BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! SAH !!! LIM GUAN ENG MENYEMBUNYIKAN SESUATU YANG RAKYAT TAHU !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 10 Sep 2013 08:30 AM PDT


kantoi sudah.sesuatu yang disembunyikan oleh lim guan eng yang rakyat tak tahu didedahkan.apa pun saya ceritakan tentang pengkhianat dulu,baru saya ceritakan tentang lim guan eng.Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama.Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata ???  Themistocles,salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau.Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M.,tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.Themistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah,maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka.

Pengkhianat tersebut memberitahu tentera Persia bahawa tentera Yunani amat tidak tersusun serta wajar menyerang Yunani melalui tepi pantai pada waktu pagi secara serang hendap.Tentera Persia mempercayai nasihat pengkhianat berkenaan dan bertindak melulu menyerang tepi pantai Yunani.Namun,tentera Yunani menyerang balas dan berjaya menghapuskan tentera Persia.Pengkhianat sebegini sering menyalurkan rahsia kepada musuh,seperti lokasi dan kelemahan dalaman.Dikuasai keinginan yang tamak haloba,mereka hendak berada di pihak yang menang untuk mendapatkan kekayaan, pangkat dan kedudukan yang berkuasa ataupun peluang peribadi untuk membalas dendam.Sekiranya tujuan sebenar pengkhianat ini tidak dikenal pasti,maka mereka kadangkala disambut sebagai "wira".Contoh masa kini termasuk Edward Snowden dan Bradley Manning.Akan tetapi, apakah yang berlaku jikalau seorang pemimpin peringkat negeri pergi ke luar negara di bawah tugas rasmi (yang sepatutnya bertemu para pelabur berpotensi serta rakan-rakan perniagaan) mencemarkan imej negaranya sendiri,padahal beliau sepatutnya mengharumkan nama negara dengan menaikkan keyakinan pelabur asing.

Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini diiringi oleh delegasi rasmi negeri yang kebetulan sama dengan misi pelaburan MIDA ke Hong Kong dan China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.Dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng kepada warga Pulau Pinang yang berada di Hong Kong,beliau berkata : "Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan rakyat tentang keikhlasan beliau dan keperluan untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 billion setahun dengan mengimplementasikan tender terbuka yang kompetitif dan menangani rasuah yang akan menjimatkan RM51 billion setahun.Tanpa tindakan susulan,ini menunjukkan tahap komitmen kerajaan persekutuan terhadap rasuah dan rakyat akan mudah melihat keikhlasan palsu kerajaan pusat dan kemestian penipuan untuk mengurangkan kos.

Tidak dinafikan ini adalah pengenalan yang sangat negatif untuk satu ucapan yang seharusnya fokus kepada objektif untuk MENARIK minat pelabur asing ke Malaysia,amnya dan Pulau Pinang,khususnya.Lim Guan Eng sengaja melakukan sabotaj terhadap misi MIDA untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelabur dan perniagaan utama.Keduanya,pemimpin itu menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat sebagai "tiada keikhlasan" dan "kemestian untuk menipu" untuk mengurangkan kos Bagaimanakah "pengakuan" sebegitu mampu menaikkan tahap persaingan Pulau Pinang dan Malaysia di peringkat antarabangsa ??? Adakah mana-mana pelabur yang tidak gila akan mahu melabur di Malaysia setelah mendengar ucapan beliau ini ??? Tuan Lim Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan kegunaan wang negeri untuk ke luar negara dengan delegasi beliau dan mengutuk kerajaan Malaysia di negara asing walhal misi asli sewajarnya adalah untuk menarik minat pelabur untuk meluaskan perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

Setelah itu,dia menyambung pula : "Mengapa rakyat khususnya yang berpendapatan rendah harus membayar RM3.3 billion setiap tahun dalam kenaikan harga bahan bakar petrol jika tiada tindakan diambil terhadap para politikus yang mencuri duit negara sebanyak RM51 billion setahun? Dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 berdasarkan kecekapan fiskal dan dasar anti rasuah kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak 25% yang didapati daripada pemberian kontrek kerajaan."

Pendirian sebegini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Persekutuan dalam menegakkan peraturan dan undang-undang dalam negara kita.Ini merupakan perbuatan yang sengaja untuk memalukan nama Malaysia di mata dunia. Perbuatan ini sangat tidak beretika sekali.Mengapa beliau bertindak demikian adalah satu persoalan yang wajib dijawab oleh para penyokong DAP dan Pakatan.

Beliau turut memfitnah kerajaan pusat lagi,dengan berkata : "Taktik perkauman dan extremis digunakan dengan jayanya untuk mengelak daripada menangani masalah-masalah sebenar negara,iaitu jenayah,rasuah,peningkatan tahap hutang kerajaan dan individu serta penurunan tahap pendidikan negara,produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia".

Di Hong Kong,ramai pelabur telah berkata 4 faktor ini telah menjadikan Malaysia kurang menarik minat pelabur, malah menjadi kurang daya saing.Ketua Menteri Lim Guan Eng harus menjelaskan mengapa beliau terus memperlekeh dan memalukan negara kita dengan merosakkan imej negara kita di peringkat global. Barang siapa yang normal status mentalnya tidak akan memburuk-burukkan imej baik dan nama harum Malaysia di persada antarabangsa. Apakah tujuan dan matlamat beliau ke luar negara di bawah tugas rasmi untuk memberitahu pelabur tentang keburukan Malaysia yang KURANG MENARIK serta KURANG KOMPETITIF ??? Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menuduh kerajaan pusat sebagai "penny wise, pound foolish" dalam erti kata pepatah Inggeris dan memainkan sentimen perkauman,keagamaan dan extremisme,beliau memberikan impresi dan impak yang negara Malaysia tidak selamat dengan mempersoalkan keupayaan pasukan polis dengan memperolok-olokkan bahawa hanya 10% daripada jumlah pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan sahaja.Lim Guan Eng yang seharusnya patriotik dan patut mengetengahkan potensi negara dan sumber alam semula jadi yang kaya dan melimpah ruah telah dengan sengaja menuduh kerajaan cuai dan perlu meminjam wang dari luar negara untuk berbelanja. 

Beliau juga menuduh secara hentam kromo kerajaan pusat gagal untuk melabur dalam bidang pendidikan yang berkualiti.Ini jelas berlawanan dengan semangat Dasar Pendidikan Negara serta "Malaysian Education Blueprint 2013-2025" yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Saya menyeru Lim Guan Eng menunjukkan data FDI (Foreign Direct Investment) untuk Pulau Pinang untuk tempoh masa dari March 2008 semenjak beliau menjadi Ketua Menteri sehingga kini, berapa banyak pelaburan yang telah masuk dan apakah hasil-hasil pelaburan tersebut.Sekiranya TIADA keputusan positif dari pihak beliau, Ketua Menteri yang bergelar "Tokong" ini harus membayar balik segala perbelanjaan ke Hong Kong dari poket beliau sendiri,selari dengan "falsampah" CAT.Adalah amat tidak rasional dan masuk akal untuk beliau berkata demikian terhadap PM kita.Lim Guan Eng begitu berbangga dengan status Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau serta mempunyai tahap pendidikan berkualiti tinggi. Bagaimana dengan bidang hartanah di Pulau Pinang yang semakin di luar kemampuan penduduk Pulau Pinang sendiri ??? Adakah beliau ingat Pulau Pinang mempunyai bidang autonomi dan kuasa sendiri ??? Adakah beliau ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau untuk orang kaya sahaja seperti Singapura,Hong Kong dan Monaco ??? Tidak sah lagi CAT ("Cocky Arrogant Tokong") ini mempunyai penyakit kurang patriotik dan kurang cintakan negara.Dalam ucapan yang lepas di Hong Kong Correspondents Club pada 9 Oktober 2012,beliau turut memberikan imej yang amat negatif untuk Malaysia.Sila tengok video di bawah


Apakah agenda sebenar beliau,hanya Tuhan yang tahu.Kita rakyat Malaysia yang patriotik sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang maha berkuasa untuk merenung dan mencermin sendiri serta melakukan muhasabah diri sebelum mengutuk Perdana Menteri, barisan kabinet dan kerajaan persekutuan.Ingatlah wahai Lim Guan Eng, "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Major Huan Cheng Guan (K)

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KEMELUT CEC DAP !!! BUKTI LIM GUAN ENG NAMPAK SANGAT TAKUT BERSAING !!! PENGECUT !!!

Posted: 10 Sep 2013 05:00 AM PDT


Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal,masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula.Lebih meragukan,apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian.Tidak cukup dengan itu,turut didakwa terdapat 'perwakilan haram' seramai 547 orang,majoritinya dari Pulau Pinang,yang telah terlibat dalam pengundian awal.Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu.Ironi sekali apabila semua ini berlaku dalam DAP yang merupakan parti yang paling keras memperjuangkan keadilan, meritokrasi dan kesamarataan,serta sering mendabik dada sebagai parti yang tidak berasaskan kaum. 

Namun,apa yang berlaku telah membuktikan bahawa DAP telah bertindak bertentangan dengan setiap satu dari slogan perjuangan parti itu.Kita sedia maklum bahawa tonggak penentangan DAP terhadap Barisan Nasional selama ini adalah kononnya kerana BN yang diterajui UMNO mendiskriminasi kaum-kaum bukan bumiputera.Kononnya UMNO terlalu melebihkan bumiputera sehingga memberi peluang pendidikan dan ekonomi kepada yang tidak layak.Kononnya ramai lagi di kalangan bukan bumiputera yang layak dan berhak mendapat peluang tersebut tetapi terpinggir kerana dasar-dasar UMNO.Kononnya juga,kaum bukan bumiputera rata-ratanya jauh lebih bijak dari bumiputera.Semua ini ditanam begitu kuat dalam sanubari DAP lalu disebarkan melalui sekolah-sekolah vernakular dan juga media berbahasa Cina sehingga akhirnya membangkitkan perasaan benci dan angkuh di kalangan hampir semua masyarakat Cina di Malaysia.Buktinya dapat dilihat dalam PRU-13 yang lalu di mana hampir semua masyarakat Cina menolak BN dan memilih DAP.Jika ditanya kepada mereka kenapa memilih DAP, jawapan mereka pasti berbunyi kerana DAP tidak perkauman,DAP mementingkan keadilan serta berpegang kepada dasar meritokrasi. 

Bagaimanapun,seperti yang dikatakan tadi,kemelut CEC DAP sudah cukup untuk membuktikan betapa hipokritnya kaum Cina.Dalam mereka melaungkan meritokrasi,keadilan dan kesamarataan,mereka sebenarnya cukup takut untuk bersaing secara telus.Sekiranya mereka melihat kemungkinan kaum mereka tidak mampu memenangi jawatan,maka mereka akan menipu,memanipulasi atau mengugut bagi memastikan kaum mereka terus berkuasa.Sesiapa yang pernah bekerja di syarikat swasta pasti bersetuju bahawa taktik yang sama digunakan kaum Cina dalam pekerjaan dan perniagaan.Sudah menjadi pengetahuan umum bagaimana kedai runcit atau pasaraya yang diterajui kaum Cina akan dengan sengaja mendiskriminasikan barangan buatan bumiputera dengan berbagai cara.Jika mereka menjadi pemborong, mereka tidak akan memberikan kemudahan kredit yang sama antara peniaga kaum lain dengan kaum mereka, malah akan berusaha untuk menyukarkan atau menggagalkan peniaga kaum lain agar boleh diambil alih oleh kaum Cina. 

Mereka juga begitu tegar sanggup meletakkan harga sewa premis perniagaan yang berbeza antara kaum lain dengan kaum mereka sendiri.Malah,dalam bidang pendidikan terutama pendidikan tambahan seperti seni dan muzik yang majoritinya dikuasai kaum mereka,terdapat beberapa kes di mana guru Cina dengan sengaja mengajar perkara yang salah atau tidak memberi maklumat penuh kepada pelajar kaum lain terutamanya yang lebih bijak dan berpotensi besar.Semua ini membuktikan betapa kaum Cina sebenarnya takut dengan persaingan berdasarkan meritokrasi dan segala laungan ke arah dasar meritokrasi hanyalah hipokrasi semata-mata.Sekiranya dasar meritokrasi benar diamalkan, mereka pasti akan memanipulasi dan menipu sebagaimana yang dilakukan oleh DAP dalam pemilihan CEC.Soalnya,sampai bila kaum Cina akan terus bersifat hipokrit ??? Sampai bila DAP boleh menipu yang kononnya parti itu tidak menipu ??? Aduan dan bukti sudah pun jelas,tetapi DAP masih tegar ingin terus menipu.Apakah kaum Cina benar-benar sanggup diperintah oleh parti penipu asalkan parti itu diterajui oleh kaum mereka ??? Apakah ini yang dikatakan prinsip 'kesamarataan, ketelusan atau keadilan dan tidak perkauman' yang dilaung-laungkan oleh kaum itu ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KENAIKAN HARGA MINYAK PETROL !!! MINYAK NAIK,APA YANG PEMBANGKANG BOLEH LAKUKAN ??? CER CITA !!!

Posted: 10 Sep 2013 01:30 AM PDT


Kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia mengenai betapa pentingnya mengamalkan perbelanjaan berhemah.Daripada merungut dan membuat aksi 'flash mob' untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan disel sebanyak 20 sen dan RON95 sebanyak 15 sen,lebih elok rakyat berfikiran positif dan pro-aktif bagaimana hendak membuat 'adjustment' atau penyesuaian kepada gaya hidup mereka.Pembangkang akan melihat isu ini sebagai modal politik mereka untuk menyerang kerajaan.Pembangkang hanya tahu satu perkara sahaja untuk mengurus kewangan negara,sama ada menurunkan harga barangan atau menghapuskan sama sekali seperti dalam kes pinjaman pendidikan PTPTN.Memang senang untuk menurunkan harga barangan keperluan seperti minyak,gula,minyak masak,tepung dan sebagainya untuk mendapat populariti politik tetapi apakah sudah difikirkan implikasinya kepada ekonomi dan kewangan negara. 

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sentiasa mengamalkan dasar pengurusan kewangan negara yang seimbang.Dalam pada kerajaan menjalankan program-program pembangunan negara bagi mencapai objektif pendapatan tinggi menjelang tahun 2015 serta visi status negara membangun pada 2020,kerajaan juga prihatin terhadap dasar sosial yang kukuh bagi kesejahteraan negara.Ini bermakna kerajaan harus mencari perseimbangan bagi pembangunan negara dalam semua aspek pendidikan,sosial,kesihatan dan lain-lain lagi.Wang yang mencukupi harus ada bukan sahaja untuk membuat jalan raya di bandar dan kawasan pendalaman tetapi juga menyediakan dana bagi membangun perkhidmatan sosial dan kesihatan bagi rakyat yang bertaraf antarabangsa.Kenaikan harga bahan api akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan dari segi subsidi sebanyak RM1.1 bilion setahun. 

Wang yang dijimatkan pula boleh diagih dan disalurkan kepada sektor-sektor yang lebih kritikal seperti pembinaan sekolah,klinik hospital,jalan raya dan sebagainya.Kenaikan harga barangan tidak boleh dielakkan kerana harga produk atau perkhidmatan bukanlah sesuatu yang statik atau kaku.Rakyat tidak boleh mengharapkan harga petrol atau rumah sebagaimana ianya dijual 20 atau 30 tahun dahulu.Zaman berubah, negara semakin maju dan harga semakin meningkat.Selain faktor permintaan dalam pasaran domestik, harga juga dipengaruhi oleh faktor luaran seperti iklim ekonomi dunia.Ini kerana bukan semua produk yang dikilangkan di negara ini menggunakan bahan mentah yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan.Kebanyakan produk atau barangan masih memerlukan bahan mentah yang perlu diimport dari luar negara.Harga bahan mentah ini pula bukan ditentukan oleh pengusaha tempatan tetapi oleh pengeluar di negara ia di eksport.Jika harga bahan mentah yang dimport mahal dan di luar kawalan tempatan maka barangan yang dihasilkasn juga akan turut menerima kesan kenaikan harga. 

Ini adalah satu realiti yang harus difahami oleh rakyat dan bukannya termakan dengan dakyah pembangkang yang tidak bertanggungjawab.Daripada berbelanja besar untuk makan luar di restoran atau di gerai saban hari,apa kata suri rumah lebih menekankan kepada 'home cooked meal' atau masakan di rumah kerana ia lebih menjimatkan malah lebih sihat.Kalau selalu beli makanan di restoran atau gerai,kemungkinan besar lambat laun akan mendapat penyakit kronik seperti masalah jantung,kencing manis,kerosakan ginjal dan lain-lain masalah kesihatan.Ini kerana masakan gerai atau restoran menggunakan garam dan serbuk perasa atau 'MSG' yang berlebihan dan seringkali tahap kebersihan premis dan juga cara pembikinan makanan diragui.Mungkin juga rakyat Malaysia boleh kurangkan menonton rancangan televisyen melalui langganan saluran berbayar.Penjimatan bulanan yuran untuk 'Astro' umpamanya boleh digunakan untuk membeli buku latihan untuk anak-anak di sekolah.Hakikatnya jika ada kemahuan semua boleh jadi seperti pepatah, 'hendak seribu daya,tak mahu seribu helah' atau 'when there is a will,there is a way'.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KHALID SAMAD TETAP SOKONG KALIMAH ALLAH UNTUK KRISTIAN ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 10 Sep 2013 12:33 AM PDT


sekali lagi khalid samad menyokong Kalimah Allah digunakan untuk agama Kristian.apa cerita ni ??? kalau gereja tu nama ALLAH.apa akan jadi kepada anak kita akan datang ??? ramai Ulamak mengatakan tidak boleh menggunakan Kalimah Allah untuk agama lain.Mysuara telah menganjurkan wacana berhubung PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH,Nama Allah Ekslusif Atau Tidak : Hukum Asal,Dakwah dan Siasah yang menampilkan 3 orang panel iaitu Dr. Yusri Mohamad,Prof. Khalif Muammar,Khalid Samad serta Dr. Mohd Asri sebagai moderator.jom lihat video di bawah.apapun Kalimah Allah harus di pertahankan.kita lihat apa kenyataan khalid samad


ANDA NAK TAHU KENAPA KRISTIAN NAK SANGAT GUNA KALIMAH ALLAH ???

KLIK DI SINI

DAN 

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU MINYAK PETROL NAIK !!! BILA KERAJAAN KURANGKAN SUBSIDI KENAPA PUAK PEMBANGKANG NAK MEMEKAK ???

Posted: 09 Sep 2013 08:11 PM PDT


macam-macam reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar.Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2.Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen.Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan.Di sebelah 'pihak sana' yang sentiasa mencari 'silap' kerajaan,kenaikan itu seperti memberi 'bola tanggung'.Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa,semuanya itu tidak akan berlaku,tidak ada kenaikan.Demi populariti,yang wajar tidak diwajarkan.Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan,macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata,dialog bergambar,karikatur,khidmat pesanan ringkas (SMS), video dan sebagainya.

Seorang sahabat memberitahu, dia 'berehat' seketika daripada membaca pelbagai reaksi yang masuk sama ada melalui SMS,WhatsApp atau Facebook.Lebih banyak yang tumpang 'belasah' kerajaan.Mereka tidak dapat menerima langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol.Jika anda bercakap apalah ada pada 20 sen itu, maka mereka akan berkata,"Awak tak apalah,kaya,gaji tinggi".Begitulah reaksi yang diberi.Berilah apa alasan sekali pun,puak yang memang kerjanya membantah tidak akan menerima dengan baik.Berilah seribu satu alasan kenaikan itu,mereka tetap tidak dapat menerimanya termasuk alasan paling popular iaitu harga di negara kita lebih rendah berbanding negara-negara lain termasuk dalam kalangan negara ASEAN.

Kenapa kerajaan mengurangkan subsidi petrol ini tidak dapat diterima.Mereka sinis apabila langkah itu dilihat sebagai 'tindakan berwawasan' dan langkah paling tepat untuk menstruktur semula kaedah yang digunakan dalam memberikan subsidi.Jika diselak kembali,sebelum ini pun berlaku naik turun harga petrol.Tidak seperti gaji,jarang atau tidak pernah berlaku gaji diturunkan.Jika ada pun,elaun dikurangkan.Banyak juga perkara lain yang naik.Harga rokok juga naik.Sebatang rokok harganya 50 sen.Kalau enam batang disedut,melebihi harga satu liter petrol.Tetapi jumlah perokok tidak juga kurang walaupun harga naik dan rokok diisytiharkan haram.Berapa ramai pula yang bising dengan harga satu liter air minuman (bukan air mineral) RM2 sebotol ??? Tidakkah air juga diambil daripada perut bumi ini ??? 

Menurut Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan Sosio-Ekonomi dan Penyelidikan,Ivanpal S.Grewal,kaedah pemberian subsidi sekarang ini tidak kena pada tempat,tidak cekap dan membazir.Katanya,tujuan sebenar subsidi ini adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan dan bukan untuk mereka yang membawa Ferrari turut menikmati bahan api yang disubsidi itu."Apa yang penting adalah pengurusan lebih baik subsidi dan perlu lebih fokus dalam membantu mereka yang memerlukan," katanya seperti dilaporkan Bernama.Oleh itu,adalah lebih baik di sebalik menghulurkan subsidi menyeluruh seperti subsidi besar bagi petrol dan gas,kerajaan beralih secara berperingkat-peringkat kepada pemberian bantuan tunai secara langsung seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan.Diharapkan pengurangan subsidi bahan bakar ini akan membantu meningkatkan pula BR1M daripada RM500 kepada jumlah lebih besar,mungkin sehingga RM1,200.Begitu juga bantuan kepada mereka yang tidak layak mendapat BR1M. Pendek kata, biarlah pengurangan subsidi petrol dapat dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia.

Menyelak kembali pemberian subsidi ini,pada tahun 2007,kerajaan membelanjakan RM40.1 bilion.Pada 2009,lebih kurang 22 peratus perbelanjaan kerajaan adalah pada subsidi,dengan subsidi petrol mewakili 12 peratus daripada jumlah itu.Bagi subsidi berjumlah RM30 bilion pada tahun ini,subsidi bahan bakar adalah RM24 bilion,komponen terbesar dalam peruntukan berkenaan.Melalui subsidi inilah,rakyat Malaysia tidak begitu terkesan dengan kenaikan harga minyak dunia.Keadaan ini jauh berbeza dengan rakan-rakan di negara lain.Di sebalik 'amat terasa' dengan kenaikan harga petrol ini,ramai yang seolah-olah terlupa atau memang terlupa subsidi pelbagai barangan keperluan harian lain yang sedang dinikmati sekarang.Adakah jumlah pengguna petrol ini lebih besar jumlahnya berbanding barang keperluan harian ??? Sudah tentulah pengguna barang keperluan harian yang menikmati pelbagai subsidi mempunyai jumlah lebih ramai.Tidak semua orang mempunyai motosikal atau kereta.Tidak semua yang ada motosikal atau kereta akan menggunakan kenderaan itu untuk terus ke tempat kerja.Mereka mungkin menggunakan pengangkutan awam seperti komuter,LRT,monorel atau bas sama ada untuk mengelakkan kesesakan,menjimatkan tol,petrol dan bayaran letak kereta (parkir).Bagi pengguna komuter yang berpendapatan RM3,000 ke bawah pula berpeluang menikmati diskaun 50 peratus tambang.Ada pula yang lebih gemar menggunakan kereta ke pejabat walaupun terpaksa menempuh kesesakan dan membayar kos lain.Malahan jika boleh mereka mahu meletakkan kereta betul-betul di depan pejabat kerana tidak mahu berjalan kaki atau menaiki tangga.Mungkinkah tabiat ini juga menyumbang kepada 8.5 juta orang gemuk di negara ini ???

Selain terlebih makan,sudah tentu mereka kurang inisiatif untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.Berkaitan isu ini,adakah kerajaan wajar mengurangkan subsidi makanan harian ??? Pastinya tindakan itu mengundang kenaikan harga barang.Untuk tempoh sekarang,kerajaan perlu memastikan kenaikan harga petrol tidak mendorong peniaga menaikkan harga barang yang tidak masuk akal.Begitu juga,usaha kerajaan untuk memastikan sistem pengangkutan awam lebih cekap bagi membantu rakyat menjimatkan kos ke pejabat.Sistem yang ada tidak mempunyai rangkaian sokongan yang betul-betul dapat membantu menjimatkan kos.Pengguna terpaksa menghidupkan enjin kereta dari rumah ke stesen LRT,komuter atau monorel.Begitu juga sebaliknya dari stesen ke pejabat.Tempoh perkhidmatan pengangkutan awam juga perlu dikaji.Berkaitan kenaikan harga petrol dan jumlah rakyat Malaysia yang gemuk,video yang muncul berikutan kenaikan harga petrol turut menarik perhatian.Video ini menggambarkan bagaimana di sebuah bandar,jalan raya lengang dengan kenderaan tetapi dipenuhi manusia yang berjalan kaki dan berlari-lari anak,seperti pergerakan kenderaan.Mereka adalah pekerja dan kanak-kanak yang mahu ke tempat kerja dan sekolah.Mereka ini turut mematuhi lampu isyarat.Lakonan ini lebih menarik dengan aksi mereka membawa lampu suluh pada waktu malam dan bergerak seperti kenderaan pulang ke rumah masing-masing.Begitulah kreatifnya idea untuk mengaitkan 'keluhan' berikutan kenaikan harga petrol.Adakah anda sanggup meniru aksi ini,berjalan kaki atau berlari-lari anak ke tempat kerja bagi mengurangkan kos petrol dan mengelakkan kegemukan ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...