Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO PELIK!! Jenazah Misteri KEJUTkan Tiga Penggali Kubur!!

Posted: 09 Dec 2012 08:16 AM PST


KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

TUDIAA!! Bukti Orang Pas Sayangkan Negara Malaysia!! #TukarKedah

Posted: 09 Dec 2012 06:17 AM PST


Apa yang mahu Mc tunjuk kat bawah ini ialah, sifat sebenar orang Pas. Mereka hanya mahukan kuasa dan wang tapi untuk sayangkan negara, Mc tak fikir sifat itu wujud dalam diri orang Pas!


Gambar ini telah Mc ambil dari blog Pisau Kedah, gambar ni kat Sekolah Agama Rakyat (Sekolah Rendah Islam Darul Ulum ) yang terletak berhampiran pekan Kupang Baling dan tidak jauh dari pusat khidmat Adun Kupang, Cikgu Johari.( PAS ).

Apakah Adun Kupang yang kerap melalui kawasan ini tidak sakit mata melihat keadaan bendera yang cukup daif sekali ?

Sakit mata bila melihat bendera Malaysia dan Kedah dibiarkan terkoyak rabak sambil bendera PAS yang baru dipasang, terkibar megah!

Apakah PAS tidak mampu membeli bendera Malaysia dan bendera Negeri Kedah yang hanya beberapa ringgit untuk di gantikan dengan bendera yang cukup daif ?


Ini bendera kebanggaan negara Malaysia?


Apakah ini tandanya PAS sayang Negeri Kedah ?


Bendera Pas, pulak cantik dan baru

Jelas terbukti Pas lebih pentingkan parti songsangnya itu dari negara dan negeri. Tak patriotik langsung puak Pas ni.

Sudah la sesatkan agama, negara dan negeri pun Pas tak jaga. Macam ni ada hati nak jadi pentadbir negara? Rosak Malaysia kalau dapat kat tangan Pas!

McTheory:
Pas memang hamPAS yang tak berguna!!

TUDIAA!! Jamil Rektor Cuba Membunuh Pekerja KUIN!! #TukarKedah

Posted: 09 Dec 2012 04:39 AM PST



Semalam Mc ada laporkan bahawa 7 orang pekerja KUIN buat laporan polis, tetapi rupanya bukan 7 tapi 8 orang. Tambah sorang lagi!

Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan Kedah itu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pukul 9 pagi semalam.

Laporan itu dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.

Mereka mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di perkarangan IPD Kota Setar, mereka berkata sikap Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan.

Mereka yang menggelarkan diri mereka "Skuad Urusetia Gelombang Putih Membersihkan Kuin" berkata akibat kegagalan Kuin membayar pembiayaan pekerja ke institusi kewangan berkaitan, nama pekerja terlibat disenarai hitam di Credit Reference Information System (CCRIS).

" Motivasi para pekerja menurun. Selain itu, pembayaran lewat kepada pihak ketiga menyebabkan nama baik pengurusan Kuin tercalar. Beberapa pihak yang menawarkan pembiayaan boleh menyenaraikan Kuin sebagai pelanggan," kata kumpulan pekerja itu.

Mereka berkata kakitangan kolej universiti merasakan Kuin seolah-olah langsung tidak mengambil berat soal kebajikan dan amanah pengurusan gaji yang disuarakan kakitangan.

" Pihak pekerja pernah membuat laporan polis pada 27 Julai 2012 kerana masalah sama. Selepas laporan polis dibuat, pihak Kuin menerusi Jabatan Bendahari berjanji akan membayar semua tunggakan yang berlaku namun hanya sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

"Mereka masih masih gagal membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga sedangkan wang pekerja diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, mereka mendesak Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan jika masih gagal mengurus Kuin dan kebajikan kakitangan Kuin. – BERNAMA

P/s: Tak bagi gaji dan aniaya pekerja tu, bukan serupa nak bunuh ka?

Tidur la jamil.. tidur la..

McTheory:
Letak jawatan saja la Jamil.. orang dah meluat dah..

PANASS!! Catatan Sayu yang Menarik Afdlin Shauki Di Gaza!! #SavePalestine

Posted: 09 Dec 2012 01:34 AM PST



Bagi Mc ini satu catatan yang jarang orang ke Gaza khabarkan kepada kita. Balik-balik kisah peperangan dan penderitaan. Kisah kanak-kanak dan prinsip mereka amat jarang kita dengar. Lagi bagus orang kat Gaza yang tak minta derma, dari orang Malaysia hingga sanggup menipu untuk minta derma.

Yang minta derma pakai Tin Milo geng lambang parti katak hijau pun ada jugak!

Kat bawah ni Mc bagi lagi gambar Afdlin bersama kanak-kanak Palestine,


Mc respek Afdlin sebab berani ke Gaza dan melihat sendiri perjuangan nasib orang Islam Palestine yang ditindas oleh Israel.

Bukan macam Abby Albody, yang hanya tahu mengutuk dan mencerca sahabat artis lain, sedangkan dia sendiri pun tak berani nak jejak tanah Palestine.

McTheory:
Abby patut melawat Israel, sebab perangai pun lebih kurang sama.. sahabat!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...