CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Ustaz Azhar Idrus Terbabit Kemalangan

Posted: 17 Aug 2013 03:16 AM PDT

Keadaan kereta jenis Volkswagen Golf GTI milik penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus yang terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru di Kuala Terengganu, Sabtu.
KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru di sini, Sabtu.

Dalam kemalangan kira-kira 7.45 pagi itu Ustaz Azhar dan isterinya selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu sebuah lagi kereta dan anak saudaranya cedera dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata kemalangan itu berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payung di Marang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta jenis Volkswagen Golf GTI yang dipandu Ustaz Azhar bertembung dengan kereta Proton Iswara dari arah bertentangan. Dia dan isterinya tidak mengalami kecederaaan.

"Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, mengalami kecederaan di bahagian dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Di TERENGGANU Zamri berkata Ustaz Azhar membuat laporan polis pada kira-kira 11 pagi di Balai Polis Trafik Daerah Kuala Terengganu dan telah memberikan keterangan berhubung kemalangan itu.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika ditemui pemberita enggan mengulas berhubung kemalangan itu. - BERNAMA

[ISLAM TERUS DIHINA] SOLAT DEPAN TANDAS

Posted: 16 Aug 2013 06:14 AM PDT

(Dua orang sedang solat di depan tandas di sebuah pusat membelibelah di Kuala Kangsar)
KUALA KANGSAR: Ketika sebuah surau di Tanjung Sedili Johor digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha untuk bermeditasi, di sebuah pusat membeli belah dekat Kuala Kangsar, umat Islam terpaksa solat di perkarangan tandas.

Ini kerana kemudahan surau tidak disediakan oleh pusat membelibelah berkenaan.

Menurut seorang penceramah bebas, Ustaz Farhan Mazlan yang kebetulan ke pusat membeli belah itu, beliau dan rakan-rakannya terpaksa solat di depan tandas itu kerana tiada ruang solat di sediakan.

"Bayangkan, tikar dibentangkan betu-betul depan ruang tandas bersebelahan dengan kaunter bayaran untuk masuk ke tandas itu,"kata beliau kepada Harakahdaily.

Di sekitar Kuala Lumpur pula, banyak surau di pusat membeli belah dan bangunan komersial dibina di sebelah ruang letak kereta.

Ia menyebabkan ia sangat tidak sesuai serta panas,  seolah-olah diketepikan dari arus kemodenan bangunan yang serba lengkap dan moden itu.

Antara pusat membeli belah yang mempunyai surau di kawasan letak kereta adalah Ampang Park, Sogo dan beberapa pusat belibelah yang kelihatan moden tetapi suraunya terpinggir.

Agaknya apa komen India dan Melayu Bodoh dalam kes fitnah yang menuduh bukan Islam dipaksa makan di tepi tandas di sebuah sekolah baru-baru ini.

Dalam kes tersebut hampir semua India dan Melayu Bodoh berlumba-lumba berbahas mengutuk pihak sekolah dan guru-guru beragama Islam. Namun akhirnya mereka semua malu, muka mereka terus disorok dalam lubang najis, apabila mengentahui perkara sebenar dimana tiada langsung diskriminasi terhadap pelajar bukan Islam di sekolah tersebut.

Akhirnya mereka berpura-pura kononnya memperjuangkan isu kebersihan pula.

Pada masa ini, Islam dihina dan terus dihina. Kalau mereka diam, maka jelas mereka itu syaitan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...