tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] JOM layan video sedih #OpsDaulat sempena Hari Polis ke-206 @HishammuddinH2O

Posted: 24 Mar 2013 09:00 PM PDT




Sambutan Hari Polis ke-206 tampil konsep revolusi 
kepolisian negara

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Polis ke-206 pada 25 Mac ini akan mengetengahkan revolusi kepolisian negara sejak zaman Kesultanan Melayu sehingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sambutan bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini akan menampilkan tiga era perjalanan pasukan keselamatan itu sejak zaman Kesultanan Melayu lagi.

"Tiga era tersebut ialah pasukan polis di zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan, seterusnya pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis dan yang ketiga menuju era kepolisian bertaraf antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, konsep ketiga-tiga era tersebut akan dipersembahkan dalam perbarisan Hari Polis, merangkumi kelengkapan dan pakaian polis pada tiga era tersebut.

Selain itu katanya, persembahan pantomin turut mewarnai sambutan itu yang akan dipersembahkan mengikut era kepolisian masing-masing.

Ramli berkata, buat pertama kalinya, pasukan polis akan mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis kali ini.

Pada hari sambutan itu juga, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dijangka melancarkan buku Atlet Gemilang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menceritakan perjalanan kerjaya ikon bina badan negara Sazali Samad yang merupakan anggota PDRM.

Lebih 5,000 pegawai dan anggota polis akan terlibat dalam sambutan Hari Polis ke-206 itu, katanya.

Dalam menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB) dengan peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.

Bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan 'panas' serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.

 Hari Polis disambut setiap tahun pada 24 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Sempena sambutan itu, Ramli berkata, PDRM turut mengadakan hari terbuka untuk orang ramai di Pulapol pada 24 Mac dari 8 pagi hingga 5 petang.

Katanya, ia akan diisi dengan pelbagai program antaranya persembahan polis berkuda, pertunjukan daripada unit K9 dan juga pameran oleh unit trafik dan lain-lain

Infografik mengenai #ESSCOM. #PeaceSabah #LahadDatu

Posted: 24 Mar 2013 08:29 PM PDT


Inline image 1

Memastikan keselamatan rakyat Sabah dan mempertahan Sabah sebagai sebuah negeri di dalam negara Malaysia 


Akhirnya Pas janjikan Projek Pembangunan Mega untuk rakyat terpinggir! #PenipuRakyat

Posted: 24 Mar 2013 02:00 AM PDT



Projek Pembangunan PAS Kepada Rakyat! BN Selangor Pasti Tumbang.
        
[Nota: Pas akhirnya tunduk dan menjanjikan pembangunan untuk rakyat. Sebelum ini Pas, seperti parti pembangkang yang lain tidak mahu menjanjikan pembangunan kepada rakyat. Sebab itu di Kelantan dan Kedah tidak banyak pembangunan yang dibuat. Dalam ceramah-ceramah Pas, pembangunan rohani sudah mencukupi dan hasilnya di Kelantan, pernah diberitakan mempunyai kadar gadis mengandung luar nikah, penagih dadah dan penghidap HIV yang paling tinggi. Pas tidak perlu bina masjid, sebab selama 21 tahun Pas di Kelantan, yang bina masjid adalah UMNO. Tapi mungkin kerana sudah terlalu banyak masjid, di Kedah, Pas runtuhkan masjid (Madrasah Salihiah) untuk bangunkan kompleks membeli belah. Di Selangor lain pula ceritanya. Oleh kerana Pas bukan parti yang dominan di Selangor, mungkin artikel dan gambar di bawah sudah cukup untuk membayangkan keadaan Pas yang cukup menyedihkan di negeri ini...)


Penganalisis politik di Lembah Klang hari ini melihat BN Selangor sudah pasti akan tewas teruk.Menurut pengarah strategik pilihanraya PKR selama 50 tahun BN tidak membawa pembangunan di Selangor.Apa yang dijanjikan tidak pernah ditepati,Slogan BN hanyalah omong kosong.

Cabaran yang dihadapi oleh Pengerusi BN Negeri Selangor Datuk Seri Najib amat getir,masakan tidak kerajaan pakatan begitu mementingkan kebajikan rakyat yang selama ini ditindas dan tidak dipedulikan.

Kita ambil contoh PAS Selangor,berjaya buat pertama kali dalam sejarah membuat projek pembangunan . Kempen ceramah mereka dengan menunaikan janji pembangunan pasti akan menarik sejumlah penyokong dan pengundi yang ramai.Gambar dibawah adalah salah satu kempen yang mampu membunuh BN Selangor.

Kepada badan perhubungan Umno Negeri Selangor. Diharap ambil serius pendekatan PAS yang sudah mula membawa pembangunan ke serata cerok kampung.Gambar dibawah menjadi bukti sebuah banggunan baru dibina dengan prasarana moden memudahkan pengguna membuat caruman lebih selesa.

jamban

Pisau kata " tengok gaya projek macam ni..comfirm BN kalah di Selangor beb.. seram sejuk dah ni"





#PRhipokrit : [Video] Dulu kutuk, sekarang Parti Sosialis DAP buat Projek Mega #Rempuh243

Posted: 23 Mar 2013 11:00 PM PDT



Dulu kelompok sosialis dan antiestablishment DAP dan pembangkang yang lain mengutuk dan mengeji pelaksanaan Projek Mega oleh kerajaan BN, hari ni, heran kenapa DAP berlumpa-lumba untuk meneruskan projek-projek mega termasuk projek terowong dasar laut dan projek GAJAH PUTIH wi-fi yang tidak boleh digunakan. Satu lagi pembaziran wang rakyat oleh kerajaan PR! Yang pelik, manifesto PR nak hapus tol, projek terowong dasar laut Guan Eng nak kenakan tol? Pemimpin PR ni tak baca manifesto kot or memang betulla manifesto diaorang ni Manifesto Bukan Janji! Pemimpin PR ni memang jenis konfius, pengikut PR pula jenis tak guna aqal, tu yang senang kena perbodoh secara berterusan.






MELAMPAU! PRO-PEMBANGKANG UGUT BUNUH ! #REMPUH243



Kira-kira 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), majoritinya belia Cina dan India hari ini berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.  
Mereka yang terlibat itu merupakan wakil daripada tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia, 1Malaysia Brother dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang. 
Presiden Pergerakan Hak belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap projek mega bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek berkenaan hanya membazirkan wang rakyat.
Tegasnya, banyak NGO dan rakyat negeri menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan kerana dilihat mampu mengundung kesesakan lalu lintas yang lebih teruk terutamanya di bahagian pulau. 
"Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di perkarangan Komtar di sini hari ini. 
Mereka yang berarak dengan menggunakan baju berwarna biru muda itu turut membawa pelbagai sepanduk yang mengecam kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji-janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu. 
Himpunan kira-kira jam 1 petang itu berlangsung secara aman dengan kawalan keselamatan daripada anggota polis. 
Yee Aun dalam pada itu menambah, memorandum yang dihantar itu turut mengandungi sembilan desakan lain yang perlu diperjelaskan Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP. 
"Sembilan perkara itu adalah kami mahu Guan Eng menjelaskan  
. berhubung ancaman bunuh dan rogol yang dibuat oleh penyangak cyber yang dipercayai mempunyai pertalian dengan DAP terhadap seorang gadis yang merupakan penyokong Barisan Nasional (BN);  
. menjelaskan mengenai janji-janji palsu yang gagal ditunaikan DAP sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang dan Kegagalan kerajaan negeri membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini
. "Selain itu kami juga mahu penjelasan mengenai manisfesto yang dibuat DAP;  
. Pendirian melompat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kilang Lynas di Kuantan, Pahang;  
. penjelasan mengenai lokasi untuk kaum Cina dan India di dalam manisfeto, bajet dan buku jingga pembangkang;  
. kenyataan bercanggah Guan Eng yang mahu menghapuskan tol tetapi mahu membina terowong bertol;  
. pendirian DAP terhadap calon Perdana Menteri pembangkang dan internet percuma yang gagal diakses oleh rakyat pulau pinang," katanya. 
Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya Guan Eng gagal menjelaskan semua tuntutan berkenaan dalam masa dua minggu bermula hari ini, pihaknya akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan susulan yang akan diambil seterusnya. 
"Kami mahu Guan Eng berfikir, sekiranya tidak mahu menjawab segala tuntutan kami, apakah beliau sudah tidak memerlukan undi kami dalam pilihan raya umum akan datang? 
"Bagaimanapun kami mungkin tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng seperti bangkitnya rakyat Selangor mengheret Menteri Besar mereka ke Mahkamah," tegasnya. - AntaraPos
Dan bertepatan dengan kebangkitan rakyat Pulau Pinang, satu perhimpunan rakyat akan di adakan hari ini di Padang Kota Lama, Pulau Pinang jam 3 - 7 malam.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...