BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KISAH PASIR HARAM DI SELANGOR TERBONGKAR LAGI !!!

Posted: 05 Dec 2012 03:00 PM PST


Isu perlombongan pasir secara berleluasa yang mula timbul setelah Kerajaan Negeri diambil alih oleh pihak Pakatan bukan lagi perkara baru.Isu ini amat menggemparkan malah sebelum ini juga beberapa dokumen pernah dikeluarkan bagi menyokong dakwaan tersebut.Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata,kesan dari perlombongan yang tidak terkawal ini dapat dilihat sekarang apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam ekosistem. 

"Saya tidak mahu menyentuh mengenai kemungkinan berlakunya penyelewengan mahupun kecurian pasir seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.Namun begitu,ini tidak bermakna perkara tersebut tidak berlaku.Pihak kami mendapat maklumat bahawa berlakunya salah laku dalam operasi perlombongan pasir ini dan saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya anak Syarikat yang bertanggungjawab ke atas operasi perlombongan pasir iaitu Kumpulan Samesta Sdn Bhd (KSSB) mengenai jumlah sebenar pasir yang dilombong serta kawasan-kawasan yang diberikan permit untuk melombong.Saya percaya, semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran adalah tidak selari. Apa yang lebih penting pada saya ialah kesan daripada perlombongan yang berleluasa ini. Untuk pengetahuan anda, aktiviti pengorekan pasir yang mula beroperasi samada melalui lombong mahupun sungai akan habis dalam tempoh 1 hingga 3 tahun bergantung pada jumlah pasir yang ada," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media mengulas isu perlombongan pasir di Selangor dan kesannya terhadap alam sekitar. 

Tambahnya,kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja.Tambah merungsingkan,sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh. Perlombongan pasir secara 'large scale' dan tanpa kawalan di kawasan tepi tebing pula mengakibatkan sungai menjadi cetek seterusnya aliran air yang deras akan mula menghentam ban dan ini juga cenderung mengakibatkan ban runtuh.Hakikatnya,aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa akan memberi kesan kepada rakyat terutamanya jika berlaku hujan lebat dan limpahan air. 

"Saya percaya, kerajaan Pakatan akan mendabik dada memberikan nilai kutipan hasil pasir yang lebih tinggi berbanding ketika zaman Barisan Nasional memerintah. Untuk makluman semua, ketika zaman Barisan Nasional memerintah,pasir bukan merupakan hasil utama kerajaan Negeri.Ketika zaman Barisan Nasional memerintah,hasil utama adalah dari sektor pelaburan,industri dan pertanian. Ini kerana, kerajaan Barisan Nasional lebih memikirkan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi oleh rakyat jika aktiviti perlombongan pasir dibuat secara tidak terkawal.Dalam mengejar kemajuan, kita tidak boleh terlepas pandang soal kebajikan dan kesan jangka panjang. Setelah lebih empat tahun Pakatan memerintah dan aktiviti perlombongan pasir yang bermula sejak September 2008, kesan itu telah terbukti berlaku sekarang. Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sepang. 

Sehingga kini, pihak Kerajaan Negeri masih lagi tidak memberikan penyelesaian konkrik terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang. Tindakan pihak Pakatan menuduh bahawa berlakunya ban pecah akibat aktiviti pertanian penduduk langsung tidak masuk akal dan dilihat sengaja berdolak dalih dari mengakui punca sebenar masalah ini. "Isu perlombongan pasir merupakan masalah serius. Saya juga difahamkan, ini bukan kali pertama berlaku ban pecah malah ianya pernah berlaku sebelum ini. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang ??? Dimanakah ketelusan kerajaan negeri dalam memantau perkara ini ??? Saya difahamkan bahawa Menteri Besar telah menghentikan operasi pemantauan perlombongan pasir oleh pihak Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor, Puchong , Kuala Langat dan Sepang. Kita juga tahu MB gagal menunaikan janji beliau apabila hanya mengutip RM32.5 juta hasil pasir dari tahun 2009 hingga 2011 sedangkan beliau berjanji akan mendapat RM150 juta setahun dari hasil pasir ketika sidang DUN pada tahun 2009.Kemanakah hasil pasir ini pergi ??? Kenapa jumlah kutipan tidak konsisten dengan jumlah lombong pasir yang begitu banyak?," tambahnyaSehubungan dengan itu,Barisan Nasional Selangor komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Selangor terus terpelihara.Kerakusan untuk mengorek pasir secara membuta tuli hanya akan mengakibatkan bencana jika tidak dipantau dengan baik.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PAKATAN HARAM ISTIHAR PERANG CYBER DENGAN BANTUAN SINGAPURA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 05 Dec 2012 07:30 AM PST


Kadar pembaca internet atau maya sudah bertambah, berbillion pembaca malah di Malaysia, pengguna Facebook sendiri melebihi 9 juta orang;




Pakatan haram dilihat amat terdesak kerana terpaksa minta bantuan kononnya pakar dari Singapura dalam menguruskan jentera maya dan gambar di atas adalah sebahagian latihan jentera maya mereka yang mana kursus sebegini dibuat dari masa ke semasa.Malah mungkin Dap yang cadangkan agar menggunakan dan membayar tenaga pengajar dari Singapura kerana kedengaran angin kencang bertiup bahawa Dap telah membuka pejabatnya di Singapura.Lim Guan Eng khabarnya telah membuka pejabat Dap di sana supaya mereka senang berurusan "menyerang" kedudukan Kerajaan BN dari sana.Terbaru isu kapal selam yang mana peguam dari Perancis mengadakan taklimat langsung kepada barisan kepimpinan dan juga jentera siber mereka di sana.

Pakatan haram menggunakan strategi menyerang dari luar Malaysia kerana mereka beranggapan undang-undang Malaysia tidak mampu melangkaui sempadan negara lain.Apatah lagi undang-undang maya amat berbeza antara negara.Persoalan yang timbul,apakah rancangan sebenar pakatan haram kiranya mereka menang PRU13 ???

Apakah Singapura akan masuk kembali dalam Malaysia ???

Apakah strategi jumlah kerusi parlimen cina Singapura bakal menjadikan jumlah kerusi Melayu bakal berkurangan akan memberi kelebihan kepada Dap yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri ???
Lee Kuan Yew pernah berkata,sebelum matanya tertutup rapat,beliau ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.Persoalannya kalau Singapura pakar dalam "cyberwar" kenapa parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew merudum ??? malah lebih teruk,kenapa lantik dan bayar pensyarah dari Malaysia untuk mengajar mereka bagaimana menulis blog ??? Anwar dilihat terdesak dalam usaha menjalinkan hubungan dengan Singapura,ada sumber mengatakan Anwar terpaksa kerana cerita moralnya banyak dalam genggaman pasukan risik Singapura.Adakah wujud unsur ugutan terhadap Anwar yang menyebabkan "team Singapura" bebas memandu jentera PRU13 mereka ??? - MI

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KAMERA AES DITUMBANGKAN OLEH PAKATAN HARAM !!! APA CERITA NI ???

Posted: 05 Dec 2012 04:00 AM PST


Pakatan haram hari ini mengotakan kehendak rakyat Malaysia kononnya tidak mahu kamera AES kerajaan Barisan Nasional ini menjadi Amno Electronic Sideincome.dengan itu serta merta kamera AES ini di cabut oleh majlis perbandaran di SKVE.Padahal janji manifesto PRU12 telah mereka campakkan kedalam longkang.Hak rakyat yang teraniaya dan tertindas dengan janji palsu manifesto tidak dipedulikan langsung tetapi usaha kerajaan BN mengurangkan kadar kemalangan pula dimusnahkan.Rakyat harus menilai kejahatan pakatan haram ini dengan teliti.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan,Ronnie Liu menegaskan bahawa kerajaan pakatan haram menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkan kamera AES.Pakatan haram telah melontarkan tohmahan terhadap syarikat yang diberikan tender,ketelusan dalam penguatkuasa dan sejauh mana sistem yang PDRM lakukan mampu mengurangkan kadar kemalangan dan membentuk pemanduan berhemah. 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan menegaskan pemilihan pembekal teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilakukan secara telus dan tidak tergesa-gesa.Keseluruhan proses mengambil masa hampir lapan tahun dan membabitkan banyak pihak sebelum AES dilaksana di 14 lokasi pada 23 September lalu.Maka dakwaan bahawa pelaksanaan AES dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengikut tender itu ternyata fitnah jahat pakatan haram.Pihak JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah menghantar pegawai kanan ke beberapa negara yang menggunakan teknologi itu pada 2005.Korea Selatan,Australia,Amerika Syarikat serta Switzerland merupakan negara yang terlibat dalam kajian penggunaan AES dan hasil lawatan dimaklum kepada kerajaan pada Disember 2005,yang kemudiaannya bersetuju melaksanakan AES.

Tambahan pula kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa pemandu untuk meneliti keperluan pengguna, kaedah perolehan dan pelaksanaan projek dengan dibantu lima jawatankuasa kerja. Hasil laporan lawatan itu maka kerajaan pada 2006 bersetuju mempelawa sembilan syarikat yang menjadi peneraju pelaksanaan sistem AES untuk menyertai tender berkenaan. Syarikat terbabit ialah Commercial Circle (M) Sdn. Bhd. (ATES Sdn. Bhd.) (dengan robot dari Jerman); Beta Tegap Sdn. Bhd. (dengan Redlex dari Australia); Tess Capital Sdn. Bhd (dengan Poltaich dari Australia); Tricubes Berhad (dengan Sagem dari Perancis); Precision Hawk Eye (M) Sdn. Bhd. (dengan Sianco Traficco dari Sepanyol), Acropolis Avenue Sdn. Bhd. (dari China); Neza teguh Sdn. Bhd. (dengan Sensys dari Sweden); Tenix Solutions Pte. Ltd. (dengan Tenix dari Australia dan Hyundai Information Technology dari Korea).Akhirnya hanya Tenix Solutions Pte. Ltd. dan Hyundai Information Technology Co. Ltd tidak mengemukakan cadangan teknikal manakala tujuh mengemukakan cadangan teknikal melalui wakil syarikat tempatan masing-masing. "Selepas penilaian teknikal,hanya enam daripada tujuh syarikat menyertai ujian live demonstration,manakala satu syarikat menarik diri.Ujian itu mengambil masa lebih sebulan di Putrajaya,Shah Alam dan lebuh raya Guthrie pada Jun hingga Julai 2007 Maka segala fitnah dan tindakan jahat melampau pihak pakatan haram harus dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.Rakyat harus bertindak menghukum pakatan haram di PRU13 yang akan datang.Kepentingan rakyat telah pakatan haram abaikan.Kebolehan yang amat ketara mereka adalah membuat kekacauan dan merosakkan harta benda rakyat. - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

ISU BANJIR !!! DATUK SERI IR MOHD ZIN MEMBELASAH PR SELANGOR KAW-KAW !!!

Posted: 05 Dec 2012 12:30 AM PST


Perlombongan pasir secara berleluasa dan tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya banjir di beberapa kawasan di Selangor sejak kebelakangan ini, dakwa ahli Parlimen Sepang Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed. 

"Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua sedia maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan.Sehingga kini pihak kerajaan negeri masih lagi tidak memberikan penyelesain konkrit terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang," katanya pada sidang media seperti dilaporkan Bernama

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor menyifatkan tuduhan kerajaan Pakatan kononnya ban sungai pecah disebabkan oleh aktiviti pertanian sebagai pembohongan besar dan tidak masuk akal.Menurutnya kerajaan negeri gagal memantau operasi perlombongan pasir yang tidak terkawal di beberapa lokasi terutamanya di Kuala Selangor,Puchong,Kuala Langat dan Sepang. "Kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja. Tambah merungsingkan sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh," jelasnya.

ANDA NAK LAGI PENDEDAHAN ???


UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NURUL IZZAH KANTOI !!! JAWAPAN SEBENAR KENAPA MASJID LEMBAH PANTAI DITUTUP TERSEBAR !!!

Posted: 04 Dec 2012 09:00 PM PST


Baru-baru ni kecoh Nurul Izzah buat fitnah kononnya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Dato' Raja Nong Chik telah mengarahkan masjid di Lembah Pantai ditutup? Betul ke? Ni laporan dari akhbar pembangkang, Keadilan Daily.

Keadilan Daily. : Nong Chik arah Masjid Ar-Rahman UM ditutup

KUALA LUMPUR : Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama,Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka. Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman,Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN. Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai,Fahmi Fadzil,berdasarkan maklumat yang diterima, penutupan masjid tersebut telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Pihak Jawi sendiri sudah sahkan penutupan masjid itu dalam masa terdekat dan kami tahu mengenai perkara berkenaan dalam minggu ini juga.Arahan penutupan turut dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun hingga ke hari ini,alasan penutupan belum lagi dinyata sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.

"Pasal apa masjid itu ditutup,kita masih belum tahu. Sama ada masjid ditutup untuk orang awam sahaja ataupun sebaliknya pun kita tidak dapat pastikan lagi," jelas Fahmi.

Ekoran itu,Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai akan mengadakan sidang media pada 1.30 petang ini di masjid tersebut.Masjid Ar-Rahman terletak di Jalan Pantai Baru, Lembah Pantai dan di sebelah kiri ke pintu masuk utama UM.

Wah!! Dahsyatnya!! Dato' Raja Nong Chik pun dah jadi anti-Islam macam Nurul Izzah ke sampai nak suruh tutup masjid?

Mari kita baca kenyataan dari JAWI,agensi yang bertanggungjawab menguruskan masjid-masjid di Wilayah Persekutuan.

 PENUTUPAN SEMENTARA MASJID AR-RAHMAN, JALAN PANTAI BARU

Bahawasanya saya Datuk Che Mat bin Che Ali,Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sentiasa mengambil tanggungjawab untuk menentukan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan sentiasa berada di dalam keadaan selamat digunakan oleh para jemaah terutama pada solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.Oleh kerana terdapat banyak kerosakan di Masjid Ar-Rahman,Jalan Pantai Baru meliputi kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian, kerosakan paip air dan air melimpah ketika hujan lebat,masjid ini telah ditutup sementara.Kerosakan ini mengancam keselamatan jemaah masjid sekiranya lambat dibaiki.

Sehubungan itu,JAWI telah mendapat peruntukan kewangan baru-baru ini untuk membaikpulih masjid pada tahun 2012. Masjid Ar-Rahman akan ditutup sementara mulai 1 Disember 2012 dan notis penutupan sementara telah dikeluarkan pada 20 November 2012.Penutupan ini bermula 1 Disember 2012 sehingga kerja-kerja baikpulih siap pada akhir bulan Jun 2013.Oleh demikian saya memohon ahli-ahli jemaah menunaikan solat di masjid berhampiran iaitu Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi,Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Oleh demikian kenyataan daripada orang tidak bertanggungjawab mengatakan kita menutup masjid adalah tidak benar sama sekali kerana penutupan masjid untuk dibaiki demi untuk keselamatan dan keselesaan jemaah.Sehubungan itu jangan ada pihak yang bermain politik dan isu ini diputarbelitkan kerana JAWI dan Kerajaan sentiasa berkhidmat untuk meningkatkan syiar Islam di negara ini.

Ooooh,rupa-rupanya tutup sementara je sebab nak buat penyelenggaraan.Bila dah siap baiki nanti bukalah semula masjid tu..

Eh benda macam ni pun Nurul Izzah boleh buat kecoh, sampai keluar kenyataan dalam Keadilan Daily kononnya "Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka."

Adoiiii. Nak pecah perut aku gelak.Tutup sementara sebab nak baiki pun kononnya pasal kejahilan politik? Hahahahahahah... Yang tutup rumah ibadah Islam sebenarnya bukan Kerajaan UMNO BN, tapi Kerajaan Pakatan!


Tak percaya? Kalau tak percaya pergilah tanya sendiri ahli kariah Madrasah Salihiah Kanchut di Alor Setar. Kerajaan PAS Kedah mati-matian nak tutup dan robohkan Madrasah yang dah lebih seratus tahun bertapak di situ semata-mata kerana nak buat kompleks membeli-belah! PAS ni namanya je parti Islam tapi demi wang ringgit sanggup gadaikan maruah Islam! Satu lagi benda aku nak betulkan, Nurul.Arahan tutup sementara dikeluarkan oleh JAWI,bukannya DBKL. 

DBKL tak bertanggungjawab menyelenggara masjid, itu tanggungjawab JAWI. Benda macam ni pun kau tak tahu ke Nurul? Lagi satu, Menteri yang bertanggungjawab ke atas JAWI ialah Datuk Jamil Khir,bukannya Dato' Raja Nong Chik. Jadi, bila kau tuduh Dato Raja Nong Chik yang arahkan penutupan sementara masjid, jelas dan nyata kau telah buat fitnah!! Tapi aku tak hairan, dari dulu lagi memang si Nurul ni kuat buat fitnah. Waima bila ada orang bawa kereta secara berbahaya di Brickfields pun dia salahkan Dato' Raja Nong Chik! Come on lah Nurul, berpolitiklah secara lebih matang. Kalau nak dapat sokongan pengundi, turunlah padang selalu dan buat kerja macam Dato' Raja Nong Chik. Jangan asyik nak buat fitnah dan curi kredit hasil usaha orang lain je! Satu lagi yang aku hairan, sejak bila si Nurul ni ambil kisah hal-hal Islam? 

Yang aku tahu, dia ni geng liberal yang mahu orang Islam diberi hak untuk murtad, yang menganggap undang-undang anti homoseksual itu undang-undang yang telah lapuk dan menyokong hak golongan LGBT menjalankan aktiviti songsang mereka. Pasal apa tiba-tiba dia nak jadi jaguh Islam pulak? Oooh, sejak imej dia hancur ekoran kenyataannya mahukan orang Melayu diberi hak untuk murtad, maka sejak itulah Nurul cuba memulihkan imejnya. 

Dia menyalahkan Dato Raja Nong Chik bila orang Islam meradang ekoran kenyataannya yang jelas anti Islam sedangkan Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia menyertai forum di gereja, Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia jawab soalan tentang kebebasan agama untuk orang Melayu dan yang pastinya Dato Raja Nong Chik tak paksa pun dia keluarkan kenyataan mahukan Melayu diberi hak untuk murtad! Jadi kali ini Nurul Izzah cuba bangkit sebagai jaguh agama Islam dengan membuat kecoh tentang penutupan sementara Masjid Ar Rahman. Sayangnya, isu yang dibangkitkan ini makan tuan. Isu ini sebenarnya langsung tidak memulihkan imej Nurul sebaliknya menyerlahkan kejahilan Nurul Izzah dan Setiausaha Politiknya, Fahmi Fadzil yang cuba mempolitikkan masjid dan ugama! - Apa Kecoh2

KAN DAH KANTOI !!!

LAIN KALI FIKIR DULU SEBELUM BERKATA SESUATU !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! APAKAH JASA PAS PADA UMAT ISLAM SELAMA INI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Dec 2012 06:00 PM PST


"Dalam ucapan pemimpin UMNO(semasa penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini.Apakah UMNO sahaja yang berjasa ??? semacam UMNO sahaja yang berjasa.Pas di Kelantan pun banyak jasa," itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari membuka mulut apabila Presiden UMNO,Datuk Seri Najib bercakap perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa PAS untuk agama,bangsa dan negara.Nak buat macam mana,Dulu hingga sekarang rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa bagusnya PAS berbanding UMNO,namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat,itu sahaja. 

Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO dan BN jika dibanding dengan jasa PAS,memang jauh langit dengan bumi.Bermula dari hal-hal memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan Islam,semuanya datang dari usaha UMNO.Hatta dalam bab mengangkat imej dan maruah sukan bolasepak Kelantan pun terhasil dari daya usaha UMNO dan pemimpinnya,nak harapkan Nik Aziz dan PAS jenuhlah siang malam dihidangkan dengan ceramah politik saja,mana mahunya ada kemajuan.Namun tak dinafikan,PAS di Kelantan pun ada juga jasanya misalnya dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang Melayu Islam sama ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.Jasa sebegini memang sudah terbukti tak dapat ditandingi UMNO,bukan sahaja kerana UMNO tidak berminat mempraktikkannya malah juga kerana hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik PAS.Lahirnya PAS itu sendiri hasil dari memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan. 

Dek kerana sikap pemimpin PAS yang kemaruk mengejar kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul Rahman sewaktu pemilihan Yang Dipertua UMNO (Presiden),akhirnya pemimpin PAS mengambil keputusan keluar dari parti dan menubuhkan PAS pada 1951.Alasan yang berselindung disebalik perjuangan Islam digunapakai untuk melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah penjajah British dengan kewujudan PAS kerana percaya dengan adanya PAS bakal melambatkan proses kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.Pemimpin PAS ketika itu tanpa mengambil kira masa depan orang Melayu Islam telah menyebarkan fahaman "apa guna negara merdeka jika sebatang jarum pun orang Melayu tidak reti buat," dalam usaha mereka untuk memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut oleh UMNO.Alhamdulillah,niat jahat British yang mengambil kesempatan dari kewujudan PAS tidak menjadi kenyataan,jika tidak sekarang ini kita mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan British ataupun sudah termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang berpegang pada fahaman sekular pancasila. 

Selepas negara kita merdeka PAS sepertinya tidak berpuas hati lagi, berikutan itu disebarkan pula fatwa karut politik konon sesiapa saja yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya kafir,impaknya menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam tergugat.Hari ini PAS yang merupakan sebahagian dari pakatan pembangkang sibuk pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO konon atas nama membanteras kezaliman.Walhal selama PAS bersama PR segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap dikerjakan dek kerana terikut kehendak DAP.Kalimah suci Allah S.W.T diperdagangkan untuk undi orang Kristian, akidah Islam digadai konon atas nama kebebasan agama manakala beribu ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik untuk kepentingan kroni terutama Cina DAP dan Cina Singapura dan kini PAS melalui adik Nik Aziz yang bernama Nik Razi pula mempropagandakan doa politik meminta Allah S.W.T menghancurkan saudara seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan Firaun.Sahihlah nawaitu kewujudan PAS atas muka bumi ini lebih membawa kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading menyeru kepada secara hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.Langsung tak membawa manfaat untuk kepentingan Islam mahupun umatnya. Justeru itu, diharapkan Nik Aziz usahlah terlalu marah atau berang tak ketepian bila jasa bakti PAS untuk kebaikan orang Melayu Islam amat jarang diperkatakan ramai.Sekurang-kurangnya jasa dan trademark PAS sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat,tak begitu pembaca Badut Rakyat sekalian ???

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...