tun faisal dot com |
- Pemuda BN perkenal aplikasi telefon pintar #BNYCT
- @KhairyKJ - RM50,000 insentif karya politik aktivis siber dalam portal #BNYCT
- [Video] @KhairyKJ - Lawan fitnah dengan fakta via #GEMPAK - Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang
| Pemuda BN perkenal aplikasi telefon pintar #BNYCT Posted: 17 Mar 2013 05:30 PM PDT ![]() Pemuda BN perkenal aplikasi #BNYCT untuk telefon pintar @tunfaisal on Saturday, March 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa - No Comments ![]() Pemuda BN perkenalkan aplikasi BNYCT yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store - Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. baca lagi di:- 3,000 aktivis siber Pemuda BN seluruh negara siap gempur... SABTU, 16 MAC 2013 18:31 HELME HANAFI inShare Kalau pembangkang ingat dunia siber merupakan media utama mereka untuk PRU13 ini, silap besar, sebab belajar dari pengalaman PRU12, Pemuda Barisan Nasional (BN) kali ini lebih bersedia. Pagi Sabtu, bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur, satu pertemuan yang dinamakan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin. Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini selang sehari dengan perlancaran Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) yang dilakukan Khairy di PWTC pada Jumaat. Sebab itu, hari ini, bertempat di Mutiara Damansara, kehadiran aktivis siber seluruh Malaysia melebihi jangkaan awal. Bagi Khairy sendiri, semangat pemuda BN untuk menguasai dunia siber amat penting terutamanya menjelang PRU ini. Menurut beliau, dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan BN pada PRU nanti. Berikutan itu katanya, pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini. "Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain. "Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," kata Khairy. ![]() Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber. "Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. "Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding 'permainan di tempat sendiri'," katanya. Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana. "Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka," katanya. Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' pada PRU Ke-13. "Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," katanya. ![]() Sementara itu, Pengerusi BN Youth Cyberteam (BNYCT) Tun Faisal Ismail berkata pihaknya akan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda BN dalam PRU nanti. "Kita akan mengedarkan bahan-bahan untuk semua 3,000 aktivis kita seluruh negara sebarkan,"katanya. Menurut beliau, semua 3,000 aktivis siber Pemuda BN tersebut merupakan aktivis yang sudah dilatih dalam beberapa siri kursus sebelum ini. "Apabila kita beri bahan, mereka tahu apa yang perlu dilakukan,"jelas beliau. Dalam majlis itu juga, Khairy melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.-16/3/3013 Dunia Siber, Gelanggang Kemenangan BN Dalam PRU-13 - Khairy ![]() PETALING JAYA: Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. Justeru, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini. "Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain. "Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara di sini, Sabtu. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Harridz Mohan pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu. Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber. "Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. "Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding 'permainan di tempat sendiri'," katanya. Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana. "Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka," katanya. Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusandan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' pada PRU Ke-13. "Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," katanya. - BERNAMA sumber |
| @KhairyKJ - RM50,000 insentif karya politik aktivis siber dalam portal #BNYCT Posted: 17 Mar 2013 11:37 AM PDT ![]() Replika cek berjumlah RM 50,000 diserahkan kepada Pengerusi BN Youth CyberTeam (BNYCT)sdr Tun Faisal Ismail Aziz sebagai dana permulaan insentif karya-karya politik aktivis siber yang tersiar di dalam portal BNYCT menjelang PRU13. KENYATAAN MEDIA YB SDR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR PENGERUSI PEMUDA BN MALAYSIA BAGI PELANCARAN "HIMPUNAN AKTIVIS SIBER PEMUDA BN" BERTARIKH 16HB MAC 2013 BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG DAMANSARA Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia. Bersyukur saya ke hadrat Illahi dapat hadir dalam majlis yang dinamakan "Himpunan Aktivis Siber Pemuda Barisan Nasional (BN") atas inisiatif BN Youth CyberTeam (BNYCT) hari ini. BNYCT telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2012 bertujuan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU13 selepas kejayaan gerak kerja siber Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada 3 Mei 2009. "Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN" ini bertujuan menyemarakkan lagi aktivisme siber oleh sukarelawan pro-Barisan Nasional (Pro-BN) menjelang PRU ke-13. Untuk makluman, himpunan ini disertai aktivis siber, terdiri dari golongan blogger, facebooker, twitterati dan aplikasi media sosial yang lain, penggiat multimedia kreatif dan selebriti tanah air Pro-BN. Sejak penubuhan BNYCT, ia telah berjaya menarik penglibatan langsung 3,000 orang sukarelawan siber Pro-BN, membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Kelantan yang membantu secara aktif kempen "TUKAR" dan "Gelombang Merah", membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Perak bagi meningkatkan jumlah sukarelawan siber negeri tersebut dan membantu penghasilan bahan-bahan sebaran online di dalam twitter, facebook dan you tube. Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa jumlah dedahan keseluruhan pelbagai profil dan page facebook ketika ini adalah sekitar 700,000 orang manakala bagi twitter adalah sekitar 250,000 orang, tidak termasuk jumlah rakan twitter saya sendiri seramai 243,000 orang. Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini dimulakan dengan "Forum Aktivisme Siber Dalam Politik" yang menampilkan ahli panel terdiri dari 1. YB P.Kamalanathan (MIC) 2. Dato' Ti Lian Ker (MCA) 3. Sdr Tang Keng Liang (Gerakan); dan 4. Sdr Harridz Mohan (PPP). Tidak dilupakan penglibatan artis yang menggunakan medium siber bagi menyokong gerakan BN oleh yang demikian, moderator bagi forum ini adalah selebriti Fahrin Ahmad. Dalam himpunan ini juga, Pemuda BN juga turut - 1. melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang dihasilkan oleh sukarelawan siber BNYCT; buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Dalam masa terdekat, ia juga akan boleh dimuat turun melalui i-Tunes dan Blackberry World. 2. menyampaikan plak penghargaan dan netbook kepada sejumlah selebriti tanah air yang telah menunjukkan sokongan terbuka kepada BN seperti; Zed Zaidi, Nabil Raja Lawak, Fahrin Ahmad, Maulana AF, Adira AF, Altimet, Elfira Loy, Vijay Emergency dan Jason T. Pemuda BN amat menghargai sokongan mereka dan aktivis siber pro-BN akan menyokong mereka di alam siber. 3. menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000 sebagai insentif daripada Pemuda BN kepada aktivis siber yang menyumbang artikel, kartun, bahan-bahan multimedia kreatif seperti poster dan video yang menarik dan tersiar di portal BNYCT. Akhir kata, sebagai Pengerusi Pemuda BN Malaysia, BNYCT akan menjadi salah satu daripada penggerak kepada kempen GEMPAK - Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang yang baru saya lancarkan semalam. Himpunan ini adalah salah satu gerak kerja Pergerakan Pemuda BN bagi membantu BN dalam PRU13 yang akan datang dan saya ingin merakamkan ucapan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada para aktivis yang hadir hari ini. |
| [Video] @KhairyKJ - Lawan fitnah dengan fakta via #GEMPAK - Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang Posted: 17 Mar 2013 08:37 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment