tun faisal dot com |
- [Video] Razali: Guan Eng samseng, kata agama you tak penting, parti lebih penting #ubahPenang
- #BNYCT: Hantar Karya Anda, Bantu Kemenangan BN #PRU13
- #LahadDatu : Kaitan Amado Valdez, Tian Chua, Anwar, Estrada, Misuari, Kiram ?
[Video] Razali: Guan Eng samseng, kata agama you tak penting, parti lebih penting #ubahPenang Posted: 23 Mar 2013 08:30 PM PDT Razali - "Saya menjadi buruan DAP sekarang." Contoh kepimpinan PR yang zalim dan menindas. Ugutan bunuh pun ada. Macam ni nak jadikan kerajaan? Dalam video ni juga Razali sebut tentang lebai Pas yang jadi balaci sosialis dan sanggup kompromi agama demi kuasa. Gila orang Pas ni! |
#BNYCT: Hantar Karya Anda, Bantu Kemenangan BN #PRU13 Posted: 23 Mar 2013 06:00 PM PDT Bakat di kalangan penyokong BN di cari. Penulis, kartunis, penghasil bahan multimedia - grafik, video, vlogg, apa saja dijemput untuk sama-sama menghasilkan karya yang terbaik yang dapat membantu kemenangan BN dalam PRU13. #BNYCT: Hantar Karya Anda, Bantu Kemenangan BN #PRU13SEMASA sesi pelancaran program Himpunan Aktivis Siber 2013 yang berlangsung di The Royale Bintang pada 16 Mac lalu, Ketua Pemuda UMNO merangkap Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, YB Khairy Jamaluddin dengan berbesar hati menyumbangkan dana sebanyak RM50,000 kepada BN Youth Cyber Team (BNYCT) untuk digunakan sebagai insentif kepada semua sukarelawan BN di alam siber agar mereka dapat menghasilkan bahan-bahan yang bermutu, berfakta, sinis dan kreatif bagi membantu kemenangan BN dalam PRU13. OBJEKTIF Membuka peluang kepada seramai mungkin penyokong BN untuk mengenengahkan bakat dan kebolehan mereka bagi membantu menghasilkan bahan penulisan atau karya kreatif dalam usaha membantu kemenangan BN dalam PRU13. SYARAT Tiada syarat ketat dikenakan, sesiapa yang berminat tidak kira usia cuma perlu menghantar penyertaan mereka melalui emel (kepilan atau pautan) dengan menyertakan butiran peribadi seperti NAMA, NO. KAD PENGENALAN dan NO. TELEFON. . emelkan penyertaan anda kepada: . . bnyouthcyberteam@gmail.com . sebarang persoalan berkaitan program ini boleh juga dikirim ke alamat emel ini. TEMA Tiada tema khas yang diperuntukkan, asalkan penyertaan tersebut bersesuaian untuk sebaran secara online tanpa menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Penyertaan adalah pada landasan untuk mempromosikan dasar-dasar kerajaan, ataupun untuk menangkis fitnah, retorik dan propaganda pembangkang. KATEGORI Program ini terbahagi kepada beberapa kategori dan penyertaan tidak terbatas, anda boleh menghantar dalam mana-mana kategori tanpa mengira jumlah penyertaan. Tapi cuma penyertaan yang tersiar di portal BNYCT akan diberikan imbuhan. 1. PENULISAN Panjang tulisan tidak terhad, anda boleh menghantar penyertaan dalam bentuk penulisan kreatif, analisis, pendapat peribadi, satira (humor) atau apa saja bentuk penulisan yang bersesuaian dengan tema yang diberikan. 2. LUKISAN Peserta dikehendaki menghantar lukisan dalam paparan tidak kurang 7 inci X 10 inci (sama ada horizontal atau vertrikal) dengan saiz sekurang-kurangnya 200 dpi. Lukisan tersebut boleh dibuat dalam bentuk kartun, komik, karikatur atau apa saja teknik bersesuaian. 3. FOTOGRAFI Sebarang bentuk foto hasil rakaman anda sendiri yang bersesuaian dengan tema boleh menyertai program ini. Anda boleh menghantar seberapa banyak foto tetapi hanya foto terbaik akan disiarkan. 4. REKA GRAFIK/MULTIMEDIA Untuk reka grafik peserta dikehendaki menghantar satu poster dalam paparan tidak kurang 7 inci X 10 inci (sama ada horizontal atau vertrikal) dengan saiz sekurang-kurangnya 200 dpi. Kategori multimedia pula peserta boleh menghantar aplikasi web/mobil ringkas atau animasi/motion-graphic (durasi tidak lebih 3 minit) dalam bentuk video yang dimuatnaik ke YouTube. Peserta perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta butiran peribadi. 5. GUBAHAN LAGU Peserta boleh merakamkan lagu berdasarkan tema yang diberikan dengan menggunakan iringan sekurang-kurangnya 1 alat muzik. Rakaman nyanyian hendaklah dimuatnaik ke YouTube dan peserta cuma perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta lirik lagu dan butiran peribadi. 6. VIDEOGRAFI Untuk kategori videografi peserta boleh menghantar apa saja bentuk bahan seperti filem pendek, dokumentari atau vlog. Durasi hendaklah tidak melebihi 3 minit dan dimuatnaik ke YouTube dan peserta cuma perlu menghantarkan pautan (YouTube link) berserta butiran peribadi. *butiran peribadi: NAMA, NO. K/PENGENALAN, NO. TELEFON INSENTIF Insentif kepada penyertaan yang terpilih akan diberi berdasarkan jumlah yang difikirkan bersesuaian mengikut hasil karya dan kategori yang disertai. Hantarkan penyertaan anda segera kerana jumlah penyertaan bagi seorang peserta adalah tidak terhad!! |
#LahadDatu : Kaitan Amado Valdez, Tian Chua, Anwar, Estrada, Misuari, Kiram ? Posted: 23 Mar 2013 12:02 PM PDT Agenda Besar Anwar Ibrahim & Misuari Di Sabah Terbongkar Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini? Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim. Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012. Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa? Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal. Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina? Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja? Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya. Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina. Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina. Oleh itu, siapa yang akan digunakan untuk mencapai misi Anwar bagi membolehkan keadaan di Sabah boleh diisytiharkan sebagai darurat? Kiram diambil kerana mahu menjustifikasikan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Padahal Kiram bukanlah keturunan waris Sultan Sulu yang diiktiraf oleh FIlipina. Tujuan Kiram adalah mahukan kuasa. Gabungan Anwar, Estrada, Misuari dan Kiram menjadikan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu agenda besar yang perlu dipandang secara serius oleh rakyat Malaysia dan FIlipina. Hubungan dua buah negara penting di ASEAN dirosakkan oleh beberapa individu yang mahu berkuasa mengikut tujuan mereka sendiri. Kerana agenda peribadi, ramai anggota keselamatan negara mati demi berjuang untuk ibu pertiwi. Tian Chua dan Anwar memang pengkhianat, sudah terbukti. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment