tun faisal dot com

tun faisal dot com


#LahadDatu Azzimudie Kiram sahkan perang untuk rampas Sabah #Pray4Sabah

Posted: 04 Mar 2013 08:07 PM PST

[Nota: Mereka ceroboh, mereka bunuh anggota polis kita, kita bagi pelarian mereka tempat untuk hidup aman, sekarang mereka nak jadikan Sabah huru hara. PM, kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberal Front (MILF) bertemu untuk perdamaian, kenapa pemimpin pembangkang berjumpa Moro National Liberation Front (MNLF)? Sebagai patriot dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menentang pengganas dan penceroboh. Doakan keselamatan dan kejayaan anggota polis dan tentera kita.. ]

9.45am: According to Philippine TV station ABS-CBNnews, prior to this morning's attack, Azzimudie Kiram, who is leading the armed group at Kampung Tanduo, told radio dzMM that he is unfazed by the plans of the Malaysian government to deploy more troops to Sabah to neutralise them.

Azzimudie said he and his troops will stay put despite repeated calls from both the Philippine and Malaysian governments for them to end the stand-off.

"This is now the time. We will have to be committed to fight for our rights. I'm asking them (Filipinos) to do something to support us.

"They cannot frighten us because we are fighting for our rights – the rights of the Bangsa Sulu and in general, the Filipinos. That is, if the Philippine government still consider us Filipinos," he added.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#LahadDatu 10 pagi - Operasi hapus pengganas Sulu diperhebat #Pray4Sabah

Posted: 04 Mar 2013 06:54 PM PST



Polis dan Tentera Darat Mula Memasuki Kawasan Operasi Berdepan Penceroboh! #Pray4Sabah #DemiNegarahttp://kedahkekl.blogspot.com/2013/03/lagi-terkini-polis-dan-tentera-darat.html




Mc nak bagi sedikit kronologi serangan tentera pagi tadi,

Penduduk kampung dikeluarkan dan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya.

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17. Agak tegang dengan bunyi letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam. Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan jet kembali ke pengkalan.

Kemudian kawasan pengeboman tadi dipantau dengan kapal terbang tanpa pemandu, UAV.

Polis dan Askar bersedia memasuki kawasan pertempuran.

Trak tentera dilihat memasuki kawasan operasi.

Kemudian terdengar bunyi tembakan dikawasan operasi, dipercayai pasukan Polis dan Tentera berdepan dengan saki-baki penceroboh yang tinggal.

Untuk baca operasi pertama boleh klik SINI dan SINI

Insyallah akan ada update seterusnya..

Doakan wira-wira negara kita selamat

McTheory:
Pertahankan Kedaulatan Negara, Negara Malaysia Negara Berdaulat!



@NajibRazak - Penceroboh tidak berniat keluar dari Sabah #LahadDatu #Pray4Sabah

Posted: 04 Mar 2013 05:34 PM PST

PM: Demi menjaga maruah dan kedaulatan negara. ATM menggempur musuh pagi Selasa 7am.

Kenyataan penuh Perdana Menteri: Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februai, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman  tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
    
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
    
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
    
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
    
Kerajaan  mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan  telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
 
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#LahadDatu @NajibRazak damaikan MILF dengan Filipina, MNLF dan Anwar? #Pray4Sabah

Posted: 04 Mar 2013 02:35 AM PST




Benarkah Najib Razak Pernah Berjumpa Sulu Sepertimana Gambar Yang Telah Di Sebarkan ???

http://pisaukedah.blogspot.com/2013/03/benarkah-najib-razak-pernah-berjumpa.html

Setelah penglibatan Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dibabitkan dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh pihak perisikan Filipina serta media antarabangsa, penyokong-penyokong Pakatan mula menyebarkan fitnah kononnya Najib Razak mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Sulu.

Sekeping gambar telah disebarkan didalam blog-blog pro Pakatan yang menunjukkan Najib duduk bersama seorang lelaki yang mereka dakwa sebagi Jamalul Kiram III. Mereka juga mendakwa bahawa gambar tersebut membuktikan yang Najib terbabit didalam insiden pencerobohan di Sabah untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke13.

Malangnya, setelah diteliti, gambar lelaki yang duduk bergambar dengan Najib tersebut bukanlah Sultan Sulu, Jamalul Kiram III. Tetapi lelaki berkenaan merupakan Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF) iaitu Al Haj Murad.

Gambar tersebut diambil ketika Najib dan Malaysia menjadi orang tengah mendamaikan pertelingkahan diantara BangsaMoro dan juga kerajaan Filipina pada 16 Oktober 2012. (sumber)

Ini sekaligus menunjukkan bahawa Anwar dan Pakatan Rakyat kini amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan fitnah bagi mengelak dikaitkan dengan kemasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu.- Baca Seterusnya




Pisau Kedah :-

Nampaknya penyokong-penyokong Pakatan Haram dalam laman media maya mula terdesak dengan pendedahan perisik tentera Filipina di petik dari portal The Manila Times yang mendakwa Anwar Ibrahim terlibat dalam pencerobohan Rejim Sultan Sulu. 

manila


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...