Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO!! Misteri Kewujudan Ikan Duyung Terbongkar!!

Posted: 13 Dec 2012 07:17 AM PST



LOS ANGELES: Persoalan sama ada ikan duyung wujud atau tidak ditamatkan baru-baru ini apabila sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat mengesahkan makhluk laut itu tidak wujud.

Pentadbiran Lautan dan Atmosferik Kebangsaan Amerika mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan makhluk separuh manusia separuh ikan itu wujud.

Agensi berkenaan mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menjelaskan bahawa spesies laut itu tidak wujud selepas menerima beberapa panggilan berikutan tayangan oleh saluran Animal Planet berjudul: Mermaid: The Body Found yang mengelirukan beberapa penonton.

Selepas siaran rancangan fiksyen itu, yang direka untuk mempunyai format sama dengan sebuah dokumentari, beberapa penonton menelefon agensi berkenaan untuk mengetahui lebih banyak mengenai makhluk itu.

Agensi itu mengeluarkan kenyataan menerusi bahagian Fakta Lautan, mengakhiri teori kewujudan ikan duyung.



Kenyataan itu berbunyi: "Adakah ikan duyung wujud? Tidak ada bukti menunjukkan ia pernah ditemui."

Kenyataan itu seterusnya menerangkan bagaimana makhluk feminin itu ditemui pertama kali pada lukisan di gua kira-kira 30,000 tahun lalu.

Agensi terbabit menggabungkan kenyataan itu menerusi maklumat yang sudah sedia diperoleh untuk orang awam kerana ia tidak mempunyai program yang khusus untuk mengkaji ikan duyung, kata jurucakapnya, Carol Kavanagh kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak mengeluarkan kenyataan bulan lalu bahawa zombi tidak wujud.

Pusat berkenaan membuat kenyataan itu berikutan tersebar khabar angin kononnya seorang lelaki, Rudy Eugene, 31, ditembak mati oleh polis ketika mukanya berubah seperti zombi. – DM - via


McTheory:
Kalau ada Ikan Duyung, mesti Anwar nak 'try' jugak kan? hehe

#IsuAirSgor: Tangguh #Langat2 100 Tahun?!! Kesian Rakyat Selangor Dapat MB Bebal Macam Khalid!!

Posted: 13 Dec 2012 05:39 AM PST



Mc berasa teruja teramat bila membaca Khalid Gagap MB Selangor paling bebal dalam sejarah sanggup untuk menangguh Loji Air Langat 2 hatta 100 tahun sekalipun selagi penstrukturan air di Selangor masih lagi belum boleh dilaksanakan.

Dahsyat kenyataan Khalid tu, bercakap serupa macam orang tak ada otak, tapi Mc rasa pun, dia ni memang takdak otak la. Kalau ada otak dia takkan buat macam tu. Dia ingat projek Langat 2 ni serupa projek main masak-masak kot? Boleh ditolak dan diminta bila-bila dia suka.

Apa Khalid, langsung tak fikir pasal rakyat Selangor? Apakah Khalid yakin dengan air Selangor sekarang boleh cukup sampai ke tahun 2014, tanpa ada sebarang masalah? Khalid dah buat kajian teperinci ke tentang masalah air Selangor?

Atau,

Khalid hanya main spin isu, supaya boleh lengahkan Langat 2 semata-mata untuk memancing beli syarikat konsesi air Selangor? Sebab tu Khalid kata dia sanggup nak tangguh projek Langat 2 selagi penstrukturan air belum selesai.

Kalau macam tu, nampaknya Khalid sedang mempolitikan isu air. Isu air dibuat main serupa dengan isu politik lain. Mc tak sangka akal Khalid begitu jijik sekali. Keperluan rakyat dibuat sambil lewa seolah-olah pada kemudian hari ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat Selangor.

Khalid mahu buat penstrukturan air di Selangor, tetap Khalid sendiri tidak serius untuk laksanakannya. Khalid tak pernah membuat tawaran baru atau berbincang dengan syarikat konsesi setelah tawaran terakhirnya pada tahun 2010 lepas.

Dari situ kita tahu, Khalid sebenarnya tidak bersungguh-sungguh dalam hal ni. Sama juga seperti cadangannya untuk melaksanakan teknologi membran dan membuka loji air lama. Semuanya hanya retorik nak alihkan isu semata-mata.

Kononnya berusaha nak susun air Selangor, timbang tara pun belum, berbincang pun tak, apakah itu menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor bersungguh-sungguh nak buat penstrukturan air?

Khalid kata kalau buat Langat 2, tarif air di Selangor akan naik? Betul ke? Dari mana agaknya kajian itu dijalankan? Bukankah kuasa nak naik tariff letak pada Kerajaan negeri Selangor? Tolong Khalid sertakan bukti dan carta sekali untuk rakyat Selangor faham keburukkan Langat 2, kalau ada la.

Jangan hanya menafikan, kemudian memfitnah tanpa bukti. Ini bukan isu politik yang boleh kita putar sampai habis, ini isu kepentingan rakyat. Mc pun dah penat ulang ayat yang sama. Nak fahamkan si Khalid MB Selangor paling bebal ni memang payah. Kalau ada kajian mengenai kenaikkan tarif ni, harap Khalid sertakan sekali untuk rujukan!

Agaknya kalau Kerajaan Negeri Selangor gunakan teknologi membran disemua loji air, tarif air tak akan meningkat ke? Penukaran penapis, jentera tekanan yang diberikan pada air akan mengunakan petrol yang banyak, rasanya itu tidak mempengaruhi tarif air ke?

Kalau pengunaan teknologi membran pun Khalid baru nak kaji, tak mustahil peranan dan kepentingan Langat 2 untuk negeri Selangor, Khalid baru mula nak buat kajian teperinci. Kalau nak tunggu kajian Khalid, sampai kiamat pun tak selesai!

Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai MB paling lembab dan bebal dalam sejarah. MB yang tak berjiwa rakyat, MB yang paling teruk jika dibandingkan dengan MB sebelum-sebelum ini.

Sampai bila rakyat Selangor saja nasib mereka diperkotak-katikkan sebegini? Nak tunggu air takdak baru nak mengelabah? Rakyat Selangor perlu bersuara, tolak PR, Tolak Khalid Gagap!

McTheory:
kalau buka paip air takdak, menyesal pun tak guna dah!!

TUDIAA!! Patut la Zuraida Mak Lampir Takut Dengan AES!! Banyaknya Saman!!

Posted: 13 Dec 2012 01:17 AM PST


Nah! Patutlah Selangor tak mahu AES terus. Macam PEMUDA UMNO kami mahu kajian semula dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Ini soal keselamatan jalanraya. Berbeza dengan Pakatan yang tak ada stand. Mereka cuma tahu membangkang sahaja.

Dan ini salah satu sebab kot mengapa mereka tak mahu AES. MP Ampang ini rupanya ada banyak saman kelajuan. Kalau AES ada maka dia akan kena saman banyak. Amboi! Nampak tak mengapa mereka tolak AES?

Ini adalah kerana mereka pesalah jalanraya. Berapa banyak saman Zuraida pasal kelajuan?

Pendedahan ni Mc ambil kat blog Keris7Lok. Banyak gila dia kena saman. Patut la mati-mati menentang AES, rupanya disebabkan perkara ni.

Rasanya bukan mak lampir sorang saja yang buat macam ni, hampir semua YB Pakatan haram pun melakukan perbuatan yang sama. Sebab tu mati-mati mereka menentang AES ni.

McTheory:
Terukk la perangai masing-masing

PANASS!! Video Pendedahan MB Kedah Menipu Lagi!! #SaveKUIN #TukarKedah

Posted: 12 Dec 2012 10:37 PM PST



Dua video yang dipetik dari blog berita kuin menjawab segala penipuan Azizan berkaitan isu KUIN dalam sidang DUN baru baru in



McTheory:
Nampak sangat MB Kedah ni kaki pembohong!

GEMPAR!! Video Keganasan Ribuan Stateless Berdemo Di Depan Pejabat JPN Putrajaya?

Posted: 12 Dec 2012 08:18 PM PST



Tahniah pembangkang kerana menganjurkan demonstrasi bodoh STATELESS dengan melakukan berbagai onar...fitnah tu jangan cakaplah..bukan pembangkang kalau tak fitnah...pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyampaikan ucapan siang semalam semuanya fitnah belaka...

Tindakan menamakan perdana menteri dengan mengantikan Bin kepada A/L membuatkan semakin ramai penyokong atas pagar merasa jelak dengan tindakan biadap mereka....

Sahabat blogger 1 Peluru telah mengeluarkan video yang menunjukkan situasi sebenar...

Ini video rakaman kronologi live oleh gua pagi tadi bila pencacai PRabak yang kononnya cuba memperjuangkan golongan 'stateless' yang berIC merah bertukar menjadi kekecohan di depan ibu-pejabat JPN Putrajaya dengan aksi-aksi di luar kewarasan. SELANJUTNYA


Sikit-sikit nak demo, apa hal pun mesti disampaikan dengan cara demo. Makin lama makin menyampah la pulak tengok puak ni dok buat kecoh.

Puak blogger Pakatan Haram kata, demo ni beribu-ribu orang datang. Tapi bila tengok balik, berapa kerat saja yang datang. Nampak sangat upahan yang dikutip kat estet-estet. Mc kesian la tengok dorang ni. Berapa kali nak kena tipu dengan Pakatan Haram?

Melayu Mudah Lupa, India? Cepat Lupa? Cina, wa kaya wa tak lupa? hehe..

McTheory:
Tolak Pakatan, Tolak Kekecohan!!

TUDIAA!! PM @NajibRazak Di HINA Lagi, Kurang Ajar Puak Ni!!

Posted: 12 Dec 2012 06:06 PM PST

kurang ajar!!

Kurang ajar dan biadap. Ini bukan kali pertama mereka menghina Perdana Menteri, namun semakin hari semakin melampau. Sudah tiba masanya ISA dihidupkan semula. Peduli dengan mereka, yang bising pun letak sekali dalam ISA. Ops Lalang buat balik kerana mereka semua menghasut!

Berkenaan apa yang belaku pagi tadi di JPN, ini adalah laporan oleh Double Y :
Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.



Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22

Baca selanjutnya di SINI untuk lihat video

McTheory:
Kaum India berjuta kali nak kena tipu dengan Anwar? Tak serik ka?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...