Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Cerita Anwar Dengan Banglasia, Myanmarsia dan Cambodiasia!! #TolakPR

Posted: 30 May 2013 08:17 AM PDT


Semalam Mc baca cerita kat blog Medan Tempur, best juga apa yang dia tulis semalam. Cerita Anwar dan bangla-banglanya.

Cer cuba baca kat bawa..

Sampai ke malam ini ,satu haprak report pasal pengundi bangla pun tak di buat oleh Anwar serta konco konco bodohnya..Sebaik saja keputusan PRU13 diumumkan, Anwar menjelajah ke seluruh Malaysia mendendangkan lagu berpuluh puluh ribu pengundi banglasia, myanmarsia nepalsia digunakan untuk mengundi BN dan isu Blackout di Bentong, Gelang Patah, Lembah Pantai, Serdang dan semalam pula di Kulim Bandar baharu..

Namun setelah keputusan PRU13 diwartakan, lain pula jadinya..Anwar mengarahkan konco konco bodohnya termasuk beliau sendiri untuk membuat repot polis untuk memfailkan petisyen atau bantahan terhadap SPR.. Yan peliknya, report Anwar pasal dakwat kekal tak kekal..

Kahkahkah, lawak babi spesis apa Anwar cuba buat ni?? tak ke bodoh namanya..Menipu rakyat dan membuat tuduhan liar mendakwa ada pengundi bangla dan blackout, tetapi bila buat report, pasal dakwat kekal pulak..

Aku sebenarnya simpati dengan penyokong PR yang masih buta dan tuli atau pekak badak terhadap Anwar yang terang terang menipu..Sembang berdegar degar tapi, bila cabar pi buat benda lain..

Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir. Dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya.


McTheory:
Kalau tahi, tapi Anwar kata coklat.. dorang makan, sebab Anwar kata tu coklat!!

PANASS!! Cerita Menarik Bergambar Anwar Ibrahim Bersama Banglasia-Banglasia Kesayangannya!! #Blackout505

Posted: 30 May 2013 05:37 AM PDT



Malam ni Mc nak bermain dengan gambar saja. Bukan apa, kadang-kadang orang kita lebih suka tengok gambar dari membaca. Cuba perhatikan gambar-gambar dibawah.

Nurul Izzah, belakangnya ada sapa?

Tengok gambar ni elok-elok.. bulatan merah tuu..

Ehh.. ada bangla dua orang?

Katanya bangla bawah ni pengundi hantu BN, betul ka?


Ishh.. bangla Pro PR rupanya...

Kat bawah ni, ada bukti kononnya BN bawa bangla masuk Malaysia guna airport.. airport mana ek?

Airport mana? Penipuan yang jelas dan nyata...

Lepas tu si orang tua gila bawah ni.. dok menyebar fitnah ke sana dan kesini.. haprak punya mangkuk!

Kenapa tak report? Macam mana nak report kalau Bangla tu, dia yang punya?

Sekarang ni bangla yang didakwa tu siapa punya? BN ke PR?

McTheory:
Patut la depa menang besar, rupanya depa yang guna bangla dan pendatang cina!!

TUDIAA!! Bila Pekan Rabu Ber 'Transformasi' !! #HanyaDiKedah

Posted: 30 May 2013 02:16 AM PDT



ALOR SETAR - Berkunjung ke bandaraya ini tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Pekan Rabu.

Pekan Rabu Alor Setar, yang menjadi tumpuan masyarakat peniaga dan pembeli sejak 1900, kini menjadi antara lokasi ikonik bagi Kedah.

Antara yang menjadi tarikan pengunjung ke Pekan Rabu adalah makanan dan kuih tradisional, pakaian tradisional, perkhidmatan tukang jahit, songkok, kraftangan masyarakat setempat, buku, kitab, majalah dan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Menyedari akan betapa penting Pekan Rabu kepada Alor Setar, negeri ini dan pelancong, Kerajaan Persekutuan akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan pembinaan bangunan baru iaitu sebuah kompleks perniagaan yang moden seiring dengan pembangunan yang dikecapi negara hari ini.

Pekan Rabu, yang menjadi lambang model perniagaan Melayu, akan diberi nafas baru melalui pembinaan semula yang mampu menambahkan lagi peluang perniagaan kepada peniaga seterusnya menjadi tumpuan para pengunjung.

Sejarah Pekan Rabu

Pekan Rabu diasaskan oleh Almarhum Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid pada 1920 di tepi Sungai Kedah berdekatan dengan Tanjong Chali yang pada asalnya beroperasi pada Hari Rabu sahaja.

Bagaimanapun, pada 1932, Pekan Rabu dipindahkan ke tapak sekarang dan menjalankan operasi setiap hari selepas Perang Dunia Kedua.

Bangunan sedia ada dibina pada 1975 dengan kos RM3.2 juta dan telah melalui proses ubah suai pertamanya pada 1995 dengan kos RM6.5 juta apabila dinaiktaraf menjadi kompleks pasar moden.

Antara individu yang pernah berniaga di Pekan Rabu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mentadbir negara ini selama 22 tahun.

Beliau berniaga pisang goreng di Pekan Rabu pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pada 28 Mac lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta, yang melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baharu.

Kompleks Perniagaan Moden

Setiausaha Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamad Anuar A. Rahim berkata kompleks perniagaan baharu yang akan dibina itu mampu memuatkan 360 premis perniagaan berbanding 347 premis yang sedia ada sekarang.

"Pembinaan ini akan mewujudkan ruang yang lebih banyak kepada peniaga sedia ada dan terbuka kepada peniaga lain dengan syarat Melayu dan adalah anggota koperasi.

"Itu tujuan dan matlamat utama kita bagi meningkatkan taraf ekonomi peniaga selain memastikan peniaga dapat merasai suasana kompleks yang lebih baharu, pencahayaan yang lebih baik malah selesa tanpa masalah kekerapan paip bocor dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Pembinaan semula kompleks itu juga bagi menyelesaikan masalah utama iaitu tempat parkir kereta atau bas agak terhad, yang menyukarkan orang ramai mengunjunginya.

"Kompleks itu akan mempunyai susun atur serta reka bentuk yang memerlukan transformasi agar nampak lebih segar dan moden malah aktiviti perniagaan juga akan diaktifkan seiring dengan 'traffic flow' pengunjung," katanya.

Apabila siap kelak bangunan baharu Pekan Rabu, yang akan mengekalkan keunikkan namanya, akan mempunyai tiga tingkat premis perniagaan manakala tiga tingkat di atas untuk parkir.

Dalam tempoh pembinaan bangunan baru itu, persatuan akan memastikan peniaga-peniaga ditempatkan di lokasi sementara di Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Kedah di Jalan Limbong Kapal, dekat sini bagi meneruskan perniagaan mereka tanpa sebarang masalah.

Mohamad berkata pembinaan kompleks perniagaan itu akan mula dijalankan selewat-lewatnya akhir tahun ini atau awal 2014.

Harapan Harapan Peniaga

Sementara itu, rata-rata peniaga ketika ditemui Bernama merasakan sudah tiba masanya kompleks perniagaan itu menerima satu perubahan yang mampu membawa pulangan modal yang baik kepada mereka.

Bagi Fazli Serat, 50, pemilik kedai Baju Melayu berkata perniagaannya di kompleks perniagaan itu merupakan tradisi keluarganya sejak 1970-an dan menjadi harapan tradisi itu dapat diteruskan selepas ini.

"Saya cuma harapkan yang terbaik sahaja, mungkin ada sedikit masalah apabila melibatkan pemindahan sementara nanti namun siapa tak nak lihat bangunan yang baru, cantik dan tambah selesa pula, tak sabar rasanya," katanya yang memiliki tiga premis perniagaan bersambung di sini.

Hashimah Nyak Bakar, 52, berkata apabila kompleks itu siap untuk beroperasi nanti, beliau mengharapkan perniagaan kosmetik yang dijalankan sejak 10 tahun akan bertambah maju.

"Ada rasa takut juga tapi saya terima saja sebab akan dapat bangunan baru, mungkin lebih ramai pengunjung akan datang sini.

"Saya juga yakin dengan pembinaan semula Pekan Rabu ini, sebab setiap tiga kali sebulan, pihak koperasi akan datang menjelaskan perkembangannya," katanya.

Jika sebelum ini, kebimbangan ramai terhadap usaha pembangunan semula Pekan Rabu adalah berkenaan penyelesaian sesuatu perkara antara agensi kerajaan Persekutuan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang bertindak sebagai agensi pelaksana dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan kerajaan negeri Kedah, yang ketika itu dipegang oleh pakatan pembangkang.

Dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan Persekutuan dan Negeri Kedah kembali kepada BN, isu pentadbiran untuk kerja-kerja menaiktaraf itu sepatutnya tidak menjadi halangan untuk warga bandaraya ini melihat sebuah kompleks perniagaan orang Melayu yang moden. - Bernama

McTheory:
Hadiah untuk orang Kedah daripada Kerajaan BN..

PANASS!! Pemilihan UMNO Format Baru Tranformasikan UMNO atau Menghancurkan UMNO!! #UMNO2013

Posted: 29 May 2013 11:17 PM PDT

Cabaran Getir Presiden UMNO

Mc sebenarnya susah hati memikirkan  Pemilihan UMNO yang akan datang. Sudah la mengunakan sistem baru, persaingan lepas PRU pula sudah tentu agak sengit.

Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.

Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian

* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian

* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian

* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian

* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?

Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.

"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau.

Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.

"Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini.

Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.

"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri.

Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk
pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau.

Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.

Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.

Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?

Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.

"Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya.

Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu itu berkata sekali gus persepsi kroni atau nepotisme yang dilemparkan kepada Umno kini diserahkan kepada perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.

"Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung,"

Sudah semesti pengunaan wang yang dipolopor oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dulu akan terhapus. Namun pepecahan disebabkan manusia gila kuasa pasti berlaku. Sebab ada manusia dalam UMNO ni yang tak pandai bekerja, namun rasa diri mereka hebat. Orang macam ini yang akan memecah belahkan Umno.

Waktu ni juga kita ahli Umno patut menolak Ketua Pemuda negeri atau bahagian yang dok cari projek untuk kroni sendiri, Ketua Bahagian yang berlagak taknak turun padang, turun pun masa berkempen PRU saja, Ketua Puteri negeri atau bahagian yang berasa hebat. Orang-orang macam ni yang patut kita tepis keluar dari jawatan tertinggi Umno.

Berapa lama kita nak tengok puak cari makan dalam Umno bermaharajalela? Sedangkan ada ahli Umno sendiri yang berjuang mati-matian untuk parti ditolak beransur-ansur.

Ramai lagi yang boleh buat kerja, Mc taknak la letak nama sesiapa kat blog ni. Namun kalau terpaksa, demi kebaikan Umno, Mc tak takut nak berdepan dengan puak sombong dan gila kuasa.


McTheory:
Transformasikan UMNO, Berubah Sebelum Kena 'Ubah'!

PANASS!! Gambar-Gambar Penjenayah KUIN yang Turut Bersama Melarikan Diri Bersama Jamil!! #HanyaDiKedah

Posted: 29 May 2013 08:38 PM PDT



Bila kepala jahat sudah lari, sudah tentulah anak-anak bawahannya yang selama ini dok buat kacau turut angkat kaki. Muka-muka kroni Jamil yang turut bersama melarikan diri ada kat bawah ni.. tengok ler sendiri..

1) Dr. Ramli (Insan Medic)

2) Firdaus Salleh (Pengarah PRO)

3) Latifah Hassan (Pendaftar)

4) Sya'yaa (Bekas CEO INSANIAH HOLDING)

5) Dr. Muslim Bin Mohd Yusoff (Dekan Kejuruteraan)


Sumber gambar Mc ambil kat SINI

Inilah muka-muka kekenyangan sewaktu staff KUIN lain kelaparan. Inilah muka yang buat kerja tak sehebat gaji. Gaji kononnya RM30k keatas, tapi kerja haprak, KUIN tetap takdak pelaburan dari luar. Pelajar yang mendaftar makin lama makin kurang, tapi gaji puak-puak malaon ni tetap tak kurang.

Alhamdullilah akhirnya lepas BN menang, depa semua blah angkat kaki ikut kepala jahat si Jamil. Tapi harus di ingat, kerja jahat yang hangpa semua buat dalam KUIN akan di nilai nanti. Jangan ingat dah terlepas!

Staf KUIN akan membuat laporan Polis dan SPRM disetiap kesalahan dan penyelewengan yang mereka ini lakukan.

Jamil jangan lari Jamil.. hingga ke lubang jubor cacing kami cari hang Jamil.. he he he..

McTheory:
Salah tetap salah, masuk penjara tu.. sudah pasti kot..

PANASS!! Berita yang buat Pencacai Pakatan Haram Bengang!! #TolakPR

Posted: 29 May 2013 06:16 PM PDT



Kat bawah ni ada berita mengenai Polis muda dapat pengiktirafan. Sabar itu separuh daripada iman. Tengok akibat dari sabar, dapat penghargaan khas. Harap menjadi tauladan kepada anggota yang lain.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh menyampaikan Surat Perhargaaan Khas Ops Aman kepada Konstabel Muhalim Osop yang sabar menghadapi caci hamun sekumpulan peserta perhimpunan bagi membantah penahanan aktivis mahasiswa pembangkang di depan Balai Polis Jinjang Khamis lepas.


Muhalim, 22, dari Sabah yang bertugas di balai itu pada malam kejadian, melayani karenah peserta pehimpunan dan mendengar kata-kata kesat mereka kepadanya tanpa mengambil sebarang tindakan agresif.

Perhimpunan itu bertujuan mendesak pihak berkuasa membebaskan Adam Adli Abdul Halim yang ditahan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Amar Singh memuji tindakan Muhalim dan menyifatkan kesabaran serta kecekalan anggota polis mengendalikan perhimpunan itu perlu dijadikan teladan oleh seluruh pasukan keselamatan berkenaan.



"Kumpulan tersebut sengaja menghamburkan kata-kata sengaja menghamburkan kata-kata kesat yang mencabar polis, tetapi beliau amat sabar dan tenang walaupun berdepan dengan cabaran besar itu.

"Ada seorang perempuan yang mendakwa dirinya peguam, menuding jari ke muka beliau, namun beliau tetap sabar dan bertindak secara profesional dengan menenangkan mereka secara baik," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Kalau orang lain, rasanya dah lama perempuan tu kena ketuk dengan cota gamaknya. he he..


Tapi kat video bawah ni Anwar kata lain? Cuba tengok..



Tu pun Anwar kata 95% polis menyokong Pakatan Haram.. ha ha ha.. 95% polis menolak kot.. menyokong tu dalam mimpi saja.
Hari-hari ceramah maki polis, kutuk polis macam-macam, kata polis mati sandiwara la, polis anjing la, tiba-tiba nak harapkan sokongan Polis? kah kah kah.. waya putuih ka apa Anwar ni?

5% polis undi Pakatan tu pun kira dah banyak la. Patutnya polis kena 100% tolak Pakatan Haram. Sebab Pakatan Haram ni yang dok buat kacau, kalau depa takdak aman damai Malaysia. Kerja polis pun senang!

McTheory:
Macam mana 5% Polis tu boleh undi Pakatan? Takdak hati dan perasaan kot?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...