menyatakan di pihak manakah mereka berada.Jika BN mengatakan bahawa para blogger seperti kami harus memberikan sokongan kepada BN dan tidak memfitnah serta memberi nasihat dan cadangan,maka kenapakah MCA tidak boleh diberi layanan yang sama ??? Apa ada pada MCA sehingga menyebabkan mereka boleh berbuat sesuka hati mempermainkan UMNO dan BN di dalam akhbar milik mereka ??? Atau soalan yang lebih tepat ialah,berbaloikah segala pengorbanan memperbodohkan diri kepada MCA ini ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! BURUKKAN MALAYSIA DEPAN PELABUR !!! BUKTI LIM GUAN ENG MAIN POLITIK DAN KURANG BIJAK !!!

Posted: 12 Sep 2013 05:28 AM PDT


Bayangkan seorang peniaga mengadakan promosi barangan di hadapan pelanggan tetapi memburukkan barangannya sendiri.Tentulah peniaga tersebut gila atau pun paling bodoh di dunia.Tetapi itulah yang dilakukan oleh Lim Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang dalam misi pelaburan ke Hong Kong baru-baru ini.Di dalam misi tersebut,Guan Eng telah memberi gambaran kepada pelabur bahawa Malaysia berada dalam keadaan tidak selamat dan bahawa kononnya kerajaan menggunakan cara yang tidak wajar semata-mata untuk menjimatkan kos sehingga mengabaikan soal keselamatan.Tentu ramai yang terkejut dengan berita ini dan saya yakin,para pelabur yang mendengarnya juga pasti menggeleng-gelengkan kepala memikirkan apakah jenis Ketua Menteri yang menerajui Pulau Pinang.Telah dikatakan bahawa Guan Eng ini bukanlah seorang yang bijak.Guan Eng bernafas dalam dendam kesumat dan keangkuhan yang parah yang membutakan mata hatinya dan menjadikan beliau hamba kepada kebencian yang meluap-luap.Keadaan ini menjadikan beliau tidak dapat berfikir dengan baik sehingga menjadi bodoh. 

Akibatnya,Guan Eng lupa bahawa beliau mewakili negerinya untuk menarik pelabur bukan membuat mereka lari.Jika pelabur berjaya ditarik,beliau juga yang mendapat nama.Tetapi,Guan Eng rela membiarkan Pulau Pinang tidak mendapat apa-apa pelaburan asalkan Malaysia juga tidak mendapat apa-apa pelaburan.Semuanya kerana beliau ingin melihat keruntuhan Malaysia agar dapat menyalahkan Barisan Nasional.Nampaknya,Guan Eng bukan seorang Ketua Menteri yang bertanggungjawab.Kita tahu bahawa beliau sudah kaya raya dan kehidupannya tidak akan terjejas sekiranya pelaburan asing merosot,tetapi yang akan terjejas ialah rakyat keseluruhan dari segi peluang pekerjaan dan penjanaan ekonomi negara untuk kegunaan sektor lain.Dalam usahanya untuk memburukkan Malaysia,Guan Eng juga membayangkan bahawa rasuah di Malaysia amat kronik sehinggakan sejumlah RM51 billion boleh dijimatkan jika pengurusan kerajaan benar-benar telus. 

Memetik jumlah dan menuduh sesuka hati tanpa sebarang perincian memanglah mudah.Tetapi realitinya,62.0% (RM125.8 Juta) dari perbelanjaan operasi adalah untuk Emolumen,Bayaran Khidmat Hutang,Pencen dan Gratuiti serta Supplies dan Services (Sewa,pembaikan dan maintenance,Utiliti dsb)Manakala,Belanja Pembangunan Kerajaan bagi Tahun 2012 hanyalah sebanyak RM46.9 juta.Katakanlah Kerajaan boleh menjimatkan 25% belanja pembangunan daripada pengurusan kontrak dan rasuah, jumlah penjimatan adalah [RM46.9 juta*25%] RM12.4 juta.Jadi,di manakah logiknya penjimatan sehingga RM51 bilion ??? Namun,saya faham yang Guan Eng memang mempunyai masalah dengan matematik.pembaca Badut Rakyat sedia maklum yang DAP mempunyai masalah untuk mengira jumlah undi yang tidak sampai 2,000 pun.Kerana itu,DAP terpaksa mengadakan pemilihan CEC semula.Atas dasar ini,mungkin kita patut bertolak ansur dengan Guan Eng.Bagaimanapun,kita tidak boleh bertolak ansur atas sikap tidak bertanggungjawab Guan Eng yang telah menyebabkan pelaburan di Pulau Pinang merudum.Lebih pelik lagi,dalam keadaan ini juga,Guan Eng masih mendabik dada konon beliau berjaya mengurangkan hutang negeri dalam sekelip mata.Hakikatnya,pengurangan hutang yang dicatatkan oleh Pulau Pinang bukan kerana Guan Eng cekap dan telus dalam mentadbir tetapi kerana penstrukturan semula sektor bekalan air di mana liabiliti Kerajaan Negeri dalam sektor air telah diambil alih oleh Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) sebanyak RM655.25 juta. 

Pengambilalihan inilah yang memberikan impak pengurangan 95% jumlah hutang tertunggak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukannya kerana apa-apa dasar yang diperkenalkan Guan Eng.Nampaknya,Guan Eng tentunya mempunyai kulit yang begitu tebal untuk mengakui bahawa rekod pengurangan hutang Pulau Pinang sebagai hasil dari pentadbirannya.Apapun,saya tidak pasti berapa banyak pelaburan yang berpotensi di bawa masuk sekiranya beliau tidak membuat kenyataan bodoh atau gila itu di hadapan pelabur.Kini,kerana Guan Eng,Malaysia dan Pulau Pinang juga,mungkin berhadapan dengan kerugian kerana tidak dapat membawa masuk pelabur asing.Kerana Guan Eng juga,DAP berada dalam kekalutan.Justeru,kita tidak tahu bagaimana ahli-ahli DAP masih lagi sanggup menerima seorang penipu dan tidak bertanggungjawab ini sebagai Ketua.Lebih-lebih lagi melantiknya sebagai Ketua Menteri.Rasanya,sudah sampai masanya DAP berubah.Oleh itu,sekadar mengingatkan ahli-ahli DAP,pemilihan semula CEC ini adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan perubahan.Ubahlah diri sendiri dahulu sebelum terpekik-pekik ingin mengubah orang lain.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUKTI PUAK DAP CUBA MEMBURUKKAN NAMA PM @NAJIBRAZAK DIDEDAHKAN !!!

Posted: 12 Sep 2013 01:51 AM PDT


satu lagi permainan kotor oleh puak DAP telah didedahkan.anda lihat gambar di atas.Diatas adalah gambar print screen yang diambil dari sebuah fan page "We Fully Support PKR-DAP" yang mempunyai hampir 470,000 follower.gambar tu pula dah di 'share' lebih 4,000 pengikutnya.cuba anda kira dengan 'share' sebanyak tu,bayangkan betapa ramai yang mungkin percaya komen dalam gambar tersebut yang menggunakan nama "Dato Seri Najib Tun Razak" adalah dari Perdana Menteri sendiri sedangkan akaun facebook Perdana Menteri yang sebenar adalah "Najib Razak".Lihatlah bagaimana kerja jahat puak DAP yang manipulasi sebegini rupa untuk bangkitkan kemarahan,permusuhan dan kebencian rakyat.Andai tidak keberatan,minta sahabat dan pembaca Badut Rakyat sebarkan.Sekurang-kurangnya kita buktikan bahawa kita menentang perbuatan keji seperti ini.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! DAVID DASS FAIL INJUNKSI HALANG PEMILIHAN CEC DAP !!!

Posted: 11 Sep 2013 11:00 PM PDT


Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi,Seremban,A. David Dass mendakwa telah memfailkan permohonan injunksi bagi menghalang pemilihan khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang akan diadakan pada 29 September ini.Dass dalam sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur,Jalan Duta memberitahu,beliau telah memfailkan permohonan injunksi terbabit selepas menerima notis berhubung pemilihan khas tersebut.Permohonan injunksi itu dikemukakan atas alasan pemilihan khas tersebut adalah bertentangan dengan perlembagaan parti berkenaan.Bagaimanapun sehingga petang,pihak media tidak diberikan salinan dokumen permohonan terbabit.Dass yang hadir dengan dua lagi individu dipercayai penyokongnya turut menuntut agar pada tarikh tersebut satu mesyuarat kongres diadakan dan bukannya pemilihan CEC. 

Menurut laporan akhbar sebelum ini,Pengerusi DAP,Karpal Singh membayangkan bahawa pemilihan semua jawatankuasa itu akan diadakan awal November ini.Karpal dalam kenyataannya menyatakan mereka yang akan mengundi pada pemilihan semula itu terdiri daripada perwakilan mengikut senarai 2008 kerana delegasi 2012 pada Disember lalu dikatakan tidak sah.Pada 14 Ogos lalu,Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengumumkan DAP akan mengadakan semula CEC seperti yang diarahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) setelah siasatan mendapati pemegang-pemegang jawatan dalam pemilihan Disember lalu tidak sah.Isu kepincangan keputusan pemilihan CEC bermula pada 4 Januari lalu apabila Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng secara tiba-tiba mendedahkan terdapat 'kesilapan teknikal' sewaktu penjumlahan undi iaitu 19 hari selepas keputusan diumumkan.Selepas kesilapan diperbetulkan,keputusan berubah apabila Setiausaha Politik Guan Eng,Zairil Khir Johari yang tewas pada mulanya setelah menduduki tempat ke-39 dengan menerima 305 undi,melonjak ke tempat ke-20 dengan undian sebanyak 806,sekali gus menjadi calon Melayu tunggal yang terpilih dalam senarai CEC. - Utusan Malaysia

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PM @NAJIBRAZAK AKAN HADIR DI MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 11 Sep 2013 09:35 PM PDT


kepada semua pembaca Badut Rakyat Dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada hari Sabtu ini,14 September 2013 jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari atau lusa.Majlis ini akan diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam,Selangor.Forum akan menampilkan Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato' Dr Noor Azlan Ghazali.


YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan membuat pengumuman khas agenda Ekonomi Bumiputera pada jam 10.30 pagi.Dijangka turut sama hadir Menteri Kabinet dan pemimpin Bumiputera.Ayuh bersatu dan tunjukkan sokongan kepada agenda Bumiputera.sekiranya anda tidak dapat hadir sila klik link pada gambar di atas dan gambar di sebelah kanan blog untuk LIVE Streaming.ayuh,ramai-ramai ke program ini demi ekonomi bumiputera dan tanah air yang tercinta !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...