BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH KHALID GAGAP KAW-KAW !!!

Posted: 02 Dec 2012 03:00 PM PST


Barisan Nasional (BN) Selangor tidak gentar dengan pengumuman Menteri Besar negeri itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Dewan Undangan Negeri berkenaan akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Hj Omar berkata rakyat negeri itu juga tentunya sudah bersedia dan tidak sabar untuk menunggu saat berkenaan.

"Saya nak tegaskan kita tidak takut.bila dia buat pun kita akan bersedia.Rakyat Selangor juga dah tak sabar untuk menunggu pilihan raya.Insyaallah,Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan rakyat akan kembali kepada BN.Rakyat Selangor saya percaya dah buka mata.teori politik dengan praktikal tidak sama.dulu mereka tidak dirikan kerajaan,cakap macam-macam.Bila dia dirikan kerajaan rakyat boleh lihat bagaimana mereka urus Selangor hari ini.Banyak berpolitik.Sebab itu rakyat Selangor hari ini dah boleh buat penialian.Satu kerajaan pusat,satu kerajaan PKR.BN dengan PKR.Saya percaya kerajaan yang baik adalah kerajaan yang rancang untuk kebaikan rakyat demi masa depan," katanya.

Kata beliau lagi kedegilan kerajaan negeri itu memberikan kerjasama dengan kerajaan pusat merugikan rakyat. "Jadi kedegilan kerajaan negeri memberikan kerjasama dengan 'federal' ini akhirnya akan rugikan rakyat. Isu air walapun kita dah buat kajian 16 tahun tetapi dia tuduh kita tidak teliti.Dia baru 4 tahun memerintah.Apa kajian yang dia buat.Dia hanya cakap dan tidak buat.Mereka hanya bercakap dolak dalih untuk kepentingan politik tetapi rakyat hari ini apa yang boleh untuk mereka.Macam air di Selangor,apabila air tidak ada, siapa yang rugi.sebab peluang pekerjaan tertutup.Harga rumah akan naik apabila rumah tidak boleh buat.Orang bercakap soal air baru untuk bagi air bersih.Dia dok sibuk dengan penyusunan semula air.Jadi dia tidak tahu yang mana 'priority'," katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) apakah kemungkinan dewan undangan dibubarkan serentak dengan Dewan Rakyat.- Media UMNO

KISAH BENAR !!! PAS MENZALIMI AHLI SENDIRI !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 02 Dec 2012 07:30 AM PST


Ungkapan UMNO Tolak Islam,BN Kejam dan Kerajaan Zalim seolah-olah sudah tersemat kuat di sanubari PAS.Kata-kata ini didendangkan bagai koir,diulang-ulang bagai zikir atau wirid untuk dijadikan makanan rohani juak-juak PAS seharian.Jika umat Islam disarankan mengisi hatinya dengan kalimah Allah SWT dan menghadapi hidup dengan penuh kesyukuran tetapi penganut PAS mengisi hati mereka dengan ungkapan-ungkapan di atas dan menghadapi hidup dengan bersifat kufur terhadap nikmat yang dikecapi.Kerana percaya bahawa mereka adalah orang yang tertindas, teraniaya dan dizalimi,maka PAS sanggup mendoakan kemusnahan saudara seagama di dalam UMNO dalam solat hajat khas ketika Muktamar PAS baru-baru ini.Bertitik tolak dari itu,para pemerhati tertanya-tanya,di mana zalimnya UMNO dan di mana sengsaranya PAS ??? Benarkah UMNO begitu buruk,begitu jahat dan begitu kejam ??? Apakah tiada satu pun kebaikan yang dilakukan UMNO untuk agama, bangsa dan negara ??? Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Sirin, Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa, "Di antara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya." 

Logiknya,sekiranya benar UMNO itu zalim dan langsung tidak pernah berbuat baik,maka tidak mungkin pemimpin PAS lepas bebas selepas mendoakan dan menuduh pemimpin dan parti UMNO dengan seburuk-buruk fitnah.Justeru,bagi mengelak sebarang kekeliruan, PAS wajib memperjelaskan definisi 'zalim' yang dituduh ke atas UMNO itu. Ini kerana dalam dalam Al-Qur'an zalim membawa kepada beberapa makna dan dijelaskan dalam beberapa surah seperti berikut : Al Baqarah 165 dan Huud 101: orang-orang yang menyembah selain Allah. Al Maa-idah 47 : kerana menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain.Al Kahfi 35 : sebuah sifat keangkuhan dan perbuatan kekafirannya. Al-Anbiyaa' 13: Orang yang zalim itu di waktu merasakan azab Allah melarikan diri,lalu orang-orang yang beriman mengatakan kepada mereka dengan secara cemuh agar mereka tetap ditempat semula dengan menikmati kelezatan-kelezatan hidup sebagaimana biasa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang akan dihadapkan kepada mereka. Al 'Ankabuut 46 : orang-orang yang setelah diberikan kepadanya keterangan-keterangan dan penjelasan-penjelasan dengan cara yang paling baik, mereka tetap membantah dan membangkang dan tetap menyatakan permusuhan. 

Jelas sekali bahawa Islam mengambil serius tuduhan zalim kerana jika ianya tidak ditafsirkan dengan tepat dan dituduh sewenang-wenangnya maka ia akan menjadi fitnah di mana akhirnya, si penuduh itulah yang sebenarnya yang berlaku zalim.Berkata Imam Abul Hasan al-Asy'ari r.h: "dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah". [al-Ibanah, 1/11]. Jawapan PAS bila ditanya mengenai kezaliman UMNO pula berubah-ubah mengikut sesuka hati yang memberi jawapan.Beberapa ahli PAS di laman sosial mentafsirkan UMNO zalim kerana menolak hudud.Nik Aziz menuduh UMNO zalim kerana menolak Islam. Seorang pensyarah UIA, Dr. Maszlee Malik pula menuduh UMNO zalim kerana menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, menzalimi parti PAS,memfitnah dan menafikan kebebasan akhbar.Apabila kita bercakap mengenai kezaliman,maka sudah pastilah ada yang melalui kesengsaraan.Jadi,siapakah yang sengsara di dalam PAS akibat kezaliman UMNO ??? Jika kerana menolak hudud,maka apakah ada yang teraniaya secara khusus yang berpunca dari tiadanya perlaksanaan hudud di Malaysia ??? 

Alasan Dr. Maszlee untuk membantu PAS menjawab isu ini juga langsung tidak membantu kerana beliau hanya memperkatakan kezaliman secara umum dan kesan secara umum juga iaitu kesukaran yang dihadapi oleh parti PAS,bukan kesengsaraan seseorang atau sekumpulan manusia secara spesifik kerana hakikatnya tiada ahli PAS yang sengsara secara spesifik akibat perbuatan UMNO.Tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO menolak Islam pula adalah satu fitnah yang nyata kerana ahli-ahli yang membentuk parti UMNO itu adalah Melayu Islam yang mengucap kalimah syahadah,yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya,yang berpegang kepada Rukun Iman.Sepertimana lumrahnya manusia,mungkin ada di antara mereka yang jahil,mungkin ada yang kurang lengkap ibadahnya,namun tiada yang menolak Islam dan Rukun Iman.Nik Aziz tidak mungkin dapat menafikan hakikat bahawa UMNO sebagai kerajaan telah melakukan sebaiknya bagi mendaulat, mempertahan dan menyebar syiar Islam.UMNO yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, yang mana sekutu PAS iaitu DAP bertekad untuk menukarnya.UMNO tidak pernah lupa akan tanggungjawab menubuhkan masjid dan memperkasakan pembangunan Islam melalui berbagai-bagai program dan pertubuhan yang kemudiannya dipertanggungjawabkan untuk memelihara, mengkaji dan membuat penyelidikan mengenai Islam.

Kerana UMNO,azan boleh berkumandang secara terbuka,surau ada di mana-mana,pengurusan zakat dipermudahkan malah Malaysia adalah satu-satunya negara yang menyediakan pengurusan haji paling canggih untuk rakyatnya.Jika benar UMNO menolak Islam sehingga Islam tidak dibenarkan diamalkan sepertimana orang Quraisy yang menyiksa mereka yang masuk Islam di zaman Rasulullah SAW di mana Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir,Isterinya Sumaiyah mati syahid,Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.Mereka ini dipaksa untuk kembali menyembah berhala dan meninggalkan Islam.hakikatnya kerajaan UMNO lah yang memastikan undang-undang Malaysia menghalang umat Islam dari murtad,di mana sesiapa yang terpesong akidahnya akan ditangkap untuk difahamkan dan diperbetulkan.Namun,apa yang terjadi ialah apabila ada di kalangan pemimpin PAS yang cuba menegakkan undang-undang murtad yang digubal UMNO ini,PAS telah memecatnya.Jelas,yang zalim di sini bukan UMNO,tetapi pemimpin PAS.Sesungguhnya,pemimpin PAS telah menzalimi pengikutnya dengan memperdaya mereka untuk mengaminkan doa fitnah yang paling zalim. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR SIAPA HUSAM MUSA TERBONGKAR !!!

Posted: 02 Dec 2012 04:00 AM PST


"Bumi mana tak ditimpa hujan,laut mana tidak bergelora,bahagian dunia manakah yang wujudnya orang,atau pimpinan,,atau persyarikatan atau parti yang tidak tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya,sebagai kepimpinan parti dan kerajaan,kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan." 

Ucap kata di atas tidak dituturkan oleh seorang diktator mahupun pemimpin yang zalim dan ia tidak juga diucapkan oleh seorang hamba Allah yang ego menongkat langit,sebaliknya ungkapan tulus itu terbit dari hati seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.Pemimpin negara berjiwa rakyat yang dimaksudkan itu ialah Perdana Menteri, Dattuk Seri Najib,beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC pada Khamis lepas.Tidak sukar untuk rakyat memahami ungkap kata PM,maksudnya terang lagi bersuluh menonjolkan keluhuran hati budi Datuk Seri Najib,namun bagi Exco Kanan Kerajaan PAS Kelantan,Husam Musa lain pula situasinya.Sesuka hati Husam membuat tafsiran songsang mengaitkannya dengan isu royalti minyak Kelantan yang kononnya satu kezaliman yang sengaja dilakukan oleh Kerajaan Pusat untuk menindas rakyat negeri itu. 

Kata Husam, "Dalam kes wang royalti,permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat.Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya." Persoalan royalti minyak sekarang ini segalanya terpulang pada budi bicara Mahkamah selepas Husam sendiri mengusulkan kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk membawa isu ini ke muka pengadilan Mahkamah Tinggi. Kerajaan PAS Kelantan yang memandai-mandai bawa ke Mahkamah tapi sekarang meminta pula Kerajaan Pusat supaya segera menyerahkan hasil royalti,tak ke pelik namanya tu ??? Apa lagi yang nak dibangkitkan dan dipersoalkan ??? 

Sudah jelas bahawa semua proses carigali minyak dan gas terletak di luar pantai Kelantan,melampau had 3 batu nautika dan PAS juga mengakuinya.Dalam keadaan ini,segala hasil melebihi jarak itu automatik akan masuk ke kantung Kerajaan Pusat.Namun atas dasar keehsanan Kerajaan Persekutuan maka peruntukan wang ehsan tetap diberikan juga untuk rakyat Kelantan dan ia tidak diberikan terus kepada Kerajaan PAS Kelantan kerana semua urusan carigali tidak berlaku dalam had wilayah Kelantan.Adakah Husam masih belum faham pokok pangkal isu royalti digembar gemburkannya itu ??? Husam faham,tapi disebabkan pilihanraya umum dah hampir tiba, maka sengaja dibuat buta kayu dan pekak badak semata-mata untuk memainkan sentimen rakyat Kelantan.Husam mungkin bukan seorang yang kurang cerdik atau terlebih dos kebodohan, tapi dengan sikapnya sekarang ini setidak-tidaknya ia memperlihatkan tabie semulajadi pemimpin PAS dan Pakatan pembangkang bijak dalam bab putar belit.Dek kerana keegoan dan rasa bongkak sudah menguasai diri,Husam mempertikaikan keikhlasan hati PM kemudian dimanipulasi untuk kepentingan politik kepartian PAS.apa cerita ni ???

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! NIK AZIZ KAYA DENGAN TANAH LADANG RAKYAT !!! RAKYAT KELANTAN MACAM MANA ???

Posted: 01 Dec 2012 09:00 PM PST


22 tahun Kerajaan PAS Kelantan menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak 1990,antara projek pembangunan yang agak dekat di ingatan tapi jauh dari hati rakyat ialah skandal penyelewengan tanah Ladang Rakyat di Selatan Kelantan.Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan,pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela,jauh lebih baik berbanding peneroka FELDA.Rakyat di gula-gulakan dengan janji manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang,sebuah rumah,peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00 setiap bulan.Selama bertahun-tahun kemudiannya apa manfaat dan faedah yang rakyat khususnya peserta Ladang Rakyat dapat rasai ??? Mereka cuma dapat RM200.00 dividen sebulan sahaja.Lain-lain janji bulan bintang yang ditaburi hanya kelihatan dalam gambaran fikiran sahaja.Tiada hak milik tanah kecuali untuk segelintir kroni parti dan pemimpin PAS Kelantan,tiada rumah dibina untuk mereka hatta peluang bekerja di Ladang Rakyat pun hanya terhad untuk 282 orang sahaja. 

Tapi disebalik semua itu,diam tak diam,Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat berpeluang pula memiliti lot-lot tanah di kawasan Ladang Rakyat,diikuti dengan isterinya yang turut memiliki tanah di kawasan tersebut.Tanpa perlu meneroka tanpa setitik peluh jatuh ke bumi,kini Lot 51 di kawasan Relai,Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000 menjadi milik Nik Aziz.Tiga tahun sebelumnya nama Nik Aziz sudah terpahat pada geran hak milik tanah di Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000.Manakala isterinya turut memiliki tanah di Lot No. 29 juga di Lojing.Itu belum lagi dikira pemilikan tanah melibatkan berpuluh-puluh pemimpin dan wakil rakyat PAS,rata-ratanya mendapat tanah secara percuma dan jika perlu dibayar pun cukup sekadar melangsaikan bayaran premium yang jumlahnya hanya beberapa ringgit sahaja.Sudahlah keuntungan dari penebangan kayu balak yang beribu-ribu tan langsung tak dinikmati rakyat,nak merasa nikmat royalti balak pun jauh panggang dari api,kini angan-angan nak memiliki sebidang tanah pun tak kesampaian.Jauh benar bezanya dengan nikmat para peneroka FELDA yang berpeluang memiliki tanah berekar-ekar luasnya,rumah dan pelbagai keistimewaan lain termasuklah mendapat durian runtuh RM15,000.00 untuk setiap keluarga,namun peserta Ladang Rakyat pula hanya berputih mata sahaja. Peserta Ladang Rakyat tak pun berubah kehidupan mereka waima nak jadi kaya pun tak tercapai dek akal, sebaliknya Nik Aziz dan kroninya yang sudah 22 tahun menongkat langit pula yang kaya raya hasil mentekedarah tanah di Ladang Rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PENIAGA PASAR TANI DAN PASAR MALAM AKAN MENYERANG KERAJAAN SELANGOR !!! APA CERITA NI KHALID GAGAP ???

Posted: 01 Dec 2012 06:00 PM PST


Pendedahan Datuk Ramli Norani,pembahas dari Selangor dalam Perhimpunan UMNO mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengambil alih pasar tani dan pasar malam boleh dianggap sebagai kemuncak kepada usaha berterusan dan bersungguh-sungguh untuk menindas Melayu di negeri ini.anda tahu kan bahawa pasar malam dan pasar tani adalah antara satu-satunya tempat utama bagi kaum Melayu berniaga.Semakin hari,semakin ramai yang menyedari dan mengiktiraf produk-produk segar yang dijual oleh peniaga Melayu di seluruh Malaysia.Mungkin kerana produk-produk ini mula mendapat sambutan dan dilihat sebagai mampu menyaingi pasar-pasar segar milik Cina maka ia mula menjadi sasaran kerajaan PR.Justeru,mereka pun membuat keputusan untuk mengambil alih perniagaan ini sebagai satu tindakan terancang menyekat pendapatan serta potensi peniaga Melayu dari terus maju.Ini dilihat sebagai satu lagi keputusan biadap sama seperti percubaan mereka untuk mengambil alih tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan baru-baru ini.Alhamdulillah,percubaan tersebut telah tidak berjaya.Jika sebelum ini hanya Pulau Pinang yang menjadi rujukan dalam memperkatakan agenda DAP untuk menindas Melayu tetapi kini,agenda busuk hati DAP semakin hari semakin jelas di Selangor. 


saya dapat tahu cerita ini dari peniaga pasar malam,beliau sendiri memberi email kepada saya.beliau mengatakan Di beberapa kawasan,seperti Selayang dan Kepong,usaha menindas peniaga Melayu begitu ketara.Ada antara kawasan peniaga kecil Melayu diasingkan dan dikenakan bayaran letak kereta manakala kawasan komersial yang dikuasai peniaga Cina tidak pula dikenakan bayaran letak kereta.Semenjak PR mengambil-alih Selangor,pembangunan projek perumahan dan komersial begitu giat berjalan.Tindakan sesetengah kaum Melayu yang begitu mudah melepaskan pegangan tanah untuk sedikit keuntungan menambahkan lagi kebimbangan.Selalunya,pemaju akan membeli sebidang tanah Melayu di kawasan pinggir bandar untuk dibina sekitar jumlah 20 buah rumah teres dengan perjanjian separuh daripadanya kekal dimiliki oleh pemilik tanah. Ini mengecilkan keluasan tanah yang menjadi milik Melayu kepada separuh. 

Dalam jangkamasa beberapa tahun lagi,maka kawasan Melayu tersebut akan ditembusi dan dikuasai kaum Cina.Ini hanyalah beberapa tindakan terbuka yang dapat dikesan secara langsung.Entah apa lagi cadangan atau perancangan masa depan yang melibatkan pengambilan tanah milik Melayu serta menekan peniaga Melayu yang bakal terdedah.Justeru,tidak seharusnya ada lagi di kalangan Melayu sendiri yang meragui bahawa agenda meminggirkan Melayu yang dijalankan oleh kerajaan Selangor adalah benar dan serius.Pendedahan yang dibuat oleh Datuk Ramli mengesahkan bahawa semua ini adalah benar belaka dan bukannya sekadar propaganda politik UMNO.Untuk itu,Tan Sri Badruddin Amiruldin,Pengerusi Tetap Perhimpunan Agong UMNO yang kebetulannya adalah juga Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang bertanggungjawab menguruskan pasar tani di seluruh negara telah berikrar untuk mengepung pejabat kerajaan negeri Selangor jika mereka meneruskan cadangan tersebut.Hakikatnya adalah terang lagi bersuluh dan Melayu hanya perlu membuka mata hati untuk melihat bahawa hanya UMNOlah yang ikhlas membela bangsa kita dan bahawa bangsa kita ini tidak akan selamat di bawah pemerintahan PR.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...