Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO! Gambar Kemalangan Ngeri di Genting Highland!!

Posted: 21 Aug 2013 07:08 AM PDT


satu nahas ngeri yang berlaku di Genting Highlands sebentar tadi.


25 penumpang disahkan maut dalam insiden nahas bas yang terhumban di Genting Highlands di sini petang tadi.










Manakala setakat jam 6 petang tadi, seramai 16 penumpang yang cedera sudah dikeluarkan dan dikejarkan ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Pasukan bomba dan penyelamat kini dilaporkan sedang mengeluarkan kesemua 49 mangsa yang terperangkap.


Kesemua mangsa yang tercedera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Selayang untuk rawatan selanjutnya.

Nahas berlaku jam 3 petang tadi ketika bas ulang-alik itu sedang menghala ke Kuala Lumpur dari pusat peranginan itu. sumber

HOT! Video Ustaz Mereng Mahu Hapuskan Kuasa Sultan di Malaysia!!

Posted: 21 Aug 2013 06:12 AM PDT



Semalam tersebar satu klip video seorang pemuda sedang 'mengajar' bagaimana untuk menghapuskan sistem diraja di Malaysia. Kononnya dengan cara tersebut, Malaysia akan jadi Republik pada tahun 2030.

Dalam klip video itu juga, pemuda tersebut menghina Sultan dengan memanggil Sultan dengan panggilan syaitan.

Disebabkan perkara tersebut, satu laporan Polis telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap seorang ahli serta penyokong Pas yang bernama Wan Ji wan hussin.

Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala lumpur berikutan tersebarnya satu video yang dianggap menghina Sultan.

Selain dari penghinaan ia juga dianggap sebagai ancaman untuk menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Apakah hanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang memandang perkara ini sebagai serius?


Dimana NGO Melayu Islam lain? Taknak buat laporan polis ke? Tangkap si Wan Ji tu, bawa ke balai. Kalau tidak, akan ramai anak melayu yang jadi serupa Wan Ji ni. Melayu tak sedar diri!

Kalau tak percaya, boleh tengok video kat bawah ni..

PANASS!! Gengster Balas Dendam Anggota Polis Dalam Bahaya!

Posted: 20 Aug 2013 09:57 PM PDT



Perhatian kepada anggota polis, keluarga kepada anggota polis atau kepada mereka yang dok berlakon syok-syok nak jadi polis!!

Kumpulan 04 akan ambil tindakan balas keatas 5 orang ahli mereka yang terbunuh, setelah berbalas tembakan dengan anggota polis kelmarin. Perancangan awal untuk menyerang pegawai atau anggota polis yang bersendirian dan terpencil.

Sila ambil langkahan keselamatan terutama semasa dalam perjalanan pergi balik kerja dan diluar waktu kerja. Elakkan menggunakan laluan yang sama dalam perjalanan. Ingat sentiasa tengok cermin pandang belakang semasa memandu. Jika boleh elakkan berhenti di trafik light.

Mana mana pegawai dan anggota yang letakkan sticker Polis pada cermin kereta, minta tanggalkan sticker tersebut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tindak balas dari ahli ahli keluarga atau geng berkenaan.

Jangan pandang remeh hal ini, kerana ia mungkin menyebabkan isteri kita akan menjadi mangsa disebabkan kealpaan kita.

Baik ambil tindakan pencegahan dari menyesal ianya berlaku.

Kisah 5 penjenayah ditembak mati ahli kumpulan kongsi gelap boleh baca kat SINI


 McTheory:
 Polis di ugut.. puak Pakatan taknak bela polis ka?

HOT! Kenapa Dap Marah Polis Cegah Jenayah?!! #DAPigs

Posted: 20 Aug 2013 06:12 PM PDT



Tiada di kalangan orang awam di negara ini yang tidak gembira dan menarik nafas lega apabila polis memulakan Operasi Cantas secara rasmi bermula tengah malam tadi dan hari pertama Ops Cantas 'diserikan' dengan terbunuhnya lima orang penjenayah dari Geng 04 di Pulau Pinang dalam satu kejadian tembak-menembak dengan polis awal subuh tadi.

Namun, di sebalik kelegaan dan kegembiraan orang ramai, rupa-rupanya ada yang tidak senang hati dengan peperangan yang dilancarkan oleh pihak polis terhadap kumpulan penjenayah. Mereka adalah pimpinan DAP dan konco-konco penjenayah mereka.

Awal pagi lagi, Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng telah mempersoalkan cop gangster yang diberikan oleh polis kepada kelima-lima orang lelaki India yang ditembak mati di sebuah apartment di Pulau Pinang itu. Kemudian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula muncul dengan idea yang pastinya akan membuatkan para penggemarnya mendabik dada dan memuji-muja kebijaksanaannya.

Lim Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan berbincang dengan PDRM untuk memetakan lokasi-lokasi penjenayah dan diletakkan di tempat-tempat awam sebagai peringatan kepada orang awam. Sekali dengar, murni benar hasrat tersebut tetapi sebenarnya menyerlahkan sifat sebenar Lim Guan Eng dan DAP yang amat bimbang sekiranya operasi penghapusan jenayah turut melibatkan kawasan-kawasan yang sememangnya sarang penjenayah di Pulau Pinang yang mempunyai kaitan dengan DAP.

Dap draf sendiri laporan polis untuk ahli keluarga penjenayah


Menjelang petang, DAP menerusi ADUN Seri Delima, R.S.N Rayer berjaya menghasut ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 yang mati dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan polis untuk membuat laporan polis dalam cubaan menyalahkan operasi penghapusan dan pencegahan itu.

DAP sentiasa terlibat dalam sebarang usaha menggagalkan usaha PDRM mencegah dan memerangi jenayah. Sekalipun pada masa yang sama, mereka mendabik dada konon-kononnya merekalah parti yang memperjuangkan keamanan, hakikat yang ditunjukkan oleh parti tersebut, tidak ubah seperti Parti Likud di negara haram Zionis Israel yang amat menyokong pembunuhan rakyat Arab Palestin dan membela setiap penjenayah Zionis.

Dengan kekuatan barisan peguam yang terkemuka namanya dalam DAP, parti itu sudah tentu sedang memujuk ahli-ahli keluarga anggota GANG 04 untuk memulakan prosiding mendapatkan pampasan ratusan juta ringgit daripada Kerajaan Malaysia dan PDRM sepertimana yang mereka pernah lakukan sebelum ini.

Dan akhirnya setelah mempertimbangkan permintaan dan desakan tersebut, mahkamah mengarahkan Kerajaan Malaysia dan PDRM membayar ganti rugi, pampasan atau saguhati kepada ahli-ahli keluarga penjenayah itu.

Sekaligus masyarakat melihat dan membuat tanggapan, mahkamah serta sistem perundangan di negara ini bersekongkol dan membela penjenayah hanya semata-mata kerana takut dikecam oleh Pakatan Rakyat kononnya sistem keadilan di negara ini tidak adil dan terlalu menyebelahi pihak polis.

Sudah ramai yang menjangkakan, DAP sedang menyusun gerak dan melakukan perancangan rapi untuk mendesak kerajaan agar menubuhkan tribunal atau suruhanjaya bagi menyiasat pembunuhan kelima-lima anggota kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan sindiket pembunuh upahan itu. DAP akan mengaitkan kes berkenaan dengan IPCMC yang sebelum ini ditolak oleh PDRM. DAP akan menjadikan kes tersebut sebagai salah laku dan salah guna kuasa serta senjata oleh polis.

Sokongan serta bantuan daripada PKR dan PAS, akan memudahkan kerja DAP. DAP hanya perlu menumpukan perhatian kepada masyarakat Cina dan India yang nampaknya sekarang ini sangat menyokong mereka, manakala PAS dan PKR cuba meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat Melayu dan Bumiputera agar menentang dan mengurangkan kuasa pihak polis dengan pelbagai alasan termasuklah alasan agama.

Kita hanya perlu perkembangan selanjutnya dalam masa yang singkat. Yang pasti, DAP tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat India, terutama sekali menjelang pemilihan CEC yang bakal mengenepikan sekali lagi penyokong-penyokong India mereka bagi melangsungkan survival KETUANAN CINA dalam DAP!

sumber : perak today
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...