Hi tuanhamba, PBB Memberi Pengiktirafan kepada Palestine Sebagai Sebuah Negara. | | Bersalaman dengan Presiden Mahmoud ketika menerima kunjungan Presiden Palestin di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada tahun 2010 Baru baru ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu. Saya mengalu-alukan keputusan tersebut selaku Perdana Menteri Malaysia. Ia diperoleh selepas majoriti daripada negara ahli PBB bersetuju untuk memberi pengiktirafan itu dan saya berharap semua pihak dapat menghormatinya. Dengan pengiktirafan itu, ia sekali gus membolehkan Palestin menyertai perjanjian serta agensi antarabangsa untuk menuntut keadilan di negara mereka. Matlamat utama untuk memastikan setiap rakyat Palestin diberikan hak untuk memiliki tanah di negara sendiri bagaimanapun tidak seharusnya dilupakan. Untuk itu, Malaysia berharap, semua pihak dapat menggandakan lagi usaha untuk mewujudkan negara Palestin berasaskan penyelesaian dua negara selain memberi harapan kepada rakyat Palestin untuk menikmati keamanan yang berpanjangan. | | | Bersama Tun Dr. Mahathir sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Isu Kanak-Kanak Menjadi Mangsa Dari Kesan Peperangan, dimana Isteri saya turut menyerahkan cek bernilai RM1 Juta kepada Tabung Kecemasan Gaza kepada KLFCW. | Anda boleh membaca ucapan dasar saya sempena Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-63 Tahun 2012 di sini: | | | Perkembangan Terkini Melancarkan akhbar digital Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 November 2012. | Pendekatan yang diambil Utusan itu merupakan langkah tepat kerana pembaca sekarang banyak menggunakan gajet sebagai medium untuk mendapat akses kepada informasi. Saya kagum dengan langkah Utusan. Ia satu usaha bagus serta wajar dipuji kerana kelebihan e-paper ia lebih interaktif dan mudah untuk diakses sesuai dengan perkembangan semasa dunia teknologi. Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya : | | | Memberi amanat kepada Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM sebelum perlawanan Piala AFF Suzuki 2012 | Anda boleh menonton video tersebut disini: Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya | | | Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Najib Razak | | |
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment