BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! BUKTI LYNAS TIDAK JEJAS PENDUDUK GEBENG DAN PELABUR AKHIRNYA TERBONGKAR !!!

Posted: 04 Feb 2013 04:00 AM PST


dalam filem Pendekar Bujang Lapok terdapat beberapa adegan segar mencuit hati biar berulang kali menonton antaranya membabitkan Sudin yang berlagak tahu maksud papan tanda di sebuah kampung ketika bersama dua rakannya mencari guru silat bernama pendekar Mustar.Itu belum lagi mengenai babak pendekar itu walaupun digambarkan seorang yang hebat dalam ilmu persilatan namun berjaya 'ditipu hidup-hidup' mengenai nama beberapa alat muzik oleh tiga sekawan Bujang Lapok itu.Natijahnya,semua keadaan tersebut berlaku kerana yang menyampaikan maklumat itu bukan orang berilmu dan pihak yang mendengar juga tidak dapat mengatakan ia betul atau tidak kerana mereka juga tidak mempunyai pengetahuan dalam hal berkenaan.Begitu jugalah jika boleh disamakan mengenai senario isu loji memproses nadir bumi,Lynas di Gebeng,Kuantan yang pada peringkat awalnya tohmahan pembangkang berjaya menimbulkan keresahan ramai.Tohmahan sehingga di luar kewarasan itu termasuk pengedaran risalah dan poster menggambarkan Kuantan bakal menjadi seperti Hiroshima selepas dihujani bom nuklear Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua atau ditimpa tragedi pencemaran radioaktif seperti di Chernobyl dan Fukushima.Namun keresahan itu hanya di peringkat awal kerana kebatilan tetap tidak mampu mengatasi kebenaran.Tindakan susulan agensi kerajaan terlibat termasuk Lynas memberikan penerangan kepada penduduk serta menerusi media berjaya mengatasi kekaburan yang dicipta pembangkang itu. 

Tidak cukup dengan itu,kerajaan membuka pintu kepada agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk melakukan kajian tentang projek Lynas ini.Akhirnya pakar dalam dan luar negara tetap bersetuju projek ini boleh diteruskan menerusi pematuhan syarat yang ditetapkan kerana Lynas hanyalah loji kimia biasa dan bukannya loji nuklear yang memungkinkan tragedi kemanusiaan seperti Chernobyl.Namun kerana perlu terus hidup atas isu demi mempertahankan kerusi dan melunaskan nafsu besar pemimpin mereka ke Putrajaya,pembangkang tetap galak memainkan isu tersebut biarpun tidak pernah menampilkan mana-mana pandangan pakar radiasi.Sebaliknya masih diingati,seorang Ahli Parlimen Pas,Dr. Che Rosli Che Mat yang merupakan saintis nuklear pula membidas rakan pembangkang beliau kerana keterlaluan dalam isu itu sehingga mengelirukan rakyat sedangkan hakikatnya berbeza.Sekarang Lynas telah memulakan operasi awal selepas berjaya dalam proses perundangan dan nampaknya salah satu tohmahan yang dilemparkan kononnya nilai hartanah di Kuantan akan menurun dan pelabur akan lari daripada perindustrian Gebeng tidak lah benar.Malah belum ada kedengaran mana- mana pemimpin pembangkang yang menjual rumah mereka di Kuantan dan kawasan sekitar Gebeng bagi mengelakkan nilai hartanah itu terus jatuh sebaliknya pembangunan kediaman dan komersial di ibu negeri Pahang terus rancak.Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan satu lagi projek yang bakal membawa pulangan besar kepada negara dan Pahang khususnya iaitu Taman Perindustrian Kuantan China Malaysia (MCKIP),di Gebeng.

Ironinya lokasi taman perindustrian berkeluasan 607.5 hektar itu terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian Gebeng sedia ada yang menempatkan loji memproses nadir bumi,Lynas dan pelbagai lagi industri milik syarikat multinasional dari seluruh dunia. Malah MCKIP yang merupakan satu lagi projek untuk kesinambungan kemajuan negara bakal menarik pelaburan RM7.5 bilion dan menawarkan 5,500 peluang pekerjaan menjelang 2020. Sebab itu, ketika pertemuan dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan,Datuk Sufian Awang baru-baru ini,beliau melihat isu penentangan kepada Lynas sudah tidak lagi relevan kepada pengundi. 

''Itu pun dulu kerana kita tiada pengetahuan tentang nadir bumi hinggakan apa yang dikatakan pembangkang waktu itu dianggap benar tetapi setelah pakar dalam dan luar negara kekal memberi sokongan kepada projek ini, maka rakyat sedar isu Lynas dipolitikkan,rupanya momokkan pembangkang adalah fitnah.Kerajaan sendiri juga sudah memberi jaminan yang keselamatan penduduk adalah keutamaan tanpa kompromi yang akhirnya menjadikan ia bukan lagi isu tumpuan kerana rakyat sudah faham," katanya.

dengan pelancaran MCKIP satu lagi bukti bagaimana tohmahan pembangkang kepada Lynas hanyalah fitnah semata-mata kerana pelabur asing terus datang menanam modal tanpa berasa khuatir dengan loji memproses nadir bumi itu.

"Kalau pelabur dari China yang jauhnya beribu kilometer boleh membawa pelaburan berbilion ringgit ke Gebeng menerusi MCKIP,kenapa orang kita nak terus percaya tohmahan pembangkang," tegas Suffian. 

Maka,jika pembangkang terus memainkan isu Lynas maka tinggallah mereka seperti adegan Sudin menipu dalam Pendekar Bujang Lapok.Namun harus diingat,tidak ada orang yang sanggup membiarkan mereka ditipu kali kedua seperti mesej seniman agung,P.Ramlee dalam karya hebat berkenaan.Pertamanya mengenai papan tanda kampung tersebut dipercayai oleh Ramlee dan Aziz namun keduanya mengenai papan tanda sekolah orang tua di kampung tersebut sudah sukar diiakan lagi kerana mereka mula berfikir tentang logik jawapan Sudin itu.Dan jika dilihat kebelakangan ini pada program anti- Lynas yang semakin hambar sambutannya,maka majoriti besar penduduk Kuantan juga memberi isyarat yang pembohongan dibawa pembangkang tidak lagi laku di samping menunjukkan isu itu sendiri sudah lapuk. 

Oleh Herman Hamid

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! LAGI CERITA TERBARU !!! ADUN PAS BERZINA DI SPA ??? BIAR BETUL ???

Posted: 04 Feb 2013 12:30 AM PST


Bertiuplah angin menyapa kat telinga ni beberapa minggu yang lalu.Berita dan ceritera paling mengejutkan jantung saya.Kisahnya pasal puak lebai kera lah pasal siapa lagi kalau bukan puak tu.Bermula cerita,seorang ADUN PAS Kelantan yang selalu menjengah ke Kuala Lumpur.Lawatannya bukan sekali dan bukan dua,tetapi berkali-kali,setiap bulan,malah adakala 2 kali sebulan dan adakala 3 kali sebulan.Tempat lawatannya pula amat unik dan luar biasa !!! 

Kekerapannya yang sanggup berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur juga mengundang rasa hairan bin ajaib bukan sahaja keluarganya tetapi juga menjadi tanda tanya dikalangan penyokong dan juga penduduk setempat.Nak dijadikan cerita,maka terserempaklah seorang penduduk tempatan dari DUN Kelantan ni dengan ADUN yang tersebut semasa penduduk ni datang ke Kuala Lumpur menguruskan hal ehwalnya yang akan berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Lalu terdetiklah dihati sang penduduk ini untuk mengekori ADUN berkenaan yang dalam keadaan penuh curiga tanpa kopiah di kepala.Maka,sampailah penduduk ni yang dibawa kakinya mengekori ADUN Kelantan ni di sebuah Hotel berbintang 4.

NAK TAHU KISAH SETERUSNYA ???


UNTUK SELANJUTNYA 

SIAPA KAH DIA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! STRATEGI NIK NAZMI AKHIRNYA MEMBAWA PADAH !!! MANA JANJI UNTUK RAKYAT ??? APA CERITA NI ???

Posted: 03 Feb 2013 09:00 PM PST


DUN Seri Setia diwakili oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.Nik Nazmi Nik Ahmad sepatutnya bukan calang-calang orang.Sepatutnya pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk di DUN Seri Setia,kalau tidak pun di Kelana Jaya,dapat diatasinya memandangkan dia mempunyai 'kabel' yang cukup besar dan luas.Daripada Anwar Ibrahim sehinggalah Khalid Ibrahim di mana,dia menjadi orang pilihan kedua-dua pemimpin PKR itu.Bagaimanapun,disebabkan dia adalah pemimpin PKR,maka kesudahannya ialah,KEHANCURAN dan SYOK SENDIRI.Pelbagai masalah berlaku di DUN Seri Setia tanpa ditangani oleh Nik Nazmi,apatah lagi pentadbiran negeri.Salah satu daripada kontroversi dan masalah yang melanda di kawasan tersebut adalah perebutan padang PKNS Kelana Jaya yang mana akhirnya Kerajaan Negeri Selangor dan PKNS terpaksa tunduk kepada tuntutan penduduk.Menariknya dalam hal ini,PKR cuba menyalahkan kerajaan negeri terdahulu yang kononnya telah meluluskan pembinasaan padang berkenaan. Pun begitu, mereka tidak pula menerangkan mengapa pembinasaan tidak dilakukan pada zaman pentadbiran Khir Toyo, sebaliknya ia kekal sebagai perancangan jangka panjang dan padang berkenaan masih dikekalkan sehinggalah tiba pada zaman Khalid Ibrahim. 

Tanpa tuntutan dan desakan tersebut,barangkali Padang PKNS di Kelana Jaya hanya tinggal dalam lipatan sejarah.Manakala Nik Nazmi Nik Ahmad yang merupakan ADUN Seri Setia sekadar membengongkan diri dan tidak tahu apa-apa.Ketidakpedulian Nik Nazmi yang pernah menjadi SETPOL Menteri Besar Selangor dari Mac 2008 sehingga Jun 2010 terhadap masalah-masalah yang melanda penduduk Seri Setia, sememangnya sudah dimaklumi.PKR menguasai atau lebih tepat lagi menyapu bersih Parlimen Kelana Jaya serta dua DUN di dalamnya menerusi Gwo-Burne Loh,Hannah Yeow Tseow Suan dan Nik Nazmi Nik Ahmad pada pilihanraya umum ke-12 2008.Banyak permasalahan di Kelana Jaya,terutama sekali di Seri Setia tidak pernah sampai ke permukaan kerana PKR dan Pakatan Rakyat bijak menyembunyikannya.Justeru,sekumpulan anak muda yang sudah tidak tahan dengan penipuan serta perangai tidak bertanggungjawab PKR dan DAP yang menguasai kawasan berkenaan,mengambil inisiatif untuk 'menggempur' DUN Seri Setia.Kumpulan bermotosikal yang diketuai oleh tujuh orang yang menunggang Super Bike telah 'menyerang' sebuah pasar malam di DUN Seri Setia selain menyebarkan dan mengedarkan sebuah makalah bernama SUARA 13.

ANDA NAK TAHU APA SUARA 13 ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! CERITA SURAT PALSU DARIPADA ELIT POLITIK TERBONGKAR ??? SIAPA PEMIMPIN ITU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Feb 2013 06:00 PM PST


menjadi ahli politik apalagi sebagai wakil rakyat sama ada di Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen jelas bukanlah satu pekerjaan yang mudah.Kerjaya ini yang memerlukan kesungguhan,kecekapan serta pengorbanan selain integriti yang cukup tinggi kini semakin rumit dan kompleks.Menjadi wakil rakyat bermakna mengabdikan hampir semua masa dan kepentingan hidup untuk rakyat.Malangnya,semua idealisme yang diharapkan rakyat itu masih terlalu tinggi untuk dijangkau oleh wakil rakyat kita.Sayangnya,justeru yang kian dipertontonkan ialah kepentingan peribadi atau kelompok,bukan rakyat apatah lagi kepentingan negara.Duduk sebagai elit parti misalnya, lebih didorong oleh keprihatinan mengangkat-angkat kepentingan diri dan parti berbanding menyelesaikan masalah hakiki rakyat.Inilah yang tergambar daripada ceritera surat palsu yang digembar-gemburkan oleh elit Pas,Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.Kedua-duanya bukan sembarangan orang.Memang lucu apabila dikemudian hari diketahui surat yang mereka jaja keliling kota dan desa sebagai satu pembongkaran itu rupa-rupanya palsu. Yang satu Naib Presiden Pas dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dakwaan beliau memberi gambaran ada usaha menambah pengundi di Sabah.Yang lagi satu ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pas dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Perak.Dakwaan beliau begitu sensasi yang memberi gambaran umum bahawa kerajaan melesapkan wang pampasan RM207 bilion.Dalam ceritera pertama yang disusun oleh Mahfuz mendakwa beliau mendapat surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengarahkan kad pengenalan di Semenanjung Malaysia yang tidak dituntut dihantar ke Sabah. Surat itu, kata beliau, diposkan ke rumahnya.Dengan kata lain beliau tidak tahu asal usul surat itu.Beliau pun menghebahkan surat yang dari antah berantah itu, yang sekali gus menghangatkan lagi isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini sedang disiasat dalam inkuiri Suruhanjaya Diraja.Mujurlah maklumat yang di dedahkan oleh Mahfuz tidak lama tergantung kerana segera dijawab oleh pihak kerajaan.Pihak Kementerian Dalam Negeri menegaskan surat bertarikh 14 Disember yang didedahkan oleh Mahfuz yang mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar ke Keningau,Sabah adalah palsu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kemudian membuat laporan polis tentang hal itu.

ANDA NAK LAGI CERITA PANAS INI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...