tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Analisis] Gaza: Yang mana satu gimik politik, @AnwarIbrahim atau @NajibRazak?

Posted: 04 Feb 2013 07:30 PM PST


Jangan sekali-kali lupa akan sokongan Anwar terhadap keselamatan Israel yang diberikan tanpa syarat dalam video di bawah


#AnwarHipokrit : Bila @AnwarIbrahim Berpesan Kepada @NajibRazak Jangan Politikkan #Gaza


1. Keadilan Daily pada 1 Februari telah mengeluarkan kenyataan DS Anwar Ibrahim yang bertajuk 'Jangan Jadikan Lawatan Najib Ke Gaza Gimik Politik'.

2. Di sini sahaja sudah cukup untuk menampakkan betapa hipokritnya kenyataan DS Anwar Ibrahim ini.

3. Apanya tidak, sekiranya dibandingkan dengan lawatan Najib ke Gaza dan lawatan Hamas ke Pejabat PKR, yang manakah lebih bersifat politikal?




4. Sepanjang lawatan DS Najib ke Gaza tidak kelihatan satu pun bendera UMNO ataupun Barisan Nasional berkibaran di Gaza. Yang ada cumalah bendera Malaysia sahaja yang megah berkibar bersama bendera Palestin.


5. Lawatan Hamas ke Pejabat PKR pula, terang-terangan dilihatkan bendera PKR sebagai 'backdrop' serta pemberian 'mock-check' yang besar berjumlah USD 700,000 .

6. Adakah itu tidak cukup politikal lagi, DS Anwar Ibrahim?

7. Lawatan DS Najib Razak ke Gaza membawa nama Malaysia dan juga sumbangan yang diberikan lebih daripada apa yang PKR mampu berikan. Tetapi tidak pula kita lihat DS Najib memberikan 'mock-check' yang besar untuk diambil gambar semasa di Gaza.

8. DS Najib semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan lagi telah banyak kali menghantar bantuan kepada Palestin tanpa pengetahuan sesiapapun. Malah, genjatan senjata di Palestin juga berlaku kurang daripada 24 jam setelah DS Najib bertemu dengan Obama di Phnom Pehn.


9. Sewaktu lawatan DS Najib juga, beliau telah memberi sumbangan untuk membina sebuah kolej industrial dan juga membina semula pejabat Perdana Menteri Palestin yang dimusnahkan Israel.

10. Apakah mesej yang ingin dihantar oleh DS Najib Razak dengan pembinaan semula pejabat Perdana Menteri Palestin ini kepada Israel? Adakah Individu lain seberani beliau ketika ini untuk melakukan sedemikian?



11. Media Israel dan US juga telah mengambil perhatian khusus tentang lawatan DS Najib ini. Akhbar Israel terutamanya telah mengeluarkan propaganda yang disahut oleh Hishamuddin Rais yang kononnya lawatan ini tidak disukai oleh pemimpin Hamas itu sendiri.

12.Hakikatnya, dengan lawatan DS Najib yang pasti memenangi hati bukan sahaja rakyat Malaysia malah rakyat Islam sedunia, ini telah menyebabkan DS Anwar Ibrahim berasa tidak senang hati.

13. Maka diaturkannya pula lawatan balas dari Hamas untuk mengimbangi tindakan DS Najib tetapi malangnya skalanya tidaklah begitu besar.

14. Akhbar Israel dan US sedikitpun tidak mengambil peduli kerana mereka tahu ini cuma gimik politik DS Anwar Ibrahim sahaja.

15. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


[Video] Penyokong Royalti TUKAR pendirian selepas dengar penjelasan @Mustapa_Mohamed #TukarKelantan

Posted: 04 Feb 2013 02:06 PM PST




[VIDEO] : Husam Tepuk Dahi Dengar Fakta Terperinci @Mustapa_Mohamed Mengenai Royalti Minyak

http://tukar-kelate.blogspot.com/2013/02/husam-tepuk-dahi-dengar-fakta.html

Video penjelasan dari Tok Pa berdurasi 10.00 minit ini mungkin mampu membuka hati anak muda yang buta perut tidak mahu meneliti dan membaca mengenai undang-undang yang telah dipersetujui di antara kerajaan negeri Kelantan dan Petronas.


Oleh itu lapanglah dada dan ikuti penjelasan daripada Tok Pa, harap-harap penjelasan ini tidak mengusarkan NGOk 'R' selepas Presiden mereka kecut telur untuk menyahut cabaran debat oleh blogger kickdefella :


Jadi bagaimana?

Jika benar ia sah dari segi undang-undang dan perjanjian, mana mungkin kita anak Kelantan mahu menipu anak negeri kita sendiri.

Lainlah PAS, mereka bukan sahaja menipu rakyat Kelantan, bahkan mereka turut menipu kepada Allah SWT.

TUKAR!

TUKAR!

TUKAR!

Gelombang Merah, BN Merentah!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...