BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ACJ TELAH PUTUSKAN SABAH MILIK MALAYSIA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Mar 2013 12:00 PM PDT


Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya.Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan,di bawah undang-undang antarabangsa yang lama,hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri.Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru,siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas,khususnya dalam konteks dekolonisasi. 

Khususnya, konsep hak "rakyat",untuk menentukan pilihan sendiri Sebagai contoh,dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia),ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).Malah menurut "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah",resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV),yang digunapakai pada 14 Disember 1960,adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi.Ia adalah terpakai kepada semua "wilayah yang belum mencapai kemerdekaan" dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih.Mengikut sejarah,Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880.Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa. Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946 telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu. Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. 

Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961.Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan,80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963.Kesimpulannya,apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! TIAN CHUA TUDUH TUN MAHATHIR PUNCA TRAGEDI ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 20 Mar 2013 08:30 AM PDT


selepas tuduh UMNO bersandiwara di atas tragedi yang berlaku,kali ini tian chua bersikap biadap menuduh Tun Mahathir sebagai dalang.apa cerita ni ??? bukan ker anwar ibrahim puncanya ??? dah banyak bukti kan ??? inilah PR,spin jerr lebih nak yakinkan rakyat kononnya semua benar tapi akhirnya kantoi menipu.Tian Chua mendakwa Tun Mahathir Punca Krisis Di Lahad Datu.Ceramah pkr oleh tian chua pada malam 15 Feb 2013 di Fasa 8/9 Bandar Baru Sentul.Tempat asal ceramah di Fasa 3 Bandar Baru Sentul (seperti di dalam banner) tidak mendapat restu pengerusi persatuan penduduk di situ.Atas tindakan tersebut,ceramah ini ditukarkan tempat secara tergesa-gesa.Tahniah dan syabas pada pengerusi persatuan penduduk.lihat video di bawah


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PUAKA ROSMAH !!! SATU LAGI FITNAH PR DIDEDAHKAN !!!

Posted: 20 Mar 2013 05:00 AM PDT


Kita tidak boleh menafikan bahawa laman web Suara Pakatan Rakyat adalah satu-satunya laman web pro PR yang benar-benar membawa suara hati pemimpin dan penyokong PR secara telus dan lantang.Contohnya di muka depannya,laman tersebut tidak segan silu menyatakan apa yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh kebanyakan penyokong PR,iaitu 'Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?' Walaupun kita tidak mampu menerima rasional laman tersebut mengenai soal 'gay',tetapi kita harus menghormati sikapnya yang tidak hipokrit,berterus-terang dan tidak berbelit-belit dalam memperkatakan pendirian sebenar PR.Sedangkan Anwar sendiri tidak berani berkata benar mengenai kecenderungannya itu.Namun,itu tidak bermakna laman tersebut tidak terkecuali dari bersifat berat sebelah dalam membincangkan isu-isu berbangkit.Seperti juga semua penyokong dan pemimpin PR,laman tersebut tetap berpegang bahawa apa saja yang buruk yang berlaku di dunia ini adalah salah Barisan Nasional,UMNO,Pemimpinnya atau pun isteri dan keluarga mereka.Ini termasuklah ajal maut manusia,terutama yang mampu menjadi 'aset' atau 'modal' kepada politik mereka. 

Tidak kira,sama ada yang meninggal dunia itu adalah rakyat biasa,seperti arwah adik Amiruddin yang terbunuh ketika memecut kereta melarikan diri dari pihak polis,ahli mereka sendiri seperti mendiang Teoh Beng Hock yang menjadi kunci mendedahkan korupsi pemimpin PR,wira-wira negara yang berjuang dan terkorban di Lahad Datu atau yang terkini,mendiang Balasubramaniam iaitu seorang bekas polis dan penyiasat persendirian yang terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan Altantuya,semuanya diletakkan 'di atas kepala' UMNO.Menurut laman SuaraPR,kematian Bala yang dilaporkan sebagai sakit jantung perlu dipersoalkan memandangkan ia berlaku tidak lama selepas Bala menjejakkan kaki ke Malaysia.Hujah laman tersebut ialah Bala telah lama berada di luar negara dan kenapa hanya setibanya di Malaysia sahaja baru diserang sakit jantung ??? 

Dan sebanyak dua kali pula.Malah,laman tersebut secara tidak langsung menuduh kematian Bala adalah kerana disihir oleh Datin Seri Rosmah Mansor.Perlu diingatkan bahawa sebelum ini PR menuduh Bala lari keluar negara dengan ditaja oleh Datin Seri Rosmah.Namun,tindakan Bala terus memburukkan Datin Seri Rosmah selepas itu membuktikan bahawa cerita yang diwar-warkan PR ini tidak benar.Mana mungkin Bala menghentam orang yang menajanya.Apa yang menarik ialah,beberapa hari sebelum kematian Bala,pemimpin PR,antaranya,Chegubard,telah terlebih dahulu membayangkan Bala disihir,iaitu sejurus selepas Bala mendapat serangan jantung kali pertama.Kisah tahyul ini dikaitkan pula oleh laman tersebut dengan buku 'Black Rose',tulisan Deepak Jaikishan yang menyatakan tentang amalan sihir Datin Seri Rosmah. 

Jika benar Datin Seri Rosmah mampu menyihir mereka yang menentangnya sehingga mati,tentu saja Deepak akan terlebih dahulu mati dari Bala.Inilah bukti nyata kekeliruan PR dan kepercayaan mereka kepada kuasa yang lain dari kuasa Allah SWT dalam menentukan ajal manusia,mahupun takdir seseorang.Kerana itu,walaupun telah bertahun-tahun bersolat hajat memohon agar kebenaran ditunjukkan,mereka masih enggan menerima kebenaran yang terbentang di dalam mahkamah dan juga di dalam rakaman video mengenai salahlaku Anwar.Malah,setelah melihat kebenaran mengenai Anwar tidak menepati citarasa mereka,maka mereka menggandakan usaha memohon dengan sepenuh jiwa raga agar UMNO dan BN dimusnahkan sahaja bagi memudahkan mereka ke Putrajaya.Nampaknya,bagi PR,apa saja yang berlaku hari ini bukanlah atas kuasa Allah SWT,tetapi atas kuasa BN,termasuklah ajal maut dan untung nasib seseorang.Sehingga satu tahap,hati mereka tertutup sehinggakan kemunduran Kelantan dari segi ekonomi,sosial dan moral,dijulang mereka sebagai Islamik tetapi tidak mampu melihat kemakmuran dan keselesaan hidup di negeri-negeri lain.

Di mata mereka,Kelantan tetap terbaik hanya kerana Nik Aziz telah memastikan semua wanita menutup aurat,walaupun di masa yang sama negeri itu menjuarai masalah moral yang kronik dan walaupun berpuluh ribu ekar tanah rakyat Kelantan telah digadai kepada DAP serta walaupun telah lebih 20 tahun masih tidak mampu menangani masalah bekalan air dan sebaliknya,mereka mengkufuri nikmat menuduh diri sendiri ditindas dan dizalimi oleh rejim BN yang kejam.Jelas,PR telah mempersetankan saja ajaran Al Quran agar sentiasa melihat kepada kebaikan terlebih dahulu serta menghargai dan mensyukurinya, sebelum mengira keburukan.Kerana itu,PR berdegil mempertahankan bahawa keburukan itu baik hanya kerana ia menepati citarasa politik mereka dan yang baik itu tetap tidak baik sekiranya ia dipersembahkan oleh musuh politik mereka.Justeru,bahawa dalam soal menuduh Datin Seri Rosmah sebagai mengamal ilmu hitam,nampaknya pembangkang bukan sahaja telah menabur fitnah, tetapi juga telah melakukan syirik seraya terus menghasut dan memecahbelahkan masyarakat dan ketahuilah bahawa ketiga-tiganya adalah dosa besar dalam Islam, yakni jauh lebih besar dari masalah aurat yang menjadi kegemaran dan kebanggaan PR terutama puak PAS di Kelantan.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! INTIPATI UCAPAN DASAR PEMBENTANGAN LAPORAN NTP 2012 OLEH PM @NAJIBRAZAK KHAS UNTUK ANDA !!!

Posted: 20 Mar 2013 01:24 AM PDT


Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) : 

* Sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai. 

* Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat daripada AS$257 pada tahun 1957 kepada AS$9,970 pada 2012. 

* Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012. 

* Kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012. 

* Kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012. 

* Kerajaan memperuntukkan RM2.34 bilion bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk lebih enam juta rakyat. 

* Baucer Sekolah 1Malaysia berjumlah RM524 juta beri manfaat kepada lebih 5.24 juta murid. 

* Baucer Buku 1Malaysia manfaat lebih 390,000 pelajar dengan peruntukan lebih RM97.5 juta. 

* Kerajaan peruntuk RM37.8 bilion biayai pelbagai subsidi untuk tanggung kos kehidupan seharian rakyat. 

* Lebih 100,000 orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh tiga tahun di bawah program e-Kasih. 

* Kerajaan tawar lebih 100,000 unit kediaman mampu milik kepada rakyat. 

* NKRA menambah baik kesejahteraan hidup hampir empat juta penduduk luar bandar. 

* Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International letakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik daripada tahun lepas. 

* Sejumlah 260 daripada 400 kes rasuah yang dibicarakan, diselesaikan tahun lepas. 

* Kadar jenayah dikurangkan sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun. 

* Hampir 50 juta pelancong melawat Malaysia pada 2011-2012 dengan Pendapatan Negara Kasar hampir RM100 bilion. 

* Eksport sektor kandungan dan infrastruktur, komunikasi dan industri kreatif catat RM547 juta. 

* Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi, mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal dari dijangkakan. 

* Kuasa beli rakyat Malaysia kini hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada. 

* Sumbangan Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan lebih 400,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan. 

* Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013. 

* Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing menurut laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013. 

* Malaysia diletakkan sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012. 

* Pengiktirafan global kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa-prakarsa GTP dan ETP. 

* Bantuan Rakyat 1Malaysia dijadikan inisiatif tahunan.

BONGKAR !!! KEMATIAN BALA !!! APA KENA MENGENA DENGAN PM @NAJIBRAZAK ??? MEH BR JAWAB !!!

Posted: 19 Mar 2013 10:00 PM PDT


P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia,Altantuya Shaariibuu telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong,Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.Sebelum itu,ketika progam di Bachok,Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.PI Bala baru saja 'dipulangkan' dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13 untuk memfitnah berkenaan dengan kes tersebut.Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana 'diancam' oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang,nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama,pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah 'watak penting' iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya. 

Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.Justeru,kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.Jika benar Altantuya menerima wang tersebut,kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak ??? Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.Jika ini benar,maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.Maka tidak mustahil,inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.Ini kerana,Bala tahu apa yang benar apa yang tidak dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan,terutama apabila melibatkan nyawa. 

Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.Ini kerana,Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala,bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh,bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya ??? Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR ??? Malah,ketika meninggal dunia,beliau berada di rumah bersama isteri dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya ??? Jelaslah,bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.Apapun,Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.Zulkifli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.Paling menarik,bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang,bukan kerajaan. 4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR,maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran ??? Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.saya ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.Harapan saya agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PR BERSEKONGKOL DENGAN PENGGANAS SULU !!!

Posted: 19 Mar 2013 07:00 PM PDT


Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu,Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.Dalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu menghancurkan Malaysia,pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan,malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara.Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan merampas kuasa politik.Dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan negara.Secara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.Pembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.Tindakan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari,pemimpin kumpulan pemisah Filipina,MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan pengkhianatan.Pengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan mereka.Tindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.Rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu. Sejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam negara. Bermula dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib melalui gambar bersama wanita Mongolia,Altantuya Shaariibuu melalui teknik photoshop,ahli politik pembangkang ini terus memporak peranda politik negara.Beliau juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu. 

Politik Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber sekolah dan ideologi politik yang menjahanamkan negara.Mereka berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara luaran amat baik dan luhur. Dengan menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat,pembangkang sebenarnya menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai agenda politik mereka yang bermotifkan kejahatan.Umpamanya,Nurul Izzah,anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua dan seorang lagi Naib Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar belitkan ayat Al-Quran mengenai murtad.Pembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.Ini termasuk agama,sosial,pendidikan,kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.Anwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.Anwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.Terakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah tersebut.Namun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang kerajaan.Akhirnya apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu,terdedah siapa sebenar pengkhianat dan dalang merancang pencerobohan tersebut.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! FAEKAH OPEN LETTER TO TUN M !!! BR WILL TEACH U HOW FAEKAH !!! MUST READ !!!

Posted: 19 Mar 2013 04:00 PM PDT


Political Secretary to Selangor Chief Minister,Faekah Hussin,has made an open letter to former Premier,Tun Dr. Mahathir Mohamed,to deny his statement saying that Malays' rights as well as the sanctity of Islam could be under threat if Pakatan Rakyat remain in power in Selangor.Faekah said,the statement is too much,rude and it shows that Tun Mahathir is far behind in terms of the current political development, other than insulting Religious Institution and King in Selangor.What is more interesting,Faekah also seem to be concerned that the statement would be a liability to the 1Malaysia slogan promoted by BN.Faekah began her letter by expressing her utmost respect towards all Sultan as the guardians for the sanctity of Islam,while stressing the status of Klang as a Royal City,the lace where Tun Mahathir made the statement,to show how PR respects Malay Royal Institution.She said,PR leaves all matters involving Islam to Selangor Islamic Religious Council and the Selangor Islamic Religious Department without any political intervention.Faekah brought out evidence for budget in developing mosques, religious schools,KAFA teachers allowance to strengthen the point of saying that PR does not ignore the sanctity of Islam.Besides that,Faekah also accused Tun Mahathir as being in contempt of religious learning,belittles qiamullail activities but acts like a saint.Faekah also insulted the word 'mantan' (former) by saying that it is no longer relevant.Who knows which 'ulama' taught her this.Allah SWT reminded us how before we push aside messages given by the prophet,to learn from history and the consequences for those who did not listen to prophets at their time, how they end up in destruction thanks to their arrogance.Those who are lost are among those who always ignore history and opinions given by experienced people.It is clear that these kind of people are just a bunch of idiots and arrogant. It is clear that Faekah is one of them.

faekah,this is my answer.By looking down upon Tun Mahathir,who is acknowledged as a world-class leader, it is not surprising why Faekah is lost,caused by her stupidity,I would like to ask Faekah,when did PR ever respect Sultans, or even YDP Agong? Wasn't it ADUN PKR who blasted Sultan by claiming that the post of Secretary of State (SUK) does not require any consent from Selangor Sultan and asked the Sultan to just follow the decision made by State Executive Council (SEC) ??? If it is true that PR do respect Royal Institution,why did Selangor government fail to follow protocols when not even Senior Government Officials including Chief Minister himself,welcomed the Queen during the launch of International Islamic Songs Festival in July 4,2010 ??? Selangor government did not even promote the event that the event did not get much attendance ??? On April 2010,Sultan Selangor ordered that serious actions should be taken against those who uses mosques for political reasons.However,Sultan's orders were crushed by Nik Aziz in a press conference made the next day,by saying, "Who says we cannot talk about politics in mosques.This is the kind of teachings brought by those Englishmen and practiced by Muslims.Sad,this is politics,this is the work of Western colonialists,separating religion and politics." This is few of the evidence to show how PR often goes against Sultan.Why would Faekah lie about this,saying as if PR will always defend Malay Royal Institution ??? Does she think that rakyat do not know that few of DAP's main objective is to abolish Malay Royal Institution Or she's the only one unaware of this ??? So,is it wrong for Tun Mahathir to warn about the dangers of PR for Malays and Islam ??? 

Tun Mahathir is not a religious graduate,but so does Faekah.However,Tun Mahathir should be given 'ulama' title which means 'knowledgeable person',while Faekah is far from getting the title.This is because all the service and wisdom given by Tun Mahathir can be seen clearly,around the country.Faekah should understand that not all people with religious credentials cannot be criticized and not all of them are good.Religious schools during Tun Mahathir's era has proven to be a factory producing stupid extremists which does not even bring any benefit to the country.Sauk and Memali are few of the clear evidence to be used as reference.What is worse,product of these schools are the ones who destroys all goods.This is because,most of these schools did not teach religion, instead, they brainwash children with political understandings of PR's ally,PAS,which is often misleading.The basic elements of Islam, values of courtesy, as well as learning worldly things to prepare these children to become khalifah (leaders),were ignored by these religious schools.Thus,even if they memorized all kinds of prayers and the contents of the Quran,we have no choice but to accept the fact the products of these schools are also involved in social issues such as gangsterism, adultery, abandoning babies and even homosexual activities.These kind of schools should be stopped before the country is filled with people who are confused.Why ??? Because most of their product often fail to fill requirements to further their studies. And for those who did manage to get through,they would fail halfway in universities. As for those who studies in countries which suffer the same issue, decides to mix up culture with religious studies. 

When they go back to Malaysia,they do not have any credentials to work in any sectors.The only industry they can go is religious-politics.In the end,they had to become religious school teachers, or open up their own school and teach according to what they were taught when they were small.If Faekah could think a little more,she might just understand that issues involving apostate in Selangor somewhat happens due to the confusion brought by the products of these political religious schools.Even if Faekah could not see it that far,she does not need to pretend to not know that her boss,Khalid Ibrahim did not think twice to slam the Islamic Religious Department and defended the church when the apostate case was revealed. And Faekah does not need to pretend to not know how Datuk Dr. Hasan Ali, one of the ones who really defend Islam,was pushed from various angles that he ended up getting kicked out from PAS and PR Selangor,just because he wanted to defend Islam.The issue on kalimah Allah also show how PR is unable to stop threats given by DAP towards Islam.PKR openly support the use of kalimah Allah in Bible even though they know the reason to this is so that it would make it easier for the Christians to convert Muslims.PAS is unable to say much about this,only thing they could do was be nice with DAP and say otherwise in front of their followers and in mainstream media. We still do not know what is PAS decision on this matter,because according to Syura Council,the ban is only subjected to PAS members only.DAP or anyone who are not part of PAS, can use kalimah Allah in Bible or any religious books.However,when asked about the statement,PAS denied it.That is why,Faekah do not have to look out for numbers to show that PR defends Islam.It would be better if she explain how the increase in budget for those religious schools contributes to the increase in apostate case and the growing numbers of nightclubs in Selangor.

GAZE-PONDERS
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...