UMNO Online - “BN Wujudkan Makmal Politik Untuk Jana Perubahan” plus 9 more |
- BN Wujudkan Makmal Politik Untuk Jana Perubahan
- PCM Lodges Police Report Over Facebook Posting Insulting Islam, Prophet
- Selayak Mereka Dicampak Ke Dalam Lori Sampah DBKL…
- BR1M Increase Will Depend On Financial Situation – Najib
- Sesi Angkat Sumpah Bukti Pembangkang Iktiraf Keputusan PRU13
- Umat Islam Diseru Laksanakan Solat Mohon Hujan
- Government Departments, Agencies Must Help People Face Haze – KSN
- Itu Tak Telus, Ini Tak Jujur, Tapi Bab Angkat Sumpah, Dia Nombor Satu!
- Kestabilan Politik, Pertumbuhan Kukuh KDNK Bantu LHDN Capai Sasaran Kutipan
- Mosques, Surau Urged To Hold Special Prayer For Rain To Ease The Haze Problem
BN Wujudkan Makmal Politik Untuk Jana Perubahan Posted: 24 Jun 2013 08:36 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat ahli Majlis Tertinggi BN telah memutuskan untuk mengadakan makmal politik yang akan diadakan pada bulan Julai akan datang. Ujarnya, ini adalah berdasarkan apa yang telah berlaku dalam Pilihan Raya Umum (RPU) ke-13 yang lalu dan mengambil kira senario pencapaian BN dan aliran trend pengundian ketika ini. Maka jelas beliau intipati makmal politik ini kelak akan membincangkan perubahan yang perlu dilakukan dalam BN. "Perubahan tersebut mungkin dalam bentuk struktur, branding (penjenamaan), dasar atau ketiga-tiganya sekali. Ini adalah berdasarkan apa yang telah dapat dilihat semasa PRU-13 yang lalu yang menyaksikan lanskap politik yang telah berubah. "Perubahan ini adalah untuk kejayaan BN pada masa hadapan. Makmal politik ini juga akan disertai oleh tiga wakil daripada setiap parti komponen, wakil NGO, tokoh-tokoh dan juga wakil belia," ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC hari ini. Tambah beliau lagi, makmal politik ini akan mengambil kira semua cadangan yang dikemukakan dan ianya akan dipertimbangkan sebaik mungkin untuk diterapkan dalam parti BN. - MediaUMNO |
PCM Lodges Police Report Over Facebook Posting Insulting Islam, Prophet Posted: 24 Jun 2013 06:54 AM PDT BUTTERWORTH, June 24 – Parti Cinta Malaysia (PCM) today has lodged a police report against the owner of Facebook account for allegedly insulting Islam and Prophet Muhammad. Its vice-president Huan Cheng Guan said they wanted police and the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) to take stern action against the account owner. “The account owner is irresponsible and obviously has insulted Islam and Prophet Muhammad in her comments today and many Muslims are angered by her actions,” he told reporters after lodging the report at the Perai Police Station here. The account owner is alleged to have commented that Islam was a religion plagiarised from Christianity. Huan also said the party had set up a special team, called SEMUT, participated by more than 200 people around the country to monitor social media websites and blogs. |
Selayak Mereka Dicampak Ke Dalam Lori Sampah DBKL… Posted: 24 Jun 2013 06:16 AM PDT 'Black' atau hitam selalunya merujuk kepada benda-benda gelap, jahat atau terlarang. Misalnya, 'ilmu hitam' atau 'sejarah hitam' iaitu perkara-perkara buruk dan tidak baik. Hati yang hitam juga membawa makna hati busuk atau jahat. Hitam juga bererti kemusnahan. Oleh itu, keputusan Anwar memilih perkataan 'hitam' untuk berhimpun, dengan sendirinya menggambarkan niatnya yang jahat. Dan kali ini, niatnya itu diiringi oleh alam semesta yang turut kelam diselubungi jerebu yang teruk. Bagaikan bukan kebetulan apabila jerebu yang melanda setiap tahun ini, merupakan yang terburuk dalam sejarah. Mungkin jerebu ini sengaja diturunkan Allah SWT bagi menyelimut puak-puak PR yang bergelimpangan tidur di Padang Merbok. Dalam mereka bergelimpangan tidur, tidak semena-mena dikejutkan oleh DBKL pada jam 4.00 pagi. Dari situ dalam keadaan tidak terurus, busuk tak mandi pagi dan entah di mana mereka membuang air, mereka berjalan menuju ke Parlimen pula untuk berbaring secara berbaris di jalanraya sambil berasak lelaki perempuan. Semua ini mereka lakukan konon demi membantah keputusan PRU-13, walaupun mereka tahu pada ketika yang sama, Anwar sudah pun siap bersongkok dan bersamping bersedia untuk mengangkat sumpah menerima dan memikul jawatan yang diperolehinya dari PRU yang sama. Tidak cukup dengan berbaring, mereka juga cuba merempuh masuk ke Parlimen. Tidak tahu apa yang mereka harap dapat dicapai jika dapat masuk ke dalam parlimen. Kita tahu yang Anwar tidak mungkin akan membiarkan mereka menghalangnya mengangkat sumpah kerana beliau masih ingin menjadi Ketua Pembangkang.
Justeru, apa yang mereka bercadang lakukan di dalam parlimen? Sekadar menjerit-jerit, terkinja-kinja dan terlompat-lompat seperti kera untuk menghalang parlimen dari bersidang? Lepas itu apa? Tidak mungkin kerajaan boleh ditumbangkan dengan beberapa puluh atau ratus orang terjerit-jerit begitu? Tidak lain tidak bukan, ke lokap lah sahaja sudahnya. Dan lepas itu apa pula? Tindakan pihak polis mengangkut mereka ke lokap memanglah wajar, tetapi adalah lebih baik jika mereka ini diangkut oleh DBKL ke dalam lori sampah. Sesungguhnya, itulah tempat yang paling sesuai bagi manusia seperti mereka. Sepertimana tema yang mereka pilih, iaitu hitam, begitulah juga jiwa dan minda mereka yang hitam dan tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka ini adalah golongan yang tidak punya hala tuju dalam hidup, tenggelam dalam penipuan sendiri, tidak berguna dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada masyarakat mahupun alam semesta. Bagai sampah, hidup mereka hanya mengotorkan kawasan dan mengganggu masyarakat. Seharusnya mereka tahu bahawa angkat sumpah Anwar merupakan petanda kekalahan yang jelas, manakala kata-kata Anwar bahawa beliau tidak akan mengadakan himpunan lagi selepas ini merupakan kenyataan mengaku kalah yang rasmi. Dengan pengakuan kalah Anwar, seharusnya sampah-sampah tadi sudah pulang ke rumah masing-masing. Tetapi, hakikat bahawa mereka masih di situ mengganggu dan mengotorkan kawasan membuktikan bahawa mereka adalah jenis sampah yang tidak boleh dikitar semula. Kewujudan mereka di dunia ini tidak membawa apa-apa makna selain menyusahkan pihak polis, DBKL dan seluruh masyarakat. Mr Beruang Biru |
BR1M Increase Will Depend On Financial Situation – Najib Posted: 24 Jun 2013 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR, June 24 – The allocation for the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) will be increased in Budget 2014 to be tabled in October but the quantum would depend on the nation’s financial situation, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. The government, he said, was committed to provide the best budget for the people, but it had to depend on the country’s financial position. Najib, who is also Finance Minister, said the government also aimed to reduce the country’s deficit from 4 per cent to 3.5 per cent in 2014 and to three per cent in 2015. He said the government’s priority for the 13th Parliament which began sitting today was to fulfill the Barisan Nasional’s (BN) Aku Janji (pledges) made in the 13th general election. “Discussions on Budget 2014 will begin next week. I, on behalf of the government, am happy to invite the people to give their views and opinions on the country’s budget for next year,” he said in the latest entry in his blog today. “We are committed to continue to listen to the people, and we will place the people’s interests as the core in the framework of the country’s budget,” he added. Najib said the parliamentary democracy practised in the country had flourished and the people were now more matured in making choices, as well as in upholding and applying the principles of democracy. “The 13th general election results is proof that democracy still flourishes in our country,” he added. He said the participation of more young parliamentary members at the current Parliament sitting could bring new hope to the young people who formed more than 40 per cent of the total registered voters in the country. Regarding it as a healthy development, Najib said young people were the prime movers of the country’s social economic development. In congratulating the MPs, Najib said as members of the Dewan Rakyat, their responsibilities included to propose, debate as well as approve bills in the interests of the people. “It is also the role of MPs to study economic plans, the government’s budget, as well as existing laws to be improved, and also to get feedback from their constituents,” he added. He expressed confidence that the MPs could debate in a courteous manner as well as contribute ideas and opinions for the good of the people. He also called on MPs to work hard as the people depended on them. “On behalf of myself and the BN government, I extend my appreciation to the people who have given their mandate to me and BN to continue to administer the country. “The trust that has been given will not be wasted by leaders under the BN leadership,” he added. |
Sesi Angkat Sumpah Bukti Pembangkang Iktiraf Keputusan PRU13 Posted: 24 Jun 2013 03:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kehadiran semua 89 anggota Parlimen pembangkang pada majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat hari ini menunjukkan sistem demokrasi di negara ini diperakui pembangkang di sebalik laungan tidak puas hati terhadap keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dengan itu, pembangkang pada masa depan tidak sepatutnya mempertikaikan lagi sistem pilihan raya atau demokrasi negara. “Proses ini (angkat sumpah) menandakan sistem demokrasi di negara kita sudah diamalkan dengan baik, dan kitapun, termasuk pembangkang, telah angkat sumpah taat setia, mematuhi undang-undang dan menghormati Perlembagaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini. Ditanya kekecohan yang dicetus segelintir pemimpin pembangkang sewaktu proses pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat pagi ini, anggota Parlimen Semporna, Sabah itu berkata perkara yang dipertikai hanyalah kecil dan sengaja diperbesarkan. “Kita selaku anggota Parlimen sepatutnya ada peradaban dan faham aturan mesyuarat mana yang boleh, mana yang tidak, takkanlah kita terlampau ‘rigid’ sangat dalam cara perjalanan mesyuarat, sedikit perkataanpun nak dijadikan pertikaian dia (pembangkang),” katanya. Acara angkat sumpah melibatkan 222 anggota Dewan Rakyat itu didahului Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti anggota Dewan Rakyat lain, termasuk 89 daripada gabungan pembangkang PAS-DAP-PKR. Komposisi Dewan Rakyat kali ini terdiri daripada 133 anggota Parlimen Barisan Nasional selain 38 dari DAP, PKR (30) dan PAS (21). Turut menyokong kenyataan Mohd Shafie ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan prosedur pemilihan Speaker dan timbalannya melalui undi bersurat sudah dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat 4. “Undi bersurat bermakna kita kena tandatangan sebab nanti sesiapapun boleh undi, jadi bila kita undi kita tanda tangan, bererti kena tulis nama kitalah untuk pastikan tandatangan itu tandatangan kita,” katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang menasihatkan semua wakil rakyat agar mematuhi lafaz sumpah yang diucap pada sesi mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini. “Keputusan pilihan raya telah dibuat malah sudah sampai masanya semua wakil rakyat datang bersidang dan lupakan isu-isu politik dan sebaliknya menunjukkan komitmen serta semangat mereka untuk menyumbang kepada rakyat,” katanya. Abu Zahar berkata semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik seharusnya menggunakan persidangan kali ini sebagai platform untuk menyumbang khidmat bakti kepada negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berharap anggota Dewan Rakyat pada kali ini akan berhujah dengan lebih bijaksana selaras dengan peringatan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. “Beliau telah memberi peringatan awal supaya Parlimen Malaysia menjadi contoh dan anggota Parlimen yang baharu dan lama dijadikan ikutan ketika sesi perbahasan,” katanya. |
Umat Islam Diseru Laksanakan Solat Mohon Hujan Posted: 24 Jun 2013 03:10 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Jun – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru kepada seluruh umat Islam di negara ini dan juga masjid serta surau untuk bersama-sama mengadakan solat sunat Istisqa' (solat mohon hujan) dalam keadaan negara sedang dilanda musibah jerebu hari ini. Menurut beliau, dalam usaha untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda negara ini, umat Islam digalakkan untuk mengadakan solat istisqa seperti mana yang yang diajar oleh baginda Rasulullah saw bagi memohon kepada Allah agar menurunkan hujan. "Saya ingin mengajak semua umat Islam menggunakan pendekatan yang telah diajarkan oleh baginda Rasullullah saw kepada kita semua. Antara yang boleh dilakukan ialah berdoa kepada Allah ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, termasuklah melakukan solat sunat Istisqa." "Kita memohon pada Allah agar melimpahkan kurnia dan Inayah-Nya kepada kita agar musibah jerebu yang sedang melanda negara hari ini tidak akan mendatangkan lebih mudarat kepada rakyat di negara ini," ujarnya dihadapan pemberita ketika sidang akhbar di Lobi Parlimen hari ini. Jelas beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui masjid-masjid di sekitar Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan solat sunat Istisqa selesai solat Zohor esok. |
Government Departments, Agencies Must Help People Face Haze – KSN Posted: 24 Jun 2013 03:08 AM PDT PUTRAJAYA, June 24 - Government departments and agencies must be prepared to help the people face the worsening haze situation. Chief Secretary to the Government (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa said if the people need help, the nearest government department office should provide it. “In a situation like this, I think the offices are not closed except those in areas declared a state of emergency,” he told reporters after presenting the Distinguished Service Award 2012 of the Prime Minister’s Department at Putrajaya International Convention Centre (PICC) here today. Ali Hamsa urged civil servants to take measures to safeguard health by following the instructions and guidance of the Department of Health in their respective districts. The current haze is the worst compared to the haze in 2005 and 2010. The Air Pollutant Index (API) in Muar and Ledang yesterday hit 382 (hazardous level). A state of emergency was declared in Muar and Ledang districts yesterday after the API hit a high of 746. Air Pollutant Index (API) 0-50 :Good 51-100 :Moderate 101-200 :Unhealthy 201-300 :Very Unhealthy Over 300 :Hazardous. |
Itu Tak Telus, Ini Tak Jujur, Tapi Bab Angkat Sumpah, Dia Nombor Satu! Posted: 24 Jun 2013 02:50 AM PDT Terciptalah sejarah, sekaligus bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang dibukakan oleh Allah Taala, akan melihat sendiri tembelang dan belang Anwar Ibrahim yang selama ini cukup kuat menipu dan memperdayakan rakyat Malaysia semata-mata untuk kepentingan peribadinya atau lebih tepat lagi demi menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Sejurus selepas kegagalan demonstrasi di Padang Merbok, Anwar Ibrahim menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan menganjurkan sebarang himpunan atau demonstrasi lagi. Seolah-olah dia sudah serik kerana sambutan yang diberikan terhadap himpunan di Padang Merbok amat mengecewakan. Bagaimanapun, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia tidak akan menutup mulut daripada mencaci Malaysia dan kerajaan kepada pihak asing, selagi mana dia akan terus diberikan sokongan dari pelbagai sudut dan bentuk. Itu janjinya…. Beberapa hari sebelum hari angkat sumpah dan perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Anwar bersuara juga. Katanya, Pakatan Rakyat mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru walaupun sebenarnya cadangan itu membuang masa, memandangkan jumlah Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional jauh mengatasi jumlah Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat. Namun Anwar Ibrahim yang licik cuba pula kaedah lain. Dia menuntut agar undian dijalankan secara rahsia dan ada nombor siri seolah-olah akan berlaku penipuan sepertimana dalam pemilihan CEC DAP mahupun pemilihan MPP PKR. Menjelang dua hari sebelum hari angkat sumpah, Anwar Ibrahim ke Padang Merbok. Berapi-apiucapannya. Bersemangat seperti biasa walaupun air mukanya keruh apabila melihat lebih ramai peserta demonstrasi angkat kaki dan enggan mendengar ucapan skemanya. Selesai program berkenaan, Anwar Ibrahim menghamburkan kemarahan kerana pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakannya enggan memberikan komitmen dalam menjayakan demonstrasi terbesar rakyat Malaysia menentang Kerajaan UMNO-BN. Hadi Awang yang berjanji akan turun padang, tak nampak batang hidung. Para pemimpin PAS kecuali manusia seperti Mujahid Yusof dan Khalid Samad, lebih senang berada di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut daripada sama-sama berarak meredah jerebu tebal yang didatangkan Allah Taala dari arah selatan Semenanjung. Itu cerita dua hari sudah… Semalam, gerombolan yang diketuai oleh Chegu Bard, Harris Ibrahim, Aruchelvam dan Adam Adli dengan bertemankan Tian Chua menjadikan Padang Merbok sebagai lapangan untuk mereka berkhemah. Jam 4:40 pagi, penguatkuasa DBKL merobohkan khemah-khemah mereka dan tercetus pula provokasi sambil Tian Chua menyatakan, tindakan anggota-anggota penguatkuasa DBKL itu melanggar Akta Perhimpunan Aman. DBKL terpaksa membuat laporan polis dan meminta bantuan polis agar menangani kedegilan kelompok manusia yang gemar menyalahgunakan undang-undang untuk kepentingan mereka. Pagi tadi, mereka berarak dan melakukan kekecohan di luar Parlimen. Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dicederakan. Alasan mereka hanyalah ingin menyerahkan memorandum tetapi tindakan mereka menyusahkan lebih ramai orang. Pemilihan speaker Dewan Rakyat berjalan penuh kontroversi. Anwar Ibrahim tidak membuat usul sebab dia tahu, usul itu adalah usul bodoh. Sebaliknya dia mengarahkan si tongong yang jadi Menteri Besar Selangor untuk buat usul. Keputusan akhirnya berpihak kepada Pandikar Amin Mulia dengan keseluruhan undi wakil Barisan Nasional diberikan kepada Pandikar Amin Mulia. Mahfuz Omar melalak melolong bagi pihak Anwar Ibrahim. Semuanya diungkit dan alasan kononnya, undi tidak dijalankan secara rahsia kerana Barisan Nasional takut ada Ahli Parlimen mereka yang khianat, dipopularkan. Sedangkan selama ini, itulah proses yang diamalkan di Parlimen sepanjang sejarah Parlimen Malaysia. Kecoh lagi… Tetapi sewaktu rehat tengah hari, Anwar Ibrahim bergelak tawa dan sungguh mesra dengan Najib Abdul Razak serta Muhyiddin Yassin! Gelagatnya jelas menunjukkan para pengikutnya telah dikencing dan diberak di atas kepala masing-masing. Anwar sedikit pun tidak prihatin dengan semangat meluap-luap para penyokongnya sendiri!!! mykmu.net |
Kestabilan Politik, Pertumbuhan Kukuh KDNK Bantu LHDN Capai Sasaran Kutipan Posted: 24 Jun 2013 02:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kestabilan politik negara dan pertumbuhan kukuh keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada separa kedua tahun lepas akan membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM130 bilion tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar, berkata pembangunan domestik kukuh setakat ini adalah hasil daripada inisiatif yang diambil kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi. “Prestasi kukuh KDNK tahun lepas memberi kesan positif kepada ekonomi Negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini seperti yang dicerminkan dalam persekitaran perniagaan yang baik,” katanya selepas perasmian Persidangan Cukai Kebangsaan 2013, di sini, hari ini. Mohd Shukor berkata pengenalan HASiL4u, penjenamaan semula Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai (BPPC), juga membantu dalam proses kutipan. BPPC, yang biasanya berlangsung dari Mac hingga Jun setiap tahun untuk membantu pembayar cukai, kini dibuka sepanjang tahun. Agensi kutipan hasil mengutip RM86.48 bilion pada 2010, RM109.68 bilion pada 2011 dan RM124.87 bilion pada 2012. |
Mosques, Surau Urged To Hold Special Prayer For Rain To Ease The Haze Problem Posted: 24 Jun 2013 01:44 AM PDT KUALA LUMPUR, June 24 – All mosques and surau in the country, as well as Muslims, have been urged to hold special prayer for rain to fall to ease the haze problem. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak made the suggestion when he met him on the sideline of the Dewan Rakyat sitting today. “The prime minister hopes that with the cooperation of the Islamic Development Department (Jakim), all mosques, surau, individuals, associations and non-governmental organisations can hold this prayer,” he told reporters after the swearing-in ceremony of the Dewan Rakyat members here today. In the Federal Territory, he said, the special prayer would be held at the National Mosque after the Zohor (afternoon) prayer tomorrow. “Jakim will inform the states about the suggestion by the prime minister,” he added. Yesterday, the prime minister declared a state of emergency due to haze for the districts of Muar and Ledang in Johor. The declaration was made following the haze situation, particularly in the two districts, exceeding 500 on the Air Pollutants Index (API) which was an emergency level. Schools in Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya and Melaka are also closed today because of the haze, besides the schools in Muar and Ledang in Johor, Kuantan (Pahang) and Port Dickson (Negeri Sembilan). |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment