BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SAIYYIDATINA KHADIJAH AWARD TO WAN AZIZAH !!! ABIM INSULTED THE WIFE OF RASULULLAH S.A.W !!! WHAT ???

Posted: 06 Feb 2013 03:00 PM PST


companions by comparing Lim Guan Eng the kafir,liar and racist leader with Khalifah Umar Al-Aziz,now ABIM instults the wife of Rasulullah S.A.W by giving an award to Wan Azizah,the wife the famous sodomite in Asia with the 'Saiyyidatina Khadijah Award' during its National Helwa Assembly (HKK) on February 13.The award was given to her by the President of Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah),Dr Siddiq Fadzil to Wan Azizah at Auditorium Jubli Perak,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) and it was given to her for her 'courage' in fighting for justice,truth and Islam,towards a better change.There is no way that ABIM would not know the history of Saiyyidatina Khadijah which is far different than Wan Azizah. Saiyyidatina Khadijah binti Khuwailid RA was a symbol of the First Lady.Saiyyiditina Khadijah was a woman with great character and she did not depend on the status of her husband nor family,instead,she stands on her own.She was born in a wealthy family,but she gain her respect as she handles the family business.As a successful businesswoman,Saiyyidatina Khadijah was famous among the Quraisy.Her noble character had given her so much respect which she then known as ath-Thahirah (sacret woman). 

Her marriage with Rasulullah S.A.W was filled with love and respect. Saiyidatina Khadijah was his big motivation and a loyal aide to Rasulullah S.A.W.Conclusion is,Saiyidatina Khadijah is the symbol of a true Muslim woman.Based on these facts,who is Wan Azizah to receive such great award ??? Wan Azizah is not a woman who deserves any respect because she decided to eloped with Anwar in Thailand just because their relationship did not receive any blessings from her father.They then got married on February 28,1980 without any auspicious ceremony or even pictures.Wan Azizah is just a regular woman,born in Singapore,she was left by her father who was then studying in Singapore.Wan Azizah grew up with two of her uncles on Kedah and Kelantan.It is then said that living that kind of childhood,Azizah did not receive much love.It is true, Azizah is courageous,but she is courageous in terms of defending a sodomite,she dares to abet to bring down the government led by Muslims to be replaced by a leader who is a pluralist and he would work alongside the enemy just to drive Malaysia towards liberalism.

Even their daughter acknowledges pluralism in religion and fights alongside her father with Wan Azizah also by his side,defending them no matter what happens.Even though defending your husband is something noble,but defending him blindly is stupid, that is not the characteristics of a true Muslim woman,like what as shown by Saiyidatina Khadijah.Wan Azizah is not a Muslim fighter,instead,she fights for liberalism,pluralism and LGBT, in line with her husband's fight.That is why,even if she is loyal towards her husband,she should not be given any respect.Thus,ABIM should withdraw the award from Wan Azizah because she clearly chooses to obey her husband than her religion. To ABIM,do not insult woman to that level and do not give such award to a woman who supports the enemy of our religion,race and country.Do not insult Saiyidatina Khadijah by linking her with Wan Azizah.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! WATER ISSUE !!! RAKYAT KEDAH MIGHT DIE OUT OF THIRST ??? WHAT ???

Posted: 06 Feb 2013 11:00 AM PST


Rakyat kedah are beginning to ask what happened to the estimated RM20 million profit which was gained from selling their water supply to Penang which was announced by its Chief Minister as a smart measure to reduce the state's budget deficit.would it stay as a fairytale for rakyat ??? Kedah Chief Minister,Datuk Seri Azizan Razak may have forgotten the jurisdictions of a Chief Minister Perhaps he though that announcing the matter during budget presentation,it could be implemented there and then or perhaps he thought that the only thing they need to do is send invoice to Penang government each month like any other regular business transactions and Penang government would pay just like that.That is why,Penang Chief Minister chooses to ignore Azizan's fairytale.When the fairytale began to spread,one of PAS Kedah exco members,Phahrolrazi,had to pretend to show that he is serious by making the statement saying that Kedah would put a price on the water supply which is channeled to Penang.Sadly,both Phahrolrazi and Azizan refuse to head to Penang to make any discussion.From what we know,Kedah government have only sent a single letter to Penang to mention their intention in putting a price for the water supply to the state. Thus, it is not wrong when Penang only sent Penang Water Supply Department General Manager,Jaseni Maidinsa to provide response towards a statement coming from an exco and it is not wrong for Jaseni to give a light response where Penang only uses water supply from Sungai Muda beginning at the river border which flows towards the state only and that is why Kedah cannot impose any price because it is not part of Kedah. With that response, Kedah was stunned. 

That is the problem when one only knows how to talk instead of work. Looking at the status quo where Azizan has never and never will talk to Guan Eng, Kedah would definitely get nothing out of this. Not just that they are not getting anything from giving their water supply, the only thing which could benefit Kedah, logging, seems to have caused water supply issue to rakyat Kedah. The uncontrolled logging had caused geological impact which leads to the risk of landslide or mud flood, which could also contaminate the state's water supply.Few of the chronic cases include logging activities which occurs only 100 meters away from Tasik Pedu. Before that, it was an area of 5,000 hectare at Gunung Inas,Sik while another 350 hectare at Tasik Pedu's water catchment area.The issue on contaminated water due to uncontrolled logging is not a fairy tale.On October 2011,people from Pendang and Padang Terap district organized a demonstration to oppose the state government's decision in approving a logging license to a company called Ng N Beh Trading, license number KT 01-(P)-52-2011 at Bukit Perak Permanent Forest Reserve. From there,water supply which flows to seven villages,Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau, Kg Titi Akar and Kg Padang Durian became turbid thanks to their logging activities.Despite that,Kedah State Government still refuse to take any actions.Their excuse,it is just UMNO's political game.It is clear tha Azizan is running out of ideas on how to generate the state income,that is why he decided to clear all forests. Azizan does not succeed in asking Penang to pay for their water supply and they cannot do anything to stop it, and rakyat Kedah are suffering from water issues until all forests are cleared. And once the logging is done,Kedah might face mud flood issues,but people of Penang would still be able to enjoy free water supply from Kedah.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! ISU AIR !!! RAKYAT KEDAH BAKAL KEHAUSAN !!! APA CERITA NI ???

Posted: 06 Feb 2013 07:30 AM PST


Rakyat Kedah mula tertanya-tanya apa ceritanya tentang anggaran hasil RM20 juta dari penjualan air kepada Pulau Pinang yang dimegahkan oleh Menteri Besar Kedah sebagai langkah bijak untuk mengurangkan defisit bajet negeri itu.Apakah ia akan terus menjadi sekadar sebuah cerita dongeng yang dibacakan untuk menghiburkan hati rakyat ??? Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Razak telah tersalah congak akan kuasa seorang Menteri Besar agaknya.Sangkanya,dengan hanya mengumumkan dalam bajet,maka perkara tersebut akan dengan sendirinya terlaksana atau mungkin juga beliau menyangka,apa yang perlu dilakukan selepas mengumumkan bajet,hanyalah menghantar 'invois' setiap hujung bulan kepada kerajaan Pulau Pinang sepertimana urusniaga biasa dan kerajaan Pulau Pinang pun akan membayarnya.Oleh kerana kebebalan ini,maka Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengambil sikap acuh-tak-acuh dengan cerita dongeng Azizan.Apabila cerita dongeng ini meletup,si Phahrolrazi,exco kerajaan PAS Kedah pun terpaksa menunjuk tegas dengan membuat kenyataan yang Kedah tetap akan meletakkan harga ke atas air yang dibekalkan kepada Pulau Pinang. 

Malangnya,Phahrolrazi,mahupun Azizan sendiri enggan mengadap kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang.Apa yang difahamkan,hanya satu surat sahaja yang dihantar oleh Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan hasrat mengenakan bayaran terhadap bekalan air mentah kepada negeri itu.Justeru,tidak salah apabila Pulau Pinang hanya menghantar Pengurus Besar Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang,Jaseni Maidinsa untuk memberi respon terhadap kenyataan seorang exco dan tidak salah juga jika Jaseni memberi jawapan yang seolah-olah tidak serius iaitu Pulau Pinang hanya menggunakan sumber air Sungai Muda bermula dari sempadan sungai yang mengalir ke negeri itu sahaja dan oleh itu,ia tidak boleh dikenakan bayaran kerana ia bukan di dalam tanah jajahan Kedah.Dengan jawapan begitu,kerajaan Kedah pun menjadi kelu.Inilah masalahnya apabila hanya bijak bercakap tetapi tidak tahu bekerja.Kedah kini benar-benar bergantung kepada sumber semulajadi,iaitu air dan balak.Melihat kepada keadaan semasa,di mana Azizan tidak pernah,tidak akan dan tidak mungkin akan berani berbincang dengan Guan Eng,maka Kedah pasti akan berputih mata dalam mengharapkan hasil dari penjualan air kepada Pulau Pinang.Sudahlah tidak dapat membawa hasil melalui air, satu-satunya yang dapat membawa hasil iaitu balak,nampaknya telah menyumbang masalah kepada bekalan air kepada rakyat Kedah pula. 

Pembalakan yang tiada batasan dan yang tidak menghiraukan sempadan kawasan tadahan bukan sahaja memberi kesan kepada geologi dan berisiko menyebabkan tanah runtuh atau banjir lumpur, tetapi juga mencemarkan bekalan air.Antara yang paling kronik ialah kegiatan pembalakan yang cuma 100 meter dari Tasik Pedu. Sebelum itu, di kawasan seluas 5,000 hektar di Gunung Inas,Sik untuk diwujudkan Ladang Sejahtera manakala 350 hektar di hutan simpan dan tadahan hujan di Tasik Pedu dikatakan bakal dijadikan ladang buah-buahan.Meskipun mendapat bantahan keras pelbagai pihak,namun kerajaan Pas Kedah terus angkuh meneruskan kegiatan itu.Malah Azizan juga mahu mengenal pasti lagi kawasan pembalakan baru seluas 800 hingga 1,000 hektar untuk dipajak kepada pihak lain.Masalah air yang tercemar kerana pembalakan luar kawal bukan cerita dongeng seperti dongeng ingin menjual air mentah kepada Pulau Pinang. Pada bulan Oktober 2011, penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak.Akibatnya,air yang mengalir ke 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian menjadi keruh kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh-tujuh buah kampung terbabit.Penduduk kampung terpaksa menggunakan air yang berwarna merah berlumpur untuk urusan seharian termasuk memandikan jenazah.Namun,kerajaan negeri Kedah masih lagi mengambil sikap tidak peduli dengan nasib rakyat.Kononnya, ini semua hanyalah mainan politik UMNO.

Jelas bahawa Azizan sebenarnya telah buntu atau 'mati kutu' dalam usaha untuk menjana pendapatan negeri kerana itu beliau sanggup membiarkan kawasan hutan simpan kekal juga diteroka.Segala-gala projek yang dirancang tidak menjadi,termasuk projek-projek besar seperti projek perladangan di Papua New Guinea.Ini sangatlah tidak menghairankan kerana projek bersifat biasa seperti perumahan juga telah gagal dilaksanakan dengan sempurna di bawah kerajaan negeri di mana terdapat unsur-unsur ketidaktelusan yang amat ketara seperti mana yang di laporkan dalam pembentangan audit baru-baru ini.Azizan tidak berjaya memaksa Pulau Pinang membayar harga bekalan air mentah dan tidak mampu pula untuk memberhentikan bekalan air kepada negeri itu.Sedangkan,rakyat Kedah pula berhadapan dengan masalah air yang masih tiada tanda-tanda akan selesai selagi kawasan pembalakan belum gondol sepenuhnya.Senarionya kini ialah apabila semua balak sudah selesai, rakyat Kedah mungkin akan berhadapan dengan masalah banjir lumpur pula,tetapi rakyat Pulau Pinang tetap akan menerima bekalan air dari Kedah secara percuma.Kata orang utara,pi-mai-pi-mai,tang tu jugak.Apa saja yang kerajaan negeri lakukan untuk mencari hasil,kononnya,yang dapat hanyalah kerugian semata-mata.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! BUKTI LIM GUAN SAYANG DAN JEMPUT PSY 'GANGNAM STYLE' KE PULAU PINANG TERBONGKAR !!!

Posted: 06 Feb 2013 04:00 AM PST


amik ubat,bukti lim guan eng minta PSY 'gangnam style' datang penang dah terbongkar.sebelum itu saya nak ceritakan sikit sejarah DAP dengan PSY 'gangnam style' masihkah anda ingat lagi video UBAH ROKET SYLE ??? itu siapa yang buat ??? DAP kan ??? kenapa sekarang puak PR nak memekak berkenaan 11 februari ni.nak tahu tak cerita sebenar ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

MANA BUKTI LIM GUAN JEMPUT PSY 'GANGNAM STYLE' KE PULAU PINANG ???

LIHAT VIDEO DI BAWAH 



MUAHAHAHAHA !!!

JOM LIHAT PSY DI AMERICAN MUSIC AWARDS !!!

MASA INI PSY BERADA DI DEPAN MATA SAYA !!!


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ISU SYABAS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!

Posted: 06 Feb 2013 12:30 AM PST


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini membidas sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering mempersoal setiap usaha kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu air di negeri itu. Beliau berkata terbaharu,Abdul Khalid mahu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi penerangan secara terperinci tentang tindakan yang akan dilakukan menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta yang disalur kerajaan persekutuan.

"Apa rasional Abdul Khalid mahu semua ini, sepatutnya mereka bersama-sama membantu menyelesaikan isu ini, kerajaan persekutuan salurkan (peruntukan) bagi mengatasi masalah air malah peruntukan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM345 juta turut diberi kepada kerajaan Selangor bagi menangani isu sama.Jadi tidak perlu persoalkan,sepatutnya sama-sama buat,Syabas dan kerajaan Selangor lakukan usaha masing-masing untuk menyelesaikan isu ini, bukan cari salah siapa dan memutar belit isu air ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bukan semua isu boleh serta wajar dipolitikkan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.Beliau berkata isu membabitkan keperluan asas tidak sepatutnya dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum keadaan menjadi lebih buruk. 

"Cukuplah politikkan dan putar belit isu air ini, dulu heboh kerajaan persekutuan tidak benarkan penstrukturan semula air, bila kita benarkan timbul hal lain, kita mahu bina Langat2 juga mereka halang, jadi apa sudahnya," katanya. 

Abdul Khalid menerusi satu kenyataan media Ahad lepas, mempersoal tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan bantuan kewangan RM120 juta kepada Syabas bagi menyelesaikan isu air di Selangor.Menteri Besar Selangor itu turut meminta Syabas memberi secara terperinci bentuk-bentuk perbelanjaan yang akan dibelanjakan menggunakan dana itu.Terdahulu, Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang menyampaikan Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) berjumlah RM1,000 seorang kepada 445 penerima dari Kuala Selangor,Sabak Bernam dan Tanjong Karang. - Bernama

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PAS DAN DAP BERGADUH LAGI ISU KALIMAH ALLAH !!! APA CERITA NI ???

Posted: 05 Feb 2013 09:00 PM PST


Beberapa tahun lalu,isu Kalimah Allah dan terjemahan Injil ke Bahasa Melayu telah menjadi panas apabila pihak Kristian mendakwa kerajaan dengan sengaja menahan 30,000 Injil berbahasa Melayu di pelabuhan.Isu ini menggelegak terus ketika demam pilihanraya Sarawak di mana rekod peristiwa waktu itu jelas menunjukkan bagaimana PAS telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dan menghentam kerajaan kerana tidak menghayati hak kebebasan beragama seperti yang dituntut oleh Islam.Kenyataan pemimpin PAS di media serta laman-laman web rasmi mereka,termasuk media alternatif pro-pembangkang memaparkan segala-galanya iaitu bahawa PAS tidak ada masalah dengan injil berbahasa Melayu mahupun penggunaan nama Allah di dalamnya kononnya dengan syarat ia tidak disalahguna.Perkataan 'tidak disalahgunakan' bagaimanapun,tidak pernah dijelaskan secara ilmiah dan terperinci termasuk contoh-contoh sebagaimana sepatutnya.Sedangkan,perkataan ini adalah terlalu umum dan mudah disalahtafsir atau disalahgunakan juga.Justeru,atas kebebalan pemimpin PAS ini, maka Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan untuk 'mengacah' umat Islam dalam strateginya untuk memecahbelah dan menyemarakkan api perkauman dengan menimbulkan kembali isu ini dalam perutusan Hari Krismasnya Disember lepas.

Seperti yang dijangka Guan Eng,isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam dan berjaya memecahbelahkan PAS,sekali gus melemahkan Islam itu sendiri apabila PAS berada dalam keadaan tersepit ingin menjaga hati Kristian DAP demi menonjolkan sikap keterbukaan. PAS telah terpaksa menafikan mereka pernah menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain dan Hadi Awang pula secara langsung menuduh isu ini hanyalah 'mainan politik UMNO' demi untuk tidak menyinggung DAP.Maka,jika pembaca Badut Rakyat lihat di dalam media-media sosial,pembaca mesti terlihat penyokong-penyokong PAS pun tercungap-cungap cuba membela Guan Eng dan di masa yang sama membela putar-belit pemimpin mereka.Akibatnya,ramai di antara penyokong senyap mereka mula meragui 'keIslaman' PAS dan yang di atas pagar pula lari dari PAS.Majlis Syura PAS terpaksa diheret untuk menyelematkan keadaan dan akhirnya,para 'Ulama' PAS bersetuju bahawa apa yang terbaik bagi politik PAS ialah memperkukuhkan imej Islam dengan menentang apa yang diperjuangkan oleh Guan Eng melalui utusan Hari Krismasnya. 

Malangnya tiada siapa pun di dalam kepimpinan PR yang pedulikan Majlis Syura.Keputusan Majlis Syura hanyalah tertakluk di dalam lingkungan ahli PAS,bukan DAP mahupun PKR atau rakyat yang di luar PAS.Ini bermakna,jika DAP ingin teruskan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil,itu adalah hak DAP dan PAS dan Majlis Syuranya tidak berhak menghalang.Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada PAS,terutama golongan Ulamanya di dalam Majlis Syura.Harun Taib,selaku Ketua Dewan Ulama dan juga Nik Aziz sendiri,yang merupakan Pengerusi Majlis Syura dilihat cuba menonjolkan ketegasan dengan 'menempelak' Karpal Singh.Karpal nampaknya telah diberi tugas khas berdepan dengan PAS setiap kali pertelingkahan berkaitan isu agama antara DAP-PAS berlaku..

Harun Taib bertanya, "Siapa Karpal ingin mempersoalkan Majlis Syura ???". Nik Aziz berkata, "itu Karpal punya pasal." Hadi berkata,"perkara ini telah selesai, sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Syura." Tetapi, Karpal berkata, "ia belum selesai, kerana Majlis Syura tiada kuasa di peringkat Pakatan Rakyat." Anwar Ibrahim,selaku Ketua kepada Karpal, Nik Aziz,Hadi Awang,Harun Taib mahupun Lim Guan Eng dan PR keseluruhannya pula berkata, "keputusan terletak di tangan PR Pusat,bukan Majlis Syura mahupun PAS secara bersendirian." Lalu,apakah ertinya ini ??? Apakah PR meminta agar rakyat berfikir dan membuat definisi sendiri berkenaan keputusan PR mengenai isu Kalimah Allah di dalam Injil berbahasa Melayu ??? Apakah ini contoh cara pemerintahan PR sekiranya parti itu berkuasa ??? Iaitu masing-masing boleh membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri dan pilihan sendiri ??? Percayalah bahawa isu ini akan berlarutan tanpa penyelesaian seperti juga isu Amanat Hadi yang terus menjadi sekam di dalam masyarakat Islam. Hadi sanggup membiarkan penyokongnya hidup dalam keadaan tidak tenteram, tidak tahu benar atau salahnya tindakan mereka mengkafirkan sesama Islam, kalaupun tidak dalam keadaan berdosa kerana percaya mereka yang mengucap syahadah itu kafir dan wajar ditentang.Hadi sanggup membiarkan penyokongnya terbunuh, ditanam tanpa dikafan kerana menentang perlembagaan 'kafir',sedangkan beliau sendiri berikrar untuk mempertahankan perlembagaan yang sama. 

Bayangkanlah,jika soal hidup mati juga Hadi atau PAS sanggup permainkan,apatah lagi isu akidah dan kalimah.Mungkin bagi PAS,isu ini hanyalah sekadar isu 'kalimah' iaitu 'perkataan', atau 'nama',yang tidak membawa apa-apa unsur kerohanian atau kesucian,sepertimana AlQuran hanyalah sebuah buku bagi puak-puak pluralisme,iaitu tidak ada beza dengan buku-buku lain.Berpegang kepada pandangan ini,PAS akan terus bersandiwara membawa watak 'Islam' dengan melayan Karpal Singh bertekak demi memastikan undi umat Islam kekal di pihaknya.Setelah undi dapat dipastikan maka, barulah Harun Taib akan bersedia membuat kenyataan yang lebih jelas yang mereka akur kepada DAP.Nik Aziz juga apatah lagi,kerana masih lagi terharu dengan kek harijadi yang dibelikan Karpal untuknya pada Hari Thaipusam yang lalu.Hadi pula,sejak dari awal lagi tidak menyalahkan DAP,tetapi UMNO,maka beliau tentu tiada masalah untuk melutut di kaki Karpal nanti.Dalam kata lain,sekiranya PR menang dalam PRU ini,maka penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain oleh pihak lain selain PAS adalah dibenarkan,sepertimana yang disahkan oleh Anwar Ibrahim,Perdana Menteri PR.Ketika itu,anda mungkin boleh mendengar Harun Taib mengomel dan merungut serta penyokong-penyokong PAS pula mungkin bertindak membakar bendera DAP sebagai memastikan imej 'Islam' PAS tidak terkubur,namun,itu hanyalah sekadar 'hiasan' di dada akhbar semata-mata.Ia tidak akan didengar oleh Anwar dan juga DAP.Malah, silap-silap,akhbar itu akan diharamkan dan Harun Taib akan dipenjarakan kerana menghasut rakyat menentang kerajaan pimpinan Anwar.Apapun,saya pasti Harun Taib atau mana-mana pemimpin PAS tiada masalah untuk melutut di kaki DAP seperti selalu kerana mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka lebih rela ke neraka daripada ke penjara.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...