Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT INFO! Perkembangan Terbaru di #LahadDatu Untuk Hari Ini!
- PANASS!! Sah memang ada pihak ketiga menjadi dalang pencerobohan di #LahadDatu #PrayforSabah
- PANASS!! Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN Menjadi Pemangkin Kemenangan BN di Alam Maya! #BNYCT
- GEMPAR TERKINI! Exco Derhaka Phahrolrazi Telah Di CULIK Oleh Geng Ustaz Azizan!!
- PANASS!! Ketua Pemuda UMNO Seputeh @RazlanRafii Serbu Pejabat Chegu Bard!!
| HOT INFO! Perkembangan Terbaru di #LahadDatu Untuk Hari Ini! Posted: 17 Mar 2013 09:53 AM PDT Apa perkembangan terbaru di Lahad Datu? Hari ini operasi Daulat diteruskan dengan usaha memburu dan 'membersih' Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, dan menyaksikan seorang lagi militan Sulu ditumpaskan. Musuh ditembak mati dalam pertempuran kira-kira 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung dengan sekumpulan penceroboh bersenjata, menjadikan bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh setakat ini kepada 62 orang. Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata pasukan keselamatan kini giat menjejaki tiga lagi musuh yang melarikan diri dalam kejadian itu. "Operasi memburu saki-baki penceroboh akan diteruskan sehingga Kampung Tanjung Batu selamat dan bersih dari musuh," katanya pada sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di Felda Sahabat, Lahad Datu. Mayat musuh yang dibunuh dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu dan diserahkan kepada pihak forensik. Dalam pada itu, Hamza berkata 80 peratus daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang telah dibawa keluar daripada kawasan Operasi Daulat selesai dibedah siasat. Bagaimanapun belum ada indikasi daripada Manila untuk menuntut mayat-mayat tersebut walaupun tempoh tiga hari yang diberikan oleh Malaysia tamat hari ini. Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara sejak 12 Feb lepas. Beliau turut memaklumkan anggota keluarga Jamalul Kiram dipercayai antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Bagaimanapun, katanya operasi membanteras tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah, kerana kaum keluarga anggota militan lain tidak terlepas daripada buruan polis. |
| PANASS!! Sah memang ada pihak ketiga menjadi dalang pencerobohan di #LahadDatu #PrayforSabah Posted: 17 Mar 2013 05:37 AM PDT Memang sudah dijangka ada pihak ketiga disebalik penganas yang menceroboh tanah air kita. Gambar yang diterbitkan di portal http://borneoinsider.com mengenai latihan pengganas Kiram sebelum menyerang Sabah. Mc rasa Kerajaan perlu menyiasat dengan lebih teliti mengenai perkara ini. Apakah benar dakwaan Habiba Kiram ni, atau sekadar cakap kosong! Bukan apa, risau juga dengan dakwaan tersebut. Sebenarnya masa pilihanrayalah, masa terbaik untuk pengganas ini untuk mengatur gerak kerana jika mereka berjaya menyerang ketika itu, sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sementara dan pasukan keselamatan akan hilang. Sedang negara kita sibuk berdepan dengan Pilihanraya, anggota keselamatan pulak sibuk dengan mengawasi keadaan di rumah panas dan peti undi. Tak mustahil puak ini boleh melancarkan serangan. Keadaan ini nampak seperti dirancang rapi. Dalam masa yang sama, Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin mengesahkan mereka menemui beberapa bukti yang mengaitkan pemimpin utama pembangkang dengan serangan ini. Kalau benar kata-kata Voltaire itu, ini bukan perkara yang main-main, patutnya kita tubuhkan pasukan penyiasat diraja untuk menyiasat percerobohan di Sabah. Kita tangkap dalang yang mengkhianati negara tu!! Rakyat Malaysia nak tengok, siapa si Kitul baru alaf moden yang durjana!! McTheory: Dah tahu dah sapa!! |
| PANASS!! Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN Menjadi Pemangkin Kemenangan BN di Alam Maya! #BNYCT Posted: 17 Mar 2013 02:18 AM PDT PETALING JAYA – Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun. "Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana. "Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini. Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber. Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah. "Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna," jelas beliau. Beliau seterusnya mengambarkan peperangan di alam siber umpama 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang pasti lebih manis kemenangannya berbanding bermain di tempat sendiri. Ia kerana pembangkang dilihat mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa sebarang kekangan dan tindakan balas. "Inilah juga sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan," ujar beliau. Justeru beliau turut mengingatkan pemuda BN bahawa usaha memerangi pembangkang perlu dilakukan secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' PRU13. "Tiada guna jika kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," tegas beliau. SUMBER |
| GEMPAR TERKINI! Exco Derhaka Phahrolrazi Telah Di CULIK Oleh Geng Ustaz Azizan!! Posted: 16 Mar 2013 09:12 PM PDT Semalam dikatakan exco derhaka Phahrolrazi telah diculik oleh sekumpulan penyokong MB Kedah semasa hendak mengadakan ceramah di Kubu 10! Sebenarnya, Phahrol dihalang oleh penyokong pro MB Kedah supaya tidak berceramah kerana tidak mahu dia merosakan majlis dan ceramah Pas tersebut. Dikalangan orang Pas sendiri sekarang ni, ada yang mengelarkan Phahrol sebagai 'AGENT UMNO' kerana mahu merosakan Pas dari dalam. Disebabkan perkara tersebut, orang Phahrol dikatakan mahu membuat report polis, demo dan sidang media untuk hebahan tentang penculikan Phahrol semalam. Pehh.. nampaknya pergolakan Pas Kedah semakin hangat! Dulu depa kata UMNO dok berebut jawatan dan kerusi. Kali ni nampaknya penyakit tersebut sudah berjangkit pada Pas. Apakah ini petanda keruntuhan Kerajaan Pas 1 penggal di Kedah? McTheory: Mari sama-sama kita fikirkan.. |
| PANASS!! Ketua Pemuda UMNO Seputeh @RazlanRafii Serbu Pejabat Chegu Bard!! Posted: 16 Mar 2013 07:43 PM PDT Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berang dengan tindakan SAMM yang bertindak jahat menconteng dan melakukan tindakan provokasi keatas banner UMNO Bahagian Seputeh. Beliau telah membuat laporan polis dan bertemu sendiri dengan Chegu Bard untuk memberi amaran terakhir. Gambar-gambar laporan polis dan Razlan serbu ke pejabat Chegu Bard ada kat bawah, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh menggesa pihak Polis menyiasat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) yg dipercayai menjadi dalang sabotaj pejabat gerakan itu di Taman Desa di sini pada Ogos dan Januari yang lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pejabat tersebut pernah beberapa kali disabotaj iaitu ditampal dengan poster Asalkan Bukan UMNO (ABU) serta diseber cat bertulis #KL112. Katanya dalam pertemuan beliau bersama Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin di luar pejabat SAMM semalam, beliau turut menemukan beberapa bungkusan poster yang diletakkan berhampiran premis tersebut dipercayai poster sama ditampal dalam kejadian sebelum ini. "Saya mendapat maklumat Badrul Hisham atau Chegu bad akan mengadakan sidang akhbar di pejabat mereka di Taman Desa. "Setibanya di situ, saya dan beberapa kawan saya tidak dibenarkan masuk. Namun kami bertemu dengan Chegubard dan memberitahu beliau agar jangan lagi mensabotaj pejabat kami. Kami sempat melihat bungkusan ABU yang ditampal di pejabat kami diletakkan di atas tangga ke pejabat mereka," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Turut bersama beliau, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Badrul Ezam Mohd Yusoff. Menurut Mohd Razlan, Chegubard mengakui mencetak poster² terbabit namun menafikan melakukan perbuatan sabotaj pejabat UMNO Seputeh. Katanya ekoran kejadian itu beliau membuat laporan di Balai Polis Brickfields agar siasatan lanjut dapat dijalankan. "Kami mahu tindakan diambil terhadap dalang yang melakukan kemusnahan harta benda di pejabat kami," ujarnya. - KL - Chronicle |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.













No comments:
Post a Comment