BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! RAKYAT MALAYSIA MUST REJECT PR MANIFESTO !!! U WANT TO KNOW WHY ??? MUST READ !!!

Posted: 22 Mar 2013 12:00 PM PDT


The opposition's excitement to present their manifesto early,is proven to be a bad idea for them,this is because, after going into details,we can see a lot of issues and it is proven that it was made in a rush.At first,they took it as a political strategy, to pressure Barisan Nasional (BN),other than to use the issue "BN Copied"  approach to go against the government's credibility,if there are any similarity on the deals which the government might offer soon.But in the end,the burden which they wanted to put on the government, is actually hitting the opposition,especially Anwar Ibrahim where they feel that their strategy has backfired.It seems like their attempt to attack the government does not even provide any impact to the ruling party, especially at times like this where they are focusing on the intrusion issue in Sabah. Not just that, government led by Datuk Seri Najib also feel that they need to focus on the responsibilities given to them by rakyat,especially for people of Sabah for now.Since the issue involves the country's sovereignty, it should be taken seriously.

Going back to the opposition's manifesto, from studies made on their 'false promise',all of those promises would cause the government losing income worth RM393.7 million which involves 207,207 tax payers.Besides that,their approach in reducing tax and at the same time providing more help,is seen as populist.This is because,all the promises they offer are not the ones that could guarantee rakyat's well-being,instead,it is just a trick to gain popularity among voters.This is because all the proposals presented are impossible to be implemented because it could cause cash flow problems for the country.What is worse,their 'Manifesto Is Not Promise' could harm the country's financial status if they are implemented.This is what happens when everything is done in a rush.After receiving all suggestions from their economic experts,Anwar who is also Selangor's Economic Advisor once again had no choice but to use the 'credit card' approach, to rakyat as an escape.

Sadly,the 'credit card' they offer can only work if rakyat registers as members of any parties under the opposition coalition.This is far different than BN as it provides help to all Malaysians regardless of their political ideologies.The method used by the opposition seem to describe that if Anwar gets to be PM, he would only provide his service to PKR,PAS and DAP party members instead of all Malaysians.Clearly,Anwar and his goon really want to get their 'revenge' over all rakyat, except for those members who are registered under opposition coalition. According to economic experts and analysts, 'Menifesto Is Not Promise' does not explain the approach which it would take to replace the RM394 million which is missing.Conclusion is, as rakyat,we should open our eyes in evaluating all manifesto which will compete, because it is part of our responsibilities as voters.Only in-depth evaluation will enable us to make the right comparison,all for the sake of our country.And most importantly,choose manifesto which holds onto the principle of Promises Kept instead of 'Manifesto Is Not Promise' which is full of lies,all to please rakyat with false offers.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! CHUA JUI MENG AKAN LETAK JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT ???

Posted: 22 Mar 2013 08:30 AM PDT


Umum amat maklum yang Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng sudah lama mengidam untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana ia dianggap sebagai kerusi selamat untuknya memandangkan lebih 50% pengundi di kawasan itu adalah keturunan Cina.Lagi pun, sejak PRU 12 2008 kawasan tersebut sememangnya di tandingi calon PKR sekalipun dalam PRU itu ia dimenangi calon BN,Tan Ah Eng dengan kelebihan kurang 9,000 undi majoriti.Atas faktor itu,maka Chua Jui Meng adalah calon yang betul dan layak untuk mewakili PR di situ.Bagaimana pun baru-baru ini Penasihat DAP,Lim Kit Siang telah disahkan sebagai calon rasmi mewakili PR di Parlimen Gelang Patah setelah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.Ia mengejutkan ramai pihak dan langsung di luar dugaan pemimpin dan penyokong PKR sendiri.Perkembangan itu nyata agak mengecewakan Chua Jui Meng yang baru 4 tahun terjun ke kapal PKR dan turut menyebabkan ramai penyokongnya berpatah hati mengenangkan Anwar sendiri dilihat lebih mengutamakan DAP berbanding PKR. 

Menurut sumber yang dipetik oleh akhbar Nanyang Siang Pau berkemungkinan besar Chua Jui Meng akan bertindak meletakkan jawatannya dalam PKR sebagai tanda protes dan jika ia menjadi kenyataan,buruk kesannya terhadap prestasi PR kelak.Pada perkiraan Anwar,tindakannya menyebelahi Lim Kit Siang dengan mengabaikan kehendak Chua Jui Meng mungkin dirasakan betul sementelah lagi kedudukan PKR di Johor jauh lebih lemah berbanding DAP.Pengerusi DAP Johor,Dr Boo Cheng Hau pastinya paling bergembira dengan keputusan yang menyebelahi DAP memandang sebelum ini Cheng Hau sudah acap kali bertelagah dengan Chua Jui Meng yang dianggapnya sebagai pengacau dan pernah mensabotaj kekuatan DAP di Johor.Berikutan pertelingkahan itu,Cheng Hau telah meminta campur tangan pemimpin tertinggi DAP yang dipercayai membawa kepada pengumuman rasmi daripada Anwar yang mengesahkan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah.Setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari PKR berhubung peletakan jawatan Chua Jui Meng,tapi dilihat pada tanda-tanda yang menjurus ke arah itu,tidak mustahil PRU 13 yang berbaki sedikit masa lagi bakal menyaksikan PKR tampil dalam keadaan agak tempang.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SENARAI SYARIKAT KRONI YANG DIBERIKAN KONTRAK LANTIKAN TERUS DARI KERAJAAN SELANGOR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 22 Mar 2013 05:12 AM PDT


Apabila mengambil alih pemerintahan Selangor 2008,PKR menerusi Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor membuat pengumuman bahawa kerajaan mereka akan menghentikan sebarang pemberian projek secara lantikan terus (direct nego).Bagaimanapun berdasarkan senarai yang dibekalkan kepada kami oleh seorang kakitangan pejabat MB mendapati apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim itu adalah satu pembohongan.Pada tahun pertama mereka memerintah Selangor iaitu tahun yang sama Khalid Ibrahim mengungkapkan kata-kata di atas sebanyak RM 80 juta projek lantikan terus telah dikeluarkan.Tahun 2009 pula sebanyak RM 30 juta, dan tahun 2010 juga RM 30 juta. Pemberian projek-projek lantikan terus ini membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin dan mereka juga mengamalkan kronisme dimana semua projek-projek tersebut dibolot oleh kontraktor yang mempunyai kepentingan dengan pemimpin pakatan di Selangor. Berikut adalah senarai antara nama-nama syarikat yang dibekalkan kepada kami dan selepas ini kami akan berusaha mendedahkan satu persatu siapa dibelakang syarikat-syarikat berkenaan. 

Tarikh lulus : 14 Julai 2009
Projek: Kelulusan untuk percetakan akhbar Selangorkini 
Kontraktor : Syarikat Media Sdn Bhd 
Nilai : RM 307,480.00 
Tarikh lulus : 1 September 2009 

Projek: Membekal kad raya,sampul raya serta mereka bentuk banner hari raya MB Selangor 
Kontraktor : D'Macriz Communication 
Nilai : RM 53,050.00 
Tarikh lulus : 18 Feb 2009 

Projek : Penyelenggaraan E-Perkhidmatan gerbang mesra Selangor 
Kontraktor : Evera Solution Sdn Bhd 
Nilai : RM 91,200.00 
Tarikh lulus : 14 Mei 2009 

Projek : Peralatan ICT 
Kontraktor : Datamini Sdn Bhd 
Nilai : RM 800,000.00 
Tarikh lulus : 7 Jan 2009 

Projek : Sewaan perlatan ICT 
Kontraktor : BSO Technologies 
Nilai : RM 300,000.00 
Tarikh lulus : 2 Mac 2009 

Projek : Perkhidmatan urusan publisiti sambutan satu tahun pemerintahan Selangor 
Kontraktor : Luk Resources dan D'Macriz Communications 
Nilai : RM 160,260.00 
Tarikh lulus : 20 Mac 2009 

Projek : Pembekal urusan program karnival sempena sambutan satu tahun pemerintahan Selangor Kontraktor : Ursyahdu Entertainment dan Nasyeed Edtainment Sdn Bhd 
Nilai : RM 127,880.00 
Tarikh lulus : 20 Mac 2009 

Projek : Memasang sistem pencegahan kebakaran Bangunan SSAAS 
Kontraktor : SK Securesafe Sdn Bhd 
Nilai : RM 135,298.00 
Tarikh lulus : 12 Feb 2009 

Projek : Juruperunding rancangan terbatan banjir Sungai Bangi 
Kontraktor : Team Associates Consultants Sdn Bhd 
Nilai : RM 214,492.15 
Tarikh lulus : 28 Okt 2009 

Projek : Barang-barangan komputer untuk pejabat SUK 
Kontraktor : Blue Lane Sdn Bhd dan Teras Solution Sdn Bhd 
Nilai: RM 1,443,610.00 
Tarikh lulus : 9 Apr 2009 P

Projek : Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ 
Kontraktor : Mirazat Murni Resources 
Nilai : RM 420,000.00 
Tarikh lulus : 7 Mei 2009 

Projek : Kerja pemasangan penutup longkang di kawasan Tmn Sri Manja PJ 
Kontraktor : Mirazat Murni Resources 
Nilai: RM 420.00 

Kerja diatas dipecahkan 2 kali kepada syarikat yang sama supaya jumlah kelihatan lebih kecil dan tidak perlu dilakukan tender.Dilakukan begitu untuk menghalalkan pemberian kontrak kepada kroni. Syarikat berkenaan difahamkan ada kaitan dengan ahli majlis MBPJ. - Sel13.Com

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PAPA GOMO DI BELASAH ??? ANWAR IBRAHIM DAH TAKUT KER ???

Posted: 22 Mar 2013 02:53 AM PDT


Hari ini,Utusan Malaysia telah mendedahkan wajah seorang individu yang disyaki pengendali blog PapaGomo berikutan pendedahan video liwat Anwar Ibrahim dengan pelajar yang berasal dari Sabah oleh blog tersebut.Akibat itu,hari ini individu tersebut yang dipercayai pengendali blog Papa Gomo seperti yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di datangi dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi.Salah seorang daripada lelaki yang menaiki motosikal tersebut memukul individu yang dipercayai Papa Gomo secara melulu.Berkemungkinan besar,kejadian tersebut ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog Papa Gomo semalam.Video tersebut yang mendedahkan perilaku homoseksual Anwar Ibrahim bersama seorang Mahasiswa dari Sabah.

ANDA NAK LAGI KISAHNYA ???


UNTUK SELANJUTNYA 

saya berasa simpati dengan individu tersebut kerana beliau dibelasah hanya kerana disyaki pengendali blog Papagomo.Ganas sungguh permainan mereka ini,politik ganas seperti dah jadi anutan,kebenaran cuba ditutup sehinggakan individu yang disyaki sahaja pun tak terlepas kena belasah.saya berharap rakan-rakan seperjuangan yang lain lebih berhati-hati kerana sekarang puak-puak di sebelah sana dah berani mengupah samseng dan samseng yang membelasah tu pun semberono saja walau tak individu berkenaan hanya di syaki saja.saya ulangi mereka hanya SYAK sahaja.Jadi tak mustahil selepas ini mana-mana orang yang disyaki puak-puak di sebelah sana mungkin akan di belasah dek samseng-samseng upahan mereka . 


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TRAGEDI LAHAD DATU !!! PENCEROBOH CUBA ULANG SEJARAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Mar 2013 02:00 AM PDT


Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro.Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan tersebut,hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.Lebih menarik lagi,apabila Aquino turut mengatakan tindakan bodoh Jamalul Kiram III ini adalah merupakan satu pengulangan sejarah.Mengikut fakta ketika zaman bekas Presiden,Ferdinand Marcos,beliau turut pernah melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.Menurut maklumat yang diperolehi pembunuhan tersebut merupakan satu perancangan jahat Marcos untuk menyerang dan merampas Sabah dari Malaysia.Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 semakin menaikkan kemarahannya yang menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu.Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan mengganggu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. 

Dengan keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia memperolehi kemerdekaan dan konfrontasi antara Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.Maka satu operasi khas ini dinamakan "Operasi Merdeka" telah tubuhkan dengan fasa pertama mereka telah melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun.Rekrutmen baru tersebut pada awalnya dilatih dalam perang hutan di Camp Sophia dalam pulau kecil Simunul di Tawi-Tawi yang akhirnya dihantar ke Pulau Corregidor untuk latihan militari lebih lanjut.Pada awalnya mereka diberitahu bahwa mereka sedang menjalani latihan ketenteraan yang mencakupi perang hutan dan sebagai pasukan penerjun payung udara untuk berperang melawan pemberontak komunis. 

Namun keengganan para pemuda tersebut untuk berperang dengan saudara seIslam di Sabah apabila mengetahui tujuan asal misi tersebut,ialah "Penyerangan Sabah" seramai 28 dari 300 orang rekrut telah dibunuh secara kejam.Seterusnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 kesemua mereka telah dibunuh secara beramai-ramai.Aquino melalui kenyataan semalam turut mengatakan di sebalik tragedi itu, mereka yang melakukan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu,GAGAL untuk belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang.Malah beliau turut mengkritik tindakan Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu,namun langusng tidak mempunyai perasaan untuk menjaga keselamatan dan nyawa para pengikutnya.Presiden Filipina itu turut mengulangi gesaan sebelum ini yang meminta Azzumudie dan para pengikutnya untuk berundur dan pulang kerana pengunaan keganasan tidak akan memberikan sebarang hasil.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SATU LAGI FITNAH PAS DIDEDAHKAN !!! PM @NAJIBRAZAK PERSENDA PERWIRA NEGARA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 21 Mar 2013 11:00 PM PDT


Bila bercakap perihal adu domba,fitnah dan propaganda jahat,tidak dapat tidak rakyat Malaysia kena akui ia sememangnya sudah sebati dengan pemimpin pembangkang dalam PR,malah PAS yang sering mendabik dada lebih Islamik pun 2 x 5 saja kelakuannya.Para pemimpin PR termasuk dari kalangan politikus yang berselindung dengan gelaran ustaz,tok guru dan pejuang Islam dalam PAS,memang tak boleh diam sekejap.Waktu negara aman mereka mengadu domba,saat negara sedang bergelora lagi mereka tambah dosa mencipta fitnah dan propaganda.Lihat sahaja dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,Sabah yang mana bila sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan memberi pandangan bahawa status perajurit beragama Islam yang terkorban adalah syahid akhirat,PAS pula sengaja mencipta keraguan ummah dengan menyatakan perajurit itu gugur sebagai syahid dunia.Dengan Majlis Fatwa yang memiliki autoriti dan terbukti wibawanya pun PAS berani menyanggahnya,jadi tidaklah pelik bila Ketua Dewan Ulama PAS,Harun Taib tergamak memfitnah dan menuduh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak telah mempersendakan pengorbanan perajurit negara. 

"Najib yang juga merupakan Perdana Menteri dan Presiden UMNO telah merendahkan martabat para perajurit dengan menyamakan pengorbanan mereka dengan kematian seorang yang lemas,orang yang mati kebakaran,wanita yang mati melahirkan anak dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh para ulamak". (Ketua dewan Ulama PAS, Harun Taib, 19 Mac 2013).Adakah patut seorang yang kononnya ulama dengan agak bias dan angkuh mendakwa PM sengaja merendahkan martabat perajurit yang terkorban ??? Nampak sangat wujud gambaran buruk yang cuba di adu domba oleh pemimpin PAS tersebut.Jika PM dianggap mempersendakan perajurit negara, apakah Majlis Fatwa juga demikian ??? Walhal penegasan oleh PM mempertahankan perajurit yang terkorban adalah syahid akhirat,ianya adalah selari dengan pandangan yang dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. 

Jenis mati syahid sebagaimana diterangkan oleh para ulama tidak hanya terhad kepada syahid besar atau syahid kecil,sebaliknya jumhur ulama berpendapat ada syahid dunia,syahid akhirat dan satu lagi syahid yang paling besar ialah syahid dunia akhirat.Di antara ketiga-tiga syahid itu,hanya syahid dunia akhirat yang tidak memerlukan jenazah di mandi dan dikapankan.Syahid dunia dan syahid akhirat tetap perlu mengikuti proses biasa sebagaimana pengurusan jenazah orang Islam.Pun begitu perlu ditegaskan,kebenaran sejauh mana seseorang itu sah kesyahidannya dan di mana kelak kedudukannya di akhirat nanti tetap bergantung pada niat seseorang itu serta terpulang pada ketentuan Allah S.W.T jua.Dalam pada itu,saya tertanya siapa Harun Taib berbanding berbelas orang ulama dan para mufti yang membarisi jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan ??? Apakah Harun Taib memiliki kewibawaan dan kredibiliti serta berautoriti untuk mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #JANJIDITEPATI !!! NKRA KERAJAAN BERJAYA LEPASI SASARAN !!!

Posted: 21 Mar 2013 07:00 PM PDT


Pengumuman Perdana Menteri,Datuk Seri Najib mengenai laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 sudah pastinya akan membuatkan jauh di sudut hati para pencacai pakatan haram mengangkat tangan tabik hormat kepada kerajaan BN/Umno.Malah pembentangan laporan tersebut sepatutnya berjaya membuka mata dan hati mereka sekiranya mengambil pendekatan berlapang dada dan menilai semula antara fakta dan penipuan.Ia susulan kejayaan kesemua NKRA kerajaan yang berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini.Malah setiap baris ayat yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam,adalah merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah mengotakan segala janji kepada rakyat.Ia selari dengan tema kerajaan 'Janji Ditepati' sekaligus menepati slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.Berbeza dengan pembangkang melalui 'Manifesto bukan Janji' yang hanya mampu memberikan impian 'bulan dan bintang' namun apabila sampai masanya memungkiri janji tersebut ibarat melepaskan batu ditangga. Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 membuktikan transformasi dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah berjaya menunjukkan keberhasilan. 

Semua maklumat dikaji,dikumpul dan kemudiannya dibentangkan kepada seluruh rakyat bagi menunjukan ketelusan kerajaan dalam memberikan fakta yang benar dan sahih. Lebih menarik lagi ialah,ketika pakatan pembangkang yang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang dikatakan terlalu boros berbelanja semata-mata untuk meraih undi pendapatan negara (GNI) masih berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 49% sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun ekonomi dunia berada dalam kegawatan, namun pertumbuhan negara sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global.7.2% 2011 dan 5.2% 2012.Tambah membanggakan,kadar kemiskinan negara juga menunjukan indeks penurunan dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.Malah kadar inflasi negara juga turut kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013.Bukan setakat itu sahaja,sepanjang menerajui pentadbiran negara,kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 438,000 peluang pekerjaan dari 2011-2012. 

Malah seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.Walaupun pakatan pembangkang sering mengatakan,kononnya kerajaan BN/Umno rasuah,tidak selamat dan sebagainya,namun mengikut indeks kadar jenayah yang dikeluarkan telah menunjukkan kadar penurunan sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas.Malah Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International juga menunjukkan peningkatan.naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 dengan seramai 1,172 pesalah rasuah telah disiarkan dalam laman web MACC.Secara keseluruhan pembangkang hanya mampu melemparkan pelbagai dakwaan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat,namun hakikat sebenarnya semuanya langsung tidak mempunyai asas.Dengan data-data yang dibentangkan semalam turut membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas ingin menawarkan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...