Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Saifuddin Nasution Sahkan Memang Ada Video Seks Nurul Izzah? #UulangIsaman

Posted: 26 Mar 2013 08:17 AM PDT


Gambar ni ke dia tengok?

Mc rasa Saifuddin ni mabuk atau pun sedang berkhayal! Anwar tu maybe blogger pernah main video china dollnya. Tapi bab Nurul Izzah, tak mungkin si Saifuddin sudah pernah tengok video tu, ataupun dia hanya mendengar khabar angin saja kot.

Tak percaya baca berita kat bawah,

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang siber Umno sekarang bercadang menyerang anak perempuannya Nurul Izzah Anwar dengan video seks untuk merosakkan imej bersihnya.

Malah Saifuddin mendakwa, beliau dan beberapa pemimpin lain telah dijemput oleh agen "Umno-BN" untuk melihat beberapa keping gambar video seks melibatkan Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menurut Saifuddin lagi, mereka juga turut didedahkan dengan video kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Saifuddin menambah agen tersebut juga memberi amaran mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan pemimpin PKR lain termasuk Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut laporan media hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dikatakan terlibat dalam satu video lain.

"Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

"Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video," kata beliau dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini. 

Mc percaya Saifuddin ni hanya mendengar khabar angin. Tapi dia bagus kerana dia setuju individu dalam video seks tu Anwar dan Nurul Izzah. Bermakna Saifuddin dapat mengenal pasti memang sah ada video seks Anwar dan Nurul Izzah. Tu pun kalau dia dah tengok!

Cuma yang peliknya, Saifuddin dah kenal pasti video tu memang milik Anwar dan Nurul Izzah, apa pula kaitannya dengan UMNO? Takkan UMNO boleh buat video seks tanpa keizinan kedua-dua tokoh pembangkang tu?

Ada UMNO suruh Anwar 'liwat' mahasiswa dan pondan? Anwar meliwat secara RELA! Ada UMNO suruh Nurul Izzah 'rasuah' pensyarahnya dengan 'lendir'? Tentulah tidak! Jadi apa kaitannya dengan UMNO?

Sesiapa pun boleh mengaku diri mereka 'ejen UMNO'. Mc pun boleh pakai baju PKR dan mengaku 'ejen PKR' kemudian buat perkara yang tak masuk akal.

Sudah-sudahlah Saifuddin, permainan politik hang tu dah 'oldskool' taktik lama. Simpan sajalah permainan bodoh hang tu.


McTheory:
Mungkin orang PKR sendiri yang edarkan video tu, untuk tumbangkang 'dinasti Anwar' dalam PKR? Siapa tahu?

PANASS!! Jika Pas Kedah 'Ada TELOQ' Sila Sahut Cabaran Ini! #SaveKedah

Posted: 26 Mar 2013 05:37 AM PDT



Mewakili Pemuda UMNO Kedah, Noran Zamini Jamaludin selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pokok Sena bersedia menyahut cabaran yang telah di lakukan Musodaq Ahmad, Pegawai Khas Menteri Besar Kedah pada 20 Mac yang lalu, berkenaan penipuan pembinaan 12 Masjid di seluruh Negeri Kedah oleh Kerajaan Negari pentadbiran PAS Kedah di dalam buku laporan "Sayangi Kedah Sejahtera".

Ini kesinambungan dari cabaran yang dilakukan oleh Musadaq Ahmad. Oit Pas!! Kalau berani, tetapkan masa dan tempat ayuh berdebat! Kita tengok sama ada Pas Kedah ada teloq ka takdak!

HOT INFO! Cerita yang kita patut tahu mengenai #Felda #Fgvh

Posted: 26 Mar 2013 02:17 AM PDT



Dulu mereka mendakwa bahawa FELDA bakal rugi sebanyak RM 2 billion tetapi setelah diperjelaskan ternyata geng pembangkang kecut telur dengan prestasi Felda dan FGV yang mana memperolehi dana sebanyak RM 9.9 billion..

Si Mazlan mencanang bahawa FELDA bakal lingkup kerana penyenaraian FGV tetapi mereka sedikit pun tak fikir yang kerajaan Selangor bawah pakatan lagi teruk...habis semua di gadainya...Yayasan Selangor apa cerita?ibu tunggal rakyat Selangor ditipu..rakyat ditindas dengan isu Air...


Yang keduanya, mereka mendakwa bahawa KWSP diperkakaskan untuk menyelamatkan FELDA..itu semua pembohong!!!perkara yang sebenarnya berlaku, KWSP hanya memiliki 184.7 juta unit saham FGV daripada jumlah keseluruhan iaitu 3.6 billion...

Selepas suntikan saham di FGV, KWSP telah menambah sebanyak 281 juta iaini (7.7%)..apa yang dilakukan KWSP adalah untuk pelaburan jangka panjang..takkanlah anggota KWSP nak labur duit semata-mata mahu selamatkan FELDA..KWSP pun fikir...kalau itu tujuannya, bermakna ianya telah memperjudikan wang rakyat..KWSP bukan macam pembangkang suka-suka guna rakyat untuk kepentingan politik mereka...

ANAK dan pembangkang meramalkan saham FGV akan jatuh merudum tetapi ramalan mereka ternyata meleset..maka mereka fitnahlah kata kejayaan FGV bukan kerana diri sendiri tetapi disebabkan bantuan KWSP..haha...


Terakhir ni lagilah tipu..bukan main lagi WAK CANANG (Mazlan Aliman) kata jikalau saham FGV jatuh maka peneroka akan rugi kerana menanggung kadar faedah pinjaman pembelian saham..itu semua penipuan terancang oleh ANAK dan pembangkang...

Perkara yang sebenarnya cuba disembunyikan ialah..sejak September 2012...Felda sudah mengambil alih semua pinjaman itu..makanya di sini, para peneroka tidak berhutang dengan bank tetapi mereka berhutang dengan FELDA..dari celah mana pula kata peneroka perit!!adoiyai!!!

Para peneroka hanya perlu bayar sebanyak 800 unit saham sahaja yang dibeli...FELDA turut memberi kelonggaran kepada peneroka untuk membayar ecara beransur-ansur dengan kadar RM 50 sebulan sahaja...apalah sangat sebulan 50 kan...

Para peneroka melahirkan rasa syukur kerana mereka dapat manfaat yang mana mereka hanya perlu fikir untung..rugi tu semua mereka tak perlu tahu dan mereka takkan rugi...malah mereka hanya perlu bayar ansuran sahaja tanpa dikenakan bunga...

PANASS!! Anwar bawa Malaysia Ke jalan kehancuran!! - Tun Daim

Posted: 26 Mar 2013 01:17 AM PDT



Bekas Menteri kewangan Tun Daim Zainuddin memberi komen berkenaan Anwar Ibrahim dan masa depan negara jika dia memerintah.

Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim? Beliau merupakan seorang anak Melayu yang mempunyai banyak pengalaman dalam sektor pengurusan ekonomi negara. Sebab itu beliau bisa berbicara tentang kegagalan Anwar sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.
Betul juga kata-kata Tun Daim Zainuddin ni. Patutnya kita blogger kurangkan main cerita Anwar, fokus dan hentam dasar Pakatan. Sebab Anwar ni gila glamor. Dia memang suka diberi tumpuan.
Kini kebimbangan dinyatakan oleh Tun Daim tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Erti kata lain jika anda memilih Pakatan maka anda sedang mengundi untuk kehancuran Malaysia itu sendiri.
Anwar sebenarnya agak gentar dengan Tun Daim kerana mengetahui ekonomi Malaysia stabil semasa Tun Daim menjadi Menteri Kewangan. Namun setelah diambil alih oleh Anwar, ekonomi Malaysia terus merudum. 

Atas sebab itu, Tun Daim tidak yakin dengan kemampuan Anwar. Malah risau jika Malaysia dibawah tadbirnya. Sebab dalam Pakatan pun hanya Anwar yang dilihat berupaya menjadi pemimpin. Yang lain HANCOR!! he he..

Kalau Anwar yang teruk pun puak Pakatan angkat sebagai ketua, agaknya yang lain macam mana ya?
Ayuh Selamatkan Malaysia daripada dijajah oleh Pakatan!

HOT INFO! Lagi Penganas Serah Diri di #LahadDatu

Posted: 25 Mar 2013 11:17 PM PDT


Terbaru, seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.

Mula-mula si penganas Sulu tu melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah. Mungkin dah putus harapan lalu menyerah.

Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.

Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat.

Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42.

HOT INFO! Pengalaman Ngeri Seorang Anggota VAT69 di #LahadDatu

Posted: 25 Mar 2013 08:14 PM PDT

'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.
Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.
Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.
"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.
"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripada Komander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberiamaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.
"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.
Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polis iaitu ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh.
Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.
"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh -Macam menembak Zombi. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.
Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diatur gerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkatabeliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kiradua meter.
"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anak bekas komando itu.
Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas.
"Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapasawit dengan binaan rumah yang tidak banyak. Pemandangan menjadi lebih luas dania mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketikaitu.
"Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesantembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidakmengenai saya," katanya.
Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliaubangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara.-BERNAMA

PANASS! Azizan Razak Di Beri Amaran untuk pohon maaf, atau bersedia disaman! #SaveKedah

Posted: 25 Mar 2013 05:37 PM PDT


Nampaknya Pas Kedah KANTOI lagi kali ini! Penipuan Pas dalam buku manifesto mereka telah terbongkar!! Tempohari Mc sudah mendedahkan penipuan Pas tentang masjid Telaga Batu di Jerlun. Nak baca boleh klik SINI

Kali ni Pengarah ICU (Unit Penyelaras dan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri) sendiri mengakui, 11 masjid itu bukan Pas Kedah yang buat. Bahkan 11 masjid yang kononnya dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah tu sebenarnya dibina oleh Kerajaan Pusat, dan satu lagi dibina atas ehsan derma orang kampung.


ini senarai masjid yang mengaku dibuat oleh kerajaan negeri Kedah

Ini buku yang penuh dengan penipuan.. tunggu masa untuk bongkar..

Disebabkan itu, Pemuda UMNO Kedah desak Kerajaan Negeri Kedah untuk membuat pemohonan maaf kepada Kerajaan Pusat dan rakyat Kedah dalam masa 48 jam. Semuanya disebabkan atas penipuan pembinaan 11 masjid di Kedah.

Jikalau Pas Kedah enggan berbuat demikian, maka Pemuda UMNO Kedah akan menyaman Pas Kedah atas penipuan tersebut!

Cabaran untuk meminta maaf ini sebenarnya dibuat semalam semasa sidang media. Kalau nak kira dengan posting blog ni, rasanya dah berapa jam dah terlepas.

Tapi takpa, kita tunggu sama ada Azizan sebagai MB Kedah akan memohon maaf, atau Azizan buat bodoh dan degilnya tak mengaku bersalah.

Mctheory:
tak mungkin orang tua degil tu nak minta maaf,
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...