CELAH GELEGAR |
- Dato Seri DICARI ada Kaitan Dengan Kes Lahad Datu
- [JAHAT] Pemuda PAS HINA NABI, Perkasa Lapor Polis
- Ceramah Anwar di Sungai ISAP gagal dapat sambutan
- [KRISIS PKR JOHOR] Chua Jui Meng DIGANTI Dr. Ahmad Selepas Chua HILANGKAN DIRI
Dato Seri DICARI ada Kaitan Dengan Kes Lahad Datu Posted: 31 Mar 2013 03:25 AM PDT Lelaki tersebut dikenali sebagai Dato Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman dan merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia. Sumber: Kosmo | ||
[JAHAT] Pemuda PAS HINA NABI, Perkasa Lapor Polis Posted: 31 Mar 2013 02:24 AM PDT "Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," katanya. Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab." Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, "Terpulang kepada siapa yang membaca". Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya. "Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno. "Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu," katanya. Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai. Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau belum lihat kenyataan pemimpin muda Pas itu dan atas sebab itu tidak wajar baginya untuk beri ulasan. Semua sudah menjangkakan reaksi pemimpin-pemimpin PAS, sudah pasti mereka akan pertahankan seolah-olah makhluk dalam Pas semua maksum. Hina Nabi: Perkasa buat laporan polis siasat Khairul FahmiIPOH 31 Mac - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menyiasat terperinci seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya Rabu lalu.Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.Irwan Fahmi yang ditemui selepas itu berkata, tujuan Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam. Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara. "Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka (Pas) benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap ,'" katanya pada sidang akhbar di IPD Ipoh di sini hari ini. Dalam kenyataan pada pukul 11.58 pagi Rabu lalu, Khairul Fahmi menerusi akaun Twitter@fahmipkg menyebut: "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO." Tindakan pemimpin tersebut dikecam pelbagai pihak termasuk ahli agama di negara ini | ||
Ceramah Anwar di Sungai ISAP gagal dapat sambutan Posted: 31 Mar 2013 02:09 AM PDT
Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut. Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi | ||
[KRISIS PKR JOHOR] Chua Jui Meng DIGANTI Dr. Ahmad Selepas Chua HILANGKAN DIRI Posted: 30 Mar 2013 08:16 AM PDT JOHOR BARU: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Dr Ahmad Faidhi kini mengambil alih tugas sebagai pengerusi negeri selepas Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri. Dr Ahmad berkata mesyuarat pada 20 Mac lalu memutuskan bahawa dia akan mengambil alih tugas pengerusi negeri sehingga Chua kembali. "Secara rasmi, beliau (Chua) sedang bercuti tetapi kita tidak tahu sehingga bila," katanya pada sidang media di sini, Sabtu. Selain itu beliau berkata kepimpinan PKR negeri akan bertemu dengan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan PKR Johor pada 2 April ini. Chua, bekas naib presiden MCA 'hilang' daripada mesyuarat PKR dan barisan kepimpinan pembangkang sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat berharap untuk bertanding di kerusi yang pernah disandangnya serta kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang. Sebelum Lim mengumumkan hasrat, Chua dan ketua DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou juga bertelagah merebut kerusi Gelang Patah. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
Kata Kharulfahmi setiap orang ada persepsi sendri. Satu kenyataan bodoh kerana mahkamah ada persepsi yang paling betul.
ReplyDeleteNanti mahkamah beritahu apa itu persepsi yang betul.
Tulah sekolah malas ini jadinya.