BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! CERITA SEBENAR FITNAH MAKAN DALAM TANDAS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 30 Jul 2013 08:30 AM PDT


Guneswary Kelly,merupakan orang yang mula-mula memuatnaik gambar-gambar anak-anak murid India makan dalam bilik persalinan di Sekolah Seri Pristana.Berita yang disebar oleh Guneswary menyatakan bahawa pihak sekolah kejam kerana memaksa anak murid bukan Islam agar makan di dalam tandas di bulan puasa.Hakikatnya,bilik persalinan itu telah ditukar menjadi bilik rehat sejak bulan Mac lagi.Ini kerana,kantin sekolah tersebut terlalu kecil dan tidak mampu menampung jumlah murid yang ramai,maka murid-murid dibenarkan makan di situ.Malah,guru-guru turut mengadakan jamuan di situ.Untuk itu,terdapat papan tanda melarang sesiapa membuang air,malah paip mandian juga diterbalikkan agar tiada yang mandi di situ.Meja-meja pula beralas cantik bagi mewujudkan suasana selesa.Memandangkan murid-murid Islam berpuasa,maka kesempatan ini diambil oleh pihak sekolah untuk mengubahsuai kantin bagi membesarkannya.Harapan pihak sekolah adalah selepas bulan puasa ini,mereka tidak perlukan lagi bilik persalinan itu dijadikan bilik makan sementara.

Jelas,tindakan pihak sekolah adalah berniat baik dan sentiasa memikirkan kebajikan murid-muridnya.Namun,ada yang bertanya,kenapa mesti bilik persalinan ??? Apakah tidak ada bilik lain ??? Jawapan saya,pergilah sendiri melawat ke sekolah tersebut.saya percaya,jika ada tempat yang lebih sesuai,tentu Guru Besar akan menggunakannya.Namun,di mana lagi di kawasan sekolah yang biliknya mempunyai sinki dan ruang untuk meja makan ??? Serta lantai dan dinding berjubin bagi memudahkan ia dibersihkan ??? Apakah mereka menyatakan bahawa sekolah perlu mengorbankan salah satu bilik darjah dan menyusun meja kelas untuk dijadikan kantin ??? Mungkin pihak yang bertanya boleh mendermakan wang untuk membina sebuah bilik makan yang canggih bagi anak-anak bukan Islam makan di sekolah-sekolah kebangsaan.Apapun,berbalik kepada motif atau niat sebenar si penyebar fitnah,iaitu Guneswary Kelly.Jelas,wanita ini mempunyai hati yang amat busuk dan niat yang amat jahat.Entah agama apa yang membenarkan beliau bersifat sedemikian.Wanita ini seharusnya diasak agar memberi jawapan tentang kenapa beliau perlu menyebar fitnah sebegitu.saya juga mendapati bahawa fitnah beliau begitu pantas mendapat reaksi,malah ada pihak yang telah menyiapkan parody mengenainya dalam masa tidak sampai 24 jam.


Ini membuktikan bahawa Guneswary bekerja secara berkumpulan dan telah dengan sengaja menyebar fitnah tersebut bagi menimbulkan ketegangan kaum.Tindakan 'sengaja menimbulkan ketegangan kaum' bukan perkara kecil tetapi merupakan jenayah berat kerana mampu menyebabkan huru-hara hatta pertumpahan darah.Tidak mustahil Guneswary berani melakukannya kerana pasti sekiranya ada tindakan balas dari pihak Islam,maka yang akan ditangkap dan dihukum adalah pihak Islam manakala pihaknya yang menjadi pencetus akan dilepaskan dengan denda atau mungkin dilepaskan begitu sahaja.Ini berdasarkan apa yang sedang berlaku sejak akhir-akhir ini.Lebih dari itu,jika ada tindakbalas dari pihak Islam,maka pihaknya akan mengambil kesempatan itu untuk menonjolkan diri mereka sebagai mangsa diskriminasi kerajaan atau mangsa keganasan umat Islam pula.Ini semua adalah jenayah terancang dan kita tidak faham kenapa pihak berkuasa menanganinya dengan 'ringan' sekali.Jika perkara sama dilakukan terhadap bukan Islam,ia sudah pasti menjadi berita utama sehingga ke seluruh dunia dan tindakan akan diambil segera dengan hukuman berat terhadap pelaku yang beragama Islam itu.Berdasarkan apa yang berlaku ini,apakah salah jika rakyat meragui prinsip kerajaan sejak akhir-akhir ini ??? Sejak si biadab dan rasis Namewee yang diangkat menjadi ikon dan kemudiannya Alvavi diikatjamin tetapi anak-anak Melayu yang 'memberi sedikit pengajaran' kepada Mun Tatt begitu pantas ditangkap dan dikenakan tindakan malah berhadapan dengan hukuman MATI, orang-orang Melayu semakin 'jauh hati' dengan kerajaan.

Malangnya,sehingga ke hari ini,nampaknya kerajaan masih lagi menafikan bahawa terdapat elemen berat sebelah dalam menangani isu perkauman.Kononnya,itu semua hanya persepsi kita,orang-orang Melayu sedangkan hakikatnya tidak begitu.Namun,orang Melayu melihat kerajaan begitu takut dituduh rasis oleh bukan Islam sehingga memaksa mereka begitu mudah memaafkan kebiadapan mereka. Untuk itu, kerajaan meminta umat Islam bersabar dan bertindak rasional bagi mengelakkan kekecohan. Ini seolah-olah menyuruh umat Islam berdiam diri walaupun saban hari ada saja individu yang menghina Islam dan Melayu di laman sosial mereka.Kita tahu bukan semua masyarakat bukan Islam bersetuju dengan taktik kotor rakan-rakan mereka namun,kebanyakan mereka telah terpengaruh dengan dakwaan UMNO itu rasis dan Perkasa itu Kepala Rasis malah Tun Mahathir yang memungkinkan mereka berjaya hari ini juga dituduh sebagai Bapa Rasis.Semua ini berlaku kerana pemimpin UMNO hari ini terlalu 'defensive' dan 'apologetic' serta tidak mampu membela diri. Semuanya segan-segan dan malu-malu bila diserang bertubi-tubi oleh bukan Islam. Lebih teruk apabila Pemuda UMNO juga malu-malu untuk menjadi pemuda UMNO tetapi ingin menjadi Pemuda BN.

Jika Pemuda UMNO sendiri merasakan UMNO itu rasis,maka apakah orang Melayu masih boleh mengharapkan UMNO untuk membela mereka ??? Mungkin pihak kerajaan perlu mengambil sedikit masa untuk berfikir dalam-dalam,ke mana arahnya negara ini hendak di bawa ??? Elok juga jika pemimpin UMNO mengadakan sessi mengenali diri sendiri.Apakah anda benar-benar malu untuk membela Melayu ??? Tidak cukup dengan sekadar memberitahu rakyat bahawa keadaan tidak seburuk yang disangka atau dilihat.Jawapan ini seolah-olah menyatakan bahawa "rakyat tidak tahu apa-apa dan pemimpin tahulah apa yang dibuatnya".Jawapan balas kita ialah : jika si budak kurang ajar Namewee boleh dijadikan ikon dan diberikan geran untuk berkarya,apakah wajar kita merasa yakin bahawa pemimpin benar-benar tahu apa yang sedang dibuatnya ??? Siapa di antara pemimpin UMNO yang berani menjawab soalan ini ??? Siapa di kalangan pemimpin UMNO yang berani bangun membela kebenaran dalam isu makan dalam bilik persalinan ??? 

 Tiada !!! 

Ayuhlah kita sama-sama tunggu PRU-14 nanti.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANCAMAN SYIAH !!! MATA PELAJARAN AGAMA ISLAM PERLU DIPERLUAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Jul 2013 05:00 AM PDT


Satu Program Berbuka Puasa Penulis Maya Wilayah Persekutuan telah berlangsung kelmarin menampilkan Ustaz Fathul Bahri sebagai ahli panel.Beliau menyentuh,antara lain,berkenaan ancaman Syiah yang semakin menjadi-jadi di Malaysia.Seperti yang kita tahu,pergerakan Syiah bukan sesuatu yang baru di negara ini,namun selama ini ia bersifat 'dormant' dan tidak dianggap sebagai ancaman besar.Sehingga penghujung tahun 90-an juga,masih tidak ramai rakyat Malaysia yang mengambil pusing berkenaannya.Anak-anak muda pada waktu itu pula kebanyakannya langsung tidak tahu mengenainya.Yang peka mengenai kewujudan Syiah mungkin hanya di kalangan mereka yang belajar di negara-negara timur tengah dan juga pelajar-pelajar jurusan agama sahaja.Fahaman Syiah terbahagi kepada beberapa mazhab antaranya Zaidiyyah,Rafidhah,Kaisaaniyyah,Ismaiiliyyah,al-Ghulat dan Allawiyyah juga dianggap sebahagian dari Syiah.Ada yang berkata bahawa bukan semua Syiah itu sesat tetapi secara umumnya,fahamannya menjurus kepada mendewakan Imam Ali dan mencaci maki sahabat Rasulullah SAW termasuk isteri baginda Saiyidatina Aisyah. 

Syiah juga menganggap AlQuran sebagai tidak asli serta beberapa ajaran termasuk solat mereka juga,berbeza dengan Ahli Sunnah.Malah,Syiah juga menghalalkan zina hatta menggalakkannya dengan berlindung di sebalik istilah 'nikah muta'ah'.Syiah pada dasarnya memusuhi Ahli Sunnah dan mengganggap Ahli Sunnah sebagai kafir.Di Syria hari ini,dunia bagai terpinga-pinga menyaksikan bagaimana puak Syiah menyembelih,menyincang,menyiksa,merogol dan membunuh Ahli Sunnah termasuk anak kecil,tanpa belas kasihan.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa dalam banyak kes,kekejaman mereka hampir mengatasi kekejaman Zionis.Sebenarnya,Al-Quran ada menyebut tentang kumpulan yang mendustakan ayat-ayat Allah SWT dan berbohong berkenaan Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda seperti Syiah.Kemuncaknya,ketika kematian Imam Besar Syiah iaitu Khomeini,mayatnya terjatuh dan kain kapannya terselak dalam keadaan mengaibkan.Maka benarlah peringatan Allah SWT mengenai kesesatan mereka-mereka ini.Apa yang membimbangkan,kumpulan ini yang dulunya pasif dan 'dormant' sudah mula menonjolkan diri di negara ini. 

Walaupun ia dikatakan masih 'kecil' tetapi jelas ia sedang merebak dengan pantas dan berani.Menyedari ancaman ini,kerajaan Negeri Kedah merupakan yang pertama mewartakan ajaran Syiah sebagai haram.Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Zahid Hamidi juga telah mengisytiharkan Syiah sebagai menyalahi undang-undang.Namun,berdasarkan sejarah dan pengalaman,membendung ajaran sesat bukanlah sesuatu yang mudah dan seringkali,undang-undang sahaja tidak mampu menghapuskannya.Justeru itu,Ustaz Fathul Bahri menyarankan agar sukatan matapelajaran agama diperluas bagi membuka mata anak-anak muda berkenaan kewujudan dan kesesatan Syiah.Maksudnya,penjelasan mengenai mazhab-mazhab perlu dikupas dengan lebih terperinci dengan dibuka kepada perbincangan sambil merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.Ini bukan sahaja akan memberi pengetahuan tambahan tetapi juga mampu mengasak minda anak-anak muda terutama yang berminat untuk mendalami bidang agama agar lebih kritis,peka serta tidak mudah percaya,diperdaya atau dipengaruhi dengan ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah. 

Saranan Ustaz Fathul Bahri sememangnya sesuatu yang baik dan tepat.Oleh itu,pihak-pihak yang bertanggungjawab harus mengambil perhatian dan memikul tanggungjawab untuk merealisasikan peningkatan dalam sukatan matapelajaran agama di peringkat menengah dan universiti dengan secepat mungkin.Janganlah ada mana-mana pihak,terutama pihak berkuasa dalam hal-ehwal agama,untuk dengan sengaja melengah-lengahkan dan mengambil ringan ancaman Syiah.Jangan sekadar mengharapkan pihak polis mengekangnya tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan dengan cara mendidik rakyat agar berpegang teguh kepada asas Islam.Dengan cara ini,mereka akan lebih pantas menyedari serta menolak apa saja yang bertentangan dengannya.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRU13 #BERSIH !!! SAH !!! ANWAR DAN AMBIGA SAMA-SAMA KAKI KELENTONG RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 30 Jul 2013 01:30 AM PDT


Selepas Anwar Ibrahim,pengerusi bersama Bersih, S. Ambiga dilihat sebagai tokoh pro-pembangkang paling kuat kelentong dan pembohongannya.Semasa melancarkan inisiatif Bersih 1.0,Ambiga berjanji memastikan pergerakannya yang diasaskan bersama-sama pemimpin badan bukan kerajaan yang lain tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana parti politik,samada parti kerajaan.Malah dalam ucapannya di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor,Ambiga berkata perarakan Bersih untuk menuntuk reformasi kepada proses pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan mana-mana parti politik mengetuai bantahan jalanan tersebut.Pemimpin parti politik hanya digalakkan untuk ikut serta tetapi tidak memimpin perhimpunan. Itulah yang dijanjikan dengan penuh berkobar-kobar pada malam pelancaran itu dengan iringan tepukan gemuruh daripada para penyokong yang boleh dikatakan kesenua adalah ahli parti pembangkang atau penyokong mereka.Walau bagaimanapun realiti apa yang berlaku adalah sebaliknya,kerana janji Ambiga sebagai seorang peguam yang dikenali ramai dan dihormati akhirnya tinggal omongan kosong yang tidak mempunyai nilai.Ambiga hilang langsung integriti dan kredibilitinya sebagai pemimpin Bersih apabila membenar pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar,Mat Sabu,Lim Guan Eng serta ratusan lagi pimpinan PKR,Pas dan Dap untuk mengambil alih perhimpunan tersebut. 

Maka terserlah sikap hipokrit Ambiga yang menipu rakyat bahawa Bersih bukan terlibat dalam politik serta ingin menjadi sebuah NGO yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.Sebenarnya tindakan beliau membenarkan pembabitan pemimpin pembangkang mengepalai bantahan di jalan raya Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 membuktikan Bersih tidak lain tidak bukan adalah apparat politik kepada pembangkang.Bersih berselindung disebalik slogan pilihan raya bersih,telus dan adil tetapi hakikatnya segala perancangan dan biayai siri perhimpunan 2.0 dan 3.0 selepas itu semuanya datang dari kantor Anwar.Malah bukan itu sahaja,Ambiga mengaku secara terbuka,perhimpunan haram Bersih dibiayai melalui dana kepunyaan penyangak matawang antarabangsa,George Soros.Kesanggupan Ambiga menerima bantuan kewangan dari seorang yang pernah menjahanamkan ekonomi dan struktur sosial negara-negara Asia Tenggara termasuk cubaanya ke atas Malaysia adalah amat hina sekali sekiranya beliau mengaku seorang warganegara yang patriotik sebagaimana yang sering didakwanya.Hubungan dengan Soros yang mempunyai hubungkait yang rapat dengan gerakan Zionis sedunia tidak memungkinkan Bersih menjadi bersih dan suci seperti yang ingin ditonjolkan kepada rakyat Malaysia.Apatah lagi apabila Bersih menjadi alat kepada cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri, sudah tentu akan dicurigai oleh rakyat kerana terpalitnya Ketua Pembangkang itu dengan rangkaian Zionis dan Yahudi termasuk Soros. 

Selepas kekecewaan pembangkang menawan Putrajaya,Ambiga mengeluarkan kenyataan dengan yang berbeza dari retorik semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13.Beliau berkata mahu bersara daripada menjadi pengerusi Bersih dan ingin memberikan obor kepimpinan kepada lapisan generasi muda.Masa berlalu dan kini sudah hampir tiga bulan selesainya PRU13 tetapi Ambiga masih menunjukkan kelibatnya sebagai pemimpin NGO itu.Di mana janji beliau hendak bersara serta meninggalkan Bersih.Bunyi janji Ambiga sekarang dilihat seolah-olah sama dengan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar sebelum pilihan raya lalu.Kata Anwar beliau akan bersara menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat sekiranya kalah dalam PRU13.Namun Anwar memungkiri janjinya seperti mana juga janji untuk berundur daripada dunia politik air yang dibuat di depan mantan Nainb Presiden Indonesia,Jusuf Kalla.Apa yang dilakukan adalah pusingan 360 darjah daripada apa yang janji kepada rakyat dengan mengadakan siri perhimpinan haram Blackout 505.Inilah kualiti kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang yang bermimpi untuk memimpin negara. 

Kualiti jelek dan rendah yang sama juga di pamerkan oleh Ambiga yang juga tidak brundur dari Bersih sebagaimana yang dijanjikan tetapi menggerakkan usaha pembangkang untuk menyerang SPR saban hari untuk merosakkan imej institusi itu.Kedua-dua Anwar dan Ambiga tidak lebih daripada badut politik hanya bercakap dan bersuara mengikit selera dan kepentingan politik mereka. Sudah tiba masa rakyat membuka mata tentang pembohongan mereka da tidak terus tertipu dengan retorik kosong bak fatamorgana yang hanya mengasyikkan orang yang melihat.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SAH !!! KAUM CINA TIADA ASPIRASI NASIONAL !!! APA CERITA NI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 Jul 2013 10:00 PM PDT


Permintaan kaum Cina supaya peraturan baru untuk mempertingkatkan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di tahap dua diteliti semula untuk pelajar tahun Empat sehingga Enam,di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) mulai tahun depan boleh ditafsirkan sebagai mempunyai sifat negetif,selain tidak menghormati bahasa melayu sebagai bahasa negara ini.Peraturan baru ini terangkum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang antara matlamat utama ialah untuk menyelaraskan kurikulum di semua sekolah rendah kerajaan.Untuk ini,waktu pendidikan bahasa melayu dipertingkat daripada 180 minit pada masa kini kepada 270 minit seminggu.Begitu juga hal dengan pendidikan Bahasa Inggeris dari 120 minit kepada 150 minit. 

Kaum Cina melalui beberapa pertubuhan bukan kerajaan mereka,meminta masa untuk pendidikan Bahasa Melayu hanya berada pada 210 minit.Dengan ini ia diperturunkan daripada 270 minit,manakala untuk bahasa Inggeris,masa yang mereka mahu ialah 210 minit.ia dipertingkatkan dari 150 minit.Mengapa sifir sebegini diguna pakai ??? Alasan diberikan ialah masa 210 minit bagi kedua-dua matapelajaran sejajar dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Ia bukan saja konsepsi salah,malah memperlihatkan sikap yang tidak mengendahkan kedudukan bahasa Melayu yang lebih tinggi daripada bahasa Inggeris dalam dasar bahasa kita.Membelakangkan Bahasa Melayu Sebenarnya kaum Cina tidak pernah mempunyai sikap positif terhadap bahasa Melayu.Ia dapat dilihat sejak persetujuan pemilihan bahasa Melayu melaui Perjanjian Etnik menjelang kemerdekaan sehingga kini. 

Ia jelas kelihatan pada tindak tanduk mereka yang selalu membelakangkan bahasa melayu walaupun pengakuan mereka sebaliknya.Seruan untuk kaum Cina menerima bahasa Melayu dengan menguasainya pada tahap yang lebih tinggi daripada bentuk bahasa pasar,tidak pernah diendahkan.Malah,selepas 56 tahun merdeka masih ada kalangan kaum Cina dalam golongan muda yang tidak boleh berbahasa Melayu.Persekitaran bahasa Melayu yang begitu agam di negara ini tidak pun dimanafaatkan oleh mereka ini,untuk menguasai bahasa Melayu dalam bentuk yang jelik.Kalau kefasihan bahasa Melayu dijadikan ukuran keseetiaan, mereka ini boleh dianggap sebagai tidak pernah mempunyai hasrat untuk memiliki perasaan sedemikian.Sehubungan ini,tidak keterlaluan jika dikatakan bahaawa asas kesetiaan kepada negara ikut merangkumi kepatuhan kepada bahasa negara,sudah tentu pada tahap tertinggi.Sebenarnya,peraturan baru ini bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang rata-ratanya adalah rendah sekali dalam kalangan pelajar Cina di SJK,antaranya akibat penggunaan kurikulum lama. 

Ini sudah pasti membantu apabila mereka melanjutkan pelajaran di sekolah menengah,yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.Adakah kaum Cina tidak dapat melihat kewarasan matlamat ini ??? Ke mana perginya sifat pragmatik yang selalu dikaitkan dengan dengan mereka ??? sebaliknya sifat ini diperlihatkan apabila mereka sendiri menambah waktu bahasa Inggeris.Ini memperlihatkan mereka mempunyai sikap positif terhadap bahasa Inggeris jika dibandingkan dengan bahasa Melayu.Sehubungan ini,sikap negetif mereka terhadap bahasa Melayu tidak dapat dinafikan lagi.

Tindakan mereka yang tidak bersetuju dengan peraturan baru ini dan lain-lain sebelum ini jelas memperlihatkan bertapa tidak pedulinya mereka terhadap bahasa kita.Dengan sikap acuh tidak acuh inidari dulu sehingga kini satu soalan penting yang perlu ditanya pada kaum Cina ialah apakah matlamat kewujudan mereka di negara ini.Adakah ini dianggap tanah air mereka ??? Kalau ya,mereka perlu memperlihat siakp positif terhadap bahasa Melayu.Sehubungan ini banyak tindak tanduk mereka boleh ditafsirkan sebagai mereka masih lagi memiliki pemikiran sebagai orang asing.Ini jelas kelihatan apabila mereka dikehendaki ikut sama dalam merialisasikan aspirasi nasional,khususnya berkaitan bahasa Melayu.Persetujuan untuk menerima peraturan baru ini,bukan saja akan memperlihatkan sikap kaum Cina yang positif terhadap bahasa Melayu.Ia sesungguhnya adalah semangat nasionalisme yang amat dinanti-nantikan daripada mereka,untuk ikut bangga,sayang dan setia kepada bahasa negara kita.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKKUALABESUT !!! SENARAI FITNAH PAS DIDEDAHKAN !!!

Posted: 29 Jul 2013 07:00 PM PDT


Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut. 

1. Presiden Pas,Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail,mengatakan parti itu tidak berminat untuk 'merampas' jawatan Menteri Besar Terengganu,sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut.Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama,Dr Khairuddin Aman Razali,Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16. 

2. Mengedarkan risalah palsu,kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas. 

3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai 'kaki perempuan' kerana pantang melihat dahi licin.Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno. 

4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa.Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas. 

5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan,ketika pemerintahan Pas di Terengganu.Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur. 

6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga. 

7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang.Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga,bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalan solat orang Umno. 

8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno.Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan ladang limau 

9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zaihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat menyokong Pas.Sedangkan ketika program perjumpaan "Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long" yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN. 

 10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN,bukan merupakan anak tempatan,sedangkan pada hakikatnya Tengku Zaihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut.Malah menurut ibunya,Tengku Zaihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...