Lawatan Kerja Ke Pekan, Pahang

  Having trouble viewing email ? view email in browser 
 







Connect with me


 
Hi tuanhamba,
 

Lawatan Kerja Ke Pekan, Pahang

Saya menziarahi pesakit kronik Mohd Tahir Bin Awang
sebelum saya berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

 
Saya melakukan lawatan kerja sehari ke Pekan Sabtu lalu.

Jadual saya padat dengan berbagai program bersama rakyat seperti, menziarah Tuan Haji Sheikh Othman Bin Sheikh Ahmad, Bekas Ketua Umno Cawangan Tanah Putih, Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2012 bagi parlimen Pekan, Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Pemimpin Setempat DUN Pulau Manis dan menziarah pesakit kronik Mohd Tahir Bin Awang dan menyampaikan sumbangan alat pernafasan oksigen sebelum saya berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Turut bersama saya sepanjang lawatan saya, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Terbitan Sebelum Ini

Kepelbagaian makanan di Malaysia menggambarkan budaya kita yang pelbagai.
Sebelum ini, saya membuat kenyataan saya mengenai ‘Citarasa Malaysia’. Anda boleh baca di sini.

Perkembangan Terkini

Perasmian Persidangan Perwakilan PBTM ke-87 Dan Sumbangan Veteren Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M).
Pada 4-Januari, saya merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan Sumbangan Veteren Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya

Rakaman Video

Saya merasmikan Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik (LDP) di Sandakan, Sabah.
Anda boleh menonton video Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik di sini:

Perhimpunan Agung Ke-23 Parti Liberal Demokratik

 

Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

 

 

Najib Razak


Copyright © 2013 1Malaysia.com.my, All rights reserved.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...