CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Sedih Pergi Masjid, Imam Asyik Kutuk Artis – Dato’ AC Mizal

Posted: 17 Mar 2013 09:43 AM PDT


Menerusi laman Twitter milik pelakon dan pengacara terkenal, Dato' AC Mizal telah melahirkan rasa sedih atas khutbah yang diberikan oleh Imam di masjid yang dihadirinya kerana mengutuk artis tempatan dan perkara tersebut dikatakan turut mengaibkan dirinya yang berada di dalam masjid pada ketika itu.



Dalam pada itu, Dato AC Mizal turut melahirkan rasa kurang senangnya apabila ada sesetengah masjid menyampaikan khutbah Jumaat yang berunsurkan politik dan pengacara ini turut mempersoalkan, apakah akan berlaku sekiranya makmum di sesebuah masjid berkurangan kerana topik khutbah yang disampaikan berbaur politik sehingga membuat makmum lari?





POLIS GAGALKAN CUBAAN WARGA NEPAL TUNJUK PERASAAN DI MUAR

Posted: 17 Mar 2013 04:16 AM PDT

Gambar Hiasan
Muar 17 Mac, - Polis Muar berjaya menggagalkan cubaan lebih 5,000 pekerja asing Nepal mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar ini tengah hari tadi setelah mereka mendapat maklumat awal berkaitan perkara itu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Mohd Nasir Ramli berkata kejayaan itu berikutan kecekapan polis yang berjaya mencegah mereka berkumpul sejak awal pagi di depan sebuah pasar raya di Jalan Ali di sini.

"Kita telah menahan 106 orang, termasuk mereka yang dipercayai dalang yang merancang perhimpunan itu, untuk disoal siasat sehingga 1 petang ini," katanya kepada pemberita pada majlis penerangan khas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor di Kuarters Polis Diraja Malaysia Kampung Kelantan hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan rancangan pekerja asing itu untuk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan tumpuan ramai pada kira-kira 11 pagi sebagai membantah kegagalan majikan membayar mereka mengikut skim gaji minimum yang diputuskan kerajaan.

Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata beliau mengarahkan anggota polis menjalankan rondaan di bandar ini dan melakukan pemeriksaan ke atas warga Nepal yang disyaki mahu berkumpul di kawasan berkenaan.

"Kita telah menahan sebahagian daripada mereka, termasuk yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, untuk siasatan lanjut," katanya. Beliau berkata sepasukan polis antirusuhan juga diarah bersedia dengan kenderaan, termasuk meriam air, untuk berdepan sebarang kemungkinan. Mohd Nasir berkata keadaan di bandar diraja itu setakat ini terkawal, dan tindakan memeriksa pekerja asing yang berkeliaran akan diteruskan sehingga lewat petang.

Minggu lepas, polis Muar menahan 32 pekerja Nepal yang merusuh di kilang perabot tempat mereka bekerja kerana tidak puas hati dengan jumlah bayaran tidak mengikut skim gaji minimum. Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerajaan membenarkan sebahagian majikan kilang perabot di negara ini menangguh pelaksaan gaji minimum ke satu tempoh lain sehingga mereka benar-benar berkeupayaan melaksanakannya.

Umno nafi sebar video aksi songsang didakwa Anwar

Posted: 17 Mar 2013 03:48 AM PDT

MELAKA -  Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.
 
Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.
 
"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.
 
"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.
 
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.
 
"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.
 
Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.
 
Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.
 
Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...