BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! PERHIMPUNAN AGUNG UMNO MENGUNDANG KEBIMBANGAN ANWAR IBRAHIM UNTUK MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 04 Dec 2012 03:00 PM PST


Ternyata Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) yang baru beberapa hari selesai bersidang meninggalkan impak dan kesan yang agak menggerunkan ramai pemimpin pembangkang sehingga memaksa mereka tampil mengulas dan bercakap mengenainya.Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim sendiri nampak gayanya tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya dengan kebangkitan semangat ahli UMNO dan impak positifnya kepada rakyat berikutan perhimpunan parti orang Melayu Islam yang terbesar itu.Kebiasaannya semasa atau selepas UMNO bersidang di PWTC,pemimpin pakatan pembangkang hanya akan mengulas secara sepintas lalu ataupun hanya mengundang ulasan dari pemimpin pembangkang peringkat bawah sahaja,namun kali ini nampak benar lainnya.nampak jelas kebimbangan yang bersarang dalam diri Anwar apabila dalam reaksi segeranya mengulas kejayaan PAU 2012 itu,Anwar menganggap perhimpunan tersebut gagal membincangkan kebajikan rakyat sebaliknya lebih fokus menyerang pakatan pembangkang semata-mata. 

Tak cukup dengan tanggapan songsang itu,Anwar putar belit pula teks ucapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkenaan peristiwa 13 Mei 1969.Teks ucapan pada para 52 yang disensasikan oleh Anwar dan gerombolan pakatan pembangkang itu tidak sempat dibacakan oleh Shahrizat berikutan kesuntukkan masa antaranya menyebut;- 

"Keduanya, dijauhkan Allah,jika kita tidak lagi ditampuk kuasa,maka kestabilan politik negara akan goyang.Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969 Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu."

Berdasarkan teks di atas,bagi pembaca Badut Rakyat yang memahami selok belok peristiwa 13 Mei 1969 kita tahu tragedi berdarah itu bertitik tolak dari kebiadapan penyokong extrimis DAP berarak meraikan kemenangan tipis mereka sambil membawa penyapu untuk menghalau orang Melayu Islam dari Kampung Baru ketika itu.Dalam tempoh genting itu berlaku beberapa pembunuhan ngeri terhadap orang Melayu Islam,diikuti dengan tindakbalas serentak dari orang Melayu Islam sehinggalah keadaan kembali stabil selepas Darurat diisytiharkan.Teks para 52 itu hanya menyuarakan kebimbangan sahaja,jika parti pembangkang seperti DAP dan PKR tidak berniat untuk menghuru harakan negara sama ada selepas kekalahan atau kemenangan mereka dalam PRU 13 nanti,maka mereka tidak perlu pun melatah.Tapi melihatkan kempen keganasan yang pernah dilakukan oleh penyokong PR semasa demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta kelakuan biadap pada malam sambutan ambang kemerdekaan yang lalu,usahlah terkedu apabila khalayak umum melihat unsur keganasan dan kebiadapan sudah sinonim dengan PR.Bimbang benar Anwar apabila segala pekung kejahatan pakatan pembangkang yang diketuainya didedahkan kepada umum,walhal jika segala pendedahan yang dianggapnya sebagai serangan dari UMNO itu hanya retorik sahaja,sebenarnya cukup sekadar pemimpin pembangkang tahap bilis sahaja yang mempertikaikannya.Apabila Anwar sendiri terpaksa tampil ke depan diikuti dengan Presiden PAS,Hadi Awang turut mengulas sama,maknanya mereka tahu pendedahan yang dibahaskan semasa PAU 2012 itu memberi kesan yang agak besar dalam menelanjangkan kejahilan,kejahatan dan kelemahan pakatan pembangkang.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! BANYAK MANFAAT UNTUK RAKYAT DARI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 !!!

Posted: 04 Dec 2012 10:24 AM PST



Acap kali apabila Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012) berlangsung banyak perkara dibahaskan dan pelbagai saranan dimajukan untuk pertimbangan pucuk pimpinan parti.Kebiasaannya sebahagian besar daripada usul atau saranan yang dibahaskan akan diaplikasikan dalam pentadbiran Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat atau selang masa tertentu selepas kajian lanjut di peringkat pentadbiran dilakukan.Namun segala macam kebaikan dan manfaat dari PAU 2012 atau sebelumnya jarang mendapat perhatian ramai disebabkan fokus masing-masing lebih menjurus pada pendedahan dan kupasan isu-isu politik semasa.Untuk itu,dikesempatan ini agak elok untuk kita sama-sama perhalusi pelbagai saranan bermanfaat dan faedah yang bakal diperolehi rakyat hasil dari kesepakatan yang dibincangkan semasa PAU 2012 yang baru sahaja selesai beberapa hari lepas. 

1) Had pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dinaikkan dari RM50,000.00 kepada RM100,000.00 sebagai menghargai ketekunan dan kecekalan golongan wanita dalam bidang perniagaan. 

2) Sebahagian daripada lebih 240,000 rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis atau bankrap bakal mendapat peluang kedua apabila Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967. 

3) Briged Orang Kurang Upaya (OKU) ditubuhkan untuk membela nasib golongan tersebut serta sebagai pemudahcara dalam memperjuangkan kebajikan mereka dalam isu perumahan, pekerjaan dan latihan. 

4) Cadangan menubuhkan Yayasan Tanah Wakaf 1Malaysia untuk menyeragamkan pentadbiran tanah wakaf di seluruh negara. 

5) Saranan penubuhan Madrasah 1Malaysia yang di urus tadbir oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri dengan menumpukan pengajaran Al-Quran dan asas-asas agama Islam. 

6) Mempraktikkan perubatan mukjizat al-Quran sebagai perubatan altenatif di hospital kerajaan. 

7) Memperhebatkan program dakwah dan keagamaan melalui segenap media bagi mengubah persepsi buruk terhadap Islam serta meningkatkan pembabitan golongan agama dalam UMNO. 

 8) Pelan transformasi ekonomi wanita termasuk mewujudkan mempertingkatkan keberkesanan Teman 1Azam bagi membantu para pesertanya keluar dari kancah kemiskinan. 

9) Menggesa persatuan yang terbabit langsung dengan golongan artis menegur dan lebih peka dengan penampilan segelintir artis. 

10) Gesaan supaya GLC mempercepatkan penjualan anak syarikat yang tidak kritikal untuk dimajukan oleh usahawan Bumiputera yang berdaya saing dan berkemampuan. 

11) Cadangan untuk menubuhkan pusat setempat sebagai pemudah cara serta memberi khidmat nasihat dalam bidang pembiayaan, pemasaran serta pengurusan syarikat. 

12) Memperkasa dan menambah peruntukan untuk Skim Pinjaman Mikro termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi membantu usahawan kecil di luar bandar. 

13) Cadangan menubuhkan Wakaf Korporat bagi menambah penyertaan pihak korporat sebagai instrumen baharu untuk menjana ekonomi negara. 

 14) Pengumuman penghantaran misi ke Gaza menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bermula 5 Disember 2012 (Hari Ini).Di masa yang sama sepanjang perhimpunan tersebut sejumlah RM44,270.80 wang derma Tabung Gaza berjaya dikutip. 

15) Penubuhan institusi UMNO untuk memperkukuhkan pemahaman sejarah perjuangan parti. 

16) cadangan membuka Kelab Francais di Universiti untuk membantu melahirkan usahawan baru. 

Masih banyak lagi sebenarnya usul dan saranan yang dikemukakan dan dibincangkan sepanjang perhimpunan berlangsung,yang pastinya segala saranan dan usul tersebut membuktikan keprihatinan UMNO dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.Jelas jauh berbeda dengan penumpuan parti-parti pembangkang yang hanya terhad pada retorik dan matlamat politik kepartian semata-mata tanpa mengambil kira perihal kehidupan rakyat yang menuntut perhatian susulan.

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! UMNO PEJUANG SEJATI PALESTIN,ANWAR TALIBARUT ISRAEL !!!

Posted: 04 Dec 2012 07:30 AM PST


Pada 28 September 2012,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah apabila memberi Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.Pada Undi Perhimpunan Agung PBB yang di adakan di ibu pejabat badan dunia itu di New York,sebanyak 138 negara menyokong Palestin manakala sembilan mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.Pada hari itu Palestin melakar sejarah dalam perjuangan enam dekat untuk menjadi sebuah negara yang bebas dan merdeka daripada cengkaman Zionis-Yahudi.Sudah tentu dua negara yang menentang dan paling marah terhadap keputusan yang mengejutkan itu adalah Amerika Syarikat dan negara satelit haramnya,Israel.Dengan perasaan marah yang berkobar-kobar dan membakar,Israel lalu meluluskan pembinaan 3,000 lagi perumahan di wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas.Bukan sahaja Amerika Syarikat dan Israel marah akan keputusan PBB itu yang diadakan secara demokratik dan terbuka, tetapi ramai juga kuncu-kuncu mereka yang melenting dan terkejut akan tindakan negara-negara anggota PBB itu.Mereka tidak sangka negara anggota PBB begitu berani menunjukkan sikap berlawanan dan bertentangan dengan kepentingan imperialis kedua-dua negara penindas itu.

Kuncu-kuncu dan talibarut mereka di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat hasil pengundian tersebut.Antara kuncu paling tersohor Israel yang menyokong negara haram itu tidak lain tidak bukan ialah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara Zionis-Yahudi Israel.Sebenarnya apa yang disebut oleh bekas pemimpin ABIM itu tidak mengejutkan kerana apabila mengimbau kembali sejarah perjuangan individu ini,sememangnya pihak Amerika Syarikat dan Israel telah menyediakan beliau untuk memikul tanggungjawab sebagai agen mereka di kemudian hari kelak.Untuk mengetahui topeng yang dipakai Anwar jangan melihat semasa negara dalam keadaan tenang dan aman tetapi amati tindakannya pada ketika negara dilanda krisis.Contoh terdekat ialah tatkala ekonomi Malaysia diserang oleh penyagak matawang George Soros yang menyebabkan banyak negara di rantau ini hampir sahaja menyembah bumi.Krisis kewangan 1998 memperlihatkan bagaimana Indonesia,Thailand serta Korea terpaksa tunduk kepada pembiayaan Tabung Kewangan Dunia (IMF) demi menyelamatkan ekonomi mereka.Tetapi kos menerima bantuan IMF amat tinggi kerana yang terpaksa dikorbankan ialah kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat negara-negara itu. 

Di Malaysia ketika itu,Anwar menjadi Menteri Kewangan dan beliau cuba untuk menerima pakai pendekatan yang sama yang dilakukan oleh IMF ke atas negara-negara Asia Tenggara yang lain.Sementara Anwar bermati-matian untuk membawa IMF sebagai sang penyelamat,Perdana Menteri ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad menentang usaha dan niat jahat Menteri Kewangan itu.Natijahnya Anwar terpelanting daripada takhta kuasa apabila dipecat daripada semua jawatan dalam pentadbiran dan juga parti.Namun dendam membara untuk menjadikan Malaysia sebagai jajahan Barat masih kekal hidup dalam sanubari Anwar.Sebab itulah apabila dipilih untuk mengetuai pakatan pembangkang pada 2008,beliau terus menunjukkan sikap terbuka menyokongnya terhadap Israel.Pada setiap lawatan serta ceramah yang diberi di persidangan antarabangsa di luar negara,Anwar pasti tidak melepaskan peluang untuk berjumpa,bermesra dan berpeluk-pelukan dengan pemimpin-pemimpin Yahudi yang menyokong Israel dan pada masa yang sama pembantaian ke atas Palestin. 

Partinya juga mengambil sikap yang serupa walaupun tidak secara terang-terangan.Hanya tiga hari selepas keputusan PBB itu barulah,PKR mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan badan dunia itu.Mengapa PKR yang diterajui oleh Anwar mengambil masa yang lama untuk menyatakan sokongan yang sepatutnya datang secara sponton dan bukannya terhegeh-hegeh menunggu tempoh tiga hari.Nampak sangat perasaan tidak ikhlas PKR apabila berdepan dengan perjuangan Palestin terutama apa-apa tindakan antarabangsa yang merugikan pihak Israel.Sikap ini amat berlainan pula dengan UMNO yang sejak merdeka telah berdiri teguh di belakang perjuangan Palestin menentang Israel.Malah Malaysia di bawah UMNO tidak pernah sedetik pun berfikir dua kali untuk menyokong apa jua yang boleh mendatangkan kebaikan kepada Palestin.Pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja berlalu,Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib tanpa berselindung menyatakan impian Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di dunia untuk mewujudkan kedutaan di Baitul Muqaddis,ibu negara Palestin yang merdeka pada satu hari kelak. 

Melangkah setapak ke hadapan,Perdana Menteri turut menawarkan pendekatan al-Wasatiyyah yang dipeloporinya sebagai tunggak kejayaan Malaysia membawa keamanan di wilayah Bangsamoro sebagai formula baru mencapai kedamaian dalam konflik Palestin-Israel termasuk di mana-mana sahaja kawasan persengketaan di dunia.Begitulah hebat keberanian UMNO memperjuangkan nasib Palestin pada setiap kesempatan tanpa ragu-ragu dan was-was.Adakah umat Islam di negara ini melihat yang sama ada pada diri Amwar.Jika memberi kenyataan mengenai Palestin,sokongan yang diluarkan daripada mulut beliau amat terancang sekali takut kalau-kalau boleh menyinggung perasaan kawan-kawan Yahudinya di Washington dan London.Apabila bercakap mengenai isu Palestin,pasti beliau akan juga menyentuh mengenai hak Israel untuk mendirikan negara haram di wilayah milik umat Islam yang dirampas pada tahun 1948.Inilah juga individu yang bercita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri sejak sekian lama.Selamatkah umat Islam jika Anwar menjadi perdana menteri malah selamatkah dasar pro-Palestin yang selama ini menjadi antara tunjang utama polisi luar Malaysia ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PR PANGGIL PENYOKONG KELANTAN IBLIS ??? APA CERITA NI ???

Posted: 04 Dec 2012 04:00 AM PST


bila saya membaca tajuk tulisan "Ayuh Boikot: Red Warrior Iblis UMNO" yang dipaparkan oleh laman sesawang suarapakatanrakyat.com pastinya membuatkan ramai dikalangan pembaca Badut Rakyat terpaku kelu kemudian menggeleng kepala antara percaya atau tidak.cuba klik link itu baru anda percaya.Sejak dulu hingga kini,sudah menjadi tabie semulajadi penyokong PR untuk memanggil orang lain dengan gelaran atau panggilan buruk sekiranya tidak cocok dengan pemikiran mereka.Itu antara trademark yang sudah sebati dalam jiwa raga penyokong PR yang agak sukar dikikis gara-gara sikap kurang ajar yang terbentuk dari didikan pemimpin mereka selama ini sama ada melalui ceramah politik mahupun demonstrasi jalanan. Lihat sajalah kekecohan yang penyokong PR timbulkan semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 dan 3.0 serta semasa mereka menyambut sambutan ambang malam merdeka, habis janaham ketenteraman dan imej kesantunan rakyat Malaysia dibuatnya.Jadi tidaklah pelik sangat apabila kali ini lidah online PR melalui laman sesawang suarapakatanrakyat.com tiba-tiba sahaja menghambur kemarahan dan menggelar penyokong bola sepak Kelantan sebagai iblis selepas kejayaan pasukan bola sepak itu dikaitkan dengan UMNO. 

Jelas PR tidak dapat menerima kenyataan apabila Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh,YB Md Alwi menegaskan salah satu faktor sebab kebangkitan pasukan bola sepak Kelantan,The Red Warrior (TRW) adalah kerana keprihatinan UMNO.Tak cukup dengan gelaran iblis, dihasutnya pula supaya rombakan besar-besaran dilaksanakan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA) dengan menyingkirkan pemimpin UMNO,Tan Sri Annuar Musa yang dikenali ramai sebagai Bapa Pembangunan Bolasepak Kelantan. Annuar Musa,Ketua Bahagian UMNO Ketereh sejak mengambil alih jawatan Presiden KAFA diakui umum amat besar jasanya sehingga berjaya merubah TRW daripada pasukan belasahan kini mencipta fenomena Gelombang Merah yang menimbulkan kegerunan dikalangan pasukan lawan. Dua kali menjuarai Piala Malaysia dan tahun ini merekodkan kejayaan treble, semuanya disebabkan kebijaksanaan pemimpin UMNO itu serta faktor dorongan, sokongan serta sumbangan kewangan yang diperolehi dari UMNO dan Kerajaan Pusat.Nak mengharapkan PR tolong selesaikan masalah kewangan yang pernah melanda pasukan TRW,jangan haraplah, tunggu kucing tumbuh tanduk pun belum tentu.

Segala macam derma dan sumbangan kewangan yang mereka perolehi lebih banyak diguna pakai untuk kepentingan pemimpinnya.Mujurlah ada UMNO dan pemimpinnya dengan keprihatinan Kerajaan Pusat untuk membantu TRW bangkit dari bawah dan kini gah berjaya di persada kegemilangan.Namun bila PR menyedari kejayaan TRW turut memberi impak positif ke arah menyemarakkan Gelombang Merah yang dipelopori UMNO sebagaimana pernah terbukti dalam PRK Galas,Gua Musang pada 2010,tak pasal-pasal pasukan bola sepak itu digelar dengan panggilan iblis. Satu penghinaan besar dan amat menjatuhkan maruah rakyat Kelantan,sukar untuk dimaafkan sementelah lagi penghinaan sebegini bukanlah pertama kali dilakukannya.Tidak berapa lama dulu PR juga pernah menghina rakyat Sabah dengan memperlekehkan tarian tradisional Sumazau selepas melihat tarian tersebut ditarikan oleh Perdana Menteri dalam satu majlis keramaian.Sekarang rakyat Kelantan pula dicuit dan dihina,jika beginilah gayanya usahlah PR berangan untuk pergi lebih jauh dalam arena politik tanahair. Eloklah bersedia menerima penghukuman dari rakyat dalam PRU 13.Politik yang tidak berhikmah dan tidak berhemah bukan acuan rakyat Malaysia,ia hanya sesuai untuk melampiaskan nafsu amarah PR dan pemimpinnya saja.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT VIDEO !!! SEMUA RAHSIA HUBUNGAN DEEPAK DAN ANWAR IBRAHIM TERBONGKAR !!!

Posted: 03 Dec 2012 11:01 PM PST


KANTOI SUDAH SEMUANYA !!!

MANA NAK LETAK MUKA NI BRO !!!

SAYA DAH KATA SEMUA INI BENAR PUAK PR KATA ANDAIAN !!! 

AMBIK KAU !!!

 JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

 

 RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM MINTA SIVARASA TULIS SKRIP UNTUK DEEPAK JATUHKAN PM @NAJIBRAZAK !!!

Posted: 03 Dec 2012 09:00 PM PST


Ramai yang sudah mengetahui motif kemunculan watak baru seorang penjual karpet bernama Deepak Jaikishan dengan ceritera penglipurlara disaat permulaan Perhimpunan Agung UMNO 2012 adalah untuk menimbulkan keraguan dikalangan ahli UMNO terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Malangnya taktikal strategik sedemikian gagal untuk mencalar imej PM dan isterinya,Datin Seri Rosmah Mansor dan tidak berupaya mencapai klimaks yang diingini oleh Pakatan Pembangkang yang diketuai Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Menampilkan Deepak sebagai watak pelakon tambahan untuk menguatkan ceritera Altantuya dan PI Bala sebenarnya makin menampakkan betapa tertekannya pakatan pembangkang dalam usaha songsang mereka untuk menarik semula perhatian ramai terhadap kisah itu.Latar belakang Deepak yang bergelumang dengan hutang keliling pinggang termasuk bakal diisytiharkan muflis sekiranya gagal melangsaikan hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance serta berpuluh juta lagi dengan Maybank menjadikan kemunculannya ibarat seorang pelawak yang gagal menghiburkan orang ramai.Lebih-lebih lagi apabila apabila umum mengetahui wujudnya pertemuan di antara Deepak dengan Anwar,serta penglibatan sama pemimpin dan peguam PKR,R.Sivarasa sebagai tukang tulis skripnya lagilah kredibiliti Deepak dan cerekanya menimbulkan kesangsian ramai. 

Tapi apa nak hairan,dalam bab reka cerita dan menyuruh orang lain menghafal skrip dengan tujuan untuk mencalar imej PM dan isterinya sudah menjadi darah daging R.Sivarasa,itu keistimewaan dan kelebihannya sebagai peguam paling celaka atas muka bumi.Bila makin ramai meragui kredibiliti cerita Deepak mulalah Anwar mengarahkan balacinya dari PAS,Husam Musa untuk menimbulkan nama Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyidin Yasin konon sebagai dalang yang menggerakkan Deepak untuk menggembar gemburkan cerita dongeng.Dalam pada cuba-cuba menjual nama Tun M dan Muhyidin tak pasal-pasal kenyataan dari Husam itu lagi membuka pekung konspirasi yang direkayasa oleh pembangkang.Kini tak semena-mena Anwar Ibrahim pula terpaksa tampil melalui kenyataannya di FMT menafikan dirinya berada disebalik konpirasi terbaru membabitkan penjual karpet itu hanya selepas sehari dua para bloggers pro UMNO mengeluarkan hint-hint penting hujung pangkal kisah ini.Umpan tak termakan alih-alih tukang bagi umpan pula yang sedang kepanasan sekarang.Anwar tahu lebih jauh isu Deepak dimanipulasi oleh PR dan gerombolannya bermakna lebih dekat pendedahan sebenar akan memalukan PR dan dirinya.Mahu tak mahu sebelum bukti penglibatannya bertebaran di alam jagat maya,cepat-cepat Ketua Umum PKR itu menafikan penglibatannya.Nampak sangat dayusnya Anwar.Bagai jantan kabaret yang gah menceritakan kehebatannya diranjang namun realiti sebenarnya lebih kerap tewas sebelum berjuang dek kerana senjata bengkoknya,sebaliknya pasangan si chinadoll pula tergaru-garu sakan gatal sana sini,begitulah yang terjadi pada Anwar.

KITA TUNGGU PENDEDAHAN SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! TUNKU ABDUL AZIZ MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!

Posted: 03 Dec 2012 06:00 PM PST


Cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.Bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,tindakan itu yang dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang juga akan mengakibatkan kerugian dalam jangka masa amat panjang. 

"Fikirkan,apakah bentuk transformasi dan kemajuan yang telah dibuat pembangkang dalam empat tahun memerintah selain daripada apa yang telah sedia ada dilakukan kerajaan terdahulu? Namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa selama tempoh pemerintahan mereka? Antara perkara 'hebat' yang telah dibawa mereka sejak memerintah beberapa negeri hanyalah demonstrasi haram yang berakhir dengan keganasan, membakar sentimen rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara, membenarkan campur tangan negara luar dan politik kebencian selain sering mengambil pujian terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menegaskan,adalah berbahaya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa membuat pertimbangan adil dan teliti.Menurut Tunku Abdul Aziz,sehingga kini,pembangkang bukan sahaja belum sepakat dalam memilih Perdana Menteri untuk mentadbir negara malah masih bertelingkah siapakah yang harus berkuasa jika memenangi pilihan raya umum. 

 "Bagaimana kita boleh bersedia menerima mereka yang hanya berminat dengan kuasa semata-mata? Sehingga hari ini masih bergaduh siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan jawatan-jawatan penting yang lain. "Malaysia adalah sebuah negara kompleks yang sukar untuk ditadbir kerana dihuni oleh pelbagai kaum dan latar belakang, pengalaman apa yang mereka ada selain daripada mengkritik kerajaan selama 50 tahun," katanya.Dalam masa sama,beliau menggesa rakyat Malaysia tidak sesekali memberi undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana tindakan sedemikian akan membawa kehancuran kepada negara. "Jika benar-benar cintakan keamanan dan perpaduan negara kita, usah tersilap langkah memberi mandat kepada golongan yang hanya dahagakan kuasa dan kepentingan politik.Jangan sesekali membiarkan pembangkang memporak-perandakan negara ini," tegasnya. - Utusan Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...