House PK

House PK


BUKTI PAS KAKI SONGLAP! KEMAKAH PERGINYA DUIT TABUNG MEMALI ?

Posted: 16 Dec 2012 06:00 PM PST


Peristiwa Memali sering dijaja oleh PAS, dan pemimpin PAS untuk melabelkan Baruisan Nasional sebagai zalim dan ini telah menjadi modal ceramah PAS selama tahun-tahun 1985 hingga ke tahun2 2000.

Setiap tahun hingga beberapa tahun lepas, peristiwa Memali telah diperingati dan tabung Memali ditubuhkan dan pungutan wang atas nama Memali telah dibuat.

Sebagai latarbelakang, blog Angin Laut Cina Selatan SINI telah memetik dari blog pro PAS mengenai peristiwa Memali pada tahun 1985. :


"Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. 

Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama' yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS)."


 "Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud .........."

"Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. 

Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama'ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid.

eluruh ahli jama'ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid."- CINA ISLAM


Duit banyak dikutip atas nama Ibrahim Libya.
Adakah terbela balu dan anakya?


Akhirnya Ibrahim Libya telah meninggal didalam kejadian tersebut. Maka mulalah mereka menyatakan bahawa yang meninggal dalam kejadian itu seramai 14 orang adalah syahid. Haji Hadi sendiri di dalam ceramah beliau menyatakan bahawa   ulamak-ulamak PAS negeri Kedah bersetuju  14 orang sahabat mereka yang mati dalam kejadian ini adalah SYAHID. 

Mereka syahid mereka berjuang menegak PERJUANGAN ISLAM di MALAYSIA. Perjuangan ISLAM ala PAS yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin mereka seperti HAJI HADI sendiri dan NIK AZIZ. 

Mereka dikebumikan kononnya sebagai syuhada'. Dikapankan dengan pakaiannya yang berdarah dan dikebumikan dengan tidak disembahyangkan.

Baca seterusnya di SINI

Itu kononnya zaman perjuangan Islam. Sekarang kononnya zaman perjuangan negara kebajikan.

Selama beberapa tahun PAS cuba menutup dan tidak menghuraikan isu Tabung Memali yang telah dikebaskan dan belasan balu dan lebih 80 anak yatim Memali serta mereka yang dikategorikan sebagai mangsa memali yang ditahan ISA rupanya tidak dipedulikan.

Wang yang dipungut untuk Tabung dan pungutan sentiasa oleh PAS Pusat, PAS Negeri, Harakah dan pemimpin-pemimpin tertentu dikatakan tidak sampai. Mana pergi wang jutaan ini semua?

Ada pemimpin dikatakan sudah ada wang simpanan dalam jutaan, rumah besar, kereta mewah, dan anak belajar luar negara dari hasil kutipan Memali.

Kata Negara kebajikan tapi bolehkah PAS tunjukkkan balu-balu, anak-anak yatim dan mangsa memali terbela.

GENPAR BERAPI! KOMEN TUNKU AZIZ TENTANG PEMILIHAN DAP YANG MESTI DIBACA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Posted: 16 Dec 2012 04:07 AM PST

ORANG Melayu harus sedar dengan kenyataan bahawa DAP akan terus bersikap cauvinis dan perkauman terhadap keahlian dalam parti tersebut.

Dinasti Lim yang dominan dalam DAP semestinya mahu kaum Cina mempertahankan status quo dan sekiranya perlu, mereka ingin menyingkirkan semua bangsa lain dalam parti berkenaan.

Ketika menjawab persoalan tersebut, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kini keadaan secara jelas membuktikan orang Melayu sememangnya tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada parti berkenaan.


Beliau berkata, orang Melayu perlu menerima hakikat laungan DAP untuk membantu mereka hanyalah sekadar retorik dan cakap semata-mata.

``Apa yang berlaku di Kongres DAP semalam seharusnya menyedarkan orang Melayu yang parti ini tidak boleh diharapkan untuk membela nasib kita.

``Oleh itu kita sebagai orang Melayu jangan percaya kepada DAP. Jangan percaya kepad DAP. Mereka hanya pandai cakap sahaja,'' katanya.

Beliau mengulas kegagalan lapan calon Melayu menjadi anggota CEC DAP ekoran gagal mendapat sokongan jitu daripada pihak perwakilan di dalam pemilihan sempena berlangsungnya kongres parti tersebut di Pulau Pinang, semalam.

Dalam pemilihan itu calon Melayu yang mendapat undi tertinggi iaitu sebanyak 348 undi, Senator Ariffin S. M. Omar hanya berada di tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Yang turut tidak terpilih ialah bekas Ahli CEC bagi penggal 2008-2012, Ahmad Ton yang juga Naib Pengerusi DAP Johor dan mendapat 327 undi untuk berada di tangga ke-38.

Gandasari memandang serius seruan Tunku Abdul Aziz ini memandangkan beliau turut menjadi mangsa kerakusan cauvinisme Dinasti Lim sebelum ini.

DAP akan terus menjadi parti cauvinis Cina dalam pembangkang, itulah hakikatnya. Retorik bahawa mereka terdiri daripada pelbagai bangsa adalah mitos semta-mata.

Tiada helah lagi selepas ini oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang untuk menolak perkara ini. DAP akan terus menghancurkan permuafakatan Melayu Islam dan akan memastikan orang bukan Islam memegang secara total pemerintahan negara ini.

Apa-apa pun, Gandasari mahu melihat apakah reaksi Pas yang terdiri daripada orang Melayu. Adakah mereka akan merelakan fakta bahawa rakan satu pakatan mereka ini tidak rasis.

Gandasari - DAP terbukti rasis dan cauvinis

Sumber: Klik sini 

HOUSE PK: Ini bukan aku atau ahlul UMNO yang cakap tau, ini adalah bekas pemimpin tertinggi DAP yang telah meninggalkan DAP kerana dia tahu mereka memang chauvinist dan racist! Mana dia Arif Sabri dan Aspan Alias? Tak nak komen ke? 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...