Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANAS!! Khatib PAS Berkhutbah Diatas Mimbar UMNO?

Posted: 01 Feb 2013 07:17 AM PST


Khatib PAS ni dah taubat dari PAS. Alhamdulillah... Tiada istilah mimbar UMNO atau PAS. Masjid adalah tempat menyatukan umat Islam. Kalau Khatib PAS sekalipun nak berkhutbah, janganlah sampai memecah-belahkan umat Islam. Tak perlu berkhutbah asyik nak jatuhkan pemerintah sahaja. Hentikanlah menggunakan agama demi kepentingan politik anda...!!

PANASS!! Lepas Ustaz Nasha, Giliran Haron Din dan Harun Taib Pula Akan Di Gugur?

Posted: 01 Feb 2013 05:47 AM PST


Pelbagai teka-teki timbul apabila Ustaz Nasha telah digugurkan dari menjadi ahli majlis syura Pas. Satu badan ulamak tertinggi.

Malah para penganalisis politik menjangkakan akan ada seorang atau dua lagi ulamak Pas yang menentang arus parti akan dipecat.

"Seorang atau dua pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu" kata bekas pengikut setia parti Pas, Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib dan Timbalan Musridul am Pas sendiri, Haron Din.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.

"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti.

Kita tunggu apa tindakan Pas selepas ini. Beranikah Pas memecat dua tokoh ulamak yang terkenal dengan perjuangan agamanya itu.

Benar kata Zainol, Pas telah banyak berubah, yang menegakan agama, dipinggir. Pejuang pluralisme, LGBT, Syiah dan liberal disanjung dan diberi tempat dalam Pas.

Islam yang bagaimana Pas perjuangkan sekarang?

McTheory:
Islam Plural yang liberal?

PANASS!! PM @NajibRazak TOLONG Pas Kedah Tunaikan Janji Palsu!! #TukarKedah

Posted: 01 Feb 2013 01:19 AM PST


Pada PRU12 yang lalu, PAS Kedah telah berjanji kepada golongan muda yang mempunyai minat kepada pemotoran, PAS akan bina litar lumba untuk golongan muda di Kedah sekiranya PAS berjaya menawan Kedah.

Namun hampir lima tahun berlalu, janji tinggal janji, malah janji berkenaan tidak pernah di tepati PAS Kedah setelah menjadi Kerajaan Negeri.

Sehubungan dengan itu, YAB DS Najib Razak telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan. Perdana Menteri akan menunaikan janji palsu Pas pada golongan muda. Sesungguhnya BN tidak pernah mungkir janji.

Janji berkenaan akan di masukan dalam Manifesto BN Kedah pada PRU13 ini.



Selepas Perdana Menteri mengumumkan pembinaan litar lumba khas kepada golongan belia yang minat berlumba secara halal. Pas Kedah pun kelam kabut 'kembali' berjanji untuk masukan benda yang sama ke dalam manifesto mereka. Ceh muka tak malu siot.. dulu janji, bila menang tak buat pun.

Kali ni janji lagi, puiii.. pergi terjun sungai la.

McTheory:
Sapa percaya cakap Pas lagi, memang bodoh tahap gaban la..

PANASS!! Kit Siang Dap Pernah Maki Melayu dan Hina Islam! Pas Masihkah Kau Ingat?

Posted: 31 Jan 2013 11:33 PM PST


Kit Siang dan Dap pernah bawa penyapu nak halau melayu keluar dari Malaysia. Kit Siang pernah suruh Melayu pergi mati, celaka sama melayu. Adakah Pas lupa semua ini? Pas selalu bandingkan Dap tu sama macam MCA.'

Mc nak tanya puak Pas, MCA pernah kata macam tu ka?

Bodoh punya puak Pas, orang hina Islam dan Melayu pun hangpa masih dok menyembah lagi.. tuih!

PANASS!! Ahli Parlimen Pas Subahat Dengan Rumah Pelacuran?

Posted: 31 Jan 2013 07:18 PM PST


MACAM tak percaya pun ada apabila mendapat berita dari sahabat Mc yang sorang ini. Artikel beliau di SINI yang telah berjaya membongkar siapa sebenarnya dalang yang menghalalkan rumah pelacuran berleluasa di Kuala Selangor.

Tapi tidak disangka-sangka, pekan kecil yang berkepadatan penduduk majoriti nya Islam dan Ahli Parlimennya juga Islam PAS, tidak mengetahui akan kewujudan rumah maksiat tersebut.

Bukan hendak menuding jari mencari salah sesiapa namun itulah hakikatnya. Apabila kemaksiatan berlaku di depan mata tiada dicegahnya. Dikatakan UMNO pelopor maksiat di Malaysia. Banyak anak luar nikah salah UMNO, banyak sumbang mahram salah UMNO, rumah pelacuran salah UMNO?

Jadi, ada apa-apa nak komen? Kalau rumah pelacuran kat Kuala Selangor yang berahli parlimenkan Pengarah Strategik PAS, Dzulkifli Ahmad adakah juga salah UMNO?

Sedarlah...

Dibawah video panass.. rumah pelacuran tersebut diserbu


McTheory:
Maaf kalau ada adegan yang agak seksi, tapi inilah realiti.

PANASS!! Gambar Nik Aziz Marah Ustaz Nasharuddin Mat Isa!

Posted: 31 Jan 2013 04:37 PM PST


Fuhh.. marah benor orang tua ni kat Ustaz Nasha. Sampaikan salam pun Nik Aziz tak tengok muka. Memang sah la, Nik Aziz ni diantara dalang utama yang gugurkan jawatan Ustaz Nasha dalam majlis syura Pas.

Nik Aziz punya marah, umpama Ustaz Nasha tu buat perkara mungkar yang dilarang Islam. Sedangkan beliau hanya ke Palestine untuk mendamai dan menyatukan umat Islam di sana. Pelik sungguh perangai orang tua ni.

Apakah perangai pelik ini merupakan petanda zaman kejatuhan Nik Aziz?

McTheory:
Burok Benor.. mu nih.. ajiss.. ajiss
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...