Kedah Ke KL - MctHeory |
- LAWAK!! Perompak Bangang Mengelabah Takut Kena Tangkap!!
- PANASS!! Amanat Tun Dr Mahathir Pada Rakyat Malaysia!!
- HOT! #IsuAirSgor: Oit! @LauWengSeng, Apek Lu Tarak Pegi Sekolah Ka?
- PANASS!! Dr Asri Bertanding Atas Tiket PKR Pada PRU ke 13?
- PANASS!! Kisah Gombak Berdarah, Pemuda UMNO TIKAM Pemuda Pas??
- TUDIAA!! Akibat Doa 'BN KO' Pemuda Pas Masuk UMNO?? #TukarKedah
LAWAK!! Perompak Bangang Mengelabah Takut Kena Tangkap!! Posted: 06 Dec 2012 07:16 AM PST Nak merompak, tapi mengelabah, belum sempat nak ambik duit, pegawai bank dah tekan button kecemasan. Mengelabah nak keluar, langgar habis pintu bank. he he.. Lain kali, tak payah jadi perompak laa.. dok tepi jalan meniaga keropok lekor lagi bagus.. ha ha ha.. |
PANASS!! Amanat Tun Dr Mahathir Pada Rakyat Malaysia!! Posted: 06 Dec 2012 06:42 AM PST Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama. Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin. "Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. "Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 - Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh di sini hari ini. Seminar tiga hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia. Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu, mereka membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu. "Faktor ini telah pun mereka ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga," katanya. Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir berkata, Malaysia tidak perlu mengikut konsep Negara Bangsa seperti kebanyakan negara lain kerana terikat dengan masalah kaum yang tidak mahu mengetepikan identiti asal mereka. Kata beliau, Malaysia lebih liberal dan bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan bahasa ibunda masing-masing. |
HOT! #IsuAirSgor: Oit! @LauWengSeng, Apek Lu Tarak Pegi Sekolah Ka? Posted: 06 Dec 2012 01:16 AM PST Betul la apa orang kata, YB-YB Pakatan ni semuanya tangkap muat. Hakikat yang sebenar, mereka semua ni tak layak langsung untuk jadi Adun ataupun ahli parlimen. Contoh macam Kelana Jaya punya Adun. Asal dari tokey sayur, bahasa melayu pun tak reti nak cakap, tiba-tiba jadi Adun. Orang macam ni kita nak harap jaga kawasan? Diri sendiri pun payah nak jaga, apatah lagi rakyatnya. Termasuklah seorang Adun Kampung Tunku, Selangor. Namanya Lau Weng San, sedang orang sibuk pertikaikan Kerajaan Negeri Selangor kenapa nak guna teknologi membran yang mahal tu, tiba-tiba si Weng San ni pula, men'tweet'kan "Membrane technology is so affordable. Giant, Tesco, Carrefour bottled waters sold less than RM1 produced via membrane technology".Mc tak tipu, kalau nak tengok tweetnya tu ada kat bawah, Pehh.. ada sorang lagi mangkuk hayun nak jadi hero. Kepada Weng San, Mc nak pesan, jika tak reti dan faham apa-apa, baik diam dan tak payah nak masuk campur. Kerana, setiap perbuatan bodoh tu, diperhatikan orang. Orang akan tanya, siapa yang bodoh tu, semestinya Adun Bukit Tunku. Jadi siapa yang malu? Lu juga.. Kenapa Mc kata macam tu? Kerana, 1 botol air yang dijual tu dengan RM1 tu, mahal harganya, kalau nak dibandingkan dengan harga air di Selangor sekarang ni. Contohnya begini: "Saya nak buat perbandingan ini untuk menunjukan murahnya air murahnya air paip di negeri Selangor. Kalau tuan-tuan nampak botol air di depan ni, botol air mineral 500ml, harganya kalau kita beli air ini di kedai, lebih kurang RM1, tetapi satu meter padu air di Selangor berharga 57 sen, jadi berapa banyak satu meter padu ini? Satu meter padu ini adalah bersamaan dua ribu botol ini, itulah satu liter padu, harganya hanyalah 57 sen, kalau tuan-tuan pandai, tapis air di rumah itu, air paip masuk dalam botol ini, jual RM1, tuan-tuan dah untung RM2000. 20 meter padu yang tuan-tuan dapat daripada kerajaan Selangor, harganya hanya RM11.40, tahu tak RM11.40 tu banyak mana? RM11.40 ini sama dengan 4 lori tangki Syabas. 4 biji lori tangki Syabas, itulah RM11.40. Itu air percuma yang dikata." Mc mendapat maklumat ini daripada pegawai Syabas sendiri. Jadi murahkah air yang dijual oleh Tesco dan Giant tu? Rasanya kalau Kerajaan Negeri Selangor guna teknologi membran, harga air akan melambung naik! Rakyat Selangor nak ke, air naik harga? Kalau taknak, janganlah memperjudikan masa depan anda semua. Elok-elok air di Selangor murah, bila guna teknologi membran, bertambah pula harganya. Sebab tu Mc kata, Adun di Selangor ni bukan semuanya layak! Adun dari golongan Pakatan Haram ni, semuanya lingkup. Tak boleh pakai, otak dok taruh kat lutut! Andaikata Selangor tetap guna membran, kesian la nasib rakyat Selangor. Dah la air kurang, kena catu, mahal pulak tu. Umpama, sudah jatuh, ditimpa tangga la gamaknya. Tapi nak kata apa, rakyat Selangor yang pilih jalan ke arah tu. Pilih pemimpin yang tak layak untuk memimpin. Memang lingkup la. P/s: Elok-elok ada Langat 2, taknak buat.. parah la.. McTheory: Tengok Khalid pun orang dah tau, tak layak langsung jadi MB! |
PANASS!! Dr Asri Bertanding Atas Tiket PKR Pada PRU ke 13? Posted: 05 Dec 2012 10:17 PM PST Sebelum ini Antarapos melaporkan bahawa PKR menggunakan orang tengah menemui Dr Mohd Asri bagi membincangkan perkara bahawa beliau akan bertanding di DUN Penanti. Sebelum ini Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding pada PRU13 meskipun menerima tawaran daripada banyak pihak untuk berbuat demikian. Pada pilihan raya umum empat tahun lalu, PKR memenangi kerusi itu. Tetapi satu pilihan raya kecil diadakan pada 31 Mei 2009 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohammad Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Pulau Pinang. PKR meletakkan Mansor sebagai calon tetapi BN tidak bertanding, kerana memulaukan PRK tersebut. Sekarang, DUN Penanti terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh. Bagaimana pun, Utusan melaporkan perkara yang sebaliknya. Hari ini akhbar tersebut menyiarkan kenyataan Dr Asri yang menafikan akan bertanding atas tiket PKR. Dr Asri menafikan laporan Antarapos : Menurut Mohd Asri, desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di DUN Penanti adalah tidak benar. "Saya tidak cakap apa-apa pun sama ada setuju atau tidak, kena tanya sumber yang buat cerita itu, dari mana dia dengar." katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mc pun tak tahu, dari mana Antarapos mendapat berita ini. Tapi kalau benar Dr Asri nak bertanding pun, janganlah pilih PKR, baik pilih Pas saja. Kalau nak PKR juga, baik Dr Asri bertanding atas tiket Dap, lagi bagus. PKR dah tentu sokong liberal dan seks bebas. Baik Dap, sekurang-kurangnya Dr Asri ni anti Melayu Islam. hehe.. McTheory: Kalau Pas, dah tentulah Dr. Asri tersesat jauhh.. hehe |
PANASS!! Kisah Gombak Berdarah, Pemuda UMNO TIKAM Pemuda Pas?? Posted: 05 Dec 2012 07:16 PM PST Sekali lagi puak Pakatan di dedahkan aibnya. Kali ni JawaBer6, mendedahkan lagi kenapa ada Mamat Pakatan yang ditikam. Tapi betul ke Pemuda UMNO yang tikam mamat tu? SEBENARNYA aku dah malas nak bukak satu per satu aib orang pakatan ni yang cuba nak menegakkan batang sendiri. Aku pun dah naik meluat bilamana Pemuda UMNO Gombak terus dipersalahkan berhubung insiden berdarah malam semalam yang FRU dan Polis terpaksa datang meleraikan pergaduhan. Cerita yang betul sebab aku ada memang ada kat tempat kejadian dan aku bersama orang-orang dalam pakatan masa pergaduhan tercetus. Siapa nak sangkal, silakan bersama bukti dan saksi. Mamat kat atas tu memang aku perasan semasa pergaduhan atau adegan tolak menolak antara penyokong UMNO Gombak dan puak pakatan. Tapi aku terlupa nak tanya nama dia sebab tengok muka pun dah poyo semacam, konon berlagak alim tapi mulut boleh tahan kurang ajar. Sumpah seranah meluncur laju je dari mulut mamat ni. Straight to the point. Semasa pergaduhan ini berlaku mamat kat atas ni la yang paling berani dan lantang hingga sanggup ke depan untuk berhadapan dengan penyokong UMNO yang ada. Semasa adegan tolak-menolak berlaku, ada seorang lagi mamat dari puak pakatan yang bawa pisau yang aku yakin baru sahaja dibeli di gerai kecil yang ada di tepi jalan. Akibat dari rusuhan kecil yang tak dapat dikawal, pisau yang dibawa oleh mamat tadi terkena pada lengan mamat kopiah putih ni. DAN BUKAN PEMUDA UMNO YANG TIKAM. Kawan sendiri TERtikam kawan. Bagi nak menutup kemaluan dan kekacauan jadi dituduhnya Pemuda UMNO yang tikam mamat kopiah putih tu. Apa lagi, hebohlah seantero dunia yang mengatakan UMNO zalim nak tikam orang Melayu sendiri. Padahal kawan sendiri yang main pisau dari belakang. Senang betul puak pakatan ni nak buat fitnah bagi menunjukkan yang UMNO ni jahat. Tikam kawan sendiri SALAH UMNO! Tibai bontot jantan SALAH UMNO! Main ChinaDoll pun SALAH UMNO! |
TUDIAA!! Akibat Doa 'BN KO' Pemuda Pas Masuk UMNO?? #TukarKedah Posted: 05 Dec 2012 04:36 PM PST Pas tak sudah-sudah doakan supaya UMNO/BN K.O, hancur atau pecah perut. Tetapi, setiap kali Pas berdoa, Mc tengok Pas pulak yang makin teruk jadinya. Mungkin pemuda-pemuda ini insaf apabila mengikuti perhimpunan Agung UMNO yang lebih fokus perjuangkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, berbanding Pas yang asyik-asyik doa kehancuran kepada orang Islam yang lain. Akibat daripada itu, seramai 16 orang penyokong tegar PAS dari Cawangan Genting Palas dan Bendang Hilir. Menyerahkan permohonan menjadi ahli UMNO kepada bekas Menteri Besari Kedah, Mahdzir Khalid. Penyerahan borang keahlian UMNO telah diadakan pada 4 Disember 2012 jam 9:30 malam sehingga 11:30 malam di pekarangan rumah Pengerusi JKKKP Kampung Genting Palas, Kuala Nerang. Walaupun pada permulaan hanya 16 orang, ini hanya permulaan bagi mencetuskan gelombang perubahan yang sangat baik. Mahdzir Khalid menyatakan UMNO mengamalkan dasar keterbukaan dan tidak menyekat rakyat untuk membuat pilihan. Manakala dua orang bekas ahli PAS tegar yang masuk UMNO ketika ditemuramah pula berkata, mereka kecewa dengan perjuangan PAS yang sekarang ini sudah tersasar daripada perjuangan asal. Malah mereka turut menaruh keyakinan penuh terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk membawa negara ini di atas landasan yang benar. Malah menurut mereka lagi, PAS sekarang ini tidak lagi mengikut suara majoriti sebaliknya lebih tertumpu kepada kehendak seseorang. Dan seseorang itu pula mengawal PAS walaupun bukan ahli dan bukannya kepimpinan utama. Ketakutan pemimpin peringkat pertengahan dalam PAS untuk mengkritik kerana bimbangkan periuk nasi serta masa hadapan politik mereka, telah menjadi kayu pengukur sebenar tentang perjuangan Islam yang kerap kali dicanang-canangkan oleh PAS. Alhamdullilah, pada ahli Pas yang telah sedar. Bagi yang belum sedar, rasanya masih tak terlewat untuk meninggalkan Pas dengan perjuangan yang sia-sia dan menyertai UMNO bagi membawa panji-panji kebenaran. Pas mengaku mereka Islam, namun apakah Islam mengajar kita doakan kehancuran umat Islam yang lain? Fikirkanlahh.. McTheory: Nabi Muhammad SAW pun sentiasa doakan kemuliaan pada seluruh umat Islam.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment