CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[MENTERI BODOH] Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam MELAMPAU MENCAMPURI Kuasa KPM

Posted: 20 Jul 2013 09:01 AM PDT


BANGI: Kementerian Pendidikan diarahkan oleh Kabinet untuk mengkaji kelemahan dalam prosedur pemilihan bagi kemasukan ke universiti-universiti tempatan berikutan ramai pelajar cemerlang gagal mendapat tempat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian itu juga perlu lebih telus dalam proses pemilihan itu dilakukan.

"Saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan lebih telus, untuk orang ramai mengetahui bagaimana proses pemilihan dilakukan. Ia adalah sistem (itu masalahnya), tidak begitu banyak kepada bilangan tempat," katanya selepas merasmikan Pameran Sains Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak 2013.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kebanyakan pelajar dengan Purata Mata Gred Keseluruhan (CGPA) 4.0 ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tetapi universiti hanya boleh mengambil beberapa pelajar kerana tempat yang terhad.

Menurut beliau, terdapat mekanisme untuk menilai kesesuaian pelajar dengan mengambil kira pembabitan ko-kurikulum dan prestasi mereka pada temuduga untuk proses kemasukan.

"Isunya adalah ketelusan dan membiarkan orang ramai tahu apa sebenarnya berlaku. Apa yang berlaku di sini tidak banyak bezanya dengan negara lain. Di kebanyakan negara, tidak semua yang memohon mendapat tempat di universiti," katanya.

Beliau berkata majoriti pelajar cemerlang yang layak mendapat tempat di universiti tempatan dan hanya kira-kira 30% daripada mereka gagal dalam permohonan untuk mendapat tempat di IPTA.

Bagaimanapun, beliau berkata pelajar yang gagal dalam permohonan itu boleh membuat permohonan sekali lagi.

"Kabinet akan mencari jalan bagaimana untuk menempatkan mereka ke institusi pengajian tinggi swasta sekiranya permohonan rayuan mereka tidak berjaya," katanya.

DASAR MERITOKRASI BAGI KEMASUKAN KE IPT 

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia, Dasar meritokrasi telah diguna pakai sejak Sesi Akademik 2002/2003 bagi kemasukan pelajar ke IPTA bagi menggantikan dasar kemasukan berasaskan prinsip kuota iaitu 55% Bumiputera, 35% Cina dan 10% India dan lain-lain. 

Mulai Sesi Akademik 2006/2007, dasar ini mengambil kira 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Kriteria pemilihan yang diamalkan adalah tertakluk kepada susunan merit, pilihan program pengajian, pilihan IPTA serta bilangan tempat yang disediakan bagi program pengajian berkaitan. Secara terperinci kaedah ini adalah berdasarkan kepada:-
 
i. pencapaian akademik yang baik;
ii. pencapaian yang baik dalam aktiviti kokurikulum;
iii. kombinasi mata pelajaran yang sesuai dengan syarat khas program yang dipohon;
iv. gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
v. lulus temu duga/ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA;
vi. pilihan program pengajian mengikut keutamaan;
vii. mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 dalam Peperiksaan MUET; dan
viii. bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA.
 
Dasar yang diguna pakai oleh kementerian adalah adil dan telus kerana pemohon di benar mengemukakan lapan pilihan program pengajian berdasarkan kelayakan, minat dan cita rasa mereka sendiri.
 
Kesemua permohonan akan ditapis melalui sistem kemasukan terbuka menggunakan aplikasi atas talian. Sistem ini memberi layanan yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira jurang pendapatan, wilayah, perbezaan etnik dan keupayaan fizikal.
 
Justeru, setiap pelajar yang layak menyertai pendidikan tertiari tidak akan dinafi kan peluang mereka menuntut di IPTA. 
 
Berdasarkan kepada prinsip meritokrasi, seseorang calon yang lulus cemerlang dalam STPM berkemungkinan tidak ditawarkan kursus pilihan atau tempat ke IPTA jika kesemua lapan pilihan yang dipilih adalah kursus kritikal dan beliau juga memperoleh markah kokurikulum yang rendah. 
 
Bagi calon yang mempunyai nilai PNGK 4.0 dengan markah kokurikulum yang rendah akan mendapat nilai merit yang lebih rendah berbanding pelajar yang mempunyai nilai PNGK yang rendah sedikit tetapi mempunyai markah kokurikulum yang lebih tinggi. 
 
Jadi, walaupun calon mendapat PNGK 4.0 tetapi jika pemilihan hanya dipilih kursus kritikal dan pemilihan IPTA yang kompetitif, maka dengan tempat yang terhad sudah tentu mereka akan tidak terpilih jika markah merit adalah rendah bebanding calon yang lebih tinggi meritnya.
 
Oleh itu, jangan lah semua isu hendak dipolitikkan dan seolah-olah cuba bermain wayang menunjukkan hanya dia yang memperjuangkan kaum masing-masing.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...