PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


HOT!! NEELOFA LUPA BUTANG BAJU??!!

Posted: 31 Dec 2012 06:21 PM PST


MENGEMPARKAN!! HAJI HADI GELABAH MENJELANG TAHUN BARU SEBAB ADA SESUATU MENUNGGU DISINI!!

Posted: 31 Dec 2012 07:22 AM PST




Menurutnya, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan Amanat Haji Hadi sekiranya permintaan itu dipenuhi.

"Saya minta supaya diberi peluang sejam oleh RTM dan TV3 secara live (langsung). Saya percaya kalau jawab di sini akan diputar belit.

"Biar satu jam berikan pada saya untuk saya jelaskan, lepas itu baru masyarakat boleh menilai. Tak kira bila kerajaan nak beri, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan beri arahan," katanya selepas melancarkan satu program Pas di Rusila dekat sini hari ini.

di atas adalah petikan kata-kata hj hadi mengenai cabaran umat islam seluruh malaysia untuk beliau menarik balik amanat hj hadi pada tahun 1981.

ISU YANG MENGGAMBARKAN KETAKUTAN HJ HADI.

1) saya percaya kalau jawap di sini ( pada waktu sidang media tersebut) kenyataan saya (hadi) akan di putar belit.

belum pun bagi jawapan , hadi memberi alasan longlai. takde siapa nak putar belit kenyataan beliau.

pada saat ini jutaan umat islam di malaysia menunggu kenyataan hj hadi mengenai perlunya beliau menarik balik amanat yang beliau keluarkan itu.

isu nya bukan putar belit hadi ooi.

kenapa perlu DIALIHKAN ISU DAN WATAK SALAH KEPADA ORANG LAIN ?

2) selama ini hj hadi cukup teruja untuk melakukan apa jugak sidang media dan kenyataan media mengenai apa jugak isu.

kenapa hj hadi begitu takut untuk buat perkara yang kebiasaannya telah beliau lakukan ?

KALAU HJ HADI BAGI KENYATAAN MEDIA, MAKA ALASAN PUTAR BELIT TAKKAN TIMBUL LA HADI OI !

apakah hj hadi takut untuk memberikan fakta dan hujahan dalam bentuk rasmi sehingga terpaksa menyalahkan orang lain yang dituduhnya bakal memutar belitkan cerita ?

3) 12 hari diperlukan oleh hj hadi untuk menjawap desakan umat islam supaya beliau menarik balik amanat gila nya.

12 hari baru dapat jawapan ?
12 hari baru bukak mulut ?
apa payah benar hj hadi nak buat executive decision ?

RAKYAT DESAK HJ HADI TARIK BALIK AMANAT.


TAPI

HJ HADI RESPON SAYA TAK NAK KENYATAAN SAYA DIPUTAR BELIT.

4) kenapa perlu tv3 dan rtm ?

isu penyiaran secara live dan terbuka pada saat ini bukan lagi bergantung kepada media arus perdana la hadi ooi.

jangan alihkan isu.

jawap secara mudah dalam kenyataan media.
apa tak pernah buat kenyataan media ke ?
apa tak percaya pada live streaming ke ?
apa dah tak yakin pada malaysikinitv ke ?
apa dah tak yakin kepada pemberitaan haprakdaily ke ?

isu di sini adalah rakyat menunggu jawapan balas hj hadi mengenai desakan umat islam yang mahu beliau menarik balik amanat itu.

semudah itu. se simple itu.
12 hari hj hadi membisu.

kenyataan pertama keluar pulak kata dia takut cakapnya diputar belit.

kemudian nak kuatkan keyakinan dan yakin diri tak bersalah ,hadi  mintak kenyataannya diadakan secara live.

kalau nak live biarlah dibuat secara 2 way communication.

kau cakap dan ada orang lain pun cakap.

jelaskan pada pandangan aku hj hadi dalam keadaan cukup tersepit . rakyat semakin terbuka menilai isu dan fakta.

hj hadi gagal menjawap balas kehendak rakyat.

hakikatnya hj hadi juga gagal dan takut untuk menjawap isu memali, yang menjadi katalis ketaksuban ahli pas yang percaya kepada amanat seorang presiden gila.

aku cukup berkeyakinan kemunculan penulis CN AL AFGHANI telah mengecutkan perut hj hadi yang buncit kekenyangan jika dibandingkan dengan nasib malang anak anak memali yang dirembat tabungnya oleh pas .

hj hadi jangan jadi presiden yang tak paham soalan.
hentikan politik bodoh dan kolot kau tu.

2 perkaran yang wajib hj hadi buat.

PERTAMA

jawap balas desakan rakyat mengenai perlunya kau tarik balik amanat sakit otak tu.

KEDUA

jawapa balas dengan segera segala pendedahan cn al afghani mengenai isu memali yang jelas punyai kaitan langsung dengan amanat sakit otak kau tu.

wei hadi, jangan alihkan isu pada kenyataan saya bakal diputar belitkan kan lah...!

low class punya jawapan, taraf longkang !

kerana amanat hj hadi yang sakit otak itu, mengakibatkan ramai ahli pas mati sia-sia dalam perjuangan mereka di memali.

lihat pada amanat sakit otak hj hadi

lihat pada lukisan anak-anak memali. mereka mempercayai amanat hj hadi itu membawa syahid sedangkan mereka itu mati sia-sia !




di bawah pula.

lihatlah sendiri  kesan kerosakan 31 tahun amanat hj hadi yang sakit otak itu kepada ahli pas ...



HJ HADI DIBERI PELUANG OLEH KERAJAAN BERHUJAH DI TV!

Posted: 31 Dec 2012 02:45 AM PST


KUALA LUMPUR, 31 Dis — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".
"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden PAS itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.
Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.
Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.
Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula mengesyorkan supaya Hadi mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurut Ahmad tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, hari ini.
Ahmad berkata pada sidang akhbar Sabtu lepas selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.
"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. — Bernama
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...