Gelombang Rakyat |
| BUNUH VS POLITIK JIJIK PUNCA KEMATIAN P. BALA? Posted: 17 Mar 2013 09:19 PM PDT Semua benda yang tidak menyebelahi pembangkang dikatakan salah atau konspirasi UMNO. Sampaikan kematian orang pun hendak dijadikan isu juga oleh puak-puak ini. Apa yang berlaku di Malaysia semua konspirasi UMNO, lepas ini semua yang tidak elok berlaku di Malaysia konspirasi UMNO. Muhyiddin menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan maklumat seperti itu kerana ia kenyataan politik sahaja untuk tujuan mengelirukan rakyat. Zaman ini banyak kekeliruan yang timbul dan rakyat keliru bukan sebab kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebab ia diusahakan bersungguh-sungguh oleh kilang fitnah yang dibuat oleh pembangkang. Pembangkang bekerja 25 jam sehari, tiada kerja lain hanya kitar (fitnah) sahaja, berlaku sahaja sesuatu salah BN, apa sahaja berlaku salah UMNO... sebenarnya ia tidak bertanggungjawab. Nak buat macam mana Tan Sri. Inilah realiti politik masa kini. Bak kata Anwar 'semakin jijik'. Sebenarnya politik itu telus dan jujur. Sebilangan pemimpin2 politik yang memilih strategi sebaliknya. Dan lebih malang jika amalan politik jijik ini mencapai kejayaan di akhir puncak kerjaya parti. Mungkin ia jalan pintas merampas mahupun mengekalkan kuasa. Kuasa dunia. Yang pasti, tanpa taubat nasuha, pemimpin yang memilih strategi politik kotor sudah pasti bakal dicampak ke Neraka. 'Berkuasalah' mereka di sana kelak. Menuduh itu memang mudah. Mungkin semua yang berlaku ini adalah isyarat dari Allah? Fikir. Nilai. Pilih. Pilihan persepsi atau fakta. |
| VIDEO GAY ANWAR - ASYIK SALAHKAN UMNO SAJA. Posted: 17 Mar 2013 07:40 AM PDT Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel. Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain. "Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya. "Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu. "Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya. Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini. Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment