Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


RIBUAN RAKYAT KELANTAN BERDEMO TUNTUT JANJI PRU12.

Posted: 27 Dec 2012 06:37 AM PST



Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS selama lebih 20 tahun menerima tamparan hebat apabila ribuan rakyat dari seluruh negeri tersebut telah berhimpun secara aman petang tadi bagi menyatakan bantahan dan menuntut janji-janji yang dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan sebelum ini.

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) dengan kerjasama Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan (Tukar), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Profesional Kelantan (Kelpro) dan Minda Pondok itu berlangsung di Perkarangan Bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Ianya berlangsung bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Peserta perhimpunan tersebut juga membawa pelbagai sepanduk untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PAS yang telah memerintah negeri ini selama 22 tahun.

Beberapa isu yang dijanjikan pada PRU12 yang lalu seperti tanah rizab dan isu air bersih gagal dilaksanakan walaupun dicanang Kerajaan Negeri menerima tahap ekonomi yang cukup teguh dengan kemasukan pelaburan berlipat kali ganda sejak berjaya bergabung tenaga bersama 3 Kerajaan Negeri Pakatan.
 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...