Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


LAWAK!! Video Menunjukkan Anda Tak Patut Tidur Dalam Tren LRT!!

Posted: 04 Dec 2012 07:19 AM PST


Asyik politik saja kan.. apa kata sesekali diselitkan dengan video lawak macam ni. Hilang sikit tension ye tak? Mc pun tengah tension dengan politik ni. Makin hari makin menyampah dengan manusia politik yang pentingkan diri sendiri!!

TUDIAA!! Gambar Pehih Taib Beromen Dengan Isteri??

Posted: 04 Dec 2012 04:36 AM PST


Gambar ni jadi modal puak cai Pakatan mengutuk Pehih Taib dengan Isterinya. Kat mana salahnya gambar ni? Seorang Isteri, betulkan baju suami. Salahkah tu? Bukannya ada perkara lucah yang terpampang.

Nampak sangat la, puak Pakatan ni dah takdak modal nak kutuk. Hinggakan gambar ni pun depa nak buat modal, nak buat isu.

Fitnah, busuk perut dan busuk hati dah jadi makanan puak pembangkang. Kalau gambar kat atas ni depa nak komen dan kutuk-kutuk. Gambar kat bawah ni, puak pembangkang taknak komen la pulak ye? adehh..


McTheory:
Ohh Anwar.. awat nampak Jijah macam china doll saja.. hehe..

PANASS!! Cubaan Untuk Tukar Kerajaan, Satu Perbuatan Berbahaya!!

Posted: 04 Dec 2012 01:16 AM PST


Cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan itu yang dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang juga akan mengakibatkan kerugian dalam jangka masa amat panjang.

"Fikirkan, apakah bentuk transformasi dan kemajuan yang telah dibuat pembangkang dalam empat tahun memerintah selain daripada apa yang telah sedia ada dilakukan kerajaan terdahulu? Namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa selama tempoh pemerintahan mereka?

"Antara perkara 'hebat' yang telah dibawa mereka sejak memerintah beberapa negeri hanyalah demonstrasi haram yang berakhir dengan keganasan, membakar sentimen rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara, membenarkan campur tangan negara luar dan politik kebencian selain sering mengambil pujian terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menegaskan, adalah berbahaya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa membuat pertimbangan adil dan teliti.

Menurut Tunku Abdul Aziz, sehingga kini, pembangkang bukan sahaja belum sepakat dalam memilih Perdana Menteri untuk mentadbir negara malah masih bertelingkah siapakah yang harus berkuasa jika memenangi pilihan raya umum.

"Bagaimana kita boleh bersedia menerima mereka yang hanya berminat dengan kuasa semata-mata? Sehingga hari ini masih bergaduh siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan jawatan-jawatan penting yang lain.

"Malaysia adalah sebuah negara kompleks yang sukar untuk ditadbir kerana dihuni oleh pelbagai kaum dan latar belakang, pengalaman apa yang mereka ada selain daripada mengkritik kerajaan selama 50 tahun," katanya.

Dalam masa sama, beliau menggesa rakyat Malaysia tidak sesekali memberi undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana tindakan sedemikian akan membawa kehancuran kepada negara.

"Jika benar-benar cintakan keamanan dan perpaduan negara kita, usah tersilap langkah memberi mandat kepada golongan yang hanya dahagakan kuasa dan kepentingan politik.

"Jangan sesekali membiarkan pembangkang memporak-perandakan negara ini," tegasnya.

Sambung baca kat SINI

Video Eksklusif!! Bukti Anwar Ibrahim Mahu Membunuh Ekonomi Melayu!!

Posted: 03 Dec 2012 10:16 PM PST



Dalam banyak-banyak jutawan di dalam Malaysia ini, mengapa Tan Sri Syed Mokhtar yang berbangsa Melayu juga yang menjadi mangsa untuk di jatuhkan Pakatan Haram sedangkan hakikat Tan Sri Syed Mokhtar tidak pernah terlibat di dalam politik Malaysia.

Apa yang dapat di lihat, niat Anwar Ibrahim adalah untuk menaikan semanggat bangsa lain supaya membenci bangsa Melayu yang di perjuangkan UMNO di sebalik tidak mengetepikan hak bangsa lain di Malaysia.

Jika di fikirkan secara logik, Syed Mokhtar, salah seorang jutawan Melayu yang berjaya bukanlah seorang ahli politik yang mampu menggugat politik Pakatan Haram, Syed Mokhtar hanyalah seorang ahli perniagaan yang berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri.

Dari hasil perniagaannya, Syed Mokhtar banyak membantu golongan orang miskin, banyak membuat kerja-kerja amal banyak menderma kepada yang memerlukan melalui Yayasan Al-Bukhari yang di tubuhkannya sendiri pada tahun 1996.

Tujuan utama Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan, Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.

Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia., rumah anak yatim, madrasah dan juga masjid banyak yang beliau bina. Mungkin banyak lagi perkara yang beliau lakukan, tidak kita tahu.

Sebenarnya serangan terhadap Jutawan yang berbangsa Melayu, Syed Mokhtar ini telah di cetuskan oleh Tony Pua, ahli Palimen DAP yang mengetuai satu kumpulan rahsia DAP yang di beri nama kumpulan G17.

Tujuan utama kumpulan terbabit adalah menjatuhkan orang Melayu melalui dunia politik Malaysia supaya hak keistimewaan ketuanan Melayu dapat di hapuskan.

Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan dari kumpulan ini di dalam meraih sokongan dari kalangan bukan bangsa Melayu supaya cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai.

Untuk undi dari bangsa Melayu, Anwar Ibrahim tidak merasa bimbang kerana PAS yang berada dalam Pakatan Haram di gunakan untuk menarik undi dari kalangan bangsa Melayu yang cukup sinonim dengan Agama Islam.

Ternyatalah apa yang di lakukan Anwar Ibrahim dan PAS hanyalah untuk kepentingan politik masing-masing tanpa menyedari apa yang mereka lakukan merupakan jalan termudah bagi DAP yang terbukti anti pada bangsa Melayu merealisasikan impian mereka untuk melihat bangsa Melayu yang beragama Islam merempat di tanah air sendiri sepertimana yang telah parti PAP lakukan di Singapura terhadap bangsa Melayu Singapura. - Media Kedah

klik di sini untuk melihat bukti DAP anti bangsa Melayu.

PANASS!! Perkara Mengejutkan Berlaku di Teater Tun Siti Hasmah Semalam!!

Posted: 03 Dec 2012 08:16 PM PST


Tercanting sebagai antara malam paling indah dalam hidup gua... bila dapat menyaksikan sebuah karya hebat di pentas teater, berjumpa dengan seorang negarawan ulung, Tun M dan Tun SH dan bersembang dengan selebriti/pengarah hebat Erma Fatima tentang perjuangan bangsa.

Terima kasih kepada Istana Budaya kerana memberi peluang kepada blogger2 UMB yang diketuai oleh Tun Faisal Ismail merakam kenangan bermakna sebelum berlabuhnya tirai pementasan teater "Dari Hati Seorang Perempuan" (DHSP), tribute untuk seorang isteri bekas Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kecintaan seluruh rakyat jelata.


Tempoh pementasan 2 jam terlalu singkat untuk menceritakan segala hal yang diladeni oleh Tun Dr Siti Hasmah sebagai seorang isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun Erma Fatima telah menggarap semua detik penting dalam hidup mereka dengan penuh estetik.

Lisa Surihani dan Eja telah menampilkan lakonan mantap sebagai Tun Siti Hasmah semasa muda dan meningkat usia. Nazim Othman juga mempersembahkan peranan sebagai Tun Mahathir di usia muda dengan baik. Namun penghayatan Esma Daniel sebagai Tun Mahathir semasa dewasa/tua adalah tunjang kegemilangan teater ini.

Bermula dengan kisah cinta Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah di Universiti Malaya, Singapura hingga membawa mereka ke jinjang pelamin, mengimbau kesukaran 'Che Mah' sebagai doktor wanita Melayu kedua menangani persepsi penduduk kampung yang terlalu konservatif terhadap perubatan moden ketika ditugaskan di perkampungan terpencil di Kedah, hinggalah detik pahit dan manis yang dilalui oleh Tun Siti Hasmah bersama seorang suami yang lebih mementingkan rakyat dari keluarga beliau sendiri.

Saat paling mengujakan di akhir pementasan bila semua audien dikejutkan dengan kehadiran Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah di atas pentas.

"DHSP" adalah sebuah karya dari syurga kerana bukan sekadar sebuah autobiografi dalam bentuk teater, tapi membius mesej penting tentang pengorbanan keluarga, perjuangan bangsa dan memartabatkan maruah negara.

Tahniah kepada semua krew, pelakon, penerbit yang terlibat dalam pementasan teater ini... terutamanya Erma Fatima yang menjadi teraju utama yang meletakkan teater "DHSP" berdiri dalam kelas yang tersendiri.


lihat foto-foto lain di blog LENSALOKA

Tentang apa yang kami, blogger2 UMB sembangkan bersama Erma Fatima akan gua garap dalam entry akan datang... tunguuuu okeh!! ;-)


Memang terbaik!! Tapi Mc sedih kerana yang pergi tengok bukan Mc sendiri. Kawan-kawan dari UMB lain yang pergi tengok, cerita ni pun Mc ambil dari blog 1Peluru. Kalau diberikan peluang Mc nak pergi tengok sekali. Agak-agak teater ni sampai ke Kedah tak? Patut Ema Fatimah buat roadshow seluruh Malaysia.

McTheory:
Tentu seronok melihat watak 'Srikandi Malaya'

PANASS!! Tangisan Ahli UMNO yang Pemimpin Atasan Perlu Beri Perhatian! #PAU2012

Posted: 03 Dec 2012 04:38 PM PST




Ini tangisan semangat yang datang dari dalam hati. Semangat yang tak mungkin ada pada ahli UMNO yang hanya mahukan wang dan projek. Tangisan pejuang yang mahu mempertahankan UMNO. Tangisan pejuang yang mahu Islam dan Melayu kekal berkuasa di bumi bertuah ini.

Tangisan yang bukan direka-reka, tangisan yang bukan untuk membodek, tangisan ikhlas dari ibu-ibu dan bapa-bapa. Merekalah pejuang yang tak didendangkan. Pejuang yang selama ini kita lupa, tapi mereka sentiasa ada untuk perjuangan UMNO.


Andaikata UMNO tiada lagi ahli dan penyokong seperti mereka, nescaya UMNO akan tersungkur jatuh dan hancur begitu saja.

Mereka ini PEJUANG, PEJU'WANG'.. yang PEJU'WANG' tu langsung tak guna, nak cari makan saja!


McTheory:
Masih banyak mangkuk peju'wang' dalam UMNO ni.. kena waspada!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...