CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[VIDEO] Aksi 'SEX' Diana Danielle & Remy Ishak pula

Posted: 01 Apr 2013 07:52 PM PDT


Sekiranya sebelum ini aksi 'panas' antara pelakon genit, Nora Danish dan Rushdi Ramli mendapat kritikan hebat dikalangan peminat industri hiburan tempatan, terbaru adegan 'ranjang' yang melibatkan aktres cantik Diana Danielle dan Remy Ishak pula mendapat perhatian segelintir peminat filem.

Pada 29 Mac lalu, pihak Grand Brilliance telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan aksi 'mesra' pelakon utama filem terbaru mereka yang berjudul "Sembunyi : Amukan Azazil," di mana secara umumnya video berdurasi 1:07 itu telah di potong dan tidak ditayangkan kepada tontonan umum di pawagam.

Namun begitu, sejak video ini di muat naik di laman YouTube, ramai pihak telah megkritik adegan yang ditojolkan oleh Diana Danielle dan Remy Ishak, sehingga ada individu yang mendakwa adegan ini sengaja dipertontonkan untuk meraih perhatian penonton.

Screen Shot 2013-04-01 at 9.02.46 AM
Screen Shot 2013-04-01 at 9.03.27 AM
Berikut kami lampirkan adegan tersebut untuk rujukan anda semua.

[HINA NABI] Ketua Pemuda Pas pertahan Khairul Fahmi

Posted: 01 Apr 2013 06:57 PM PDT


KUANTAN 2 April - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi mempertahankan Penolong Setiausaha 1 sayap parti itu, Khairul Fahmi Mat Som berkaitan kenyataan yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac lalu.

Nasarudin dalam ceramahnya pada Program Pentas Anak Muda anjuran pakatan pembangkang di Sungai Isap Jaya di sini malam tadi berkata, kenyataan Khairul Fahmi itu sebenarnya ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya sering menabur fitnah.

"Utusan (Utusan Malaysia) spin (pusing) tulisan dia dan katanya Khairul Fahmi hina Rasulullah sehingga kecoh hari ini (semalam).

"Khairul Fahmi bukan hina Rasulullah, dia hina UMNO dan BN. Kerana dakwanya UMNO dan BN ini tahap melakukan fitnah tak kenal orang dah," katanya.

Komen Celah Gelegar


1. Biarpun penghinaan ini ditujukan kepada UMNO tetapi Pas harus ingat "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA". Pas tidak boleh menggunakan Nabi Muhammad sebagai alat untuk menghina UMNO.

2. Ayat yang digunakan itu menggambarkan pemimpin Pakatan Haram terutamanya Anwar adalah boleh disama-tarafkan dengan Nabi Muhammad (Ini satu penghinaan yang dahsyat). Sedangkan mereka sendiri tahu jika Nabi Muhammad masih hidup, pasti baginda akan menyampaikan Islam sebenar (bukan agama Pas) dan orang UMNO yang merupakan penganut agama Islam pasti akan mengikuti Nabi.

3. Allah akan pelihara Nabi Muhammad daripada perkara-perkara yang dinyatakan (video seks) walau dalam situasi apa sekalipun dan pastinya tidak akan wujud video seperti itu. Mereka lupakah kuasa Allah dan kesucian nabi?

4. Jika Nabi Muhammad masih hidup, agama Pas akan hancur dan tiada siapa yang akan jadi pengikut agama Pas itu. (Kenapa sebut agama Pas? kerana Pas tidak ikut Islam sepenuhnya tetapi mereka paksa Islam mengikut mereka. Apabila ayat Al-Quran dan Hadith menyebelahi mereka, mereka akan guna dan jika tidak menguntungkan mereka, ia akan disembunyikan. Contohnya Hukum Dewan Ulama' Pas Kelantan pada 1963 : "Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram". Sekarang Pas berkerjasama dengan DAP (langkah mayat jika nak laksana hudud) kerana ini akan membolehkan mereka memegang kuasa dunia.

5. Pas akan mempolitik segala-galanya, segala-galanya adalah politik bagi mereka. Mereka akan menuduh pihak lain yang bersalah, Utusan spin dan sebagainya. Walhal semua orang yang ada akal boleh mebaca kenyataan beliau. Sepatutnya mereka mengakui kesalahan dan memohon ampun kepada Allah atas kesilapan itu. Pasti darjat mereka akan diangkat oleh Allah. Tetapi apa yang berlaku dalam Pas seolah-olah semua mereka maksum dan tidak pernah melakukan kesalahan.

6. Kalau dahulu Pas menuduh mufti-mufti sebagai syaitan bisu, adakah mungkin syaitan bisu itu telah wujud dalam kalangan ulama Pas bila kesilapan dilakukan dalam orang Pas, mereka membisu demi PRU13 dan kepentingan parti.

7. Pas kekal memerintah Kelantan sudah lebih 22 tahun hanya kerana keperibadian Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat seperti pemimpin Islam sebenar tetapi sejak akhir-akhir ini ucapan beliau telah berubah daripada mengutamakan Islam kepada mengutamakan politik dengan mempertahankan kesilapan-kesilapan dalam parti sebelum ini. Mungkin pada PRU13 adalah masanya Allah akan tunjukkan kejatuhan Pas atas kelalaian mereka sendiri.

Saksikan penyokong Pas mempertahankan Nik Aziz hanya menggunakan akal tanpa hujah Al-Quran dan Hadith. Walhal mereka semua faham bahawa kesilapan ucapan Nik Aziz boleh memesongkan orang awam walaupun Tuan Guru Nik Aziz tidak terpesong. Kenapa tidak boleh memohon maaf dan menyatakan kebenaran.

Bekas ahli DAP Johor dibelasah dekat lokasi ceramah

Posted: 01 Apr 2013 05:58 PM PDT

Gambar Hiasan
JOHOR BAHRU 1 April - Seorang bekas ahli DAP cedera di bahagian kepala akibat dibelasah dengan topi keledar oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong parti pembangkang ketika meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan parti itu di Taman Nesa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, bekas Setiausaha Publisiti Kecil DAP Taman Desa, A.K Murugan, mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul bertalu-talu oleh lebih daripada tiga lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Menurut Murugan, kejadian berlaku ketika dia dan beberapa rakan berada kira-kira 100 meter dari lokasi ceramah pembangkang.

"Ketika di sana saya bersama rakan-rakan yang lain bertindak meluahkan rasa tidak puas hati mengenai kepimpinan parti yang tidak prihatin dengan kaum India.

"Lokasi ceramah itu terletak berhampiran rumah, jadi saya ambil kesempatan itu untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin DAP yang hanya tahu bercakap tapi tidak mengambil tindakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambahnya, ketika masih berada di situ, dia didatangi sekumpulan lelaki yang memarahinya sebelum mereka mula bertindak kasar dengan memukulnya bertalu-talu menggunakan topi keledar.

Ekoran kejadian tersebut, dia membuat laporan polis di Balai Polis Skudai sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Beberapa jam sebelum kejadian, Murugan dan bekas Pengerusi DAP Taman Saga di Kulaijaya, V. Thulasi Das bersama kira-kira 25 masyarakat India mengadakan bantahan secara aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap DAP.

Bantahan itu diadakan di hadapan lokasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr. Boo Cheng Hau bersama pemimpin pakatan mengadakan mesyuarat membincangkan Deklarasi Gelang Patah sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Nama Datuk Seri DiCEMARKAN Kerana Cadang TANDING BEBAS di DUN Prai PRU13

Posted: 01 Apr 2013 09:11 AM PDT

Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman

KUALA LUMPUR - Pembantu peribadi Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang ditahan di bawah Akta Kesalahan   Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini, mendakwa ada pihak cuba mencemar nama baik majikannya itu dengan mengaitkannya dengan insiden Lahad Datu.

Hasbiallah Hakaman berkata ini kerana Ridhwan, 47, ada menguar-uarkan bahawa beliau bercadang bertanding dalam pilihan raya  umum ke-13 nanti sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Prai.

"Mungkin isu ni timbul kerana dia ada uar-uarkan dia nak bertanding di sana...dia adalah calon yang disukai rakyat di sana. Siapa  main konspirasi ni, saya tak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada penahanan tersebut akan menjejaskan nama Ridhwan, Hasbiallah berkata: "Belum jatuh kesalahan lagi, jadi tak boleh kata nama dia terjejas."


Ketika ditanya mengenai hubungan Ridhwan dengan Sultan Muedzul Lail Tan Kiram, beliau berkata ia hanya sekadar hubungan perniagaan dan kini tidak lagi berhubungan.

"Hubungan perniagaan ini berlaku sebelum kejadian (pencerobohan militan) di Lahad Datu (Sabah) lagi. Mereka membuat  perniagaan kelapa kering dan Ayahanda (Ridhwan) ada bantu orang di sana yang miskin," katanya dan enggan mendedahkan jumlah dana yang disumbangkan.

Ketika ditanya mengenai reaksi Ridhwan yang ditahan di bawah Sosma, Hasbiallah berkata: "Moral dia ok, dia tak ada masalah.  Dia tahu dia di pihak yang benar dan dia yakin itu, lagipun persatuan tu bukan ditubuh untuk buat keganasan, tapi untuk kebajikan.

"Kami ada bukti-bukti dia (Ridhwan) tak terlibat. Dia ditahan di bawah Sosma. Esok polis akan beritahu lanjut tentang penahanan ini  dan saya serahkan pada lawyer," katanya.

Muhammad Ridhwan merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia.


Ayahanda Ridhwan akan bertanding pada Pilihan Raya PRU13 di Dun Perai, Negeri Pulau Pinang

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2008


N.16 - PERAIP.RAMASAMY A/L PALANISAMYDAP7,668MNG
ULAGANATHAN A/L K.A.P RAMASAMYBEBAS311HD
KRISHNAN A/L LETCHUMANANBN2,492
JUMLAH PEMILIH : 14,175
KERTAS UNDI DITOLAK : 180
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 10,651
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUSAN PENGUNDIAN : 75.14%
MAJORITI : 5,176

Tiga Mahasewel ditahan Polis Buat Kecoh di Kediaman PM

Posted: 01 Apr 2013 07:01 AM PDT

PUTRAJAYA: Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini semalam selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintenden Mak Pak Chuai berkata, mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.
   
"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat," katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.
   
Beliau berkata, kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.
   
Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke Pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...