Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Kisah Tahanan Wanita Islam Di Dera dan Di Rogol dalam Penjara Amerika!

Posted: 07 Feb 2013 07:18 AM PST


Dr. Aafia dalam tahanan menunjukkan penderitaan yang dialami

Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?

Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.


Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?

kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.

Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.

Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.

Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau.

Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya. - sumber SINI

Yvonne Ridley mendedahkan kisah Dr.Aafia



McTheory:
Berdoalah, itu senjata utama umat Islam..

TUDIAA!! MalaysiaKini Mempersendakan Nik Aziz!!

Posted: 07 Feb 2013 04:38 AM PST

Nate gapo PSY tuhh..


Mc ada terbaca di Malaysiakini mengenai Nik Aziz apabila disoal mengenai kedatangan PSY ke Malaysia. Nik Aziz sudah tentu tidak mengenali PSY kerana dia bukan orang muda ataupun pemimpin muda yang update dengan hiburan masa kini.

Mc tak salahkan Nik Aziz dia tak kenal PSY, tetapi Mc salahkan wartawan Malaysiakini yang mempersendakan Nik Aziz. Walaupun orang tua tu Mc tak suka akan perangai huduhnya yang keluarkan fatwa sesukahati. Namun janganlah diperlakukan dia sedemikian rupa.

Tapi Nik Aziz pun tipikal pembangkang, pantang dengar benda pasal kerajaan. Mulalah fikir tak elok dan bukan-bukan. Lain kali kalau taktau tentang perkara tu, tak payah la komen. Dok diam sudah, kan dah malukan diri sendiri.

Tapi sebenarnya kelakar juga, bila Nik Aziz suruh PSY tutup aurat bila datang Malaysia nanti. Apa Nik Aziz nak suruh PSY pakai jubah ka? he he..


McTheory:
Tapi Malaysiakini pun jahat, buli Nik Aziz.. kesian orang tua tu.. hahaha

PANASS!! Kisah Benar Pergaduhan diantara Samseng Mazlan Aliman dan Penduduk Kampung! #IsuFelda #FGV

Posted: 07 Feb 2013 01:17 AM PST


Mc terbaca disebuah blog baru yang dipanggil nama Megat Spy, semasa kekecohan diantara samseng Mazlan Aliman dan peneroka felda di Sungai Tengi. Si Megat Spy ni, ada kat sana untuk melaporkan apa yang sebenarnya berlaku. Baca kat bawah, apa sebenarnya yang terjadi pada malam tu..
Kecoh! Sedih! Pilu! Itulah yang terjadi di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor malam semalam. Gua sedih tengok orang kampung Felda ni kena pukul dengan SAMSENG PAS malam semalam..

Korang tau sape Mazlan Aliman? Haa dia ni ANAK PENEROKA TAK SEDOR DIRI!! Semua FELDA tak nak bagi mamat ni masuk sebab menabur fitnah yang bukan-bukan..ops lupa lak Mazlan Aliman ni pun ahli PAS! Tapi kenapa dia boleh tabur fitnah sana sini ek?! OPS sekali lagi gua lupa ahli pas seumur hidup kan semua masuk SYORGA...HAHAHA PUIH!!

Punca Mazlan Aliman ni nak masuk Felda Sungai Tengi ni adalah kerana nak menghasut para peneroka membenci pihak kerajaan.. apa lah dosa kerajaan sampai ko nak hasut orang lain benci kerajaan ni?! HALLO brader..ni gua nak cerita sikit..dulu ye sebut FELDA orang mesti ingat oh ni mesti orang susah..rumah pun mesti rumah setinggan je..

Sekarang ni orang FELDA semua KAYA-KAYA la bro!! KETE BESOR, RUMAH BANGLO, ANAK BELAJAR TINGGI-TINGGI.. Ni sume hasil USAHA KERAJAAN LA der..

Sekarang gua nak tanya janji manifesto PAKATAN HARAM masa PRU-12 dulu apa yang dah ditunaikan untuk orang-orang FELDA ni? NOTHING la ni BRO!!


Orang tua yang rambut dah putih tu..NAJIB RAZAK.. A.K.A PERDANA MENTERI MALAYSIA tu la yang duk tolong orang-orang FELDA ni supaya tak hidup susah macam dulu lagi! Yang si bengong Mazlan Aliman ni pulak tah habis-habis nak menyusahkan usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

Apa yang lu duk bantu Mazlan Aliman oii..orang FELDA LU SENDIRI DAH TAK TERIMA LU, LU NAK TRY TEMPAT LAIN LAK?
Nak sambung cerita menarik ni, pi baca kat blog Megat Spy nak masuk KLIK SINI

PANASS!! Ayat Tun Dr Mahathir Sindir Nik Aziz 'Menyayangi' Karpal Singh!!

Posted: 06 Feb 2013 10:18 PM PST



Sesungguhnya Ayahanda Tun Dr Mahathir memang suka menyindir sejak akhir-akhir ini. Kenyataan yang beliau buat untuk media, sememangnya menyakitkan jiwa pada penyokong sebelah Pakatan Haram.

Semalam Tun Dr Mahathir menyindir Pas kerana tak berani keluar dari pakatan.

Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana ia bergantung kepada DAP, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 

parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'.

"Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Nik Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama.



"Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," kata Tun Dr Mahathir lagi sambil tersenyum.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas saranan Ustaz Nasha yang mahu Pas keluar dari Pakatan. Selagi Pas tak keluar dari Pakatan, Pas akan tetap jadi hamba dalam PR.


McTheory:
Ayat Tun M memang makan dalam.. hehe

PANASS!! Kerajaan Negeri Kedah HALALKAN Tarian Separa Bogel di KULIM!! #TukarKedah

Posted: 06 Feb 2013 07:17 PM PST



Mc sangka hanya Anwar saja yang mahu halalkan tarian bogel ni. Rupanya Pas pun sama juga. Apa nak buat, PKR dan Pas dah sehati sejiwa. Bila Anwar kata ini perkara kecik, takkan Pas nak bantah kot? Kenyataan Anwar boleh klik SINI.

Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menegaskan majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran ADUN PKR Kulim, Lim Soo Nee yang memaparkan penghibur wanita berpakaian seksi, tidak menyalahi mana-mana undang-undang di negeri itu.


Menurutnya, Enakmen Hiburan yang digunapakai di Kedah menetapkan cara berhibur orang Islam yang tertakluk kepada landasan tertentu manakala bukan Islam diberikan kelonggaran tertentu ketika mengadakan persembahan awam.

Ooo.. patut la sekarang ni pusat hiburan berlambak-lambak kat Kedah. Malah yang dok menari dalam pusat hiburan tu juga, umpama baju tak cukup kain.  Patut la depa berani, rupanya kerajaan Kedah benarkan.

Memang la tak salah kalau dikira undang-undang perlembagaan. Tapi itu dah kira kurang sopan. Patutnya kerajaan negeri boleh nasihatkan PKR supaya kurangkan 'seksi' semasa persembahan. Naik terbeliak mata tok haji Pas tengok nanti.

Apakah dengan kenyataan ini, bermakna Pas Kedah sokong tarian seksi dikhayalak ramai?

Punggah dah puak Pas ni.. demi politik dan undi.. bogel pun bogel la..


McTheory:
Islam jenama apa taktau puak Pas ni.

PANASS!! Sesi Dialog Pas Bersama Penduduk Kampung Tiada Sambutan!! #TukarKedah

Posted: 06 Feb 2013 04:36 PM PST


TMK kerap mendedahkan kemungkaran dan kedajalan "tangan-tangan ghaib" yang merosakan khazanah alam. Pada bulan lepas TMK menbongkarkan Skandal di mana sebuah Pejabat ADUN PAS menggantikan (Pejabat Tanah) mengutip wang dari pemohon Tanah Usaha. klik sini dengan kerjasama dari mangsa-mangsa penipuan tanah Gunung Inas satu sesi dialog telah anjurkan bersama penasihat undang-undang UMB.


Akibat dari pembongkaran tersebut, Kerajaan Regim PAS melalui Perbadanan Menteri Besar Kedah melantik Wiranda (M) Sdn. Bhd. sebagai perunding, bagi menjawab Isu Pembalakan dan Pejabat ADUN PAS Kupang mengambil wang dari Pengusaha Tanah gunung Inas.



Kononnya mereka cuba untuk cover balik majlis dialog tu dengan memanggil consultant yang baru dilantik setelah kes ini berlaku pada 3 tahun yang lepas.

Kiranya jika tak ada sesi dialog tu, sampai kiamatlah orang kampung sana dok tunggu geran mereka.


Tapi Mc diberitahu, dalam dewan yang besar tu. Hanya 23 orang saja hadir mendengar penjelasan dari pihak consultant tu. Tu pun termasuk pengawal peribadi Cikgu Joe, orang kanan Cikgu Joe, setiausaha CIkgu Joe, kaum kerabat cikgu Joe dan saudara mara Cikgu Joe.

Rasanya kalau tolak semua tu, orang kampung yang hadir tak sampai 10 orang kot. he he.. Isi penerangan tu biasa la, tak sudah-sudah dengan penafian.

Cakap banyak tak guna, kalau benar benda tu betul, kenapa selama 3 tahun ni, pihak consultant tak pernah hubungi langsung penduduk kampung.

Bila dah pecah tembelang macam ni, baru sibuk nak settle. Nampak sangat semua ini hanya penipuan dari Pas Kupang.

Dah la rembat tanah orang kampung, rembat duit pulak tu, apa nak jadi la dengan puak Pas ni. Pada yang tak pernah baca cerita orang kampung kena tipu dengan Pas Kupang, boleh klik SINI


McTheory:
nak cover apa lagi, tembelang dah pecah!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...