Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Azmin Ali Buktikan Bahawa Pakatan Sedia Gadai #KalimahAllah!!

Posted: 19 Jan 2013 07:19 AM PST


Sebenarnya Mc taknak komen banyak, just nak tunjuk kepada umat Islam Melayu di Malaysia ni bahawa ada golongan kufur yang sememangnya bersedia untuk menjual kalimah Allah kepada bangsa lain semata-mata untuk berkuasa.

Cuba bayangkan kalau Malaysia berada ditangan mereka ini, apa agaknya akan jadi pada kita? Mereka sanggup gadaikan apa saja semata-mata untuk berkuasa, hatta kalau didalam seluar sendiri pun mereka sanggup serahkan, janji boleh sampai Putrajaya.

Mc harap, jauhilah kita rakyat Malaysia daripada pemimpin seperti ini, nama kata Islam, tapi hanya Islam atas IC. Selebihnya haprak, apa pun tarak!

Apa pun Mc nak ucap Syabas Azmin Ali kerana berani berkata benar soal pendirian kalimah Allah. Tapi kenapa Azmin yang keluarkan kenyataan, mana Anwar Ibrahim? Dia sokong ke tak? heh..


McTheory:
Pas tolak untuk gadai kalimah Allah.. Karpal Singh taknak komen apa-apa ka?

TUDIAA!! Jamil KUIN Mencanak Lari, Bila Kena Soal Dengan Staff!! #TukarKedah

Posted: 19 Jan 2013 04:37 AM PST


Pengurusan KUIN Tak sudah sudah dengan masalah besar..Sejak Pas perintah Pretasi KUIN makin teruk, sampai kakitangan KUIN dan Pelajar dizalimi..Masalah KUIN makin bertambah tambah dari segi kewangan..

Beberapa hari lepas pihak pengurusan KUIN mengadakan satu perjumpaan dengan semua kakitangannya bagi menjelaskan kedudukan sebenar masalah yang dialami KUIN..Dalam perjumpaan itu juga semua kakitangan KUIN diberi hak dan kebebasan untuk bertanya apa saja soalan kepada pihak pengurusan..

 Seramai 300 staff diarahkan berhimpun dalam dewan Insaniah Alor Star pada hari tersebut, malangnya perhimpunan kali ni seperti perhimpunan di sekolah apabila pihak pengurusan tidak menyediakan kerusi..Semua kakitangan kena berdiri mengikut bahagian..

Pihak pengurusan diwakili oleh 6 orang diketuai Jamil selaku rektor, 2 timbalan rektor(kroni Jamil)iaitu Wan Sulaiman dan Zakaria Man, Pendaftar dan penolongnya, Datuk Latipah (ex-penasihat dasar Kerajaan Selangor/Unisel) dan Ustaz Sayuti, serta Penolong Bendahari, Che Kartina...

Lebih menyakitkan,Jamil selaku rektor hanya berucap lebih kurang 10 minit. Lepas tu pihak pengurusan yang lain ambik giliran masing-masing berucap. Peliknya, penjelasan yang diberikan tu tak memuaskan hati semua kakitangan...

Apa lagi mengamuklah kakitangan KUIN..Ada beberapa kakitangan mahu penjelasan dari Jamil soal kenaikkan gaji tahunan dan penyelarasan gaji 13%, termasuk potongan zakat dan beberapa pekara lain..

Baru 3 soalan ditanya keenam enam pengurusan KUIN lari dari dewan dengan alasan ada meeting tergempar...Memang masa tu ramai staff dah menyirap darah tahap maksimum..

Memang penakut betul la pengurusan KUIN ni, kalau takdak masalah seperti Azizan cakap, kenapa perlu takut dengan kakitangan..?? Ini membuktikan bahawa terdapat salahguna dalam pengurusan KUIN..

Kalau korang nak baca lagi pasal KUIN boleh pi kat Blog DUKE OF UMNO

PANASS!! Dr Asri KUTUK Ustaz Fathul Bari Kahwin Dua?

Posted: 19 Jan 2013 01:16 AM PST


Cehh apa masalah dengan puak PR ni? Tak habis-habis cuma mempersendakan perkahwinan yang halal disisi agama Islam. Salahkah Ustaz Fathul Bari bernikah seorang lagi? Perkahwinannya sah dari sisi agama dan undang-undang Islam. Jadi apa masalah Dr Asri untuk mempersendakan beliau?

Beginikah tingkahlaku seorang ilmuan Islam? Macam tak layak saja pun..



Patutnya Dr Asri fokus kepada perkara mungkar yang lebih banyak berlaku didalam PR. Bukannya sibuk-sibuk bergosip tentang perkahwinan yang orang sah ni.

Dr Asri ni, memang sesuai masuk Pas, tak payah selindung lagi la, terus saja masuk Pas. Dok berlakon jadi lalang buat apa, kan menyusahkan orang lain.


McTheory:
Makin lama, makin terbuka pekung busuknya tu.

PANASS!! #Listen! Siapa Bawani dan Siapa Di Belakangnya?

Posted: 18 Jan 2013 10:17 PM PST


Siapa Bawani sebenarnya? Siapa dibelakang dia ni? Akan Mc dedahkan secara berperingkat, buat permulaan sahabat Angin Perubahan telah mendedahkan siapa sebenarnya Bawani.

Gambar ini cukup menceritakan siapa sebenarnya Bawani dan apakah pemikiran yang sudah ada dalam minda pelajar tahun dua perundangan di UUM itu. Bawani memang seorang yang aktif dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan perkara ini diakui sendiri oleh Malaysiakini (baca sini).

Jika dilihat pada hujah yang diberikan Bawani ketika bertanyakan soalan, ianya seakan sudah terlatih dan distruktur dengan baik contoh contohnya. Tinggal masa untuk dilontar sebagai persoalan.

Memang diakui kesilapan di pihak yang cuba menjawab kerana cuba menggunakan teknik "satu hala" bagi mematikan hujah. Kaedah yang dirasakan sudah baik tetapi akhirnya menimbulkan polemik dan menjadikan ianya kurang popular secara etikanya.

Terbaik adalah mengadakan debat pendidikan percuma antara Bawani vs Sharifah di luar kampus. Sudah tentu ramai yang ingin tengok dan menyaksikannya. Shasha Mendoza boleh menjadi moderator debat di Twitter.


Berbalik pada Bawani, gambar di atas adalah ketika Bawani menjalani latihan di Kongres Pemuda Sosialis Pertama pada 30 Meti 2010 di Dewan Sivik, Kota Damansara. 31 orang yang dilatih termasuklah Bawani, tidak hairanlah Bawani begitu petah berbicara tentang isu yang sudah pun menjadi hafalan hariannya.


Bawani juga mencuba diri dalam pilihan raya kampus, tetapi dia tewas. Oleh kerana itu, tidak hairanlah, Bawani mahu di bawa ke pejabat PSM pada hari Jumaat ini (18hb) untuk sidang akhbar mengenai apa yang berlaku di UUM.

Trend menjadikan seseorang sebagai ikon bagi sesuatu isu adalah satu teknik yang digunakan secara meluas oleh mereka sekarang. Daripada seseorang yang langsung tidak dikenali terus menjadi popular. Teknik ini sudah berjaya di Tunisia, Mesir, Pakistan dan Iran. Porak peranda juga negara kerana kekuatan isu dan imej ikon yang yang ditonjolkan secara kolektif dan meluas.

Sudah lengkap rasanya dalam PAS, PKR, DAP dan kini PSM, mesti ada seorang ikon anak muda yang diketengahkan dan ditonjolkan sebagai wira bagi sesuatu isu. Mereka itu memang ahli parti tetapi dalam konteks penonjolan imej baru, mereka dilambung tinggi sebagai seorang yang bebas dan hero bagi sesuatu isu.

Tidak hairan kalau Bawani bertanding dalam PRU13 nanti. Bukan sahaja Bawani tetapi ada beberapa ikon baru yang akan turut sama. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan BN untuk mengatasi cabaran ini?



McTheory:
Ada laporan menyatakan Bawani bakal calon PRU ke 13 parti PKR!

#LISTEN #LISTEN #LISTEN Now Let Syarifah Zohra Jabeen Speak!!

Posted: 18 Jan 2013 07:40 PM PST


Setelah teruk diserang oleh puak Pakatan Haram, sekutu Ambiga dan puak-puak LGBT. Sekarang masa Syarifah Zohra Jabeen atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Syarifah #Listen bersuara menerangkan situasi yang sebenar.

Mc akui keadaan Syarifah agak 'down' kerana teruk dikritik disebabkan sebuah video pendek yang tidak menerangkan apa-apa pun. Sebuah forum yang panjang, telah disabotaj oleh seorang mahasewel Bawani (calon MPP UUM yang reject) ketika akhir majlis.

Sabotaj yang sememangnya dirancang dari mula, kerana apa? Kerana sewaktu forum, Bawani langsung tidak berminat untuk mengikutinya, malah session Q&A pun Bawani mengabaikan session tersebut berlalu tanpa sebarang soalan. Namun setelah bacaan ikrar dan penutup majlis, tiba-tiba Bawani bangun mencapai mikrofon dengan tanpa izin majlis lalu bercakap bla bla bla seolah-olah dalam pidato.

Disitu pun kita dah nampak Bawani sengaja provok pengerusi majlis untuk dan cuba mencemar majlis dengan sentimen jahatnya. Syarifah hanya mangsa keadaan kerana beliau berada dibawah untuk bersedia menamatkan majlis 3jam tersebut.

Namun sebagai pengerusi majlis beliau terpaksa menenangkan keadaan dengan caranya tersendiri. Mungkin ada orang yang kurang senang dengan caranya. Namun apa yang Mc lihat, beliau melayan Bawani dengan cukup baik, siap bersalaman.

Ada orang pertikaikan, Syarifah menarik mikrofon dari Bawani, kononnya menghalang hak kebebasan bersuara. Bullshit la weii.. PR langsung tak pernah buka kebebasan bersuara, jadi jangan pertikaikan orang lain. Hak dah diberi, tak digunakan, malah disalahgunakan lagi, semua majis dan negara ada undang-undang, jadi patuhinya.

Jika ada Syarifah kurang ajar, siapa sebenarnya yang kurang ajar? Bawani, melarikan diri sebelum Syarifah habis bercakap pun, itu menunjukan satu sikap biadap dan kurang ajar! Tetapi bagi Mc, sikap biadap adalah satu rutin rasmi bagi puak Pakatan Haram ni. Alah bisa tegal biasa.

Untuk pengetahuan pembaca, Bawani adalah calon MPP UUM yang gagal mendapat undi pun di UUM. Malah Bawani selalu sabotaj kempen yang dilakukan oleh pro Aspirasi UUM yang lebih dikenali sebagai PERUBAHAN. 

Cara Bawani sabotaj, sama seperti apa yang Bawani lakukan pada majlis ini. Menjerit-jerit terpekik terlolong dikhalayak ramai pada akhir majlis ketika semua mahasiswa sedang khusyuk mengikuti kempen pro PERUBAHAN UUM.

Ini memang stail 'komunis' ciptaan PSM. Jadi tak hairanlah, Bawani sememangnya dilatih untuk berbuat begitu untuk menyakitkan hati orang lain.

Mc diberitahu, Syarifah akan mengeluarkan KENYATAAN MEDIA kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dengan isu ini. Bagi Mc sebenarnya ini perkara kecil, cuma ia digembar-gemburkan oleh pihak sebelah sana yang tidak mempunyai isu.

Sedangkan banyak isu yang boleh kita bawa seperti demo haram, solat kiblat tah mana-mana masa KL112, LGBT, bible melayi dan pelbagai lagi isu lain yang sedang merosakan masyarakat kita kini.

Kat bawah ni Mc selitkan sekeping gambar untuk pembaca membuat penilaian. 



McTheory:
Nahh!! sekarang siapa yang kurang ajar?


PANASS!! Gerakan Pengedaran Bible Bahasa Melayu Di Kesan!!

Posted: 18 Jan 2013 04:39 PM PST



Kecoh apabila ada insan yang sempat mengambil gambar dua orang manusia yang tak dikenali sedang mengedar bible bahasa melayu kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang. Kejadian yang amat menyedihkan ini berlaku betul-betul dihadapan sekolah kebangsaan. Malah bible hanya diberikan kepada pelajar yang berbangsa melayu.

Dua lelaki ini dikesan, sedang mengedar bible kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang pada 17-1-2013 jam 12.30 tengah hari. Apakah sudah ada gerakan terancang di Pulau Pinang untuk mengedarkan bible kepada orang Melayu?

Jika benar ada gerakan sebegini, ianya perlu dicegah dengan peruntukan undang undang yang sedia ada. Hormatilah Perlembagaan Persekutuan dan jangan rosakkan perpaduan yang sedia utuh di negara ini dengan tindakan tindakan sebegini.

Nampaknya sudah ada individu yang berani bertindak membelakangi perlembagaan. Tindakan tegas patut diambil kepada mereka ini. Orang-orang seperti inilah yang merosakan keamanan negara dan menyebabkan perselisihan kaum.

McTheory:
Kalau tak pandai nak hormat agama orang, macam mana orang nak hormat agama kita?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...