CELAH GELEGAR |
- [SESAT] SuaraPakatanRakyat Kata LIWAT Suka SAMA Suka TIDAK SALAH
- [GAMBAR] [TERKINI] PapaGomo Dipukul di Segambut.
- PAS hanya gilakan kuasa, Malaysia sebenarnya pelopor mengintegrasikan nilai Islam holistik
- [VIDEO] Monetary Authority of Singapore sanggah sting video Babit KM Sarawak Sembunyi Wang Haram
- [22 Mac, Jumaat] Tian Chua terus tuduh insiden Lahad Datu konspirasi UMNO, TIADA MELAYU BERANI??
- [VIDEO] Gomo DEDAH Sedutan Anwar dan Mangsa Liwat Yang diBAYAR RM300
- Pencerobohan Lahad Datu: Saya Disuruh Dan Diupah - Tertuduh
| [SESAT] SuaraPakatanRakyat Kata LIWAT Suka SAMA Suka TIDAK SALAH Posted: 22 Mar 2013 02:19 AM PDT Sebuah blog pro Pakatan Haram iaitu Suara Pakatan Rakyat telah mengeluarkan sebuah entry bahawa hubungan seks suka sama suka (consensual intercourse) adalah tidak salah dan menjadi hak peribadi masing-masing. Blog tersebut turut mencadangkan agar semua penyokong Pakatan Rakyat menetapkan 3 pendirian asas iaitu:
|
| [GAMBAR] [TERKINI] PapaGomo Dipukul di Segambut. Posted: 22 Mar 2013 01:01 AM PDT Hari ini, Utusan Malaysia telah mendedahkan wajah seorang individu yang disyaki pengendali blog PapaGomo berikutan pendedahan video liwat Anwar Ibrahim dengan pelajar yang berasal dari Sabah oleh blog tersebut. Akibat itu, hari ini individu tersebut yang dipercayai pengendali blog PapaGomo seperti yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di datangi dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi. Salah seorang daripada lelaki yang menaiki motosikal tersebut memukul individu yang dipercayai PapaGomo secara melulu. Berkemungkinan besar, kejadian tersebut ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog PapaGomo semalam. Video tersebut yang mendedahkan perilaku homoseksual Anwar Ibrahim bersama seorang Mahasiswa dari Sabah. Kejadian insiden individu disyaki pengendali blog PapaGomo di pukul di sekitar Segambut ini telah mengakibatkan berlaku pendarahan di kepala dan beliau sekarang mendapat rawatan di HKL. Kepada kawan-kawan, kita semua doakan agar PapaGomo selamat dan dilindungi Allah SWT. Jasa beliau cukup besar dalam perjuangan ini. Wasalam. Sumber: TokGuru86 |
| PAS hanya gilakan kuasa, Malaysia sebenarnya pelopor mengintegrasikan nilai Islam holistik Posted: 21 Mar 2013 11:38 PM PDT Walaupun pernah disebut-sebut sebagai tokoh kompromi untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) andainya pakatan pembangkang tidak boleh bersetuju calon dalam kalangan mereka, Tengku Razaleigh Hamzah berkemungkinan besar menolak tawaran itu kerana tidak dapat melupakan pengkhianatan yang dilakukan PAS ketika bersekutu dengan parti pimpinannya, Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kira-kira 20 tahun lalu. Berdasarkan pengalamannya dan senario politik semasa, prospek Ku Li untuk keluar UMNO dan bertanding sebagai calon pembangkang atau Bebas dalam PRU-13 juga amat tipis. Tiga perkara Andainya nasihat beliau diminta, Ku Li pasti ada tiga perkara untuk diberitahu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP – sekutu PAS dalam pakatan pembangkang. Pertama, nawaitu pemimpin PAS boleh dipertikai. Walaupun PAS menerima Islam dan addin sebagai slogan parti, ia tidak berani menandatangani perjanjian untuk menegakkannya. Persetujuan PAS dengan Semangat 46 untuk menegakkan cara hidup dan hukum Islam hanya secara lisan saja. Ku Li yakin PAS tidak mahu dokumen hitam putih kerana 'mereka berniat untuk menikam kita kemudian hari'. Kedua, PAS tidak boleh dipercayai. Dalam PRU 1990, PAS meletakkan calon untuk bertanding tiga penjuru di beberapa tempat yang dipersetujui untuk ditandingi oleh Semangat 46. Contohnya, PAS meletak calon tajaannya di DUN Serada di Parlimen Marang (kawasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS ketika itu). Pendam perasaan Kata Ku Li, beliau terpaksa memendam perasaan demi menjaga perpaduan walaupun perit dan tahu PAS selalu berbohong dan mungkir janji. "Dalam PRU 1995, pencabulan PAS lebih besar. Lagi banyak kawasan berlaku pertandingan tiga penjuru," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu. Ketiga, perangai PAS yang menikam kawan. Selepas mengetahui keputusan PRU 1990, PAS secara angkuh dan sombong terus menghadap Sultan Kelantan untuk menyembahkan barisan EXCO tanpa berunding atau merujuk kepada Semangat 46. Tinggalkan kawan "Baru dapat sedikit kuasa, mereka mabuk dan tinggalkan kawan." Akibatnya, beliau terpaksa menghadapi kritikan daripada pengikutnya. "Saya dikatakan lemah, mudah tunduk kepada PAS. Masa itu, saya mengalah sementara waktu, bukan kerana lemah tetapi kerana utamakan perpaduan. Saya tidak mahu dituduh berjuang kerana jawatan atau kepentingan diri, selain menaruh harapan PAS berpegang kepada prinsip kejujuran, keikhlasan dan amanah dalam persahabatan," jelasnya. Kemuncak kebaculan PAS, menurut Ku Li, ialah dolak-dalik dalam soal penyatuan dan masa depan Melayu-Islam. Dalam satu mesyuarat di rumahnya pada 19 Jun 1995, Ku Li memaklumkan kepada pucuk pimpinan PAS hasratnya berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad bagi tujuan itu. Mereka yang hadir termasuk Datuk Fadzil Noor, Datuk Mustafa Ali, Datuk Dr Harun Taib, Hassan Shukri, Dr Sanusi Daeng Mariok dan Abdul Halim Arshad. Ada pemimpin PAS yang bersetuju dan menggalakkan cadangan itu, malah ada yang ghairah untuk turut serta berjumpa Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu. Tuduh curang "Apabila pertemuan dengan Dr Mahathir diadakan (pada 14 April 1996), mereka melatah dan tuduh saya curang. Tidak ada seorang pun yang hadir dalam perjumpaan di rumah saya itu berani tampil membetulkan keadaan," keluh Ku Li. Dalam muktamarnya tahun itu, PAS mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Semangat 46. "Inilah cara PAS berkawan. PAS bercerai dengan kami bukan kerana Islam. Tiada alasan keislaman PAS bermusuh dengan kami kerana semua cadangan PAS berkaitan Islam kita sokong. PAS berpisah dengan kami semata-mata kerana kuasa." Malaysia pelopor mengintegrasikan nilai Islam holistik Perlembagaan negara Perkara 3 (1) memperuntukkan 'Islam sebagai agama Persekutuan'. Ia menunjukkan dengan jelas bahawa perkembangan dan perjalanan Islam di Malaysia dinaungi oleh kerajaan Malaysia dengan peruntukan kewangan yang tinggi. Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim ketika hayatnya berusaha meningkatkan aplikasi syariah dalam perundangan dan melakukan sinergi undang-undang konvensional dengan undang-undang Islam. Undang-Undang Keluarga Islam diperkasakan dan undang-undang syariah yang terhubung dengan perkara muamalah terjadi. Lahirlah rangkaian Bank Islam, takaful, sukuk dan pelbagai lagi berasaskan patuh-syariah dan membebaskan umat Islam daripada belenggu riba. Ia adalah sumbangan bermakna ilmuwan menyantuni umara. Jejak ini diikuti oleh Tun Hamid Mohamad, bekas Ketua Hakim Negara dilantik oleh Bank Negara mengetuai Badan Penyelarasan Pelaksanaan Syariah dalam sistem perbankan dan 17 perkara lain, termasuk berhubung dengan hal tanah dan perkara lain. Ia adalah langkah strategik bagaimana faktor syariah terhubung dengan perkara utama dalam sistem. Justeru, proses pengislaman sistem tidak hanya terjadi dengan membuka ruang yang seluas-luasnya supaya institusi pendidikan Islam berkembang dan menghasilkan sumber daya atau modal insan yang memiliki ilmu yang integratif dan Islamik. Asas pengurusan Terhasilnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang mendukung pendekatan integrasi dan Islamisasi ilmu dan pendidikan, bakal menghasilkan generasi terdidik yang faham Islam dan ilmu konvensional. Terbinanya Universiti Sains Malaysia (USM) juga mengambil pendekatan yang sama. Tertubuhnya Kolej Universiti al-Quran Malaysia bakal menyediakan pelajar dengan ilmu diniah di samping menumpu takhasus dalam pelbagai bidang ilmu yang lain. Ia dibantu oleh kolej Islam atau kolej universiti Islam negeri dan fakulti atau jabatan yang mengajar pendekatan sepadu dan menjadikan Islam sebagai asas ilmu dalam pengurusan dan ekonomi dan kewangan. Memahami Islam tidak saja memahami ia sebagai suatu sistem kepercayaan atau diniah. Islam juga ialah satu cara hidup dan terhubung dengan sistem atau ketamadunan. Islam tidak dilihat hanya dengan retorik atau syarahan umum mengenai hal rohaniah. Ia adalah agama yang membangun fikrah supaya asas fikrah dan tasawwur mampu meletakkan Islam dalam model dan agenda yang betul. Justeru, amat penting ilmu dan pendidikan Islam dihubungkan secara integratif iaitu ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem. Islam memberi asas akidah, ibadah, syariah dan akhlak sebagai landasan mengurus akal, hati dan daya. Sekiranya pendidikan integratif menghasilkan peribadi holistik, ilmu mengurus diri menjadi pedoman terbaik membangun ilmu mengurus sistem. Seiring nilai Islam Allah SWT kurniakan rahmah dan nikmah yang banyak di muka bumi ini. Kekayaan sumber minyak, gas, air bawah tanah, uranium dan thorium di negara orang Islam menuntut ilmu sains dan teknologi supaya sistem sumber itu dapat diurus dengan baik. Asas ketamadunan dalam Islam tidak hanya melihat aspek rohaniah sebagai fokus dan landasan. Ia akan menyebabkan produktiviti rohaniah relatif tinggi dan produktiviti amaliah menjadi relatif rendah. Ia bakal mewujudkan ketidakseimbangan dan imej Islam bukan imej ketamadunan. Dalam konteks negara Malaysia, pendekatan dalam pengurusan negara dilihat seiring dengan nilai Islam. Dalam membina infrastruktur negara, lebuh raya umpamanya, pendekatan Islam diambil kira. Tempat rehat dibina dengan ruang ibadahnya yang selesa. Faktor pembangunan sosio-ekonomi rakyat mengambil semangat prinsip Islam seperti gerak kerja Amanah Ikhtiar Malaysia yang membantu 'sahabat' untuk aktif dalam bisnes, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam yang menyantuni asnaf dan Tekun Nasional yang mendekati usahawan untuk maju dalam bidangnya. Justeru, Islam sebagai agama Persekutuan tidak hanya terlihat dalam bentuk rohaniahnya tetapi juga ilmu dan asas untuk membangun tamadun. Meskipun masih terdapat hal yang sifatnya liberal dan sekular, proses mendekatinya secara Islami sedang terjadi. Ia menuntut ulama dan ilmuwan dai' dan murabbi golongan profesional, saintis dan teknologis bergerak serentak menyantuni isu dan cabaran supaya ada sesuatu yang boleh ditawarkan untuk menambah baik asas yang ada supaya pendekatan 'phasing' atau bertahap ini bakal menghasilkan landasan untuk membangun negara maju tetapi acuannya ialah ketamadunan. Inilah uniknya Malaysia sebagai sebuah negara moden yang mana aspek Islam dijadikan asas dan landasan maju serta perancang harus strategik ke arah ini. Penulis ialah profesor pendidikan di INSTED Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) |
| [VIDEO] Monetary Authority of Singapore sanggah sting video Babit KM Sarawak Sembunyi Wang Haram Posted: 21 Mar 2013 10:18 PM PDT SINGAPURA 22 Mac - Video kontroversi mendakwa penyelewengan membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta dakwaan mereka menyembunyikan hasil haram itu di Singapura, menerima reaksi tegas daripada Monetary Authority of Singapore. Akhbar tempatan, The Straits Times melaporkan bank pusat itu berkata, dakwaan sting video bahawa kerajaan Singapura merahsiakan maklumat kewangan daripada pihak berkuasa Malaysia adalah palsu. Katanya, Singapura menyediakan laporan penuh seperti yang diminta Malaysia bagi tujuan cukai dan kedua-dua negara mempunyai hubungan kerja yang baik berhubung percukaian. "Dakwaan itu palsu," kata bank berkenaan. "Bertentangan dengan dakwaan dalam video itu, Singapura setakat ini menyalurkan maklumat penuh yang dipohon Malaysia bagi tujuan percukaian." FITNAH TERBARU TERHADAP KETUA MENTERI SARAWAK! Sebelum ini Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah menafikan dakwaan sepupunya bahawa mereka adalah pengantara untuk kontrak pembalakan di negeri ini. Menurut laporan mStar, Taib, yang mengulas mengenai video yang dihasilkan oleh kumpulan pencinta alam sekitar, Global Witness, atas tuduhan rasuah dalam urus niaga tanah di Sarawak, berkata: "Saya telah melihat apa yang dikatakan bukti. Bolehkah ia menjadi seseorang yang cuba untuk mempromosikan diri mereka untuk menjadi agen bagi mendapatkan kepentingan daripada saya? "Saya fikir mereka agak nakal menggunakan kuasa besar mereka bagi memburukkan nama saya." kata Taib ketika ditemubual oleh wartawan bebas Liza Bong yang menyiarkan rakaman video wawancara di YouTube. Taib menafikan beliau terlibat dalam penjualan hak tanah adat seperti yang didakwa dalam video tersebut dan menegaskan bahawa ketika beliau menjadi menteri dan bertanggungjawab dalam soal perhutanan pada tahun 1980-an, beliau telah membuat pengisytiharan awam berhubung perkara itu. "Saya telah membuat pengisytiharan awam bahawa saya tidak mengambil sesiapa sebagai perantara kerana saya tidak percaya dengan tawaran dan segala-galanya perlu dilakukan mengikut prosedur kerajaan." Video 16 minit, yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi, memaparkan seorang lelaki (penyiasat) yang telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit. Ditanya mengenai tuntutan sepupunya dalam video bahawa beliau mudah didekati berhubung tawaran tanah, Taib berkata: "Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya?" "Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya. Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah. Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Tun Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib. |
| [22 Mac, Jumaat] Tian Chua terus tuduh insiden Lahad Datu konspirasi UMNO, TIADA MELAYU BERANI?? Posted: 21 Mar 2013 09:32 PM PDT KUALA LUMPUR 22 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN). Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi. Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO. Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO. Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram. Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah. Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah. "Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi. "Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya. Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO. |
| [VIDEO] Gomo DEDAH Sedutan Anwar dan Mangsa Liwat Yang diBAYAR RM300 Posted: 21 Mar 2013 07:41 AM PDT Gomo seorang yang berugama Islam dan masih lagi tahu adap adap dalam menyampaikan kebenaran buat rakyat Malaysia. Walaupun ramai pihak pembangkang menyatakan Papa Gomo ini seorang yang jahil dan sebagainya namun Gomo hari ini dengan jelas nak menyatakan bahawa dalam diri Gomo ini masih lagi ada perasaan kasihan terutama pada keluarga Dato Sri Anwar Bin Ibrahim. Saksikan video dibawah ini dan anda boleh nilaikannya sendiri apakah lelaki dalam video tersebut Anwar Ibrahim calon yang kononya nak menjadi Perdana Menteri ataupun sebaliknya. Rakaman asal BERWARNA dan AUDIO yang jelas untuk tatapan rakyat Malaysia Rakaman video diatas yang ada pada simpanan Papa Gomo TIDAK ADA KENA MENGENA dengan apa yang dipamerkan didalam Blog Raja Goyang 360. Sepertimana yang Gomo maklumkan sebelum ini Anwar Ibrahim telah SALAH dalam menfitnah Papa Gomo adalah pemilik Blog Raja Goyang walaupun Gomo telah memberikan amaran kepada beliau untuk menarik saman dan memohon maaf secara terbuka kepada Papa Gomo. Untuk makluman semua Gomo telahpun menemui mangsa liwat yang merupakan seorang Mahasiswa berumur 19 tahun pada bulan Febuari yang lalu. Mahasiswa tersebut mengakui itu adalah kali pertama beliau diliwat Dato Sri Anwar Ibrahim dan ianya adalah ANTARA SUKA SAMA SUKA. Menurut mahasiswa itu juga Anwar Ibrahim telah memberikan wang poket RM 300 selepas meliwat dengan kata kata "Ni duit belanja tampung pengajian U" Mahasiswa tersebut yang pertama kali diliwat Anwar Ibrahim kini sudah bertaubat dan menginsafi perbuatan beliau dan mendalami ilmu agama hasil bantuan dari rakan rakan ilmuan agama. Kejadian liwat antara Mahasiswa ini sebenarnya bukan pertama kali berlaku kerana menurut mahasiswa tersebut ada rakan rakan nya juga pernah menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim dan ianya adalah kerana SUKA SAMA SUKA. Mahasiswa tersebut kini dilindungi Papa Gomo dan beberapa rakan lain demi keselamatan mahasiswa tersebut. Tidak ada pihak dalam kerajaan yang mengetahui pekara ini kerana Papa Gomo melakukannya BERSENDIRIAN demi Agama Bangsa dan Negara bagi menyedarkan rakyat Malaysia siapa manusia jijik bernama Anwar Bin Ibrahim. GOMO DITAWARKAN WANG AGAR HENTIKAN PENDEDAHAN Malam tadi Gomo dihubungi oleh seseorang yang mahukan Gomo berhenti dari terus mendedahkan siapa Anwar Ibrahim yang sebenar. Gomo menolak pelawaan tersebut walaupun pihak yang Gomo yakin datangnya dari Anwar Ibrahim menawarkan sejumlah wang untuk Papa Gomo. Gomo nak tegaskan disini kepada semua. Ianya bukan soal wang kerana walaupun 10 Juta atau 1 Billion Anwar Ibrahim cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat Agama Bangsa dan Negara. Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik. Saman RM 100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Dato Sri Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Datuk Eskay, China Doll, 2 orang Mahasiswa yang diliwat, Yb Zulkifli Nordin, Bekas pengasas PKR Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, Dato Nalla,Yb Gobala dan seorang pemimpin kanan PAS. Apa pun buat Dato Sri Anwar Bin Ibrahim saya harap anda BERUNDUR lah dari pentas politik. Jangan sampai Video Seasons 7 ini keluar kesemuanya kerana Aib yang bakal diperolehi tidak akan mampu memulihkan apa apa penafian dari Dato Sri selepas ini. Gomo harap seluruh rakyat Malaysia mampu berfikir secara waras dalam pekara ini. Jika dulu keluarnya video China Doll Anwar Ibrahim menafikan beliau terlibat dan tidak cukup dengan itu pemimpin pembangkang mempertikaikan rakaman Hitam Putih dan ada yang kata video BESI jadi untuk kali ini diharapkan ianya mampu menyedarkan anda semua terutama penyokong pembangkang yang masih lagi sujud sembah kepada Anwar Ibrahim. Sekarang bukan hitam putih tetapi ianya BERWARNA dan mempunyai AUDIO yang jelas untuk kita sama sama renung dan fikirkan. Sebelum Gomo nak mengeluarkan video yang selanjutnya marilah kita berfikir "APA KEJADAHNYA ANWAR IBRAHIM DUDUK BERDUA DUAAN DENGAN LELAKI LEMBUT DALAM BILIK HOTEL?" Psssttt... Gomo dah kata, "jangan monyet jangan, Kau Degil" Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. Sumber:PapaGomo |
| Pencerobohan Lahad Datu: Saya Disuruh Dan Diupah - Tertuduh Posted: 21 Mar 2013 07:22 AM PDT Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya. Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti. Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan. Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas. Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000. Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa. Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam. Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan. Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan dia berulang kali dalam bahasa Suluk menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod. Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya. Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain. Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan). Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas. Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin. Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk. Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan. Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini. Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. |
| You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment