Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Masuk Islam Selepas Tonton Kisah Nabi Isa A.S??
- PANASS!! Pendedahan Berani Ini Buat Pimpinan Pas Pusat Gugur Bulu!!
- TUDIAA!! Ku Li Kecewakan Blogger Pakatan Haram!!
- TUDIAA!! Siapa Kata Abby Abadi Tak Pandai Agama? Kali Ni Mc Nak 'BACK UP' @Abby_Abadi112 Pulak!!
- PANASS!! PKR Pulaukan Konvensyen Dap?
- TUDIAA!! Dap Buktikan Mereka Parti Rasis Anti Melayu! #DapKongres
| HOT!! Masuk Islam Selepas Tonton Kisah Nabi Isa A.S?? Posted: 16 Dec 2012 07:16 AM PST Lianus membesar di daerah dimana Muslim hanya sedikit jumlahnya. Inilah yang membuat Lianus tidak pernah mengenal Islam. Malah bila bertemu dengan simbol-simbol Islam seperti pakaian Muslim, maka tidak ragu-ragu akan dia bakar. Suatu hari, ia menonton filem penyaliban Jesus Kristus. Pada masa menonton filem itu, Lianus melihat adegan Jesus semasa memasuki gereja, secara spontan Jesus mengangkat kedua tangannya sambil memberikan ceramah kepada murid-muridnya. Pertanyaan segera timbul dalam diri Lianus. "Mengapa agama saya dalam kehidupan sehari-hari tidak sama dengan apa yang dilakukan Jesus, Contohnya, dalam gereja, Jesus berdoa sambil menadah kedua tangan, bukan bernyanyi," tanya Lianus dalam hati. Rasa gusar ia semakin bertambah ketika Jesus hendak ditangkap. Dalam filem itu, cerita Lianus, Jesus mengatakan akan datang yang menggantikannya. Pernyataan Jesus difikir semula oleh Lianus. Lalu dia secara spontan bertanya kepada paderinya. " Siapa yang akan menggantikan Jesus?" Lalu seketika paderi menjawab "Messiah". "Siapa, Jesus kan Messias juga?" tanyanya kembali. "Saya pun tidak pernah mendapatkan jawaban yang pasti, setelah itu," ujarnya. Tamat sekolah SMP, Lianus dibawa bapa saudaranya ke Medan, Sumatera Utara. Perpindahannya dari Nias ke Medan, Lianus membawa dirinya bersama 3 pertanyaan dalam hati. Pertama, mengapa cara beribadah agamanya tidak sama dengan Jesus. Kedua, mengapa Tuhan boleh ada anak, lalu anak itu menjadi Tuhan dan kemudian meninggal. Ketiga, sepanjang di Medan, Dia sering mendengar rakaman pendakwah terkenal yang menceritakan kisah para Nabi mulai dari Nabi Adam hingga ke Muhammad SAW. "Bagaimana Islam boleh mempunyai cerita seperti itu. Saya tidak tahu,"katanya. Di Medan, Lianus tinggal berhampiran Masjid. Secara otomatik, dia selalu mendengarkan pengajian setiap petang. Lianus yang sedang menduduki bangku sekolah menengah begitu senang memperhatikan umat Islam sedang berwudhu. Tanpa sedar, apa yang dia lihat itu mirip dengan adegan film yang pernah ia tonton. "Inikan yang saya lihat dari filem tersebut. Semasa itu, Nabi Musa AS meminta umatnya untuk membersihkan kaki, muka, tangan," kenangnya. Sejak itu, Lianus aktif mengikuti aktiviti masjid. Ia diterima dengan baik, walaupun belum bersyahadat. Perubahan Lianus dibaca bapa saudaranya. ia kemudian membawa Lianus ke Riau. Di Riau, Lianus bekerja di sebuah industri kertas. Sepanjang di Riau, ia sempat melihat perilaku umat Islam yang tidak konsisten menjalankan ibadahnya. Dia pun memutuskan untuk tinggal berhampiran masjid. Sekali lagi melalui masjid tersebut, Lianus mendengar kisah para nabi, termasuk Nabi Isa dan kisah Maryam. Bergoncanglah keimanan Lianus. "Ketika saya merenung, ketika larut malam. Saya tidak tidur. Saya pun minum arak buat kali terakhir . Setelah itu, saya niatkan diri untuk bertaubat," kenang Lianus. Akhirnya, Lianus memutuskan untuk masuk ke dalam masjid. Kebetulan, ada salah seorang pemuda bernama Suryadi di sana. Ia membimbing Lianus pada Alquran. Oleh Yadi, Lianus diperlihatkan surah Al-Imran untukmenjawab pertanyaannya yang pertama dan kedua. Lalu, Yadi, memperlihatkan Alquran surah Al-Maidah untuk menjawab pertanyaannya yang ketiga. "Makin yakinlah saya, Alhamdulillah, saya bersujud kepada Allah SWT. Saya meminta disyahadatkan," ungkap Lianus. Dia pun dibimbing oleh Haji Amin dari Masjid Istiqomah mengucapkan dua kalimat syahadat lalu bergantilah nama menjadi Abdul Aziz Laiya. Berita Lianus masuk Islam segera didengari oleh bapa saudaranya. Tidak lama kemudian, orang tua Lianus mendengar berita keislaman Lianus. Keluarganya marah besar. Malah, bapa saudaranya tidak segan memukul dan menendang dirinya. Lalu, oleh bapa saudaranya, dia dibawa kembali pada keluarganya. Oleh ayah dan ibunya, Lianus diancam tidak akan lagi diakui sebagai anak. "Selama tiga bulan pertama memeluk Islam, saya menghadapi tendangan, pukulan, dan dilempar ke kolam," kata dia. Malah seorang bapa saudaranya menyiramnya dengan darah babi lalu dipaksa makan babi. Menurut bapa saudaranya, tindakan itu merupakan sebahagian dari ritual untuk mengembalikan Lianus kepada jalan yang benar. "Dalam menghadapi tekanan bertubi, saya hanya boleh mengucapkan laa Illahalillah dan solat," katanya. Semasa itulah, Lianus merasa sendirian. Tidak ada yang membantu dirinya memperjuangkan Islam. "Bergoncang juga iman saya semasa itu," kenang dia. Selama seminggu Lianus tidak solat, seminggu itu pula iman Lianus semakin tipis; dirayu untuk kembali kepada ajaran agama sebelumnya. Seorang Ustaz bernama Sahabudin kemudian menemuinya dan memberikan nasihat. "Alhamdulillah, kembalilah saya kepada jalan Allah SWT," ungkap dia. Lianus muda yang sedang dipersiapkan untuk menjadi biarawan atau pelayan gereja, mendapat ilham sejumlah pertanyaan yang seterusnya menuntut dia mengenali dan mendalami Islam. "Kerana Allah berkehendak, saya pun mendapatkan hidayah dan diselamatkan saya oleh Allah SWT untuk menjadi seorang Muslim," katanyakepada Republika.co.id. Lianus Laiya, lahir 25 Oktober 1981 di Nias, Sumatera Utara. Dia lahir di tengah keluarga Katholik yang taat. Sebahagian dari keluarganya merupakan pendakwah. Kerana itu, tidak hairan, sebagai anak lelaki tertua, oleh keluarganya, Lianus dipersiapkan untuk meneruskan tradisi keluarga sebagai penggiat gereja. "Namun, Allah SWT memalingkan langkah saya untuk mendapatkan hidayah," ungkap dia. Lianus kembali mendalami Islam. Dia kembali mengikuti berbagai majlis taklim yang rasmi. Dia pun menjadi ketua remaja masjid di persekitarannya. Dia juga bertugas membimbing para mualaf . Lalu dipertemukanlah dia oleh Ustaz Nababan, pengasuh pondok Pesantren Pembina Muallaf Annaba Center, Tangsel, Banten. Lianus sempat kembali ke Nias lantaran menerima berita bahawa ayahnya sedang sakit. Ia diminta kembali ke agama sebelumnya, agar ayahnya sembuh. Ia menggeleng. "Dengan ilmu rukyah yang kurang, hanya dengan kepercayaan melalui bacaan basmalah, surah al-Fatihah, al -Ikhlas, al-Alaq, dan ayat kursi. Subhanallah, ayah saya sembuh. Yang hadir menyaksikan sembuhnysa ayah saya terkejut. Padahal waktu itu saya belum boleh membaca Alquran, saya baru belajar mengaji," kenangnya. Kini, Lianus merasakan ketenangan batin luar biasa dalam memeluk Islam. Dia merasa selalu dimudahkan dalam beraktiviti. "Ketika sedih, dengan berzikir, hilanglah kesedihan. Ketika sedang bermasalah, saya baca Alquran maka datanglah inspirasi," kata dia. (republika.co.id) - Tulahan | ||
| PANASS!! Pendedahan Berani Ini Buat Pimpinan Pas Pusat Gugur Bulu!! Posted: 16 Dec 2012 04:37 AM PST Seorang bekas ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai CN Al-Afghani mendedahkan PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan hudud dan Negara Islam. Menurutnya, perjanjian sulit itu ditandatangani pada 18 Disember 2009 di antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kita ini ditipu oleh pimpinan. Kalau baca dalam buku saya ini, ada saya sebut, persefahaman pada 18 Disember 2009 telah disebut dan ditandatangani oleh tiga orang pemimpin. "PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi, PKR oleh penasihat dia, dan DAP oleh Lim Kit Siang. "Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,"dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November. C.N Al-Afghani sebelum ini pernah menulis buku kontoversi bertajuk " Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali," mendedahkan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta-juta ringgit milik berpuluh-puluh anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak kepimpinan PAS. Akibatnya, buku tersebut dilarang dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali pada November 2010, namun difahamkan saudara mara dan anak-anak mangsa Memali berusaha gigih menjual buku tersebut agar penyelewengan itu terdedah kepada umum. Menurut penulis, kutipan derma yang dibuat dari tahun 1986 sehingga ke 2001 iaitu selama 15 tahun, tidak pernah dibuat laporan penyata kewangan yang jelas. Kesannya, pada tahun 2001, salah seorang keluarga mangsa pernah membuat laporan polis tentang penyelewengan tersebut. - Medan Tempur | ||
| TUDIAA!! Ku Li Kecewakan Blogger Pakatan Haram!! Posted: 16 Dec 2012 01:16 AM PST ![]() Sebelum ini ramai blogger pencacai Pakatan Haram cuba menimbulkan supaya kekalutan berlaku di antara UMNO dan Tengku Razaleigh dengan memainkan isu Ku Li tidak di calonkan UMNO pada PRU yang ke 13 ini. Namun kini blogger pencacai Pakatan Haram terpaksa berputih mata apabila Ku Li dengan sendiri telah tampil memberi penjelasan yang boleh buatkan blogger pencacai Pakatan Haram menangis tak berlagu. ![]() GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata, pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN. "Saya tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi menghadapi PRU-13 nanti," katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini. Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada golongan wanita yang bekerja kuat untuk parti. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani dan ADUN Galas, Ab Aziz Yusof. Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno Gua Musang, berkata, bekerja keras bagi kemenangan parti itu adalah tanggungjawab semua pemimpin dan anggota bagi memastikan BN akan terus kekal mendapat mandat daripada rakyat. Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur baru-baru ini, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberi semangat baru kepada semua perwakilan untuk menggerakkan jenteranya di semua peringkat. "Oleh itu, kita di bahagian Gua Musang juga telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa termasuk menggerakkan jentera bagi memastikan kerusi BN Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dun kekal menang. "Tidak ada sebab bagi rakyat menolaknya jika kita bekerja kuat untuk memperjuangkan nasib mereka kerana kini terbukti kerajaan BN mampu melakukan segala perubahan bagi faedah semua rakyat di negara ini," katanya. Katanya, bagi kerusi Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri, Paloh dan Galas mungkin tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengekalkan kemenangan. Beliau berkata, ini kerana pemimpin dan anggota Umno peringkat bahagian itu sentiasa terbuka bagi bekerja dalam satu pasukan dan sejarah juga telah membuktikan BN di Gua Musang terus kekal mendapat mandat rakyat. - Media Kedah | ||
| TUDIAA!! Siapa Kata Abby Abadi Tak Pandai Agama? Kali Ni Mc Nak 'BACK UP' @Abby_Abadi112 Pulak!! Posted: 15 Dec 2012 10:16 PM PST Dalam posting kali ni, Mc taknak kutuk Abby, kali ni Mc nak back up Abby kaw-kaw punya. Orang kata kipas kuat-kuat. Ada ka patut budak kat bawah ni kata Abby Abadi tak belajar dan pandai agama? uihh.. sungguh kurang sopan ni. Budak ni tak tahu ke, Abby ni dah khatam Quran dengan Nik Aziz berapa kali. Belajar ilmu agama dengan Hadi Awang berapa tahun, belajar ilmu ceramah dengan Mat Sabu berapa kurun. Lagi dia berani nafikan.. ishh ishh ishh.. silap orang la. Abby ni antara orang yang sudah pasti akan syurganya. Setaraf dengan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Sebab tu dia boleh berkata apa saja yang dia suka tanpa sebarang had. Boleh menilai orang yang dia tak kenal pun. Dia punya 'makam' dah setinggi dewa, tapi bukan dewa slipar la! he he.. Jangan sampai Abby sumpah korang yang kutuk dia tu jadi katak! Nanti dia tulis surat kat Nik Aziz dan sekat tiket ke syurga, baru korang tau! Habis la korang tak masuk syurga nanti. Jadi, korang semua jangan pertikaikan ilmu agama Abby. Sejak dia sign borang Pas, secara automatik dia terus jadi Ustazah bahkan akan diangkat menjadi Ulamak Wanita Pas! Soo.. tiada orang yang lebih hebat ilmu agamanya di Malaysia hatta dunia sekalipun, selain dari Abby Abadi. ok.. soo Peace Yoo! he he.. McTheory: Apa macam, sampai demam Mc kipas Abby wooo.. | ||
| PANASS!! PKR Pulaukan Konvensyen Dap? Posted: 15 Dec 2012 07:16 PM PST
Dalam banyak-banyak perkara dalam Konvension Dap ni, Mc cuma tertarik dengan satu perkara saja. Ketidak hadiran pimpinan pusat parti PKR. Blogger CTS, ada menerangkan tentang perkara ini. Tidak ada perkara yang lebih menarik di dalam Kongres DAP Nasional Ke 16 di Pulau Pinang melainkan ketidakhadiran pemimpin-pemimpin utama PGayR. Di mana Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum, di mana Wan Azizah selaku Presiden parti dan di mana Azmin Ali selaku Timbalan Presiden? Sibukkah Mereka? Sekurang-kurangnya parti PAS mewakilkan Mahfuz "The Bean" Omar selaku Naib Presiden dan Setiausaha Agong, Mustapha Ali. Timbalan Presiden PAS pula, Mat Sabu turut hadir selepas makan tengah hari. Seolah olah PGayR telah memboikot konvensyen ini. PGayR hanya menghantar pemimpin negeri Dr Mansor Othman yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Wanita Zuraidah Kamarudin. Ketidakhadiran pemimpin utama PGayR dalam Kongres Nasional DAP sesuatu yang pelik apabila membayangkan inilah perhimpunan terakhir parti teras Cina itu sebelum pilihanraya umum ke 13. Apakah ura-ura sebelum ini yang mengatakan parti DAP ingin meminta lebihan kerusi di dalam Konvensyen ini menjadi punca Konvensyen DAP diboikot oleh PGayR? Khabar angin berkenaan nyata terbukti pagi tadi apabila ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU13. Lim Guan Eng dengan megah dan selamba berucap di hadapan perwakilan DAP. Apakah PGayR merasa tersinggung dengan tindakan Lim Guan Eng nampaknya tidak lagi menggunakan saluran rasmi Pakatan Haram untuk berunding kerusi antara pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan parti, sehingga menyebabkan tindakan boikot? Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU13 dan parti-parti di dalam Pakatan Haram masing masing masih menyembunyikan masalah di antara mereka. Amat lucu sekali! McTheory: Dap dan Pas, ada masalah dengan PKR! | ||
| TUDIAA!! Dap Buktikan Mereka Parti Rasis Anti Melayu! #DapKongres Posted: 15 Dec 2012 05:27 PM PST Semalam berlangsung Konvensyen Dap di Pulau Pinang. Tiada yang menarik boleh dibincangkan, namun agenda paling utama ialah, Dap telah membuat pengundian dari perwakilan untuk memilih 20 Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap. Kononnya pengundian itu telus dengan mengunakan dakwat kekal kepada pengundi yang telah mengundi. Namun Dap tetap Dap, walaupun mereka memanggil diri mereka 'multiracial' namun keputusan permilihan semalam membuktikan sebaliknya. Di bawah adalah keputusan permilihan 20 Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang diambil daripada timeline laman sosial Twitter rasmi parti DAP. Permilihan berkenaan diadakan di Kongres DAP Nasional Ke 16 bertempat di Pulau Pinang, Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA), Georgetown. Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan hadir pada kongres parti itu telah memilih 20 anggota jawatankuasa tertinggi pusat yang akan menerajui parti rasis ini menjelang PRU13. Rujuk keputusan dibawah, Daripada sejumlah besar yang dicalonkan pelbagai bangsa, hanya 2 orang terdiri daripada bangsa Sikh atau Punjabi, satu berbangsa India dan selebihnya berjumlah 17 orang berbangsa Cina. Tiada pemimpin Melayu di dalam jawatankuasa tertinggi pusat parti DAP. he he.. Sedangkan ada 8 calon Melayu dalam pemilihan CEC. Semuanya tewas termasuk seorang anak Cina yang mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari. Aspan Alias dan Dato Ariff Sabri aka Sakmongkol AK47 pula terus dipandang sepi. Nampak sangat, Dap tidak rela menerima bangsa melayu berjawatan dalam parti mereka. Jadi Melayu yang wujud dalam Dap hanyalah 'pejuang bangsat' pemusnah Agama dan Bangsa. Tidak ada istilah multiracial dalam Dap. Kerana mereka memperlihatkan kepada kita betapa rasisnya Dap kepada bangsa Melayu. Jika benar mereka multiracial, tentu mereka telah memilih dua atau seorang wakil melayu dalam permilihan jawatankuasa pusat. Namun segalanya jelas, bangsa lain terpinggir dalam Dap, perwakilan didominasi oleh kaum cina. Mulai hari ini, semua pemimpin Dap tidak layak berbicara soal hak demokrasi kerana mereka dipilih bukan atas demokrasi, tetapi atas bangsa dan warna kulit. Inikah yang dikatakan multiracial? Ha ha ha.. inilah yang dipanggil DAP RASIS!! Kalau mereka jadi kerajaan, Malaysia sama macam Singapura la, melayu ditindas, menjadi KULI di Negara sendiri!! McTheory: Multiracial konon? piiraahhhh.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





.jpg)




No comments:
Post a Comment