Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO! Syiah di Malaysia, di mana ia bermula?
- PANASS!! Mahfuz Serang Polis Bila Kes Tembak Tak Selesai!
- INFO! Wanita UMNO Perlukan 'Iron Lady' baru? #PemilihanUMNO
- PANASS!! Kerajaan Kedah Tolak Keras Rasuah!! #KedahAmanMakmur
- TUDIAA!! Bila Tun Dr Mahathir di 'PERLI' oleh puak 'TAPAU' Makanan!!
- PANASS!! Adun Dap Bakal Tinggalkan Parti!!
INFO! Syiah di Malaysia, di mana ia bermula? Posted: 19 Aug 2013 08:37 AM PDT Persoalan ini memang banyak bermain di fikiran kita rakyat malaysia yang sememangnya majoriti rakyat Islam Malaysia adalah Ahlus Sunnah.Kewujudan Syiah di Malaysia ini memang berlaku dan semakin membimbangkan malah mungkin akan menjadi wabak di mana aliran syiah ini menular juga di universiti-universiti tinggi di Malaysia. Sungguhpun kegiatan Syi'ah di Malaysia sudah banyak diketahui umum melalui pemberitaan akhbar-akhbar harian dan mingguan, polemik dan penulisan makalah melalui akhbar dan majalah, seminar- seminar, ceramah-ceramah, perbincangan dalam halaqah tertentu dan sebagainya, namun kiranya perlu lagi disebut di sini, di antaranya; 1. Sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 25-10-1983 me1apurkan bahawa sekumpulan rakyat Malaysia termasuk tiga orang guru agama di Selangor sedang giat menyebarkan ajaran Syi'ah dari Iran di negeri Selangor dengan cara pergi dari rumah ke rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah pergi ke Iran selama dua minggu atas bantuan pihak tertentu. 2. Akhbar-akhbar tempatan pernah menyiarkan bahawa kumpulan Syi'ah Imamiah telah wujud di Petaling Jaya dengan bilangan seramai 200 orang dan sebilangan mereka dihantar ke Pakistan dan Iran. Mereka juga mempunyai sebuah sekolah di Melaka. 3. Sebuah akhbar mingguan bertarikh 6-8-1983 memberitakan bahawa sejumlah ulama dan tokoh Islam dari Malaysia telah menghadiri Muktamar Alami lil Hajji tajaan Iran di Dakka Bangladesh pada 26 hingga 30 Jun 1983. 4. Pada 16- 7 -1984, bertempat di perpustakaan awam Kota Bahru telah di langsungkan seminar haji yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang peserta. Tujuannya untuk mempelajari haji mengikut risalah Imam Khomeini dan Muktamar Haji Alami. Seminar ini adalah sebagai lanjutan Muktamar Haji Alami, di India dan Bangladesh, tetapi ianya bersifat tempatan. Gambar- gambar Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran memenuhi ruang seminar. 5. Pada 19-7-1987 seminar haji kedua telah berlangsung di sudut penulis Dewan Bahasa dan Pustaka atas anjuran Pusat Pemikiran dan Media Islam Al Alami. Di antara resolusi-resolusi yang diambil ialah: bahawa haji mempunya dua dimensi, politik dan rohani. Haramain mesti ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa di bawah ulama Islam yang amat layak. Taat kepada Imam Khomeini adalah penting bagi menjamin kedaulatan Islam dan kenangan terhadap golongan umat yang tertindas dalam perjuangan menentang musuh Islam kini. 6. Sebuah mingguan Islam bertarikh 2-10-1987 melaporkan bahawa Syi'ah Imamiah telah hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka telah terpengaruh dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang disegani yang menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan kesesatan ajaran Syi'ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan percanggahan aqidah Syi'ah dengan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah. 7. Penyebaran risalah-risalah Quds oleh Gerakan Pembebasan Al Quds Malaysia ke serata masjid-masjid dan tempat penting, yang memuat ucapan-ucapan para pemimpin revolusi Iran dengan komentar yang cukup memberangsangkan. 8. Memperingati Hari Quds Antarabangsa pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan 1407, dimana pengerusinya menyampaikan perutusan Imam Khomeini. 9. Ceramah-ceramah tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk meyakinkan pendengar tentang penerimaan ummat Islam terhadap Syi'ah Imamiah seperti yang berlaku di beberapa tempat di pantai timur. 10. Penampilan makalah-makalah yang membela dan mempertahankan 'aqidah Syi'ah melalui akhbar dan majalah tertentu. 11. Perbincangan dan kumpulan tertentu atau pengajian melalui halaqah tertentu untuk mendalamkan pengetahuan dan mengukuhkan keyakinan terhadap Syi'ah. 12. Penganut syiah juga dikatakan menular melalui Politik dan ini amat membimbangkan di mana jika Pemimpin tersebut yang dikatakan penganut syiah akan mula mengajak atau mempelawa para-para pengikutnya dengan ajaran syiah sesat di malaysia. Sumber: PNT |
PANASS!! Mahfuz Serang Polis Bila Kes Tembak Tak Selesai! Posted: 19 Aug 2013 06:12 AM PDT Orang paling bijak dan pandai Pas bersuara lagi, kali ni 'Profesor Serba Tau' si Mahfuz Omar menegur polis dalam usaha untuk menangani insiden tembakan. Pas menyifatkan tindakan polis dalam menangani insiden tembakan di negara ini seperti mengharapkan keajaiban pada lampu ajaib. Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara ini berlaku disebabkan oleh kelemahan pihak polis untuk mengendalikan kes itu. "Saya nampak polis hanya mengharapkan keajaiban lampu ajaib yang akan meredakan kes tembakan. "Tetapi apa yang berlaku sehingga sekarang adalah kejadian tembakan semakin menjadi-jadi. Malah setiap hari ada saja kes tembakan yang berlaku," katanya. Mengulas mengenai tindakan yang perlu dibuat oleh polis dalam usaha menangani kes terbabit, beliau berkata, antara langkah utama yang perlu dilaksanakan adalah menstrukturkan semula pentadbiran polis. "Mereka perlu buat siasatan secara menyeluruh mengenai dakwaan-dakwaan yang mengatakan ada perkara-perkara perhubungan sulit antara pihak pegawai tinggi polis dengan penjenayah, kongsi gelap serta sebagainya," katanya. Tapi apakah Mahfuz lupa punca sebenar semua ini berlaku? Jika pembangkang tidak terhegeh-hegeh berjuang untuk hapuskan akta ISA dan Ordinen Darurat, rasanya penjenayah tidak bebas seperti sekarang. Inilah kesannya bila kita membebaskan 2600 penjenayah serentak dan kini nak salahkan kerajaan? Dulu ada Anwar dan Mahfuz pun boleh buat Malaysia huru-hara, ini pula tambah lagi 2600. Memang kacau bilau la. he he.. McTheory: Susah cakap dengan orang tak sekolah ni.. |
INFO! Wanita UMNO Perlukan 'Iron Lady' baru? #PemilihanUMNO Posted: 19 Aug 2013 02:12 AM PDT Mc tertarik dengan tulisan sahabat blogger K7L yang mana cuba membuka kesedaran pemimpin sehingga akar umbi UMNO yang mana betapa pentingnya Wanita UMNO memerlukan pembaharuan agar lebih menyengat sebagaimana yang dilakukan di era Iron Lady. Di bawah ini Mc ingin kongsikan tulisan sahabat K7L: Kak Ijat antara orang yang menang ketika zaman Pak Lah. Dia tiba-tiba muncul dan menang menumbangkan Iron Lady, Tan Sri Rafidah Aziz yang ketika itu sedang perform, baik sebagai Menteri mahupun pemimpin Wanita UMNO. McTheory: Wanita perlu perubahan..sampai bila? |
PANASS!! Kerajaan Kedah Tolak Keras Rasuah!! #KedahAmanMakmur Posted: 18 Aug 2013 11:13 PM PDT Kerajaan Kedah tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan kegiatan rasuah, terutama membabitkan peringkat kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Kerana itulah katanya beliau memulakan usaha mencegah dengan dirinya sendiri apabila tidak membenarkan keluarganya memohon atau terlibat dalam projek peringkat kerajaan negeri. Jika terbukti ada mana-mana pihak peringkat kerajaan negeri yang terjebak dalam gejala itu dan terbukti benar, tindakan tegas akan diambil, katanya kepada pemberita selepas majlis hari raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, di sini hari ini. "Khususnya di peringkat Exco. Mereka pegang jawatan eksekutif. Mahu tak mahu mereka terdedah kepada tanggungjawab membuat keputusan. Setiap satu keputusan perlu dibuat dengan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dahulu. "Tak patut timbul sebarang keraguan. Apa matlamat? Ada tak sifat pilih kasih dan jaga kepentingan peribadi," kata Mukhriz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam. Beliau juga menjelaskan tindakannya membuat penegasan berhubung pendirian kerajaan negeri itu kerana isu integriti sering kali dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN). "Tujuannya semata-mata nak timbulkan rasa marah kepada kerajaan pusat dan BN, dan mungkin selepas ini kepada kerajaan negeri Kedah. (Kerana) itu saya ambil pendekatan menjelaskan kepada semua pihak (mengenai pendirian kami)," katanya. Baru-baru ini, Mukhriz pada satu sidang media sempena 100 hari sebagai Menteri Besar Kedah memberi jaminan beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri itu kepada anggota keluarganya. Langkah itu bagi mengelakkan timbul konflik kepentingan kepada dirinya sebagai ketua kerajaan negeri. - Bernama |
TUDIAA!! Bila Tun Dr Mahathir di 'PERLI' oleh puak 'TAPAU' Makanan!! Posted: 18 Aug 2013 08:19 PM PDT Ini "screenshot" satu akaun Twitter yang tidak berpuas hati dengan perjalanan Rumah Terbuka Aidil Fitri Tun Dr Mahathir, semalam. Akaun yang menggunakan nama Decimus Chan ini (boleh agaklah bangsa apa?) telah "deactivate" akaun beliau disebabkan telah menerima kritikan yang hebat daripada penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir sejak posting ini disiarkan pagi tadi. Entah apa gerangan ketidakpuasan hatinya tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang memaksa beliau datang untuk beraya di rumah Tun. Sudahlah datang makan "free", lagi mahu banyak bunyi. Lu pergi kedai sajalah makan. Lu ingat Tun mahu layan lu seorang sahajakah? Kalau lu rasa makanan tidak cukup, gua kasi you tahu kenapa. Lensa kamera sempat merakamkan adengan yang cukup menjelikkan seperti di bawah. Gambar diambil di tempat yang sama iaitu Rumah Terbuka Tun. Seorang lelaki tengah sibuk membungkus makanan ke dalam plastik. Lu tak mahu tanya ini bangsa apakah lelaki di bawah Decimus Chan? Sumber ni Mc ambil dari CTS, Bukanlah kita nak kutuk, tapi datang siap bawa bungkus ni amalan yang tak ingin kita lihat! Sudah la dikutuknya tuan rumah, lepas tu depa pula yang sapu lebih siap tapau! Apa punya 'spesis' manusia puak ni? Ini bukan rasis, tapi terharu amat dengan puak spesial ni. he he.. McTheory: Taktau nak kata apa, sabar saja laa.. |
PANASS!! Adun Dap Bakal Tinggalkan Parti!! Posted: 18 Aug 2013 06:20 PM PDT Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sabah – Luyang, Hiew King Cheu dilaporkan The Star sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan parti itu dan menjadi wakil bebas di DUN Sabah. Hiew berkata, beliau kini mendapatkan maklum balas daripada para penyokongnya untuk melihat apakah langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya beliau meninggalkan DAP. "Rakyat telah menyokong saya dan sekiranya saya tidak memberi sebarang pembangunan kepada kawasan saya, maka lima tahun sehingga pilihan raya umum yang akan datang tanpa sebarang pembaharuan akan membazirkan masa dan kerugian buat rakyat," kata bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu. "Saya menerima beberapa maklum balas daripada para penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti) dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat," jelasnya. Hiew berkata, peluang untuk mengubah kerajaan seperti yang diharapkan sebelum pilihan raya pada 5 Mei lalu kini tidak lagi boleh berlaku. "Lima tahun merupakan tempoh yang panjang dan daripada saya tidak berbuat apa-apa dan berpendirian dalam parti sendiri, adalah lebih baik saya mempertimbangkan pilihan yang terbaik untuk rakyat," katanya, sambil menambah ia tidak semestinya bermaksud beliau perlu menyertai Barisan Nasional. "Saya masih lagi menunggu lebih banyak maklum balas. Saya tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan," katanya. Sebelum ini, Hiew juga turut meletak jawatan sebagai Penasihat DAP Sabah pada 12 Ogos lalu. "Beberapa teman cuba 'membunuh' saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas," kata Hiew. "Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti," tambahnya. Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang. Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila empat Yang Berhormat (YB) membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Datuk Lajim Ukin – calon atas tiket PKR, sedangkan DAP dilaporkan menyokong ADUN Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu. Lajim yang asalnya mengetuai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) telah menyertai PKR dan berminat untuk menjadi Ketua PKR Sabah, sebaliknya Bumburing kekal sebagai ketua Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan menolak pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sertai PKR. Pada 4 Ogos lalu, Hiew berkata tiada 'arahan' hitam dan putih untuk menyokong Bumburing dan beliau bersedia berhadapan dengan tindakan disiplin jika tindakannya melanggar arahan parti. "Tiada perintah hitam dan putih untuk menyokong Bumburing. Saya mengikut naluri saya dan menyokong Lakim apabila beliau mendapat sokongan majoriti daripada di kalangan 12 anggota pembangkang dengan PKR mempunyai tujuh Adun," kata Hiew kepada The Star Online. Pada Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru DAP memenangi 4 daripada 8 kerusi DUN yang dipertandingkan, PKR memenangi 7 daripada 43 kerusi dipertandingkan dan STAR hanya memenangi satu kerusi daripada 49 kerusi dipertandingkan. Sementara itu, Pas tewas semua kerusi daripada 9 kerusi yang dipertandingkan, begitu juga SUPP tewas semua kerusi daripada 41 kerusi dipertandingkan. – AIDC |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment