Gelombang Rakyat |
| ROBOH KUIL - MP KAPAR DESAK KHALID GAGAP LETAK JAWATAN. Posted: 14 Dec 2012 05:37 AM PST Nyata tindakan terbaru Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan PKR mencerminkan keikhlasan Pemimpin2 Pembangkang dalam memperjuangkan hak kaum India di Negara ini. Semuanya hanya berkepentingan politik peribadi semata2. Terbaru, Ahli Parlimen yang disenaraikan antara Pimpinan PKR paling kontroversi bagi Kawasan Kapar, S Manikavasagam mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan isu perobohan kuil di negeri itu. Manikavasagam juga mendakwa Khalid terlalu banyak bercakap kosong jika diajukan permasalahan perobohan rumah ibadat masyarakat Hindu, yang berlaku sepanjang ADUN Ijok itu mengetuai kepimpinan kerajaan negeri Selangor. Khalid juga katanya gemar menubuhkan pelbagai jenis jawatankuasa bagi menyiasat atau mengkaji apa-apa isu yang melanda Selangor. "Kalau Tan Sri Khalid tidak mengambil tindakan atau menyiasat perkara ini, beliau kena undur, kena letak jawatan. "Selalu beliau bercakap beliau akan tubuh badan siasatan bebas, selalu cakap begini sejak 2008, selalu cakap (isu) kuil di Batu Caves, akan tubuh siasatan bebas, kuil di Sepang (pun) dia cakap akan siasat, tapi saya tidak nampak sebarang siasatan dilakukan," tegasnya ketika dihubungi Antarapos. Manikavasagam berkata beliau sangat komited membela nasib masyarakat India di Selangor, namun segala usahanya sia-sia sahaja apabila tindakannya tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan juga PKR. Menurut Manikavasagam beliau pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu sensitif itu, namun ia ibarat' mencurah air ke daun keladi'. "Pada 2007, saya pernah ditangkap, masuk lokap kerana mempertahankan kuil, seperti itu di Kampung Berempang, surau mahu roboh. Kita lawan dulu, tapi sekarang mungkin mereka semua lupa, Tan Sri Khalid sudah lupa. Saya mahu ingatkan dulu (kita) lawan, sekarang lupa," ujarnya dalam nada kesal. Manikavasagam mengakui akibat isu perobohan kuil yang tiada penyelesaian oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau malu untuk berhadapan dengan rakyat terutama masyarakat India. "Orang hentam saya, bila pergi mana-mana (ungkit kata-kata) langkah mayat saya kalau roboh kuil, macam mana saya mahu jawab. "Saya pergi ceramah di estet, orang tanya, kenapa kerajaan negeri masih merobohkan (kuil)? Menteri Besar perlu serius perkara ini. Jika tidak, kita habis," katanya. Beliau tidak menolak jika masalah itu terus berlarutan, rakyat mungkin akan berpaling menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali. Manikavasagam mengesahkan sejak 2008, sebanyak 7 buah kuil dirobohkan di seluruh Selangor dan ada diantaranya dibina semula. Manakala terdapat lima lagi notis perobohan dikeluarkan PBT yang mana dua daripadanya baru sahaja ditangguh untuk pertimbangan pihak berkuasa. Untuk rekod, Sabtu lalu, ratusan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam membantah kerajaan Selangor 'merestui' tindakan merobohkan kuil di Sepang. Mereka menuntut supaya Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar meminta maaf dan membina semula struktur berkenaan. Namun Xavier menegaskan pembinaan tempat pemujaan itu melanggar undang-undang pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau juga enggan membuat permohonan maaf seperti yang diminta. Setelah lebih tiga minggu berlalu, Khalid kelmarin memberitahu pihaknya baru sahaja meminta PBT yang terlibat membuat laporan samaada segala prosedur telah dituruti atau tidak. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:
Post a Comment