CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Pelajar IPTA di Pantai Timur hina lagu Negaraku

Posted: 10 Jun 2013 02:15 AM PDT


KUALA LUMPUR 10 Jun - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah negeri di Pantai Timur didakwa telah menghina lagu Negaraku di laman sosial.

Perkara itu didedahkan oleh blog Angin Perubahan dalam entri terbarunya hari ini.

Ekoran penghinaan terbuka itu pemilik akaun Facebook tersebut, "Mohd Farizal" telah dikecam oleh beberapa pengikut-pengikut laman sosialnya.Lelaki terbabit telah bertindak mengubah suai senikata lagu Negaraku dengan perkataan-perkataan yang menjijikkan terhadap tanah air dan raja-raja Melayu.

Antaranya "Negaraku, tanah tumpahnya maniku. Rakyat hidup miskin dan makan taik... Tuhan, matikanlah raja kita, masuk kubur... Tuhan, masukkan raja kita ke negara jahannam..."Sebelum ini, beberapa individu telah menggunakan laman-laman sosial terutama Facebook untuk menghina Rasulullah SAW, agama Islam, institusi raja-raja Melayu dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka boleh menjejaskan keharmonian negara.

VIDEO SAAT KEMATIAN [ROMPAK KEDAI EMAS] Penjenayah mati ditembak polis

Posted: 09 Jun 2013 06:29 AM PDT


KOTA BHARU: Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38.


Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri.

"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri.

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...