CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[KAGUM] TAMAN Pada Dinding (Vertical Garden) & Window Farming

Posted: 23 Mar 2013 11:48 PM PDT


BERGELAR taman menegak terbesar di dunia membuatkan pusat beli-belah Fiordaliso di Rozzano, Milan, Itali menjadi perbualan hangat.

Apabila siap sepenuh­nya pada 2010, taman yang meliputi permukaan seluas 13,600 kaki persegi itu berlatarkan 44,000 tanaman dan pokok hiasan.


Kewujudannya juga memberi saingan kepada taman menegak di Mad­rid yang sebelum ini terkenal sebagai taman menegak terbesar di dunia.

Ini kerana taman di Madrid itu hanyalah berkeluasan meliputi 9,085 kaki persegi saja berbanding taman di pusat beli-belah Fiordaliso berkenaan.


Menurut arkiteknya, Francesco Bollani, rekaan taman itu memberikan pengalaman luar biasa dengan panorama indah tumbuh-tumbuhan bagaikan dalam rumah hijau.


Ternyata Francesco tidak berseorangan apabila proses pembinaan taman itu turut dibantu pasukan daripada firma arkitek Perancis.

Proses membina struktur penyokong taman mengambil masa tiga bulan untuk disiap­kan.
Ia membabitkan peng­gunaan bekas logam sebagai struktur binaan yang berfungsi sebagai asas atau pegangan semua tanaman di situ.


Sementara tempoh setahun diambil untuk membesarkan ribuan tanaman hijau dan berbunga yang dipilih khas dalam menyerlahkan suasana persekitaran.

Taman itu secara tidak langsung memperlihat­kan idea penanaman dalam konsep menegak dan pada masa sama berfungsi sebagai latar dinding pusat beli-belah itu.


Malah Francesco tidak menafikan, proses pembinaan taman itu turut disamakan dengan membuat reka bentuk lego gergasi dengan cabaran tersendiri.

"Apabila ia siap, anda bagaikan berada di sebuah taman 'tergantung' yang diserikan dengan latar dinding penuh kehijauan," katanya.


Bagi pengarah pusat beli-belah itu, Simone Rao, taman berkenaan antara seni bina lestari yang unik dan cukup luar biasa.

Ia turut menjimatkan tenaga dengan mengurangkan jumlah pantulan terus cahaya matahari ke bangunan itu.


Binaan taman itu juga berjaya mengurangkan karbon dioksida dan menjadi penampan kepada bunyi bising di dalam pusat beli-belah itu.

Kedudukannya di luar pusat beli-belah itu semestinya menjadi tarikan kepada pengunjung untuk bersantai dalam suasana hijau ketika membeli-belah.




Kg Simunul, Semporna Tempat 6 Polis Terbunuh RUPANYA Markas Samseng Sejak Dahulu

Posted: 23 Mar 2013 10:39 PM PDT

PERKAMPUNGAN Simunul, Semporna, berlaku pertempuran sepasukan menyebabkan enam anggota polis maut.
Kuala Lumpur: Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.

Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar 'kampung samseng' oleh penduduk tempatan.

Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.

Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.

 Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

[VIDEO] 10 GERAKAN JAHAT PAKATAN HARAM MENJELANG PRU13

Posted: 23 Mar 2013 10:18 PM PDT






10 Gerakan jahat PAKATAN :

1. Anwar akan menggunakan keluarga Saiful sendiri utk menafikan yg Saiful diliwat (SUDAH BERLAKU)

2. Akan berlaku insiden Anwar ditembak tetapi tidak mengena sasaran

3. Seorang pegawai kanan badan kehakiman sedang dipujuk utk memberi penerangan kononnya mengakui kes liwat melibatkan Saiful Bukhari dan Azizan adalah di reka oleh UMNO.

4. Anwar akan melakukan Sumpah dgn ayat " menafikan apa yg UMNO tuduh". bukan sumpah menafikan yg dia meliwat.

5. Anwar akan keluarkan jam Omega (jenis yg sama) yg dikatakan berada dlm tgn Datuk Eskey.

6. Memujuk bekas2 YB PKR yg keluar parti utk kembali kpd PKR dan membuat akuan yg mereka keluar PKR dulu krn dibayar oleh Dato' Seri Najib.

7. PKR akan keluarkan video yg konon2nya Azmin Ali telah berbaik dgn ibunya Mak Tom padahal video itu dirakam ketika MakTom tidak sedarkan diri di hospital.

8. Pegawai2 perundangan dan Polis yg terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dipujuk utk membuat perakuan bahawasanya Dato' Seri Najib memang terlibat dlm kes pembunuhan itu.

9. Seorang bekas pegawai Datin Seri Rosmah dijanjikan imbuhan utk membuat perakuan bahawasanya Datin Seri Rosmah terlibat dalam menyalahgunakan wang rakyat.

10. Setiap ahli PAS akan dipaksa bersumpah utk mengundi hanya calon dari parti DAP/PKR/PAS sahaja.

10,000 guru agama sokong BN, pertahankan undi PAS adalah Haram

Posted: 23 Mar 2013 09:16 PM PDT


BACHOK 23 Mac - Kira-kira 10,000 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam, ustaz muda dan bekas ahli Pas menyatakan kesediaan mereka untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) para Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Antara pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Pendita dan Selamat Tinggal Pas (STP).

Mereka turut mengulangi perisytiharan yang dibuat sebelum ini iaitu mengundi Pas pada PRU-13 adalah haram dan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pertubuhan itu juga menegaskan kerajaan Pas Kelantan bukan sebuah kerajaan Islam sebenar dan ia wajib ditukar pada PRU-13 nanti.

Shaidi cerai isteri akibat langgar bai'ah kepada Pas
Selain itu, Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin (gambar) juga mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.

Shaidi, 45, memberitahu, talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

"Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai'ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya.

"Antara kandungan bai'ah itu ialah kalau belot pada perjuangan parti, maka saya dan isteri terjatuh talak dengan talak satu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, dia dan isteri terpaksa bercerai apabila bertindak keluar daripada Pas.

'Saya bukan Papa Gomo' : Rafizi FITNAH

Posted: 23 Mar 2013 08:11 PM PDT


SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.

Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.

"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.

"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.

Nurul Izzah kata Tian Chua PERJUANG ISLAM

Posted: 23 Mar 2013 09:20 AM PDT


TUMPAT - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar mempertahankan Tian Chua yang kini dikecam ekoran isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan menyifatkan Ahli Parlimen Batu itu sebagai seorang yang sudah lama memperjuangkan Islam.

Menurutnya, ini terbukti apabila Tian Chua turut terlibat dalam demonstrasi menentang filem anti-Islam, Innocence of Muslims tahun lalu selain menentang kezaliman Israel terhadap Palestin.

"Semasa dia masih pelajar dia juga pergi berdemonstrasi melawan kezaliman Israel," katanya ketika Ceramah Isu-Isu Semasa di Pengkalan Kubor di sini malam semalam.

Mereka semua sudah tinggalkan PKR


Anak Bekas Ketua Kg Tanduo jadi Penyelaras kepada Pengganas Ditangkap

Posted: 23 Mar 2013 05:58 AM PDT

Anak bekas Ketua Kampung Tanduo
Anak lelaki kepada bekas Ketua Kampung Tanduo dipercayai merupakan orang tempatan yang menjadi penyelaras kepada kumpulan pengganas bersenjata Sulu.

Dia merupakan seorang daripada empat orang yang ditahan, merupakan individu yang memainkan peranan penting dengan kumpulan pengganas yang ditahan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Seorang lagi ialah komander tentera kumpulan pengganas Sulu, ditangkap ketika bersembunyi di kawasan paya di Semporna ketika pihak polis sedang melumpuhkan kumpulan pengganas Sulu yang beroperasi di sana dan Lahad Datu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua individu penting itu ditahan bersama-sama isteri masing-masing.

Sementara itu, Khalid mengesahkan lelaki tempatan yang ditahan berusia awal 40-an itu, itangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

Beliau berkata lelaki berkenaan memiliki kad pengenalan Malaysia, katanya kepada pemberita.

Komander tentera yang ditahan itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen bagi mengesahkan identiti serta dokumen pengenalan dirinya.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 pada Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

[MALU] ADUN PAS Meru Dr. Rani RASMI Bangunan JAMBAN Baru?

Posted: 23 Mar 2013 05:16 AM PDT


Tahniah buat PAS kerana maju setapak lagi.. 

Sekurang2nya adalah juga bangunan hasil usaha Pas. 

Kadang2 kita tak boleh nak pandang rendah pada keupayaan parti Pas. 

Tengok, kan dah nampak hasilnya.... 

Jangan ada pulak golongan yang berminat nak jadikan bangunan ni tempat makan eskrim sudahlah. 

RANI OH RANI! Ada masuk dalam HAPRAKAH tak? Nanti orang tak tau pulak jasa Pas..

Cheapskate Pakatan claiming credit for building Jamban @ Hindu Cemetery, Meru, Selangor.

Kenapa Kafir DAP Langkah Mayat Jika Laksana Hudud Nak GUNA LOGO PAS bukan PKR?

Posted: 23 Mar 2013 04:15 AM PDT



KUALA LUMPUR 23 Mac - Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.

Penganalisis politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika benar itu berlaku, Pas selepas ini akan dianggotai dan dipimpin oleh orang-orang kafir.

"Menggunakan logo Pas berbanding PKR dibimbangi mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan umat Melayu dan Islam sekiranya parti yang dipinjam untuk ditandinginya itu menang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Online petang ini.



Zainal Abidin diminta mengulas kenyataan Kit Siang di dalam akaun twitternya hari ini berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya ROS menggantung pendaftaran DAP.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk para ahli dan bekas pemimpin DAP telah mendesak ROS mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan kedegilan parti tersebut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu selepas berlaku "kesilapan" ketika pemilihannya tahun lalu.

Menurut Zainal Abidin, sekiranya hal itu berlaku, DAP secara tidak langsung dia telah menunjukkan belang untuk mempergunakan Pas untuk menjadi alat perjuangan politik mereka dan wujud persengketaan antara Pas dan DAP jika keputusan PRU-13 memihak kepada parti kedua terbesar orang Melayu itu

SPR: Ada Kumpulan 'ajaran sesat' RANCANG ganggu hari undi

Posted: 23 Mar 2013 03:52 AM PDT

JANDA BAIK - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan wujud usaha terancang pihak tertentu - yang dilabel sebagai 'kumpulan ajaran sesat' - mahu mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak-pihak berkenaan mula mengambil langkah tersusun menyediakan individu-individu, yang terdiri daripada pengundi, bagi mencetuskan suasana kecoh, dengan diberi latihan khusus.

"Kami juga ada memperoleh nota yang digunakan oleh mereka untuk tujuan latihan mencetuskan kecoh di bilik mengundi," kata beliau ketika berucap pada Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Pegawai Pengurus PRU13 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini daripada Abdul Aziz.

Kata Abdul Aziz, nota latihan yang dikenalikan kumpulan berkenaan diperoleh pihaknya baru-baru ini.

Sambil melabelkan kumpulan itu sebagai "pengacau", beliau berkata, nota yang diperoleh antara lain memberi panduan kepada pengundi tentang cara-cara menimbulkan protes dan rasa tidak puas hati berkenan kertas undi.

"Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta mempersoalkan (status) kertas undi,  dan mendesak diberi kertas undi lain, dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk menarik perhatian ramai dan media," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

"Setakat ini, kami memberi penerangan kepada pegawai pengurus supaya ambil langkah berjaga-jaga.

"Pegawai-pegawai pengurus perlu berhati-hati dengan kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat ini, yang meminta pengundi mencetuskan kekecohan pada hari pengundian," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran pihak terbabit.

Tambah beliau, kumpulan berkenaan juga menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal.

Sambil menekanan kerahsiaan undi terjamin, Abdul Aziz berkata, meskipun setiap kertas undi ada nombor siri, tetapi maklumat itu tidak dicatatkan pada daftar pemilih, malah kertas undi tidak membawa nama atau nombor kad pengenalan seseorang pengundi.

Penggunaan dakwat kekal merupakan antara pembaharuan diperkenalkan pada PRU13 kali ini.

Mengulas mengenai dakwat kekal, kata beliau, SPR akan menggunakan dua warna masing-masing bagi pengundi biasa dan pengundi awal.

Katanya, sebanyak 10,000 botol dakwat kekal disediakan bagi pengundian awal dan 200,000 bagi pengundian biasa.

Seramai 10.3 juta layak untuk mengundi pada PRU13.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...