Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO!! Gambar Menarik Waktu Malam Yang Patut Kita Lihat!!

Posted: 30 Dec 2012 07:17 AM PST


NASA mengeluarkan gambar wajah bumi di wilayah Eropah, Afrika, dan Timur Tengah melalui Satelit Soumi pada malam hari.









Subhanallah.. cantiknya ciptaan Allah..

TUDIAA!! Video dan Surat Ini Mendedahkan Siapa Mazlan Aliman Anak Haram Felda Sebenarnya!!

Posted: 30 Dec 2012 04:38 AM PST


Mungkin ada sesetengah orang tak tahu bahawa peristiwa Felda Kemahang 3 ni. Meh sini Mc nak ulang tayang!

Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3.... Sedang Gelak Besar

Sebagaimana yang telah di janjikan tidak lama dahulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam PAS yang di katakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan. Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang di tulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka-peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR.


Peneroka-peneroka ini juga sedar bahawa kemenangan mereka ini bukanlah kerana peguam mereka ini hebat, tetapi di sebabkan peguam yang mewakili Felda tidak hadir akibat masalah teknikal. Oleh itu, Mahkamah telah memberikan kemenangan 'free' kepada peneroka. Yang paling untung dengan kemenangan 'free' ini ialah peguam ini kerana buta-buta mereka mendapat bayaran sebanyak RM 3.3 juta manakala setiap peneroka yang seramai 354 orang, hanya dapat RM 19 ribu je....

Di dalam surat yang panjang lebar ini, peneroka meluahkan rasa marah serta penuh kesal terhadap peguam ini. Antara yang menarik, mereka juga mempersoalkan kemana menghilangnya wang sejumlah RM 1.1 juta lagi yang dikatakan di serahkan kepada orang tengah. Sapa orang tengah ini, hanya peguam je yang tahu. Seronok jadi peguam ni kerana mereka dapat isi yang sedap lagi berisi, manakala peneroka pula dapat tulang je. Inilah dia peguam PAS yang kononnya memperjuangkan orang yang di tindas.

Saya percaya, sebab itulah begitu banyak lagi peguam-peguam PAS/PKR seperti Sivarasa dan sebagainya, berebut nak jadi peguam kepada peneroka kerana semuanya ada udang di sebalik batu. Kepada peneroka-peneroka sekelian, fikirkanlah sebelum terlambat..... Kepada peneroka-peneroka yang dah terkena ini, ingatlah pepatah melayu...' Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan! Biarkan!'.
Dah tahu macam mana ceritanya? Nak benda yang sama berulang lagi?

Siapa orang tengahnya? Siapa lagi kalau bukan si Mazlan Aliman. Peneroka dapat rm19 ribu sahaja. Peguam dan Mazlan Aliman dapat juta-juta. Jadi siapa sebenarnya yang menipu? heh..

McTheory:
Si penipu, tuduh orang lain menipu? heh..

PANASS!! Video Pendedahan Skandal Tanah Dan Balak Pas Kelantan!!

Posted: 30 Dec 2012 01:16 AM PST


Video ini mendedahkan bagaimana kerajaan Pas Kelantan mengadai tanah air dan balak mereka kepada pihak luar. Inilah yang terjadi apabila Kerajaan Islam terlalu lemah, semuanya harus digadaikan!

Silap-silap tanah air pun puak ni gadai pada pihak luar, sebab tak mampu nak tadbir negeri. Jauhkanlah dari puak ni tadbir Malaysia, sebab nanti takut Malaysia pulak yang digadaikan oleh mereka!

PANASS!! Hadi Awang Minta LIVE 1 Jam, Rais Bagi LIVE 1 Jam!!

Posted: 29 Dec 2012 10:16 PM PST


 Dalam video dibawah, Hadi Awang meminta LIVE 1 jam keudara di TV untuk menjelaskan 'Amanat Hadi Awang' yang memecah-belahkan masyarakat Islam di Malaysia selama ini. Di ajukan soalan bertalu-talu mengenai amanat kufur tersebut. Hadi mencari alasan dengan menjawab dan mencabar Menteri Penerangan untuk memberikannya peluang LIVE di TV.



Akhirnya, Rais Yatim, Menteri Penerangan memberi peluang kepada Presiden Pas itu untuk bercakap di TV.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah.

Apa macam Hadi, ada berani ka?

McTheory:
Hadi jual Rais beli.. cewahh..

HOT INFO!! Kisah Ahli Kumpulan Ruffage yang merogol Anak Tirinya!!

Posted: 29 Dec 2012 07:36 PM PST

Siapa di antara mereka ini perogol?

Pertama sekali kami tidak akan memberitahu siapa suspek yang dikatakan, kerana suspek itu tidak boleh dinamakan bagi melindungi kanak-kanak mangsa rogol yang mengadu.

Bulan lepas kita mendapat berita tentang seorang anggota kumpulan Hip Hop dan R&B yang dilaporkan kepada polis oleh anak tiri beliau yang berusia 14 tahun telah merogolnya sejak berusia tujuh tahun pada pukul 11 malam, Februari 2012.

Suspek yang berusia 37 tahun yang dikatakan juga pernah berlakon dalam sebuah filem, telah ditangkap di rumahnya di Gombak Jaya, Kuala Lumpur pada pukul dua pagi hari berikutnya.

Sehubungan itu ramai pihak yang telah membuat spekulasi siapa suspek tersebut. Mangsa dikatakan membuat laporan kerana sudah tidak tahan dijadikan hamba seks oleh bapa tirinya, di samping bimbangkan keselamatan adik perempuannya yang lain.
Tengah hari semalam, ibu kepada mangsa rogol itu telah muncul dalam rancangan sensasi Melodi terbitan TV3, melalui segmen Panas, menerangkan keadaan bagi pihaknya.

Ibu mangsa yang tidak dapat mengawal kesedihan semasa diwawancara oleh Dalili Michelle, mendakwa dia tidak tahu yang anaknya itu dirogol walaupun dia sering bertanya kepada anaknya. Memetik kata beliau melalui rancangan Melodi, anaknya itu sebelum ini memberikan alasan disepak kawan atau terjatuh tangga apabila ditanya mengenai lebam-lebam di bahagian badannya dan anaknya itu juga sering mengenakan berlapis-lapis pakaian.

Oleh sebab itu dia amat terkejut apabila dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.

Beliau berkata pada waktu dia dipanggil polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya kecewa,
disebabkan suspek ialah suaminya.

[Klik Sini: Video Suspek Rogol Anak Tiri]

Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata: "Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya,".

Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut—dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.

Turut menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya, tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.

"Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana," katanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, ketika dia pulang dari balai polis untuk membantu kes anaknya, barang-barang milik dia dan anak-anak telah dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan dalam beg pakaian, sebelum dicampakkan di luar rumah oleh individu-individu yang tidak dinamakan, yang tidak mempercayai anak itu dirogol.

Menurutnya, dia memohon agar masa berpusing kembali supaya apa yang telah terjadi tidak berlaku.Dia turut berkata dia berbangga anaknya memberitahu tentang perkara ini sekarang.

Suspek itu kini bebas dengan ikat jamin, tetapi ibu mangsa mendakwa dia tidak dibenarkan menghampiri dia dan anak-anak atas arahan pihak polis.

Buat masa ini, dia sedang menunggu keputusan ujian sampel darah yang boleh mengesan perogol anaknya di samping menyara kehidupan anak-anaknya.

Dia memberitahu dia muncul di Melodi untuk meminta pengertian masyarakat yang mengkritiknya seolah-olah dia ibu yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya suaminya tidak pernah memberi nafkah, jadi dia perlu keluar mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan anak-anaknya.

Ibu mangsa turut menceritakan yang sebelum ini, semasa anaknya masih kecil, anaknya sering diugut oleh suspek yang dia akan memukulnya sehingga wajahnya tidak dikenali oleh ibunya sendiri sekiranya memberitahu perlakuannya pada sesiapa. Apabila suspek sudah remaja, dia berkata pula dia akan menyasarkan adik mangsa sekiranya mangsa enggan menuruti kehendaknya.

Akhir sekali, dia meminta sesuatu dari masyarakat:-

"Tolonglah, apabila sudah tahu anak saya dirogol, terutamanya cikgu-cikgu yang memberikan senyuman sinis seolah-olah bertanya apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu, tolonglah berhenti. Saya pun tidak tahu perkara ini hendak terjadi, tolonglah jangan berikan saya 'pandangan itu',".- MyMahasiswa

PANASS!! Karpal Bakal Dedahkan Skandal Anwar dan Shamsidar?

Posted: 29 Dec 2012 05:32 PM PST


Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuat penafian secara terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin seperti didakwa Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, Karpal perlu menyahut cabaran itu kerana beliau dan anaknya, Gobind Singh Deo mahukan Anwar menjadi calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang.

"Karpal juga perlu menjelaskan mengapa beliau enggan menerima Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sedangkan jawatan yang disandang Abdul Hadi ketika ini adalah dipilih dan bukannya dilantik.

"Jawatan yang dipegang Abdul Hadi tidak sama seperti Karpal atau Anwar. Kedua-dua mereka dilantik dan bukannya dipilih," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengulas pendirian Karpal dan DAP yang terus mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Karpal sehingga kini belum pernah menarik balik kenyataannya di Parlimen pada Oktober 1997 yang beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti liwat.

Dalam perkembangan berkaitan, SD Johari turut mencabar Karpal mengarahkan Gobind yang juga seorang peguam menarik balik kenyataannya dalam hansard Parlimen pada Oktober 1997 berhubung kegiatan liwat Anwar itu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...