Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Agama Kristian Di Malaysia

  Having trouble viewing email ? view email in browser 
 







Connect with me


 
tuanhamba,
 

Selamat Hari Krismas Kepada Penganut Agama Kristian Di Malaysia

Selamat Hari Krismas
 
Seluruh dunia akan meraikan perayaan Krismas dan Malaysia juga tidak terkecuali. Pada Hari Krismas, saya akan meluangkan masa menghadiri jamuan teh bersama komuniti Kristian untuk meraikan perayaan Krismas bersama selain mendengar setiap pandangan daripada mereka.

Meskipun semua menyedari hakikat bahawa Malaysia adalah sebuh negara majoriti Islam malah saya sendiri berbangga menjadi seorang Perdana Menteri yang beragama Islam. Namun, penganut agama Kristian di negara ini juga memainkan peranan penting dalam masyarakat kita hari ini terutama di Sabah dan Sarawak. Agama Kristian kebiasaannya tidak dikaitkan dengan mana-mana kaum berbanding agama-agama lain dan ini menjadikan sesetengah daripada kita tidak menyedari bahawa seorang daripada 10 daripada rakyat Malaysia adalah penganut Kristian.

Ini semua tercatat dalam sejarah kita yang pelbagai. Kristian Nestorian dibawa ke rantau ini oleh perdagang Parsi dan Turki pada kurun ketujuh. Perdagang Portugis pula kemudiannya membawa ajaran Katolik ke negara ini pada kurun ke-15 manakala Belanda pula membawa masuk fahaman Protestan pada kurun ke-17.

Seperti anda semua sedia maklum, sejak menjadi Perdana Menteri, saya telah menekankan beberapa perkara termasuk konsep perpaduan menerusi semangat 1Malaysia serta Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM). Konsep ini bukan hanya mengenai dialog tetapi saya juga mahu ia menjadi kenyataan.

Sebab itulah, saya melawat Pope Benedict XVI tahun lalu, sekali gus mewujudkan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Vatican City. Saya sangat gembira dapat meluangkan masa secara peribadi bersama beliau dan kini mula mengikutinya menerusi Twitter! Satu lagi pencapaian yang dikecapi adalah apabila kerajaan saya mula membenarkan mana-mana penganut agama Kristian ke Jerusalem sekiranya mereka mahu menunaikan ibadat di sana.

Kita sangat bersyukur kerana Malaysia sentiasa berada dalam suasana yang aman dan harmoni meskipun rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan agama. Segala kenikmatan yang dikecapi ini pasti tidak akan dapat dinikmati tanpa sebarang usaha daripada kita semua. Sebab itulah saya sentiasa berharap anda daripada masyarakat Kristian dapat sentiasa tampil untuk berkongsi harapan serta pandangan anda bersama saya agar kita dapat sama-sama memastikan negara kita terus kekal aman dan harmoni.

Dengan perayaan Krismas yang hadir pada minggu terakhir setiap tahun, ia juga adalah masa terbaik untuk kita menilai semula pencapaian kita sepanjang tahun ini serta merancang untuk masa hadapan. Buat masa ini, saya ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut agama Kristian di Malaysia.

Terbitan Sebelum Ini

Pemergian Tun Dr. Lim Keng Yaik merupakan satu kehilangan besar kepada negara. (sumber gambar: nanyang.com) 
Sebelum ini, saya membuat kenyataan saya mengenai kematian Tun Dr. Lim Keng Yaik. Anda boleh baca di sini.

Perkembangan Terkini

Melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia.
Pada 19-December, Saya melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia di Bandar Kinrara, Puchong. Kerajaan sedia memperluaskan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) oleh anggota polis jika ia didapati berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya.

Rakaman Video

Saya hadir ke majlis makan tengah bersama Jawatankuasa Gereja-Inter Sandakan. 
Anda boleh menonton video Majlis Makan Tengah Hari bersama Komuniti Gereja dan Badan Bukan Kerajaan di sini: 

Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya.

Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Najib Razak


Copyright © 2012 1Malaysia.com.my, All rights reserved.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...