CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


IKLAN COURTS MAMMOTH ada Kaligrafi KALIMAH SYAHADAH TERBALIK

Posted: 29 Jul 2013 07:01 PM PDT


Mohd Anis menunjukkan kaligrafi kalimah syahadah yang terbalik dalam risalah iklan yang diedarkan sebelum ini kepada orang ramai

KUANTAN – Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di sini, sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.

"Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.

"Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan," katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.

Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.

"Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah," katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.

"Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.

"Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW," katanya.

Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.

PELAKON Shukri Yahaya tertikam diri sendiri

Posted: 29 Jul 2013 10:52 AM PDT

Keadaan tangan kanan Shukri yang cedera. - Foto Media Hiburan

PELAKON utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.

Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.

Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.

Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.

Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.

[CHINESE DILEMMA] Kit Siang JUARA Perpecahan

Posted: 29 Jul 2013 10:30 AM PDT


Di Malaysia, demokrasi bererti minoriti menguasai majoriti. Minoriti selagi boleh cuba menjadikan majoriti sebagai hamba dan minoriti sentiasa berusaha agar majoriti berada di bawah mereka, sekalipun Perlembagaan turut mencatatkan bahawa penguasaan majoriti tidak bermaksud hak-hak minoriti akan terbuang atau dihapuskan, bahkan hak mereka terpelihara dari segala segi.

Minoriti di Malaysia yang paling kurang ajar, sudah tentulah Chinabeng. Puak ini asalnya datang ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai hamba abdi di ladang lada hitam, lombong, ladang getah, mahupun sebagai pelacur menerusi sistem Kongsi yang memerlukan mereka terikat dengan hutang sampai mati.

Dari segi sejarah, mereka juga merupakan kumpulan yang paling menderita sewaktu berada di Tanah Besar Tong San. Selain berhadapan dengan ancaman kebuluran dan kemiskinan, strata dan status sosial mereka pula, menjadikan mereka sebagai kumpulan yang paling terdedah kepada pembunuhan beramai-ramai.

Justeru, mereka datang ke negara ini secara beramai-ramai, sama ada bersendirian mahupun membawa anak isteri, tinggal di pinggir hutan, terpisah daripada budaya mereka sendiri di Tanah Besar, apatah lagi dengan budaya tempatan biarpun kehadiran mereka tidak pernah diserang atau berhadapan dengan sebarang ancaman.

Perlindungan yang diberikan oleh British kepada mereka sepanjang tempoh penjajahan, membuatkan mereka besar kepala dan mula melihat Melayu-Bumiputera sebagai kelompok yang mesti ditakluk dan dihapuskan.

Peluang untuk berkuasa, kelihatan begitu hampir pada zaman Revolusi Kebudayaan China yang menyaksikan pentadbiran dan pemerintahan China telah bertukar dari Feudal kepada pemerintahan yang kononnya demokrasi sebelum diambilalih oleh Komunis di bawah pimpinan Mao Tse Tung.

Di Malaysia, kumpulan yang berkongsi ideologi cuba melakukan perbuatan yang sama. British yang terdesak untuk menghalau Jepun dari negara ini telah bersekutu dengan mereka, tidak sahaja memberikan latihan, bahkan turut memberikan bantuan persenjataan serta ubat-ubatan. British pada mulanya beranggapan Cina yang sedang hangat hati dengan kerenah dan kekejaman tentera Jepun di China, akan membuatkan mereka bersemangat dan dapat membantu British menumpaskan Jepun.

Namun akhirnya British sedar bahawa Parti Komunis Malaya tidak pernah berhajat untuk membantu British, sebaliknya mereka mahu menawan dan menjajah negara ini. British beralih kepada kumpulan Melayu-Bumiputera yang mereka pinggirkan sebelum ini. Force 136 yang sangat terkenal itu ditubuhkan dan pasukan gerila itulah yang berjaya menumpaskan banyak ketumbukan dan platun tentera Jepun di Tanah Melayu berbanding Gerila Komunis yang diketuai oleh Chin Peng.

Dari awal lagi Cina di Malaysia berada dalam dilema. Mereka tidak tahu siapa mereka yang sebenarnya. Mereka malu untuk mengaku yang mereka berasal dari golongan terhina di Tanah Besar Tong San dan kemudian mengecapi kemuliaan serta kemasyhuran di Tanah Melayu. Namun pada masa yang sama, mereka tetap mahu menonjolkan diri yang mereka adalah Cina.

Keterbukaan dan kesudian bangsa Melayu-Bumiputera menerima kehadiran Cina di Malaysia, membuatkan sekali lagi Cina berhadapan dengan krisis keyakinan. Bukan kerana layanan yang diberikan oleh Melayu-Bumiputera mengancam keselamatan diri serta harta-benda mereka, sebaliknya Cina beranggapan mereka perlu menakluk bangsa Melayu-Bumiputera di tanahair mereka sendiri.

Dek kerana itulah, mereka melakukan pelbagai perkara untuk menyekat atau menghalang Melayu-Bumiputera daripada menyaingi atau mengatasi Cina. Dan kebetulan pula, Melayu-Islam berpecah dengan sebahagian besar dalam UMNO manakala sebahagian lagi pula berada dalam PAS, serta perpecahan tersebut pula ditokok dengan ketaksuban serta kedaifan ilmu sehingga tidak dapat membezakan ajaran Islam dengan ajaran pemimpin yang sedang mengejar kuasa, membuatkan Cina berasa peluang mereka lebih besar jikalau perpecahan tersebut berterusan dan semakin melebar.

Justeru apabila ada pihak yang menyebut tentang cita-cita besar Cina terutama yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin veteran DAP itu akan segera melompat dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak benar. Walaupun secara jelas, terang dan nyata DAP menentang Melayu, Islam, Bumiputera dan Raja-Raja Melayu selain Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan, Lim Kit Siang tanpa berasa malu, menafikannya.

Apa lagi yang mereka mahu nafikan?

Cina di Malaysia memang dalam dilema. Mereka gagal memahami budaya toleransi yang telah diamalkan oleh Melayu-Bumiputera semenjak Cina diberikan kerakyatan negara ini lagi. Dan sekarang menerusi penguasaan ekonomi, mereka cuba membesarkan penguasaan tersebut menerusi politik pula dengan memecah belahkan Melayu-Bumiputera menjadi fraksi kecil-kecil.

Lim Kit Siang faham tentang dilema yang sedang dihadapinya sekarang atau tidak?

Sumber: mykmu.net
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...