House PK |
- ISU MURTAD! DISEBABKAN NURUL IZZAH GEJALA MURTAD SEMAKIN MENULAR!
- CILI KASI TARUK! HANCURLAH NEGARA SEKIRANYA PAKATAN HARAM MEMERINTAH MALAYSIA!
- ISU SELANGOR! KHALID GAGAP CUBA TUTUP ISU HUTANG TALAM DALAM SIDANG DUN!
- GEMPAR BERAPI! ANWAR UPAH SAMSENG PUKUL PEMUDA UMNO GOMBAK!
ISU MURTAD! DISEBABKAN NURUL IZZAH GEJALA MURTAD SEMAKIN MENULAR! Posted: 05 Dec 2012 08:00 PM PST Dibawah adalah lapuran daripada lamanweb www.mole.my yang sekali lagi mengulangi kegiatan kristianisasi yang semakin ketara akhir-akhir ini. Malangnya ada dikalangan orang Melayu-Tanggang, termasuk yang mengaku pejuang Islam menganggap isu kristianisasi dan pemurtadan sebagai remeh. Sambil memperbetulkan serban yang meleret dan menyapu janggut yang sejemput, ada yang sampai buat kenyataan, "Putrajaya lebih penting. Dapat undi dan menang PRU 13 lebih penting daripada soal aqidah yang remeh ini!". Na'uzubillah min zalik! Maka teman tidak hairan apabila Nor Azman @ Beginda, calon PRU 12 Sarawak mewakili PKR, yang juga saksi Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya, terbongkar cerita rupanya dia dah murtad dan keluar daripada Islam (terbongkar semasa kes anaknya membawa sosej babi di Sarawak terdedah dahulu), langsung tidak ada reaksi daripada para parasit dan mereka yang bersekongkol dengan cauvinis berotak kominis ni! Na'uzubillah min zalik! Kisah murtad Azman @ Beginda ni teman yang dedahkan dalam Parlimen, mike boleh layari hansard Parlimen untuk keterangan lanjut. Malah teman lebih tidak hairan bila meletusnya isu cubaan kristianisasi yang disyaki dilakukan oleh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), para parasit menjadi orang pertama mempertahankan pihak gereja itu! Walaupun terbukti gereja tersebut didirikan tanpa kelulusan! Walaupun terbukti secara rekod dan dokumen ada kegiatan kristianisasi! Baca seterusnya di Blog Zul Nordin |
CILI KASI TARUK! HANCURLAH NEGARA SEKIRANYA PAKATAN HARAM MEMERINTAH MALAYSIA! Posted: 05 Dec 2012 06:00 PM PST Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang. Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama. Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin. "Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam. "Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 – Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh di sini hari ini. Read more... |
ISU SELANGOR! KHALID GAGAP CUBA TUTUP ISU HUTANG TALAM DALAM SIDANG DUN! Posted: 05 Dec 2012 04:00 PM PST Kepimpinan kerajaan Selangor sememangnya bijak dalam mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak lain di mana dalam masa yang sama berlakon seolah-olah pentadbiran kerajaan negeri seringkali dianiaya atau difitnah. Menerusi Sidang Dun Selangor ke-12 penggal kelima, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba menyorokkan perbuatan kepimpinan kerajaan negeri dalam isu hutang Talam melalui satu cadangan. Khalid hari ini telah mencadangkan pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya mengemukakan dokumen tunjuk sebab berhubung gesaan meminta perbadanan itu melangsaikan hutang rumah mereka. Tindakan Khalid itu dilihat, sengaja dicetuskan bagi menampakkan pentadbiran PR di Selangor adalah benar dan sekaligus menutup kesalahan mereka. Kononnya, cadangan itu dibuat sebagai membuktikan dakwaan bahawa PKNS membiayai hutang Talam Corporation (Talam) seperti dilemparkan pihak berkenaan adalah fitnah kerana tiada pembayaran berlaku. Pelbagai bukti telah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak termasuk MCA dalam isu hutang Talam yang cuba disorok oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Namun, pembohongan demi pembohongan terus dilakukan oleh kepimpinan tertinggi negeri sebagai usaha menutup kesalahan mereka dalam mencetuskan kontroversi berkenaan. Khalid membuat cadangan itu ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Sulaiman Razak (BN-Permatang) berhubung sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk melupuskan hutang itu atau memberikan subsidi atau pengurangan harga terhadap hutang berkenaan. Read more... |
GEMPAR BERAPI! ANWAR UPAH SAMSENG PUKUL PEMUDA UMNO GOMBAK! Posted: 05 Dec 2012 04:00 AM PST Kalau sebut Anwar Ibrahim, maka kita tidak boleh sama sekali melupakan tentang plot dan sub-plot yang akan turut dibawanya bersama. Anwar Ibrahim yang seringkali digambarkan sebagai seorang ahli politik yang licik, sebenarnya tidak lebih daripada seorang penjahat yang berjaya berselindung di belakang barisan peguam-peguamnya yang dibayar mahal. Peguam-peguam itulah yang akan menimbulkan pelbagai kekecohan terutama sekali menerusi Majlis Peguam yang dikuasai sepenuhnya oleh para penyokong DAP dan PKR. Seminggu sebelum Persidangan Agung UMNO Ke-66, Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba menimbulkan kecelaruan di kalangan para penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Dengan menggunakan seorang ahli perniagaan yang sedang tertekan, Anwar Ibrahim cuba membangkitkan semula tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu dan kapal selam Scorpene yang telah dikantoikan oleh para penyokong Kerajaan sebelum ini. Berkali-kali sudah Anwar cuba menjadikan isu pembunuhan dan pembelian kapal selam tersebut sebagai senjata terbaik untuk memusnahkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Namun, setiap kali dibangkitkan dengan upahan-upahan baru, setiap kali itu jugalah Anwar Ibrahim akan dikecewakan dengan begitu teruk, bahkan memalukannya. Deepak Jaikishan juga akhirnya telah melondehkan Anwar Ibrahim. Bahkan Deepak sendiri yang menyatakan bahawa Anwar Ibrahim menerusi Sivarasa Rasaiah telah mengarang skrip untuk dia bacakan di mahkamah dalam satu kes yang dibicarakan pada 29 November lalu untuk mengaitkan Rosmah Mansor dan Najib Abdul Razak walhal kedua-duanya tidak ada kena-mengena langsung dengan kes yang sedang dihadapi oleh Deepak Jaikishan. Read more... |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment